SUKA BLOG INI?

Followers

Tuesday, 30 June 2009

Kenapa Ummi Mengandung?

Kenapa Ummi Mengandung?

Bukankah sepatutnya kaum lelaki yang dibebankan tugas mengandung dan melahirkan, kerana fizikalnya sasa dan mentalnya berkuasa?

“Ummi, kenapa ummi penat?” Tanya Naurah.
“Ummi bawa adik dalam perut”, jawab Ummu Saif.
“Boleh Naurah pegang?” soal Naurah.
“Yop pun nak pegang,” sampuk abangnya Saiful Islam.
“Imad..pegang!” Si kecil Imad itu pun menyibuk sama.

Saya hanya tersenyum melihat gelagat mereka. Kasihan melihat isteri saya yang sering keletihan. Terkenang zaman-zaman diperantauan dulu, Ummu Saif pengsan entah berapa kali di hospital semasa mengandungkan anak pertama kami. Syukur Alhamdulillah, selepas Saiful Islam berusia tujuh tahun, Naurah Sabihah masuk lima tahun dan Imaduddin mencecah tiga tahun, kami dimurahkan rezeki oleh Allah untuk menyambut cahaya mata keempat yang bakal tiba Julai nanti, Isyaallah.

“Kenapa adik diam sahaja?” Saiful Islam bertanya.
“Dia tidur barangkali. Cuba rasa ini. Teka ini apa?” Ummu Saif mengajukan tangan anak-anak kami ke kiri kandungannya.
“Err, tak tahu,” kata Naurah.
“Kepala?” soal Saiful Islam.
“Bukan, Ini tangan adik. Kakinya di bawah sini!” Ummu Saif cuba mengilustrasikan kedudukan adik baru mreka di dalam perut itu.
“ha ha ha!” semua orang ketawa.

Terbayang-banyangkan si adik yang sedang baring terlentang di dalam perut Ummi mereka yang semakin sarat itu.

HIBA
Adik titik air mata hiba bergengan di mata saya. Berbau sesal. Jika semasa Ummu Saif mengandungkan anak pertama dahulu, hampir setiap hari saya akan memegang, bergurau dan bercakap-cakap dengan anak kami. Namun dek perjalanan masa, kesibukan kerja masing-masing, keramahan itu ada kalanya terhilang dari mainan kami sekeluarga. Saya merapatkan diri kesisi isteri. Anak-anak pun duduk sama di tepi.

“Assalamualaikum!” saya memberi salam
“Ha, ha! Dia bergerak!” kata Ummu Saif. Anak-anak pun jadi seronok dibuatnya.
“Susah tak bawa adik dalam perut? Cuba tanya Ummi.” Saya bertanya kepada anak-anak.
“Ummi, susah tak bawa adik dalam perut?” Tanya Saiful Islam kepada Ummi
“Tentulah susah. Berat, tahu! Boleh tambah 20kg!” kata Ummu Saif kepada anak kami.

Tentu sahaja susah. Tidak ada suatu tugas berat yang dipikul oleh seorang manusia seberat proses mengandung dan malahirkan anak. Hilang selera makan, muntah-muntah, demam, urat berpintal-pintal di kaki, tubuh bengkak air, sakit pinggang dan serba serbi jadi tidak kena. Itulah realiti sebuah kehamilan

“Kenapa Abi tak mengandung? Abi kan kuat?” Tanya Saiful Islam.
“Ha ha, budak ni! Abi mengandung juga, tapi tak ada baby!” saya bergurau.

Anak-anak kebingungan.Benar sekali…..


FIZIKAL, RASIONAL, EMOSIONAL
Jika difikirkan beban mengandung, bukankah labih wajar Allah Subhanahu Wa Taala jadikan para suami yang mengandung. Mereka ada kekuata fizikal. Mahu mengangkat tong gas di atas bahu kanan dan kiri pun tidak punya masalah. Sepatutnya kekuatan fizikal itu digunakan untuk memikul tugas yang berat ini..hamil dan seterusnya melahirkan anak. Tetapi saya terkenang kepada kata-kata Imam al-Ghazali bahawa

“Lelaki diciptakan Allah sembilan rasional, satu emosi dan perempuan diciptakan Allah satu rasional sembilan emosi.”

