SUKA BLOG INI?

Followers

Thursday 30 April 2009

Hari ni masak awal ckit sbb anak nak gi kelas computer kat sekolah nya pukul 10:30 pg & terus ke sekolah pada sisi ptg mcm biasa. Ni dia menu utk hari ni....


Sup Daging


Sayur Kailan bersama cendawan

Wednesday 29 April 2009

NICE STORY TO SHARE

KERANA SEHELAI BULU MATA

Diceritakan di Hari pembalasan kelak, Ada seorang hamba Allah sedang Diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit Dan bumi, sungguh tidak benar. Saya x pernah malakukan perkara itu..."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa " Orang itu menoleh ke kiri Dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg Ada. Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan? Disini tiada sesiapa melainkan aku Dan suaramu sahaja."

Jawab malaikat, "INilah saksi-saksimu. ...."
Tiba2 Mata berbicara, "Saya yg memandang,"
Disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu"
Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"
Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yg merayu"
Lidah menambah dengan beran I, "Saya yang menjilat Dan menghisap"
Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba Dan meramas"
Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan Dan berlari semasa itu"

"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus ASA Dan amat berduka kerana sebentar lagi IA akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal IA amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi.

Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu Mata berbunyi, "Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini."

Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu Mata"
"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air Mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan.

Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila Ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu Mata sahaja yg dibasahi dengan air Mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? MAka, saya sehelai bulu Mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air Mata penyesalan."

Dengan kesaksian bulu Mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka Dan segera dihantar ke syurga:"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu Mata.."

PENGAJARAN YANG BOLEH DI AMBIL....... .....WALAU SEBESAR MANA PUN KESILAPAN YANG DILAKUKAN APABILA ADA KESEDARAN DAN KEINSAFAN BERTAUBAT LAH DENGAN SEPENUH HATI MAKA ALLAH AKAN MEMBERI KEAMPUNAN PADA ORANG YANG BERTAUBAT

Tuesday 28 April 2009

Hmmmmmmmmmmmmm.......!!!!

Ayam Masak Serai

Jantung Pisang Masak Lemak Bersama Tempe

Hari ni tak de nak gi mana2, relax kat rumah jer. Ptg nanti kawan dtg nak ambil kek nya, tak tahu kul berapa lagi. Ptg ni gak org2 SONY datang hantar TV baru, ganti TV lama yg kena kilat, nasib baik masih under warranty 5 tahun...... dan ptg ni gak org letrik dtg nk pasang lampu.

Sila ler makan dulu ye......

Frigid - Wanita Tiada Nafsu Untuk Seks

Maaf kalau ada yang rasa topik ni kurang sesuai dipapar secara terbuka camni...tp akhir2 ni byk sgt terbaca atau ditanya tentang isu yg berkaitan...teringat balik artikel yang pernah sy baca dlm sebuah majalah tempatan ni...cari2 balik, terjumpa...dan saya taipkan semula utk dikongsi bersama....

**********************************************

Hampir 10 minit melakukan pemanasan namun anda masih lagi belum berasa terangsang untuk bersama suami. Semua tempat sensitive yang ada pada tubuh sudah disentuh tapi perasaan ghairah itu masih belum ada. Ini bukan kali pertama anda berhadapan dengan masalah ini. Sebelum ini suami telah mencuba pelbagai teknik tetapi nafsu seks anda tetap juga tidak terbit. Hati anda seakan tidak punya keinginan langsung melakukan seks.

Jika ini yang anda hadapi, maka ada kemungkinan anda berhadapan dengan masalah frigiditas atau singkatannya frigid. Tahukah anda apa itu frigid? Ada wanita yang tidak tahu diri menghidapinya. Frigid adalah gangguan disfungsi seksual yang berlaku kepada wanita. Ia bukan penyakit seksual yang berjangkit dan boleh disembuhkan. Ia satu keadaan seseorang wanita tidak dapat menikmati rangsangan seksual yang diberikan. Ia bukan saja boleh dialami oleh wanita semata-mata malah lelaki juga turut boleh mengalaminya, cuma dalam bentuk yang berbeza seperti disfungsi ereksi. Masalah ini boleh berlaku pada usia berapa sekalipun. Mereka yang baru berkahwin juga boleh mengalaminya, begitu juga wanita yang sudah berpuluh tahun berumahtangga. Punca kepada masalah ini juga sebenarnya banyak, termasuklah gangguan hormon dan juga gangguan fizikal.


