SUKA BLOG INI?

Followers

Tuesday 31 January 2012

NASI PAPRIKA

Alhamdulillah diberi kesempatan utk memasak lagi, hari ni rajin lak nak menulis kat blog ni, walaupun memang hari2 masa jika suami ada kat rumah...kalau tak makan simple jer.... Jamuan hari ni nor cuba masak nasi paprika... Masakan sampingan suami nak makan ikan pari masak asam pedas hari ni, semalam dia beli tempe ckit, so goreng simple jer....JOM kita masak sama.


NASI PAPRIKA

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan beras basmathi (direndam dulu selama 20 minit)
2 cawan air
Sedikit perasa cube ayam
Garam
3 sudu rempah paprika 


CARA:
Beras basmathi yg dah direndam terlebih dahulu & toskan. Masak air 2 cawan terlebih dahulu bersama rempah paprika, kuib ayam serta sedikit garam, biar mendidih dalam rice cooker. Bila dah mendidih, masukkan beras tadi. Biarkan sampai masak...

Simple kan...

 Ni dia rempah paprika...nor beli kat kedai AYAMas..kat Dengkil (nak tengok besar klik jer kat foto tuu)


 Memang sedap........mungkin kerana rempah paprika tuuu kott




 Bismillahirahmanilrahim.....apa2 pun mula makan dgn buah dulu ye..




"JOM Seiring Sejalan"

'When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others.'

MASJID BESI - Putrajaya

Sering kagum dgn rumah ALLAH..... Semalam ke Masjid Besi Putrajaya.



Hanya sempat ambil foto kat luar jer.... kat dalam lagi cantik...kagum nor dgn ALLAH yg memberi ilham begitu indah pada insan yg design bangunan ni...Masya-ALLAH.

"JOM Seiring Sejalan"

'When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others.'

RESTAURANT HALF MOON

Jalan-jalan cari makan malam semalam, cik hubby teringin nak makan nasi mandy..... jauh jalan sampai ke area Sri Kembangan.......... JOM terjah restaurant ni


Nasi Mandy Kambing dah abis, tambah lagi ayam dia.... tapi tak abis kena tapau balik....




Rindu dgn nasi mandy punya pasal..... boleh ler walaupun tak sesedap kat Mekah....bak kata suami, sedap lagi nasi ayam tengahari tadi.... ;) Alhamdulillahhhh sedap telinga dengar suami puji.....


"JOM Seiring Sejalan"

'When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others.'

Thursday 26 January 2012

AYAT KURSI



AYAT KURSI :
1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi
2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu
3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat
4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam ke pagi ...
5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian. 


••► Sampaikan atau SHARE kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap orang yang mengamalkan, kita akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat.


"JOM Seiring Sejalan"

'When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others.'

Tuesday 24 January 2012

COMPLICATED

Complicated by AIZAH OMEERA





Percubaan yg baik.... cuba lagi next time agar lebih mahir.... ;)

"JOM Seiring Sejalan"

'When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others.'

Sunday 22 January 2012

SURAH TAHA


Baca doa ini 3 x dan dihembuskan semasa anak/suami/isteri anda sedang tidur pada hidungnya semasa ia sedang menarik nafas masuk. Lakukan semasa anak /suami/isteri sedang tidur nyenyak. InsyaAllah.


"JOM Seiring Sejalan"

'When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others.'

Friday 20 January 2012

COUPLE Vs KAHWIN

1. Masa couple, sebelum berpisah, si awek akan salam si pakwe. Siap cium tangan lagi, konon-kononnya nak jadi isteri yang solehah. Lepas kahwin beranak-pinak, si suami nak pergi kerja, si isteri tak salam cium tangan suami pun. 

2. Masa couple, si awek kalau nak keluar pergi mana-mana kena minta kebenaran si pakwe dulu. Kalau si pakwe tak bagi, tak keluar. Konon-kononnya derhaka la kalau ingkar. Abis tu, dengan mak bapak boleh plak derhaka? Lepas kahwin beranak-pinak, si isteri dah tak mintak pun kebenaran suami nak keluar.

3. Masa couple, pakai tudung sebab nak tutup aurat. Tak nak bagi orang lain nampak rambut. Bila berwebcam ataupun hantar gambar kat pakwe, tak cover pun rambut dan aurat. Kononnya, nanti dia nak jadi suami jugak. Jadi halal jugak nanti. Kononnya, semuanya untuk abang sayang seorang. 

4. Bila couple, masa dating si awek terpaksa bagi si pakwe pegang tangan, pegang pinggul, cium-cium sikit. Bukti cinta kononnya. Sanggup berkorban jiwa, raga dan dara. Takut kalau tak bagi, si pakwe tinggal cari orang lain. Bila dah kahwin beranak-pinak, dah tak berpegangan tangan lagi dah. Dah tak rasa apa-apa lagi lepas kahwin. Si suami minta dilayan, ditolak mentah-mentah. Dosa woo siksa batin. 

5. Masa couple, bila melepak dengan kawan-kawan, semua sibuk cerita kehebatan pakwe masing-masing. Bila dah kahwin beranak-pinak, bila berborak dengan kawan-kawan, semua sibuk cerita keburukan dan kekurangan suami masing-masing. 