Ya! Kekuatan wanita itu adalah pada emosinya. Tinggi EQ! Emosi itulah kelayakan untuk seorang manusia hamil. Emosi untuk sabar dengan berat dan payahnya sembilan bulan mengandung. Emosi untuk membelai, memberi makan kepada diri sendiri. Emosi yang kerana emosi itulah, alam bayi di dalam kandungan digelar ALAM RAHIM, aiatu ‘alam kasih sayang’.

Kasih sayang yang sulit untuk ditmui dalam jiwa lelaki, biarpun fizikalnya sasa dan mentalnya berkuasa. Aduhai anai-anak, sesungguhnya engkau tidak lahir ke dunia ini, melainkan engkau pernah dipeluk kasih dan sayang seorang ‘ibu yang Rahim’ di ALAM RAHIM.

“Abang, rasanya nak bersalin dah ni!” jerit Ummu Saif.
“Apa???” saya panik dan sesak nafas terkejut dengan jeritan itu.
“haa!” aduhai..rupa- rupanya saya bermimpi.

Peluh didahi saya kesat. Segera menoleh ke sisi, terlihat isteri yang tidurnya tidak lena melayan resah badan dengan sarat kandungan.

“Tidurlah sayang. Biar abang bancuhkan susu Imad itu,” saya bingkas bangun meraba gelap untuk melayan tangisan Imad yang terkejut oleh kejutan saya tadi.

Semoga Allah limpahkan seluas-luas cinta dan kasih-Nya buat bondaku dan bonda isteriku yang telah mengandung dan membesarkan kami dengan kasih sayang, semoga cinta dan kasih-Nya juga disiramkan ke hati dan jiwa isteriku, yang bermujahadah dalam cinta dan kasih kami, untuk mengandung, melahir dan membesarkan anak-anak penyejuk mata.

“dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung keletihan demi keletihan (dari awal mengandung hingga akhir menyusu), dan tempoh menceraikan susunya adakah dalam masa dua tahun;(dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kedua-dua ibu bapamu’ dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balsan),” (LUQMAN:14)

Petikan dari Majalah Anis Mei 2009

Monday, 29 June 2009

Mayat Berhantu

HATI saya mula rungsing. Mayat yang sedang saya mandikan menyebabkan bulu roma saya tegak, seram, seluruh badan berasa hangat serta tidak tenteram. Bukanlah keadaan mayat yang cuma separuh sahaja itu yang sebabkan saya rasa seram, tapi ada sesuatu yang lain yang saya rasakan ada bersama-sama kami, yang mengganggu kami.

Keadaan mayat tersebut memang mengerikan sebab cuma bahagian pinggang ke bawah saja yang saya dan kawan-kawan saya uruskan. Mayat yang dalam lingkungan umur 30-an itu dijumpai terapung di dalam laut selepas beberapa hari dicampak ke situ. Baunya memang busuk. Walaupun demikian sekali rupa mayat tersebut, namun ia tidak menyeramkan saya.

Sudah bermacam-macam mayat yang pernah saya uruskan yang lebih dahsyat dan lebih ngeri daripada itu. Tapi mayat yang ini lain macam sedikit. Semasa memandikan jenazah itu bulu roma saya terus tegak. Tapi saya uruskan juga sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran, khususnya ayat kursi, terus saya baca.

Berdasarkan pengalaman lepas-lepas, jika begitu perasaan yang saya alami, maknanya jenazah yang saya uruskan bukanlah dari kalangan mereka yang dicintai Allah. Apabila sudah selesai menguruskannya, kami hantar jenazah tersebut ke kawasan perkuburan.

"Encik, jangan kebumikan dulu jenazah ini, sehingga saya datang ke sini semula," pesan saya kepada penggali kubur.

Saya tidak dapat turut serta kerana saya perlu menghantar dahulu juruurus jenazah wanita yang dipanggil satu jenazah.

"Insya-Allah," jawab penggali kubur tersebut.

Saya tinggalkan dia tanpa memberitahu kepadanya bahawa mayat tersebut bermasalah. Bagi saya ini perkara aib, tak perlulah saya jelaskan kepadanya. Selepas menghantar juruurus jenazah wanita, saya balik ke kawasan perkuburan tersebut. Hajatnya untuk sama-sama mengebumikan jenazah berkenaan, namun apabila tiba di kuburnya, saya tengok ia sudah dikebumikan.

"Tak apalah ustaz. Saya dah kebumikan. Dah selesai," kata penggali kubur tersebut.

"Alhamdulillah. Tak apalah, saya balik dulu."