Gangguan Hormon dan Fizikal
Frigid boleh berlaku apabila hormon seseorang wanita tidak stabil misalnya setelah melahirkan anak atau memasuki fasa menopaus. Gangguan hormon juga boleh berlaku semasa seorang wanita menyusui bayi, ia boleh menyebabkan penurunan kadar estrogen yang seterusnya mempengaruhi jaringan vagina dan respons seks. Vagina akan menjadi lebih nipis dan pelincir berkurangan, sensitiviti payudara dan bahagian genital termasuklah klitoris menjadi tidak peka.

Vagina yang kering akan menyebabkan seseorang wanita itu berasa sakit semasa melakukan hubungan seks. Bahkan ia boleh terluka akibat gesekan malah boleh menyebabkan jangkitan. Bagi gangguan fizikal, puncanya termasuklah seperti arthritis atau radang sendiri dan infeksi kepada saluran kencing. Ia juga boleh terjadi akibat daripada penggunaan ubat-ubatan tertentu antaranya ubat anti kemurungan, anti hipertensi atau ubat pasca kemoterapi. Selain itu jangan ambil mudah juga gejala seperti sakit kepala atau tubuh yang kerap keletihan. Perkara seperti ini juga boleh menyebabkan nafsu seks mula menurun.


Penyebab Lain
Walaupun tiada masalah dari segi kesihatan namun itu belum bererti seseorang wanita itu bebas dari ancaman frigid. Faktor psikologi dan persekitaran juga boleh mempengaruhi seseorang mengalaminya. Semasa emosi sedang tidak stabil, kerisauan atau kemurungan yang berlebihan, frigid boleh muncul. Sama juga sekiranya anda sedang berhadapan dengan konflik perasaan atau berasa tidak puas hati terhadap sikap pasangan, respons seksual secara automatik akan berkurang.

Pernah dengar tentang istilah Erotophobia? Ia adalah salah satu penyebab frigid, yang mana seseorang itu takut untuk melakukan hubungan seksual. Penyebabnya, rasa cemas kerana takut sakit, bosan atau berasa bersalah untuk melakukan hubungan seks. Cuba imbas masa lalu, kerana jawapan kepada masalah ini mungkin ada di situ. Mungkin ada kalangan wanita yang trauma akibat keganasan seksual ataupun dirogol.


Agar ranjang tidak terus dingin
Bagi memastikan hubungan di ranjang tidak terus dingin anda mungkin boleh cuba tips di bawah ini.

1. Saling terbuka dan jujur tentang masalah seks dengan pasangan. Sekiranya tidak puas, utarakan terus terang, cara ini anda dan pasangan boleh memperbaiki diri.

2. Amalkan gaya hidup sihat. Elakkan dari alkohol, dadah maupun rokok. Jangan lupa bersenam.

3. Lakukan senaman Kegel untuk mengatasi masalah sukar orgasme.

4. Panjangkan waktu pemanasan, kalau biasa melakukannya hanya tempoh 2minit, cuba selama 15 minit pula.

5. Sekiranya vagina terasa kering, gunakan pelincir tambahan yang boleh didapati di farmasi.

6. Sekiranya semua cara di atas masih belum menampakkan hasil, dapatkan bantuan daripada pakar. Ada kes disfungsi seksual yang boleh diatasi dengan pengambilan ubat atau terapi.

Monday 27 April 2009

Masak Lagi.....


Dalam sibuk buat kek tuuu, sempat gak masak utk makan tengahari.... simple tapi sedap.

Masakan kegemaran suami ku....
1) Kukus Ikan Keli Halia Kicap
2) Sayur Kuchai
3) Ulam2 sambal belacan

Sunday 26 April 2009

Satay Kajang


Last Friday night, gi makan2 kat Satay kat Kajang, before ke sana singgah dulu beli barangan keperluan rumah kat Mydin Putrajaya.

Makan satay ni kegemaran hubby & anak, especially Satay Kajang Haji Samuri. Dulu almost every week ke cni, tak reti jemu2... Dah hampir 4 bulan tak berkunjung ke c2, pekerja2nya pun masing2 ada nobor kat dada, bila ditanya nobor tuu utk apa... dia org gelak jer. Agaknya senang menager dia org nak tahu kot, semua ada kat kedai sedang bekerja atau tak... hmmm idea yg baik gak kan. Apa2 pun yg pasti, kedai nya tak putus2 org dtg makan.

Jom jamu selera...

JANGAN SALAH TAFSIR

Saturday 25 April 2009

SAD STORY

To those who are married,.. Not married .. and soon to be married …. Some nice sharing……

When I got home that night as my wife served dinner, I held her hand and said, I've got something to tell you.

She sat down and ate quietly. Again I observed the hurt in her eyes. Suddenly I didn't know how to open my mouth. But I had to let her know what I was thinking. I want a divorce.

I raised the topic calmly. She didn't seem to be annoyed by my words, instead she asked me softly, why? I avoided her question. This made her angry. She threw away the chopsticks and shouted at me, you are not a man! That night, we didn't talk to each other. She was weeping. I knew she wanted to find out what had happened to our marriage. But I could hardly give her a satisfactory answer; she had lost my heart to Dew. I didn't love her anymore. I just pitied her! With a deep sense of guilt, I drafted a divorce agreement which stated that she could own our house, our car, and 30% stake of my company.

She glanced at it and then tore it into pieces. The woman who had spent ten years of her life with me had become a stranger. I felt sorry for her wasted time, resources and energy but I could not take back what I had said for I loved Dew so dearly. Finally she cried loudly in front of me, which was what I had expected to see. To me her cry was actually a kind of release. The idea of divorce which had obsessed me for several weeks seemed to be firmer and clearer now.

The next day, I came back home very late and found her writing something at the table. I didn't have supper but went straight to sleep and fell asleep very fast because I was tired after an eventful day with Dew. When I woke up, she was still there at the table writing. I just did not care so I turned over and was asleep again.

In the morning she presented her divorce conditions: she didn't want anything from me, but needed a month's notice before the divorce. She requested that in that one month we both struggle to live as normal a life as possible. Her reasons were simple: our son had his exams in a month's time and she didn't want to disrupt him with our broken marriage. This was agreeable to me. But she had something more, she asked me to recall how I had carried her into out bridal room on our wedding day. She requested that everyday for the month's duration I carry her out of our bedroom to the front door ever morning. I thought she was going crazy Just to make our last days together bearable I accepted her odd request. I told Dew about my wife's divorce conditions.. . She laughed loudly and thought it was absurd. No matter what tricks she applies, she has to face the divorce, she said scornfully.

My wife and I hadn't had any body contact since my divorce intention was explicitly expressed. So when I carried her out on the first day, we both appeared clumsy. Our son clapped behind us, daddy is holding mummy in his arms. His words brought me a sense of pain. From the bedroom to the sitting room, then to the door, I walked over ten meters with her in my arms. She closed her eyes and said softly; don't tell our son about the divorce I nodded, feeling somewhat upset. I put her down outside the door. She went to wait for the bus to work. I drove alone to the office. On the second day, both of us acted much more easily. She leaned on my chest. I could smell the fragrance of her blouse. I realized that I hadn't looked at this woman carefully for a long time.. I realized she was not young any more. There were fine wrinkles on her face, her hair was graying! Our marriage had taken its toll on her. For a minute I wondered what I had done to her.

On the fourth day, when I lifted her up, I felt a sense of intimacy returning. This was the woman who had given ten years of her life to me. On the fifth and sixth day, I realized that our sense of intimacy was growing again. I didn't tell Dew about this. It became easier to carry her as the month slipped by. Perhaps the everyday workout made me stronger. She was choosing what to wear one morning. She tried on quite a few dresses but could not find a suitable one. Then she sighed, all my dresses have grown bigger. I suddenly realized that she had grown so thin, that was the reason why I could carry her more easily.

