SUKA BLOG INI?

Followers

Wednesday 10 November 2010

JUMPA GENG LAMA kat Facebook

Assalamualaikum semua,

Dalam minggu ni aje nor dah jumpa kembali kawan2 semasa belajar dahulu melalui Facebook. Kekadang bila difikirkan, bagus juga ada FB ni walaupun ada gak keburukkan nya. Nor saja nak kongsi gembira dgn kawan2 semua.... dah jumpa 2 orang lagi kawan yg nor cari selamanya.

Foto2 ni nor jumpa semasa mencari2 dia org.... 2 orang kawan yg nor dah jumpa adalah Shakila Mohd Dawood & Rohana Borhan... sekarang kami sedang menjejaki di mana yg lain pulak. Kepada sesiapa yg tahu mengenai mereka, sila hubungi nor ye..

JOM share foto2 lagi...


Klik sini utk cerita sebelumnya...

Thanks

"JOM Seiring Sejalan"

"If you focus on results, you will never change.If you focus on change, you will get results"

Saturday 6 November 2010

DOA ANAK

Pada suatu malam, seorang ayah mendengar anaknya berdoa. "Ya, tuhanku,selamatkanlah Mak, Ayah, Nenek. Selamat tinggal, Datuk".

Si ayah
kurang pasti akan maksud doa tersebut, tetapi keesokan harinya si datuk ditemui mati kerana sakit jantung.

Pada malam itu, si ayah mendengar anaknya berdoa lagi. "Ya, tuhanku,selamatkanlah Mak dan Ayah. Selamat tinggal, Nenek".


Si ayah terasa amat risau. Keesokan paginya, si nenek pula ditemui mati,juga kerana sakit jantung.

Si ayah yang ketakutan mendengar anaknya berdoa lagi malam itu. "Ya,tuhanku, selamatkanlah Mak. Selamat tinggal, Ayah".


Si ayah panik sepanik-paniknya. Dia berjaga sepanjang malam dan pagi-pagi lagi sudah pergi bertemu dengan doktor untuk memastikan bahawa dia sihat.

Bila dia pulang ke rumah, isterinya menunggu di depan pintu. "Bang, abang pergi mana, kalau abang ada pagi tadi boleh jugak tolong tolong, kecoh pagi tadi tau!"

Si ayah yang hairan bertanya, "apa yang terjadi pagi tadi?"

Isterinya (dengan muka sedih) menjawab "Tukang kebun kita, Pak Mat mati sakit jantung pagi tadi ..."

Si ayah... ?@!%^#=+??


p/s: anak saper sebenarnya budak nih?


"JOM Seiring Sejalan"

"If you focus on results, you will never change.If you focus on change, you will get results"

 

Popular Posts