Namun apabila masuk sahaja ke dalam kereta, saya rasa seperti ada sesuatu yang mengekori. Seolah-olahnya mayat itu ada dalam kereta untuk mengikut saya pulang ke rumah. Perasaan seram kembali semula. Dengan serba sedikit ilmu yang saya tahu, saya cuba halau ‘benda’ itu. Namun saya tahu saya gagal dan ia mengekori hingga ke rumah kerana pada malam itu saya berperang dengannya.

Kira-kira pukul 11 malam, ketika kami sekeluarga hendak tidur, saya mula rasa lain macam. Isteri dan anak saya juga gelisah seperti ada sesuatu yang mengganggu perasaan mereka. Perasaan seram kembali datang. Bulu roma saya meremang. Satu demi satu ayat saya baca dan kemudian hembuskan hingga syaitan itu pergi meninggalkan saya. Biasanya saya gunakan surah al-Fatihah, tiga Qul, ayat Qursi, amanarrasul dan satu ayat lain yang terakhir.

Alhamdulillah saya berjaya, tapi tidak lama kemudian, gangguan itu datang kembali. Sekali lagi saya bacakan ayat-ayat tertentu dan hembuskan ke arahnya. Untuk sementara waktu, ia lari meninggalkan saya. Rupa-rupanya gangguan itu cumalah permulaan. Semakin larut malam, tindakannya semakin agresif.

Apabila saya mula hendak melelapkan mata, ia kembali semula dan mencucuk tubuh saya. Saya tersentak dan tidak jadi tidur. Saya lihat sekeliling, tapi tiada apa yang saya nampak kecuali gelap. Saya baca ayat-ayat tertentu dan gangguan itu berhenti seketika. Memikirkan gangguan itu sudah berakhir, saya cuba melelapkan mata. Namun apabila saya hampir terlena, ia datang semula dan mencucuk pusat saya. Sekali lagi tersentak.

Begitulah yang berlaku seterusnya. Punggung dan badan saya dicucuk apabila hendak melelapkan mata. Setelah hampir sejam diganggu, akhirnya gangguan itu terus berhenti. Saya tidur tanpa sebarang gangguan lagi.

Alhamdulillah, itulah sekali saya diganggu oleh syaitan daripada mayat berkenaan. Telahan saya bahawa gangguan tersebut berpunca daripada mayat yang saya uruskan pada siang harinya memang berasas. Sebabnya ialah tidak berapa lama kemudian saya mendapat berita bahawa penggali kubur itu telah sakit selama sebulan. Sejak mengebumikan mayat tersebut, hidup penggali kubur itu mula tidak tenteram kerana diekori oleh ‘mayat’ berkenaan.

Apabila dia masuk saja ke pejabat, dilihatnya mayat itu berada di dalam pejabatnya. Apabila dia masuk bilik mandi, di situ juga ada mayat. Pendeknya ke mana sahaja dia pergi, di bilik tidur, di ruang tamu, di bawah pokok atau di mana sekalipun, pasti dia akan ternampak mayat itu. Akibatnya dia sakit selama sebulan dan meracau yang bukan-bukan. Selepas puas berubat, akhirnya dia sembuh seperti sedia kala.

Mungkin ada yang mengatakan cerita saya ini karut, atau sengaja direka, tapi percayalah, ia memang benar-benar terjadi. Bagaimanapun, alhamdulillah, kejadian itu memberi iktibar yang besar kepada saya. Dari segi syarak, gangguan yang kami alami itu dilakukan oleh iblis menyerupai mayat untuk menakutkan kita supaya kita berhenti daripada menguruskan jenazah. Gangguan seperti ini jangan dilayan kerana menguruskan jenazah adalah ibadah.

Saya yakin gangguan yang kami lalui berpunca daripada ilmu hitam yang diamalkan oleh lelaki tersebut. Menurut pendapat sesetengah orang, gangguan seperti itu berlaku kerana lelaki berkenaan membela jin dan syaitan untuk dijadikan khadam melindunginya. Bagi yang menuntut ilmu kebal, salah satu cara untuk membunuhnya ialah dengan membuang separuh mayatnya ke dalam sungai atau laut dan separuh lagi dibuang di darat. Itulah syaratnya kerana kalau kedua-dua bahagian tubuh itu dibuang di darat, atau kedua-duanya dibuang ke dalam air, ia akan bercantum dan mayat tersebut akan hidup semula.