Suddenly it hit me... she had buried so much pain and bitterness in her heart. Subconsciously I reached out and touched her head. Our son came in at the moment and said, Dad, it's time to carry mum out. To him, seeing his father carrying his mother out had become an essential part of his life. My wife gestured to our son to come closer and hugged him tightly. I turned my face away because I was afraid I might change my mind at this last minute. I then held her in my arms, walking from the bedroom, through the sitting room, to the hallway. Her hand surrounded my neck softly and naturally. I held her body tightly; it was just like our wedding day. But her much lighter weight made me sad.

On the last day, when I held her in my arms I could hardly move a step. Our son had gone to school. I held her tightly and said, I hadn't noticed that our life lacked intimacy. I drove to office.... jumped out of the car swiftly without locking the door. I was afraid any delay would make me change my mind... I walked upstairs. Dew opened the door and I said to her, Sorry, Dew, I do not want the divorce anymore. She looked at me, astonished, and then touched my forehead. Do you have a fever? She said. I moved her hand off my head. Sorry, Dew, I said, I won't divorce.

My marriage life was boring probably because she and I didn't value the details of our lives, not because we didn't love each other any more. Now I realize that since I carried her into my home on our wedding day I am supposed to hold her until death do us apart. Dew seemed to suddenly wake up. She gave me a loud slap and then slammed the door and burst into tears. I walked downstairs and drove away. At the floral shop on the way, I ordered a bouquet of flowers for my wife. The salesgirl asked me what to write on the card.

I smiled and wrote, I'll carry you out every morning until death do us apart. That evening I arrived home, flowers in my hands, a smile on my face, I run up stairs, only to find my wife in the bed - dead. The small details of your lives are what really matter in a relationship. It is not the mansion, the car, property, the money in the bank, blah..blah.. blah.

These create an environment conducive for happiness but cannot give happiness in themselves. So find time to be your spouse's friend and do those little things for each other that build intimacy. Do have a real happy marriage! If you don't share this, nothing will happen to you. If you do, you just might save a marriage.

Friday 24 April 2009

Lauk Hari ni..


Hari ni masak ....
1) Daging Kicap Berempah
2) Sayur Campur
3) Telur Ikan Goreng dgn Lobak Asin (sedap ni...)




Aizah tengah menjamu selera sebelum gi sekolah petang ni... Temankan dia makan ckit, nanti hubby balik makan lagi... hahahaha apa tak nye sihat yee....

BAHAYA KETIKA TIDUR

"Biasa la kalau lelaki berdengkur, kalau perempuan memang buruk."

Itu kata-kata yang sering kita dengar apabila berbicara tentang dengkur. Lelaki secara umumnya mengangapnya sebagai sesuatu yang tidak perlu digusarkan, namun kaum hawa pula merasakan adalah sesuatu yang memalukan sekiranya mereka berdengkur.

Tidur bersebelahan seorang yang kerap berdengkur memang menyebabkan kita terganggu. Apatah lagi jika dengkurannya terlalu kuat hingga sukar untuk melelapkan mata. Jangan ambil mudah perkara ini, sebenarnya dengkur juga boleh menjadi petunjuk kepada beberapa penyakit.

Kepada para isteri yang mempunyai suami yang tidur berdengkur, sekiranya anda mendapati dengkuran mereka berkurangan tetapi bertambah kuat dan hanya muncul sesekali selepas satu tempoh, anda seharusnya berasa bimbang. Ini kerana, dengkuran kuat merupakan salah satu tanda suami anda mungkin menghidap Apnea tidur akibat salur pernafasan terhalang (OSA).

OSA merupakan suatu keadaan di mana penghidapnya berhenti bernafas untuk suatu ketika ketika tidur. Kebiasannnya, pengidap tidak akan menyedari mereka menderitai penyakit ini. Terdapat banyak kes di mana pesakit hanya mengetahui mereka mengidapnya selepas bertahun-tahun menderita.

