SUKA BLOG INI?

Followers

Sunday 31 January 2010

BILA ANAK DARA TGH MENGEMAS......

Projek anak dara nor semalam & hari ni... tak abis2 lagi. Semalam dia minta hubby nor belikan cat spray... nak tukarkan kaler meja study dia yg pada asalnya warna grey.... