NAK BUAT BISNESS... JOM KLIK

SUKA BLOG INI?

ONE DROP PERFUMES

Followers

Monday, 22 February 2010

TIDURLAH DALAM SENYUMAN

SETIAP orang berhak untuk bahagia! Ingin tahu bagaimana menjadikan hidup anda lebih ceria? Ikuti beberapa tip di bawah. Mungkin ia dapat membantu anda menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Buka hari anda dengan sebuah senyuman! Senyumlah, anda akan berasa lebih segar. Sebaik anda buka mata, senyumlah pada yang tersayang. Mungkin dia juga menunggu untuk senyum kepada anda. Atau, bukalah tingkap dan pandanglah pada mentari yang sedang menanti anda. Ukirlah senyuman manis di bibir anda apabila melihat sinarannya.

Pastikan hari anda lebih indah daripada sebelumnya. Anda berkuasa sepenuhnya bagaimana untuk mencorakkan hari anda. Jadi, pilihlah untuk mulakan hari anda dengan sedikit gerakan pada bahagian bibir. Biasanya, sesuatu yang bermula dengan baik akan berakhir dengan lebih baik!

• Hadapi semua masalah dengan hati terbuka. Kemudian, barulah bertindak. Mungkin hari ini anda sedang menghadapi detik-detik sukar dalam hidup anda. Sekalipun kita tidak mampu mengelak daripada masalah tersebut, kita mesti berjaya berdepan dengannya. Yakinilah, jika anda telah berusaha keras untuk menanganinya, hasilnya juga pasti berbaloi. Anda hanya perlu bersabar sahaja menunggu ganjaran itu datang kepada anda. Ia tetap datang. Cepat atau lambat sahaja. Hidup ini memang begitu! Dan sebenarnya, kehidupan kita pada hari ini hasil daripada apa yang telah kita lakukan pada hari sebelumnya.

• Hulurlah tangan kepada sesiapa yang memerlukan. Meringankan penderitaan seseorang akan dapat meringankan hati anda. Andainya anda terlihat seekor rama-rama terkapai-kapai di permukaan air dengan badannya yang terbalik ke atas, ambillah sedikit masa untuk menyelamatkannya. Jika tergerak naluri anda untuk menyelamatkan seekor rama-rama yang hampir kelemasan, tentulah anda tidak sampai hati membiarkan seorang manusia seperti anda menanggung kesusahannya seorang diri.

Paling tidak, berilah sokongan kepadanya sekalipun anda tidak mampu menghulurkan bantuan yang lebih dari itu. Hari ini seseorang memerlukan anda, tapi pada hari esok anda pasti memerlukan seseorang. Oleh itu, patuhilah fitrah alam bahawa kita saling memerlukan.

• Belajarlah untuk berkata benar. Kebenaran itu indah. Tapi harus berpada-pada. Pastikan kebenaran itu tidak melukai sesiapa. Mungkin kebenaran itu bermakna bagi satu pihak, tapi menyakitkan bagi satu pihak yang lain. Letakkan diri anda di tempat pihak tersebut dan cubalah fahami situasinya jika berdepan dengan kebenaran yang bakal anda bentangkan. Tidak salah berkata benar, malah memang anda dituntut untuk berbuat demikian. Tapi, nyatakannya dengan berhemah agar tidak melukai hati sesiapa.

• Cuba hadkan keinginan harian anda. Keinginan yang terlampau banyak dan tinggi hanya akan menambahkan tekanan dan kerisauan. Janganlah dalam sehari itu anda mengerah segala tumpuan dan usaha untuk memiliki rumah besar, kereta mewah dan wang berjuta. Semua ini boleh menyebabkan anda tidak senang duduk.

Jangan sesekali membebankan hidup dengan memikirkan bagaimana caranya untuk mendapatkan semua itu serentak, pada hari itu juga. Penuhi keperluan asas anda dan keluarga terlebih dahulu. Kemudian, barulah fokus kepada kehendak tersebut satu per satu.

• Hargai dan fahamilah bahawa Tuhan merupakan pemilik yang agung. Anda perlu menerima hakikat bahawa apa yang menjadi milik anda pada hari ini hanyalah milikan sementara. Tiada yang kekal. Hari ini anda disayangi keluarga, rakan-rakan, teman sepejabat, tidak mustahil suatu hari nanti situasi akan berubah. Mungkin hari ini anda mempunyai kereta yang cantik atau rumah yang besar tapi belum tentu anda akan memiliki benda yang sama pada hari esok.
Anggap saja ia sebagai amanat yang dipertanggungjawabk an oleh Tuhan kepada anda. Dan suatu hari nanti, anda akan memulangkannya kepada yang hak iaitu Tuhan. Hargai dan syukuri apa yang ada dalam genggaman anda hari ini dan biarkan ia pergi jika memang itu yang telah dilakdirkan.

• Sekiranya anda berjumpa seseorang yang lebih baik daripada anda, jangan sesekali biarkan perasaan dengki menyelubungi diri anda. Kagumi kejayaannya. Dalam masa yang sama, fikirkan orang lain yang jauh lebih teruk berbanding anda. Anda sebenarnya bernasib baik jika dibandingkan dengan sesetengah orang yang terpaksa hidup, dalam penderitaan dan kesengsaraan. Jika anda fikirkan anda manusia malang, ketahuilah bahawa di luar sana ramai lagi yang lebih malang.

• Berani mengakui kesalahan sendiri. Ketepikan sejenak ego yang ada dalam diri, hati anda akan lebih tenang. Tiada sesiapa yang dapat lari daripada membuat kesilapan. Itulah fitrah manusia seperti kita.

• Sebelum melelapkan mata, insafilah semua rahmat yang telah dianugerahkan- Nya kepada anda sepanjang hari itu. Ingatlah semua yang telah anda lakukan pada hari ini. Bermohonlah kepada Yang Maha Kuasa supaya anda akan kekal dalam rahmatnya untuk menempuh hari-hari yang mendatang. Jangan lupa mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana menjadikan diri anda seperti anda pada hari ini. Setelah itu, pejamkan mata dengan bibir yang tersenyum serta hati yang bersih dan ceria.




"JOM Seiring Sejalan"


Thursday, 4 February 2010

A NEW KIND OF RAPE

To: All my dear friends, be extra cautious when you need to help others, be very smart and alert at all times.

It’s a pity that things like this occur nowadays … you are warned to be cautious and do not take everything for granted.

A NEW KIND OF RAPE ( LADIES BE WARNED )

This is a true story.

The woman left the office after working hours and saw a little child crying on the road. Feeling pity for the child, she went to ask what happened. The child said, 'I am lost. Can you take me home please?' Then the child gave her a slip of paper and tells the woman where the address is. The woman, being an average kind person who didn't suspect anything took the child there. And then when they arrived at the child's 'home', the kind hearted woman pressed the door bell and she was electrocuted as the bell was wired with high voltage, and fainted.

The next day when she woke up, she found herself in an empty house up in the hills, naked. Condoms were all thrown around with semen all over her and flowing from her body. There were at least about 20 condoms! She has not even seen her assailants. That's why nowadays crimes are targeted on kind people like her.

Next time if the same situation occurs, never bring the child to the intended place. If the child insists, then bring the child to the police station.

Lost children are best sent and/or taken to police stations.

Please send this to all your female friends/colleagues, and your male friends with girlfriends and wives. It is better to receive this email a thousand times than be a victim once!

To keep my Identity and job safe I will just say that I am Officer Justice.
Keep safe Ladies!

Please pass this on to family members. It is better to be informed. It is sad that we can’t even help children now!


"JOM Seiring Sejalan"


Wednesday, 3 February 2010

LAKSA GORENG

Pagi tadi hubby balik kul 4:30 pagi, tak leh tdo lak dia.... lepas subuh jer terus ajak nor makan nasi dagang kat Salak Tinggi.... Apa ler mimpi dia hari ni... katanya lapar, nor nak masak dia tak nak lak. Macam2 lauk nasi dagang kat kedai ni, apa lagi, macam org makan tengahari ler nampak gaya nye.... aduhhh... kekenyangan betul ler....

Balik jer dia terus sambung tidur. Breakfast dah heavy makan nasi, so tengahari ni nor cuma goreng laksa jer utk Aizah makan sebelum dia ke sekolah nanti... Kebetulan laksa ni, stok nor ada lagi sikit, nor cuma rendam jer dgn air panas mendidih biar lembut. Kali ni nor goreng bersama udang, sausage & ubi kentang jer..... hmmmmmm sedap tau. Angkat bakul sendiri ler kan...

Jom makan sama2...




"JOM Seiring Sejalan"


Tuesday, 2 February 2010

Pokok Kari & Singkir Berbuah?

Ni cerita pagi tadi ni.... nor leka dok cuci tingkap sebelah belakang rumah... iye ler kan lama tak mengelap, berdebu2 ler pulak tingkap dapur.... Siap mencuci semua, pagi2 selalunya nor suka ronda2 kat laman belakang tuu... tapi sejak kebelakangan ni terlalu sibuk dgn pelbagai hal, lama ler tak tengok2 pokok2....

Nor terkejut pagi tadi tgk pokok singkir & kari berbuah... lebat lak tuu.. Mula2 hairan gak, pasal banyak nar buah2 dia, kalau bole dimakan takpe ler pulak kan.. hehhehe.. tapi nor curious ler... bole ke makan? Nak tahu, nor gi ler cuba makan sebiji buah daun kari tuuu... rasanya manis ler walaupun ada sikit2 bau kari.... tak berani makan banyak, karang lain pulak jadinya... cukup ler sebiji dulu hahahhah.... tak pernah rasa org kata. Dalam buah tuu ada 2 biji halus... isinya warna putih jernih & kulitnya purple. Kulit yg purple tuu rasa kari, isinya manis.... buah kari ni sebesar buah anggur......nor ni memang gitu, suka nak cuba2... hubby siap kata... nanti mabuk baru tahu.... tak per ler kan... klinik dekat jer.

Daun singkir lak, buah nya agak kecil... rasa lak pahit, kulitnya warna purple.... isipun warna purple, bole jadi perwarna... yg ni nor terus buang jer ...eeeee lidah rasa semacam. Nor tahu ni memang tak leh dimakan... kalau nor telan tadi sure mabuk punya... buahnya sebesar lada hitam gitu....

JOM nor nak ajak sama2 tengok bagaimana rupanya... rasanya sesiapa yg ada tanam daun kari ni sure pernah nampak.... cuba ler rasa kalau berani...hahhahaha.... cabaran ni...

Pokok Daun Kari

Pokok Daun Singkir

"JOM Seiring Sejalan"


Shell Oil Report! MUST READ, EVEN IF YOU DON'T OWN A CAR

Please send this in formation to ALL your family & friends, especially those who have kids in the car with them while pumping gas. If this were to happen, they may not be able to get the children out in time.



Safety Alert!



Here's some reasons why we don't allow cell phones in operating areas, propylene oxide handling and storage area, propane, gas and diesel refueling areas.

The Shell Oil Company recently issued a warning after three incidents in which mobile phones (cell phones) ignited fumes during fueling operations

In the first case, the phone was placed on the car's trunk lid during fueling ; it Rang and the ensuing fire destroyed the car and the gasoline pump.


In the second, an individual suffered severe burns to their face when fumes ignited as they answered a call while refueling their car!

And in the third, an individual suffered burns to the thigh and groin as fumes ignited when the phone, which was in their pocket, Rang while they were fueling their car.

You should know that: Mobile Phones can ignite fuel or fumes

Mobile phones that light up when switched on or when they Ring release enough energy to provide a spark for ignition

Mobile phones should not be used in filling stations, or when fueling lawn mowers, boat, etc.

Mobile phones should not be used, or should be turned off, around other materials that generate flammable or explosive fumes or dust, (I.e., solvents, chemicals, gases, grain dust, etc...)