Itulah cerita yang saya dengar, betul atau tidak wallahuaklam. Nasihat saya, janganlah dituntut ilmu yang bukan-bukan, yang bersahabat dengan syaitan. Dalam syarak, apa ilmu kita tuntut pun kita tak boleh kebal. Malah nabi yang hafaz al-Quran, rasul, tapi dia juga cedera semasa perang. Sebenarnya kita bukannya kebal, tapi dilindungi oleh jin.

Ingatlah, jika kita berkehendakkan sesuatu, bermohonlah kepada Allah. Janganlah salah guna ayat al-Quran. Dan apabila berdoa, jangan berwasilahkan kepada yang lain daripada nabi.



Cerita asal : Ustaz Haron Ibrahim

Bila Maut Tiba

Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak. Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.

Pandanganku kabur. Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh. Nafasku sesak. Tiba-tiba tanganku dipegang kuat.

"Mengucap sayang,, mengucap.... .... Asyhaduallailahaill allah.... ..... "ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan. Itu suara ibu. Manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?"Aku amati suara itu. Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai.

"Tenat",jawab doktor dengan ringkas.

"Itu kata doktor bang, jangan berserah kepada takdir sahaja. Kita perlu usaha".

Sudah seminggu aku terlantar diwad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini, aku ingin berbicara denganmu. datanglah... ..Tapi mataku...... .semakin gelap. Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini.

"Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah." Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kaulafazkan, abang. Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara doktor. Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu,kau hanya mampu menangis saja. Dan bila tiba saatnya, kita akan berpisah. Tapi, ibu.... .aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.

"Yassin......".bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku. Aku tahu itu suara abang. Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu??? Apakah aku sudah menghampiri maut???????

Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. Aku di ambang sakaratulmaut. ..... !!!

Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada. Ketika itu, aku tidak ingat apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku. Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.

"Tolong ibu, tolonglah aku, aku takut".Tapi rintihan ku tidak di pedulikan. Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah, gelisah dan penuh kesah. Keluhan dan rintihan.

"Panas, dahaga, haus, panas. .......".tapi tiada siapa pun yang peduli. Nenekku datang,

"Nenek....... ....". "Kau dahaga cu, kau lapar cu, mahu air?? Ini gelas penuh air madu, kalau cucu mahu masuk syurga, minum air ini".

"Ibu......".Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.

"Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan Islam, matilah dalam agama yahudi.....

".Ayah.......kau datang ayah.......".

"Matilah dalam agama yahudi anakku...matilah dalam agama nasrani. Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga".

"Nenek....ibu. ....ayah. .....suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku?? Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??

"Mengucap sayang,mengucap. Asyhaduallailaha illallah. .....".Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu. Manusia-manusia berjubah hitam datang.

"Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau, katanya"Mari ikut kami".Cahaya putih datang. datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning. Cahaya merah datang.

"Apa ini, apa ini?.Akulah sakaratul maut.......! !!!!!". Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku.

"Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah.......".Aku tersentak. Roh ku berselerak di dalam tubuhku. Lalu, innalillahi wainnailaihi rajiuun.....

Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya. Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku, seperti bau sampah yang amat busuk.

"Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini? Ah,busuknya, hanyirnya, hancingnya. .....".

"Assalamualaikum. .....".
"Siapa yang memberi salam itu?".
"Aku" katilku. Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh, sekotor, dan sebusuknya di dunia ini. Rambutnya yang tidak terurus, baju yang di pakai berlumut hijau, kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi, dari lubang hidung, telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar. Tanpa di pedulikannya. .....jijik, loya,aku rasa........ teramat loya melihatnya.

"Kau tak kenal aku?".

"Tidak, jawabku tegas. Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini".

"Aku sahabatmu, kau yang membuat aku hari-hari".

"Bohong!".Aku menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni wad ini mendengarnya.

"Aku tak kenal engkau! Lebih baik kau pergi dari sini".

"Akulah amalanmu yang keji........ ..". Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi. Ya! aku teringat kini, semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti.

Oh! Tuhan, aku banyak dosa. Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan. Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulanku bebas,t ak kenal muhrim ataupun tidak...tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat. Apa yang aku harus kulakukan!!! !!

Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kak long dan kak ngah menangis. Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air. Air apa ini?????

"Tolong....sejuk! !!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat, sakit!!!! Kenapa ramai orang melihat aku??? Aku malu.....malu. ....malu. .....!!!! !!".
Aku di usung ke suatu ruang. Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu. kapas di bubuh di celah-celah badanku. Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu.