Kebarangkalian penyakit ini berlaku lebih tinggi pada mereka yang mengidap obesiti, asma, penyakit jantung dan kerap mengambil minuman keras. Selepas OSA dikesan, ia seharusnya dirawat dengan segera kerana ia boleh membawa kesan jangka panjang yang amat buruk, malah boleh membawa maut, walaupun jarang berlaku.


MEREHATKAN BADAN
Ketika tidur, badan manusia menggunakan kesempatan ini untuk berehat dan ´mengecas semula tenaga´ untuk kegiatan lain selepas bangun nanti. Namun, bagi penghidap penyakit ini, badan menjadi semakin letih selepas tidur kerana anggota-anggota penting seperti otak, buah pinggang, hati dan sebagainya tidak menerima bekalan oksigen secukupnya akibat sistem pernafasan yang terhenti.

Akibatnya, sel-sel otak akan mula mati kerana tidak menerima oksigen, dalam jangka masa panjang akan memudaratkan pengidapnya, terutamanya jika dia lebih kerap berhenti bernafas semasa tidur.

Sekiranya ini berlaku, pesakit berdepan dengan kemungkinan diserang strok atau penyakit jantung ketika tidur, meskipun mereka sebenarnya tidak mengidap kedua penyakit tersebut.Penghidap OSA biasanya berhenti bernafas dalam tempoh yang singkat, antara 10 hingga 30 saat sahaja, namun ia berlaku berulang-ulang kali. Rekod perubatan negara ini menunjukkan ada pengidap yang berhenti bernafas hingga 180 kali semalam.

Akibatnya, bunyi dengkur ini akan menjadi lebih kuat dan tiba-tiba akan terhenti untuk seketika akibat pernafasan telah terhenti berikutan saluran pernafasan dihalang (tertutup). Satu kajian pada tahun 2005 oleh menunjukkan kira-kra 3 juta penduduk negara ini, mempunyai simptom penyakit ini diperingkat awal tanpa menyedarinya, kebanyakannya lelaki. Kebanyakan mereka yang tergolong dalam kajian tersebut didapati mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat dan mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 35.


DENGKUR
Bunyi dengkur terhasil akibat getaran udara yang cuba menembusi halangan pada salur pernafasan ketika menarik nafas.

Dengkur terhasil daripada tisu lembut di dalam tekak yang bergetar apabila salur pernafasan menjadi lebih sempit kerana terhalang, sama ada secara semula jadi atau sebaliknya, seterusnya menyebabkan kelajuan dan tekanan udara semakin meningkat di kawasan tersebut.
Halangan pada salur berkenaan mungkin berpunca daripada beberapa sebab, sama ada diwarisi atau berpunca daripada masalah lain. Pengambilan ubat tidur dan penenang dalam bentuk lain juga boleh menyebabkan tisu tertentu mengendur dan menghalang laluan sistem pernafasan kita. Selain itu, tisu di sekitar tekak juga boleh dipenuhi lemak akibat berat badan berlebihan yang akan menyebabkan salur udara mengecil dan sempit. Saluran pernafasan melalui hidung juga boleh tersekat disebabkan alahan, demam selesema, resdung dan sebagainya yang akhirnya menyebabkan berlakunya getaran yang menyebabkan dengkur.

Masalah dengkur dihidapi tidak mengira usia dan jantina dengan terdapatnya sebilangan kes di kalangan kanak-kanak. Dianggarkan 32 peratus golongan lelaki dewasa dan 14 peratus golongan wanita dewasa turut menghidap dengkur. Ada juga pakar yang berpendapat struktur tulang muka turut meningkatkan risiko halangan salur udara, termasuklah tulang rahang atas dan bawah yang tidak selari, seperti rahang bawah yang lebih pendek atau lebih kecil sehingga menyempitkan saluran pernafasan.