TO sum it up, here are the Four Rules for Safe Refueling :

1) Turn off engine
2) Don't smoke

3) Don't use your cell phone - leave it inside the vehicle or turn it off
4) Don't re-enter your vehicle during fueling
.

Bob Renkes of Petroleum Equipment Institute is working on a campaign to try and make people aware of fires as a result of 'static electricity' at gas pumps. His company has researched 150 cases of these fires.

His results were very surprising :
1) Out of 150 cases, almost all of them were women.
2) Almost all cases involved the person getting back in their vehicle while the nozzle was still pumping gas. When finished, they went back to pull the nozzle out and the fire started, as a result of static.
3) Most had on rubber-soled shoes.
4) Most men never get back in their vehicle until completely finished. This is why they are seldom involved in these types of fires.
5) Don't ever use cell phones when pumping gas
6) It is the vapors that come out of the gas that cause the fire, when connected with static charges.
7) There were 29 fires where the vehicle was re-entered and the nozzle was touched during refueling from a variety of makes and models. Some resulted in extensive damage to the vehicle, to the station, and to the customer.
8) Seventeen fires occurred before, during or immediately after the gas cap was removed and before fueling began.

Mr. Renkes stresses to NEVER get back into your vehicle while filling it with gas.
If you absolutely HAVE to get in your vehicle while the gas is pumping , make sure you get out, close the door TOUCHING THE METAL, before you ever pull the nozzle out. This way the static from your body will be discharged before you ever remove the nozzle.

As I mentioned earlier, The Petroleum Equipment Institute, along with several other companies now, are really trying to make the public aware of this Danger.

I ask you to please send this in formation to ALL your family and friends, especially those who have kids in the car with them while pumping gas. If this were to happen to them, they may not be able to get the children out in time. Thanks for passing this along .



"JOM Seiring Sejalan"


Monday, 1 February 2010

Tips : Goda - Goda Pasangan Suami / Isteri

Bila kita sudah lama berkahwin susah untuk memulakan sesuatu yang dulunya lazim kita lakukan semasa baru kahwin. Kadangkala akibat dari perpisahan yang lama atau sesuatu pertengkaran masing-masing malu untuk melakukan gerakan pertama. Di bawah ini ada beberapa tips untuk menggoda pasangan. Harap-harap anda akan berjaya.


1. Cuit-cuit

Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibuk dan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja, cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasa stresnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang dibuatnya. Kemudian fikirkan, jika semasa anda ganggu itu, okey ke tidak? Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untuk menambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka. Bukankah naya namanya.


2. Kenyit-kenyit.

Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yangt ersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata. Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik si dia dengan cara ini. Respons dia juga tentu menggembirakan hati anda.


3. Ops, maaf terpegang.

Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang kemudians emasa dihulurkan barangan itu, ambil tangannya, bukan ambil barang itu. Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, ‘ops, maaf terpegang, taks engaja’. Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan melirik manja pada anda. Aduh, boleh cair jadinya.


4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air.

Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi sebelum itu, pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan ketika itu anak anda sedang tidur. Jika tidak, susah untuk anda melakukannya. Sekali sekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka sedikit tetapi jangan besar sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia melihat anda seperti mengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit kan lebih menyeronokkan daripada nampak banyak. Kemudian, buatlah macam anda tak perasan pintu tu tak berkunci. Barulah ada ‘ummphhh!’

5. Tersentuh tangan.

Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan, kononnya tersentuh. Lepas itu minta maaf seperti anda tidak sengaja. Mesti seronok menyakat si dia dengan cara ini.

6. Urut mengurut.

Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manja badan pasangan anda. Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika menonton televisyen atau semasa berbual-bual.

7. Usik melalui telefon.

Sekali sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan menelefonnya dan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang. Anggaplah seperti orang salah nombor.. Lepas itu, usik-usiklah dia, biar dia marah. Bila sudah sampai ke kemuncak perbualan dan si dia memang dah marah pada anda perkenalkan lah diri anda.. Tentu menarik. Tetapi perlulah kena gaya dan waktu agar gurauan anda itu boleh diterima. Silap gaya, anda pula dimarahinya.