"Nanti, tunggu!! jangan bungkus aku. Kenapa kalian semua buat aku macam ini? Tolong rimas....panas. .......". Kemudian aku diletakkan di suatu sudut.

Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama. Tapi kenapa aku di sembahyangkan? Bukankah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir, ruku', sujud dan tahiyyat.

Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu. Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. Aku diusung setapak demi setapak".

"Al-Fatihah!" Kedengaran suara tok imam. Kelihatan ibu, kak long ,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang. tapi kemana dia bawanya aku?". Nun jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan kampungku." Ke situkah aku dibawanya? Tolong turunkan aku, aku takut!!!!!!".

Setibanya di tanah perkuburan, kelihatan satu liang yang bersaiz dengan jasadku. Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu.

"Perlahan-lahan",aku terdengar suara tok imam memberitahu.

"Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".

Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki. Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.
"Tanah apa ini?".
"Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".

"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.... ... Dari Allah kita datang, dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok imam.

"Sesungguhnya mati itu benar, alam barzakh itu benar, siratul mustaqim itu benar, syurga dan neraka itu jua benar....... .". Sayup sayup aku terdengar tok imam terus membaca talkin, tetapi makin lama makin hilang. Pandanganku makin lama, makin kabur dan terus tidak kelihatan. Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.

"Nanti! Nanti! Tolong! Tolong ayah, ibu! Jangan tinggalkan aku seorang. Aku takut!!! Gelap!!!Panas!!! Tolong !!!!


"SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT."

Sunday, 28 June 2009

Anakku sayang....

Aizah sunyi mummy!!!!... itu keluhan anak nor pagi semalam... (27/6/2009). Pukul 10 pagi dah start belajar piano kat Nilai, hubby yg hantar & ambil... lepas jer kelas, terus ke kedai Al-Salam kat Nilai, makan kat sana.

Petangnya nak hiburkan hati aizah, kami ke Port Dickson dulu, singgah rumah Abg Rahmat... bukan apa nak suruh dia urut kaki & tangan nor yg sakit hari tuu... sedap betul lepas kena urut, lega ler ckit.... Daripada sana kami terus ke Melaka... kononnya nak hiburkan hati anak nor yg seorg ni.... dia tak de mood sejak anak2 dara nor balik... (atool, nurul, ct & alai) Apa ler ilmu yg dia org pakai ni .... anak i jadi rindu bayangan...

Kat Melaka aizah nak naik Eye on Malaysia & Menara Taming Sari...

EYE ON MALAYSIA




MENARA TAMING SARI





Friday, 26 June 2009

Foto2 Kenangan

Teringat dgn ke semua anak2 dara nor... semalam aizah menanggis sebab sunyi, takde teman dia tidur & bergurau... cian anak nor yg seorg ni....nor saja letak foto2 ni utk kenangan... jom layan...
ATOOL
CT FATIMAH
CT NURKHATIJAH (ALAI)
NURUL

Hari ni satu hari tidor jer sebab ambil ubat pain killer dpd doktor semalam... mmg mengantuk betul, selama ni nor jarang betul tidor siang hari.... tangan & kaki pun dah tak sakit sangat.. Alhamdulillah....

How to Prevent a Sore Throat from Progressing to a COLD

Before I share a great little tip on how to stop a sore throat from progressing into a week-long cold, please know that periodically experiencing a cold or the flu can actually be helpful to your health. If you have no idea why this is, please view the following popular article on this topic:

What Most Doctors Won't Tell You About Colds and Flu
You just won't get this information on why colds and flu can help you stay healthy over the long run from medical textbooks and mainstream media - please consider sharing it with family and friends.

Although experiencing a cold or the flu once in a while can help rid your body of your weakest cells, I'm willing to bet that there are times when you would really prefer to delay such a period of cleansing and malaise.

Here's how you can stand a good chance of preventing a cold from developing:
As soon as you experience that sore, tickly feeling in your throat that precedes a full-blown cold, gargle with warm salt water.

And when I say gargle, I mean really gargle; take in a mouthful of warm salt water, look up at the ceiling, and gargle aggressively. You may want to tap at your throat (the Adam's apple region) with your fingers while you gargle to encourage the warm salt water to trickle deeply into your throat.

Gargle like this several times with a glass of warm salt water, and repeat as often as possible throughout the day.