Selain OSA, terdapat juga jenis Apnea lain seperti Apnea tengah di mana otot bahagian dada dan diafram berhenti bergerak seterusnya menyebabkan nafas terhenti secara tiba-tiba serta Apnea campuran yang juga dikenali sebagai Apnea kompleks iaitu keadaan di mana penghidap mengalami kedua-dua apnea.

OSA mencatatkan kes tertinggi iaitu lebih 84 peratus, 0.4 peratus untuk Apnea Tengah sementara 15 peratus lagi adalah kes Apnea Campuran. Selain itu, terdapat juga Hypopnea, iaitu keadaan di mana berlakunya penurunan sehingga 50 peratus jumlah udara yang masuk ke paru-paru dalam setiap nafas.


RAWATAN
Antara teknik rawatan terkini bagi penyakit ini ialah dengan alat SomnoGuard yang merupakan sejenis alat menggerakkan mandibular (MAD), secara ringkas ia menggerakkan tulang rahang bawah ke depan supaya selari dengan rahang atas.

Ini akan menggerakkan tisu dan lidah yang sering menghalang salur pernafasan ke depan dan membuka semula laluan udara ketika tidur, sekaligus mengurangkan dengkur. Kaedah lain ialah dengan menggunakan alat Tekanan Salur Udara Positif Berterusan Nasal (n-CPAP). Menerusi kaedah ini, oksigen dipaksa masuk ke paru-paru menggunakan tiub di hidung.Cara rawatan ini digunakan dengan andaian rahang pesakit adalah selari. Tekanan udara yang tinggi pula digunakan untuk membolehkan udara menembusi halangan yang terbentuk. Bagaimanapun, ia menyebabkan pesakit merasa tidak selesa dan kering tekak apabila bangun tidur.

Kaedah yang lebih murah ialah menggunakan peranti mulut. Rawatan ini menggunakan penjaga mulut, biasanya diperbuat daripada plastik, untuk mengekang rahang atau lidah ke hadapan, dengan itu memastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka. Namun, ia menyebabkan si pemakainya merasa tidak selesa kerana terpaksa memakainya setiap kali tidur. Pesakit juga boleh memilih untuk menggunakan ubat-ubatan untuk menggalakkan pernafasan seperti theophylline, aminophylline, atau caffeine.

Namun, adalah lebih mudah bagi mencegah penyakit ini, iaitu dengan mengubah cara hidup lebih sihat melalui pemakanan seimbang dan senaman juga dapat membantu masalah OSA, terutamanya bagi kanak-kanak. Elakkan pengambilan alkohol dan merokok serta dapatkan rawatan segera untuk alahan, demam selesema atau resdung supaya tidak membawa kepada masalah ini.

Thursday 23 April 2009

Kongsi Selera....
















Hari ni masak ala kadar jer.... hubby balik lewat petang. Makan tengahari kita kul 5 ptg. Sebelum nya makan ringan2 jer.

So, bila hubby balik kerja dalam kul 4 lebih, terus goreng sayur... ikan dah panggang awal2 lagi.
Ni consider makan malam terus.... malam makan buah2an jer..

Hidangan hari ni....

1) Sayur Kangkong
2) Grill Ikan Terubuk
3) Ulam & Sambal belacan nye WAJIB... hahahhaha

Isteri-isteri Sentiasa Dara

PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35)Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara(yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Makan2....







Semalam punya lauk (22/4/2009), terlupa nak upload.... silakan jamu mata...

1) Grill Siakap Asam Pedas
2) Sayur campur tempe goreng
3) Ulam Sambal Belacan

Wednesday 22 April 2009

Tuesday 21 April 2009

Randau Cafe


Malam ni penat sgt, tak sempat nak masak. Lepas ambil aizah dpd belajar mengaji Al-Quran, terus ke Randau Cafe. Restaurant ni kepunyaan jiran terdekat kami, terletak tak jauh dpd rumah kat Kota Warisan. Dah banyak kali gak makan2 kat cni. Anak i mcm biasa dgn Laksa Sarawak nya, order gak Nasi Lemak & Soto Ayam, share makan dgn hubby.