8. Suapkan makanan.

Bukan anak sahaja makan nak kena suap.. Si dia pun sekali sekala nak juga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradap ketika bersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia. Barulah mesra.

9. Betul-betulkan rambut.

Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, diri sendiri pun kurang terurus. Jadi pandai-pandailah ambil kesempatan. Kalau rambut si dia terjurai sehingga menutup matanya, betul-betulkanlah rambut tu. Buat dengan lembut. Kemdian hadiahkanlah si dia dengan ciuman. Wah, romantiknya.


10. Jalan macam itik pulang petang.

Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa kata, cuba ubah cara anda berjalan. Biar lembut dan sedikit melenggok. Barulah terancam si dia memandang.

11. Nak masukkan gear…ops, terpegang tangan.

Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk diamalkan. Nampak macam drama swasta tak apa. Janji anda bahagia. Alah, apa salahnya kalu terpegang. Dah sah pun.Tetapi pastikan adegan ini hanya dilakukan sewaktu anda berdua sahaja berada di dalam kereta.


12. Ops… tuala terlepas

Jika si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju selepas mandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam tuala terjatuh semasa hendak pakai baju. Pasti terbeliak matanya melihat anda. Bukan tidak biasa tetapi tidak sangka. Lepas itu, terpulanglah kepada anda….


13. Jeling-jeling

Kalau tenung lama-lama nanti oang marah. Dalam masa yang sama, mereka tentu rasa tidak selesa. Untuk tidak menyakitkan hati orang sebaliknya menambat hati si dia, apa kata anda jeling-jeling manja padanya terutamanya ketika dia sedang asyik membaca surat khabar contohnya. Mesti konsentrasinya terganggu. Dan perhatiannya tentulah beralih pula pada anda.

14. Gesel-gesel

Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu-malu untuk bergesel dengan si dia. Tak payahlah hendak elak-elak. Lagi rapat lagi bagus. Barulah mesra namanya. Selain meningkatkan kemesraan, cara ini juga boleh dijadikan mukadimah untuk hubungan seterusnya…


15. Cubit-cubit

Cubitan itu biarlah cubit-cubit sayang. Janganlah pula melampau sampai merah telinga kawan itu menahan sakit. Bimbang nanti, lain pula jadinya. Elok- elok hendak bermesra, tup tup bertukar jadi perang. Tak ke kes naya jadinya.


16. Hembusan lembut pada telinga.

Walaupun nampak macam biasa, cara begini jarang dipraktikkan. Jika duduk bersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya. Pastihatinya tersentap. Jangan tunggu lama-lama. Apa kata hari ini, balik kerumah dan anda lakukanlah taktik ini dan pasti pasangan anda terasa dirinya lebih disayangi.

17. Ciuman di dahi

Yang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu. Apa tidaknya. Wah, mesranya pasangan tu. Jadi tunggu apa lagi, buatlah cepat, tidak perlu tunggu- tunggu lagi.

18. Sembur wangian pada bilik.

Bukankah kita semua tahu, rumah adalah syurga sesebuah keluarga. Oleh itu pastikan rumah anda sentiasa bersih dan wangi. Dengan cara ini, setiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda pasti tenang. Bila dah tenang, mudahlah untuk ke adegan yang seterusnya.

19. Tolong betulkan baju

Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang paling sibuk..Tidak dinafikan saat itu memang tegang. Masing-masing terkejar-kejar, takut lambat ke pejabat. Bagi yang inginkan kemesraan suami isteri, ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul-betulkan pakaiannya. Biar lagi kemas. Barulah boleh digelar pasangan bahagia.


20. Bisikkan kata romantik pada telinganya.

Bisikkan kata-kata romantik pada telinga si dia. Mesti senyum lebar si dia.

Selamat mencuba.




"JOM Seiring Sejalan"


 

Popular Posts