Warm salt water can remove viruses from the tonsils and adenoids that line the back of your throat region. Viruses that cause colds and flu typically get caught by your tonsils and adenoids before they spread through your body. Your tonsils and adenoids are important parts of your immune system because they are located near the entrance of your breathing passages, and they serve as a first line of defense against undesirable airborne microorganisms and substances.

This, by the way, is why it is best not to remove tonsils and adenoids from your throat region. Chronic swelling of tonsils and adenoids is best addressed by reducing sugar intake, adopting a minimally processed diet that is rich in fresh plant foods, and supporting immune system health by getting plenty of rest, exercise, and exposure to sunlight and fresh air.

Cold salt water may also help to remove viruses from your tonsils and adenoids, but warm salt water tends to be more effective. Warm water may help to melt the fatty coating that protects viruses that cause the cold and flu.


What if you gargle for all you're worth but still end up developing a full-blown cold?
Get lots of rest, drink plenty of fluids, and take comfort in knowing that countless viruses are at work destroying your weakest cells. And don't forget to blow your nose as often as it runs; help your body get rid of what it wants to get rid of.



Thursday, 25 June 2009

CT balik Miri...

Pagi tadi hantar CT Fatimah balik miri guna MAS... naik KLIA Transit dpd Salak Tinggi.... aizah ikut sekali temankan nor.. Sampai jer KLIA terus check in, gi beli barang ckit... Kelakar betul, bila CT dah masuk, dia call... kamera dia aiza bawa, nasib baik ler lum lagi keluar dpd KLIA, dia pun lum jauh jalan nak ke Gate B4.... kalau ler tak perasan, kena ler hantar aiza ke miri... hahahah. Flight dia ni singgah Kuching 30 minit.... harap anak dara seorg ni selamat ler sampai ke destinasi nya.

Kat rumah my maid dah sampai, hubby monitor kan dia..... Ajak hubby beli barang2 dapur.... gi Mydin Putrajaya jer, ingat nak gi pasar borong tapi hubby pulak kelaparan nak makan something. Singgah ler kat P9 makan soto ayam & mee rebus. Siap bungkus lagi lauk lain sbb sure bila balik rumah ni dah lewat.... dan tak sempat nak masak utk lunch.

Aduh!!!! hari ni nak jadikan cerita, nor terjatuh lak kat belakang rumah.... tgh dok mencuci baju, my maid ni cuci kat luar tuuu... basah, licin.... terjatuh ler pulak.... bengkak jari kaki & tangan sebelah kanan dah sakit semacam, tak leh nak gerak ckit.... nak angkat barang pun tak dapat... Masa baru2 jatuh tuu tak ler pulak rasa apa2.... bila dah petang tuu sakit dia menjadi2 lak, bole tahan ler ckit. Hubby lak ajak gi office kat LCCT ambil CD Training dia... Balik rumah tolong dia install program HTC device & training program dia.

Malam ni lepas Isyak, nak ke klinik jumpa doktor... takut ler kan... ada tulang patah ke atau apa2.... sakit makin parah pulak ni.... ni tgh tunggu hubby balik dpd masjid... nanti sambung lagi lepas gi jumpa doktor....

Have you ever heartbroken like this ?

video

Tuesday, 23 June 2009

Dah balik dah mereka....

Anak2 dara nor dah balik malam isnin, tapi seorg jer tertinggal kapal.... bukan disengajakan, salah tengok waktu rupanya... yg lain guna flight malam, ingatkan semua sama tapi rupa2 nya cik Siti ni tertinggal kapal yg sepatutnya berlepas pagi... aduhai..... sure tak boleh dapat duit balik... Air Asia... biasa lah...... terpaksa booked MAS punya flight, itu jer yg murah.... one way cuma RM119, itu pun bertolak dpd sini kul 10 pg hari Khamis ni... tak pe ler.... bole jalan2 lagi.

Malam isnin tuu hantar Atool, Nurul & Alai ke airport... Nurul flight kul 6:40 mlm ke Kuching, manakala flight Atool & Alai delayed ke pukul 9:15 mlm yg sepatutnya bertolak kul 7 mlm. Hubby lak kurang sihat kat rumah.... sampai2 jer rumah bawa hubby gi klinik kat area sin gak, nasib baik masih buka lagi... Hubby kena serang demam... dia kesejukkan jer tapi badan panas semacam... satu malam nor tak bole tidur lena dok jaga dia.... cian hubby. Dia jarang sakit tapi bila dah sakit teruk betul.... Ntah pukul berapa nor betul2 lena, bila sedar jer hari dah terang....