Cafe ni gak ada jual kek lapis sarawak, bole ler order utk raya nanti. Sesiapa nak mencuba, jom ler singgah2 ke website nya... http://www.randau.net/

HOME THEATER

Semalam 20 April 2009, ke kepong Komplek Desa, jalan sesak betul... dah lama tak keluar malam2 ke area sana. Nak menuju ke c2 ambil masa almost 1 hours plus gak...





Tujuan ke sana sebab hubby nak beli home theater set yg ke 3.. hmmm ni dah 3 set dia beli... ntah nape ler hubby i ni suka betul benda2 macam ni... set lama nak letak dlm bilik tidor... set yg satu lagi dah ada kat living room 2... aduhai... nak larang ... duit dia kan, tapi bermasam muka gak ler semalam. Ada sales sebab kedai tu nak buat renovation... well harga okay gak, murah compare to others shop yg kita org gi survey.



Kali ni hubby beli brand Yamaha lak, 2 set yg lama brand Sony.... so sapa2 rasa nak beli set yg lama tuu bagitahu ye... hehhehe, sementara ni biar ler kat dlm bilik tidor dulu.



Petang tadi, orang kedai tu dtg hantar & pasang sekali... tgh2 sibuk2 dok memasang & mengemas, kawan lak dtg rumah, fiza & hubby...... thanks kerana sudi singgah :)



ni dia set tuu... siap i ambil foto utk kenangan lagi...



Monday 20 April 2009

Otak Blue Tapi Kreatif....

Menu Hari ni

Hari ni masak simple jer, Amira kawan aizah bermalam di rumah malam tadi, kena masak awal sebelum mereka ke sekolah. Masak ala kadar....
1) Terung goreng telur
2) Gulai Ayam

10 Jenis Makanan Antikolesterol

1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untuk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga Dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDLsehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan.

5. IKAN TUNA
termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrolLDL.

6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong,betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.

8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiapa yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

Sunday 19 April 2009

Masakan Tengahari...
























Hari ni ada tetamu kat rumah, masak simple jer apa yang ada kat dlm peti ais....sempat ler ambil gambar......
1) Sotong Sos Nenas Lada Hitam
2) Kerabu Bunga Kantan
3) Sambal Goreng Kupang
4) Sayur Sawi
5) Ulam Sambal Belacan

Saturday 18 April 2009

Secret Recipe



Semalam, 17 April 2009, on the way back from mid vally, singgah kejap kat Jusco Sri Kembangan. Ada appointment dengan kawan Haniza pasal CIMB investment, so makan2 kat Secret Recipe. Dah selalu gak makan2 kat cni...

Minum petang dgn lamb pie, blueberry kek & pocket saver this week - Spaghetti Meatball... yummmyyy!!!!! Pasal makan jer mesti best kan... Syukur kepada ALLAH kerana mampu makan lagi hari ni... AMIN.....

Daging Bersos Kentang

Jom try resepi ni...

Bahan A
300g daging (yg dah di potong nipis)
Lada sula
Serbuk cili
Garam secukup rasa
Tepung gandum
Minyak utk menggoreng

Bahan B
Ubi kentang (yg dah direbus)
lada hitam
lada sulah
garam secubit
1 sudu makan sos cili
1 sudu mayonis
2 tangkai daun sup (digoreng & dikisar halus)
Air

Caranya:
Daging, lada sulah, serbuk cili, garam & tepung gandum digaulkan. Setelah sebati, gorengkan di atas minyak yg panas.

Lecekkan ubi di atas tapis yg jarang. Gaulkan ke semua bahan B bersama ubi. Rebuskan bersama 1/2 cawan air & masukkan daging yg telah digoreng, kacau hingga sebati.

Dah siap... simple jer... tapi sedap.

Monday 13 April 2009

TONY ROMA'S Ribs - Seafood - Steaks Restaurant



Pagi heavy breakfast, lepas kemas2 rumah & anak gi sekolah... tak tahu nak buat apa, semua rancangan tergendala disebabkan hujan..... so petang, hubby ajak ke mid vally lagi.