6. Masa couple, si pakwe cakap itu, si makwe pun ikut je. Konon-kononnya nak jadi suami yang tegas la nanti. Bila dah kahwin beranak-pinak, si isteri jadi queen control. Si suami ikut je telunjuk si isteri. Si suami berdosa sebab dayus, si isteri berdosa sebab control suami. 


Mana taat setia sebelum kahwin dulu, wahai perempuan?
Mana sifat tegas dan kepimpinan sebelum kahwin dulu, wahai lelaki?


p/s : Kan? (^_^)


"JOM Seiring Sejalan"

'When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others.'

Thursday 19 January 2012

KERANA SMS

Ketika ayah sudah siap sarapan, tiba-tiba satu sms berbunyi di meja makan.

Barulah si ayah sedar yang anaknya lupa membawa henfon ke sekolah.

Ayah membaca sms yang dikirim oleh seseorang yg tak bernama.

Alangkah terkejutnya ayah bila membaca sms yg tertulis lebih kurang begini.

 

"Hai sayang selamat pagi. Kenapa tak datang rumah baby semalam?
Baby tertunggu-tungu sayang datang tau. 
Terus terang baby cakap, baby tak boleh lupakan saat-saat manis bersama malam dulu. 
Sangat besttt!
Oh ye, malam ni line clear, sayang boleh datang kerumah baby... 
X sabar nk tunggu sayang. Jangan lupa bawa XXXXXX... ''




Ayah tergamam, lalu memanggil isterinya..

'Cuba awak tengok sms ni, tak tau apa nk jadi dgn anak kita ni!'

Ibu seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dibacanya...

Dan hampir pengsan membaca sms itu.



Setelah anak pulang dari sekolah, si ayah terus menerpa anaknya.


Ayah : kau nak ke mana malam ni?

Anak : kerumah kawan, kami belajar sama. Exam kan dah nk dekat

Ayah : apa maksud sms ni? ayah membentak.

Anak : lar... Ni kan sim kad ayah... Henfon ayah kan rosak. Semalam ayah sendiri tukarkan simcard ayah dalam henfon ni sebab nak tunggu sms penting' ~ jawab si anak selamber ~


Si ayah terus lari apabila dikejar oleh si Ibu.




p/s : rehat2 kan minda



"JOM Seiring Sejalan"

'When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others.'

Monday 9 January 2012

DIAM

Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen.
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur.
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat.
... ... Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes.
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan.

Tapi..

Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya.
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya.
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya.
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya.

Kerana..

DIAM kita mungkin disalah tafsir.
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka.
DIAM kita mungkin disilap diterjemah.
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud.

Jesteru..

Jika kita merasakan DIAM itu terbaik.
Seharusnya kita DIAM.
Namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak.
Berkatalah sehingga mereka DIAM.

"JOM Seiring Sejalan"

'When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others.'

Thursday 5 January 2012

MARI MEMBACA

Hari ni nak share beberapa buah buku yg nor baca... ada yg hubby beli dan ada yg nor beli sendiri. Saja nak habiskan masa yg panjang dlm satu hari dgn membaca.... mana2 pergi kalau ada peluang atau waktu2 menunggu sesuatu, sure membaca ler yg menjadi keutamaan nor. JOM singgah2 kedai buku nor...


Kerana MU aku berubah...mengajak kita mencintai ILAHI dan Islam



La Tahzan "Jangan Bersedih"... DON'T BE SAD... buku ni dah lama beli & dah abis baca tapi nor suka baca sekali sekala utk rujukkan... isi2 yg menarik utk panduan. Pernah nor paparkan dalam facebook.



Buku ni nor tengah baca sekarang ni, baru jer beli 2 hari yg lepas. Sebagai bahan rujukkan.

Pesona Solat Tahajud ni dah lama beli & sebagai panduan nor serta suami. Dah 2 kali beli buku ni, satu suami hadiahkan kepada seseorang..... memang menarik kepada sesiapa yg nak mulai bermunajat.


Yang ni pulak nor baru gak beli, dah start ikut menu dalam buku ni... menarik 1 hari 1 resepi... Kepada yg dah takde idea nak masak apa, elok benar ler ni.


"JOM Seiring Sejalan"

'When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others.'

MELAPIS

Assalamualaikum kekawan.... 

Hampir seminggu tak update blog ni kan, sibuk sesangat. Anyway, hari ni nor melapis lagi setelah sekian lama bercuti... Alhamdulillah dah siap dah. Dapur nor agak sesak sikit sebab sebelum raya dah menambah peralatan dapur.... terpaksa ler nor angkat oven tu ke luar, berangin jer masa melapis... sambil2 tunggu kek masak sempat ler membaca gak. Sambil menyelam sambil minum air.


Oven kat belakang..... tapi best lah, sedap jer angin bertiup.



2 biji kek lapis india dah siap.... tunggu tuannya datang ambil.



"JOM Seiring Sejalan"

'When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others.'

 

Popular Posts