Paginya doktor Prabu called nor bagitahu keputusan blood test hubby... semua ok... bukan H1N1... syukur... Ke klinik tuu ambil MC hubby utk 2 hari, hari ni & esok. Sebelah ptgnya hubby dah ok ckit.... bawa dia gi klinik gigi lak kat Shah Alam. Dia & imran ada appointment yg sepatutnya kul 3 ptg tapi kami lewat tiba kat klinik.... kena tunggu lagi. Selesai semua dah nak dekat magrib... hubby & imran gi solat kat Masjid Shah Alam... nor cuti hari ni... Nor & Siti gi jalan2 kat Masalam.... beli susu & buah2an utk hubby. Siti shopping lagi.... hahaha mesti dia org Atool JELEZ....

Malam nya singgah makan kat Secret Recipe, Shah Alam... lepas makan terus balik... belikan aiza makanan gak...

Sampai rumah jer hubby dah mula rasa sejuk lak.... suhu badan kembali panas... lepas makan ubat, dia reda ckit.... itupun susah betul nak tido... Harap2 esok dia sihat hendaknya.....

Monday, 22 June 2009

Saturday, 20 June 2009

RELAX.....

Anak2 dara semua dah gi SOGO .... wahhh.... sunyi jer rumah hehhehehe terRindu ler pulak... Tengahari tadi lepas makan kat rumah hantar dia org ke station komuter... aiza ikut sekali, kena reschedule lagi kelas piano hari ni...

Jiran nor Hani lak jemput ke rumah birthday party anak popuan nya, nor gi seorang ler... jumpa jiran2 yg lain.... Takde apa nak bagi, bawakan dia Jus Kasturi yg diambil kat rumah kawan tadi... ada customer order, so satu tuuu bagi kat jiran jer. Sapa2 nak order jus kasturi bole gi kat blog nor yg lagi satu ni... http://www.noorhodza.blogspot.com/ atau klik kat sini... http://noorhodza.blogspot.com/search/label/Minuman Jus ni memang sedap, lebih2 lagi bagi org yg sakit tekak...


Hubby ke Gold Coast malam semalam.... 10 jam travelling, hmmm penat katanya, cian hubby. Sekarang ni dah jadi cinta SMS lak, dok sms hubby yg jauh di mata tapi dekat jer di hati... sayang abg..... Alhamdulillah semua nya ok, dia balik pagi Isnin ni... insyallah.

Bila seorg2 kat rumah ni, masa utk melawat blog2 kawan2 lebih ckit.... selalu sekejap2 jer, takde masa nak baca2 sgt.... bak kata org, kekadang kita perlukan masa utk bersendirian kan....

Terima kasih ler pada kawan2 yg sudi singgah dan ada masa nak baca blog nor ni....


Ronda2 Putrajaya & Melaka

Hari Rabu & Khamis bawa anak2 dara nor ni melawat Putrajaya & Melaka... macam2 gaya foto2 dia org..... Kebetulan hari khamis (18/6/2009) hubby tak kerja, so bawa dia org gi Melaka.... aiza tak ikut sebab sekolah. Sila layan foto2 ni.....


PUTRAJAYA 17/6/2009



Penat dok ronda2.... lapar ler pulak, makan tengahari kat Alamanda....




MELAKA 18/6/2009

Sempat naik beca keliling tempat2 bersejarah.... pak beca caj RM15 utk satu beca, seronok betul anak2 dara ni....

Mengusik jurujual barang2 cerderamata kat area bandar Melaka.... beli nya tak, suka2 jer dia org ni.... hmmmm ada beli ke?

Wednesday, 17 June 2009

Rahsia Jenis Darah Dan Peribadi


Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kita sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Lets check it out..

DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.

Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.

Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.


P/S: Betul atau tidak anda nilai sendiri

Salam Mesra,



Tuesday, 16 June 2009

Ronda2 KL

Petang semalam kita org ramai2 ke KL, parking kereta kat KL Sentral, lepas tuu naik monorail ke Low Yat.... hubby & imran nak cari program computer kat sana..... ladies gi Bukit Bintang & Sungei Wang lak.... jalan2 cuci mata sambil2 shopping ckit2. Dari sana kita org jalan kaki menuju ke Petaling Street... wahh semua dah penat, kaki dah sakit.... anak2 dara ni pulak pakai kasut yg tak sesuai... masing2 singgah beli selipar, hmmmm baru ler selesa... cian dia org hahahahha

Aizah lak tak ikut sebab dia sekolah belah petang nya... seronok betul jalan ramai2 macam ni... org tengok pun hairan... ramai nar anak2 dara dia org ni... riuh rendah jer... JOM layan foto2 dulu....