Kali ni makan kat Tony Roma's. Ni dah kali ke 6 makan kat sini. Kali ni cuma makan Salad & The Original Baby Back Ribs. Memang sedap & salah satu tempat makan kegemaran kami sekeluarga. Set hidangan agak besar, satu hidangan boleh makan 2 org......

Lepas makan kat sini, simpan resit & layari http://www.tonyromassurvey.com/... dapatkan survey validation code... next time bila nak gi makan lagi, bawa resit tuu bole dpt potongan sebanyak RM10... kalau guna credit kad yg terpilih... dpt lagi another 10% discount. Kalau tak pun guna jer Air Asia Staff ID... sure dpt 10% discount tapi kat mid vally aje tau....



Noodle Station

Grill Lamp Chop With Brown Sauce

Curry Wantan Noodle With Prawn & Fish Ball

Fried Kuey Teow (Spicy)

Semalam 12 april 2009, try makan kat Noodle Station di Alamanda, Putrajaya... nak makan yg ringan2 jer malam ni.... Malam ni makan Grill Lamp Chop with Brown Sauce, Fried Kuey Teow Spicy but not so spicy lah dan Curry Wantan Noodle With Prawn & Fish Ball. Sedap gak.... try ler kalau ada peluang...
Nak details, layari websitenya... www.noodlestation.com







Saturday 11 April 2009

Laksa Shack


Malam tadi (Friday, 10 April 2009) hubby bawa pergi makan2 kat mid vally. Kali ni nak try makan laksa lak... anak i macam biasa mesti laksa sarawak dia, my hubby lak makan laksa lemak singapore & nasi berlauk.. sedap gak. I tumpang2 jer ckit2.... last sekali makan cendol .... byk betul, tak terhabis.

Kena ikut petua nak kurus, makan perlahan2, bila dah rasa kenyang, cepat2 berhenti, walaupun makanan masih banyak lagi. Dah hampir sebulan ikut petua tu, hubby yg dulu beratnya 93kg, skrg ni dah 84kg.... sesuatu yg boleh dibanggakan.. heheheheh ... Kalau tak dulu2, bertahun2 cuba nak kuruskan badan, pelbagai ubat ditelan... berat masih macam itu gak.

Alhamdulillah.... org kata amalan makan cara nabi ni, memang betul2 boleh kuruskan body. Try ler kalau nak cepat kurus....

Merayau2 kat mid vally hampir 11 mlm.... sudahnya tiba kat rumah dah tengah malam. Jarang jalan2 malam ni, sekali sekala seronok gak. Hubby kerja pagi2 esok lepas subuh dah kena keluar rumah... kata nak tidor awal, tapi tak leh gak..... :)

Sapa2 nak try, bole ler tengok2 kat website Laksa Shack ni... cuci2 mata dulu sebelum mencuba, at least ada idea apa nak makan bila dah sampai kat kedai tuu....

http://www.laksashack.com.my


Saturday 4 April 2009

FRIENDZ SIZZLE STATION

JOM cuba restaurant baru jiran i. lokasi BANTING... disertakan MAP nye
Sesiapa yg dah mencuba, sila bagi comment ye... TQ


Friday 3 April 2009

Free Ticket VIP F1 kat sepang

Woww.... terkejut terima phone call hari ni, i dapat 2 free ticket VIP seat utk tengok F1 kat sepang sabtu & ahad ni.... tapi macam biasa, my hubby kerja today & tak sempat nak ambil ticket tuu kat Mercedes Malaysia Headquaters KL.... May be bukan rezeki i kot ye... tapi dapat goodies dpd F1... akan di hantar seperti yg dijanjikan, apa ler agak nye.... topi F1 kott... tunggu jer ler ketibaannya.

Anyway, sesiapa yg suka jalan2 cari makan, jiran i dah buka new Tomyam/Western Restaurant kat Banting. Kalau nak mencuba silakan.... nama restaurant nya...

I tak pernah cuba lagi, baru jer dapat email ni, so JOM ler... I sertakan map nya sekali ye..




Klik kat map, kalau nak foto yg lebih jelas

 

Popular Posts