5 DON'TS before sleeping

1 - DON'T SLEEP WITH WATCH

Watches can emit a certain level of radioactivity. Though small, but if you wear your watch to bed for a long time, it might have adverse effects on your health.


2 - DON'T SLEEP WITH BRA

Scientists in America have discovered those that wear bras for more than 12 hours have a higher risk of getting breast cancer. So go to bed without it.




3 - DON'T SLEEP WITH PHONE

Putting the phone beside your bed or anywhere near you is not encouraged. Though some of us will use phones as alarm clocks, but please put the phone as far as possible. Scientists have proved that electrical items including mobile phone and television sets emit magnetic waves when used. These waves can cause disruptions to our nervous system. Therefore if you need to put your mo! bile phone near you, switch it off first.




4 - DON'T SLEEP WITH MAKE UP

People who sleep with make up might have skin problems in the long run. Sleeping with make up will cause the skin to have difficulty in breathing and problem in perspiring. You will also need a much longer time to go into deep sleep.


Lastly.....






5 - DON'T SLEEP WITH OTHERS' WIFE / HUSBAND

You may never wake up again. : )



Sunday, 14 June 2009

Minum Petang

Petang ni nor buat jemput2..... Mungkin lain org lain cara buat jemput2 nya, cara nor lain pulak.......Jom share resepi nor ni ......

Jemput2 tengah digoreng....

Siap utk dimakan


Bahan :
Ditumbuk atau kisar
Ikan Bilis
Bawang Merah
Daun Ketumba
Cili Padi

Taugeh
Garam
Tepung Gandum
Tepung Beras
Tepung Jagung
Serbuk kari
Minyak utk mengoreng...

Cara:
Campur bahan yg ditumbuk bersama semua jenis tepung di atas, sukatan ikut masing2 lah kan... masukkan juga serbuk kari. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan agak pekat, jangan terlalu cair.

Kemudian digoreng dengan minyak hingga garing dan masak. Makan bersama dgn cili sos.

SELAMAT MENCUBA...

Masa di hujung minggu...

Breakfast hari ni nor buat nasi goreng & panaskan roti john yg dibeli kat pasar malam, mlm tadi. Sibuk anak2 dara ni mencuci baju2 dia org, baju dah ler tak bawa banyak, kononnya nak shopping ler kat cni.... Nor tak masak sgt hari ni, dah kenyang makan nasi goreng...

Atool & kawan2nya hari ni nak gi ke Klang, sebelum tu anak2 dara ni nak gi Giant Nilai dulu. Hantar aizah ke kelas piano dia dulu & nor kena belajar kemudian... Lepas belajar piano terus ke Giant ambil Atool & the geng. Wahh .... shopping lagi dia org ni, apa ler yg dibeli, tapi yg pasti mesti benda2 yg kecil2 jer... alahai student kan....hmmm ada nampak baju tuuu, beli baju ler juga... apa2 ler, berjimat cermat jer, lama lagi kat sini hah... nanti budget lari lak.
Dpd sana terus hantar ke station Komuter Nilai.... nak ke Klang kena gi KL sentral dulu... dah mahir dia org ni... cepat betul budak2 sekarang ni ye...

Kat rumah pulak Imran dtg nak tolong ayah nya buat kerja ckit.. kali ni cik abg nor ni nak minta tolong dia catkan kayu2 utk buat tempat gantung bunga2... Tadi nor ambil foto candid dia org tengah buat kerja2... Anak beranak ni dah lama tak jumpa, bila dah jumpa terus ada je kerja nya. Selalu aiza yg kena cat2 semua ni..... bila suruh anak dara nor tolong.... hmmm tak nak dia. Bagi peluang kat abg im lak buat katanya....hheheheeh sabar ler sabariah.....

Jom layan foto2 dia org ni....

Tengah minum petang, rehat kejap..... cian dia penat


Imran tengah mengecat..........



Abg memotong kayu2 utk dicat....


Nak siapkan benda ni lerr..... kayu tuu diselang2... utk gantung bunga...




 

Popular Posts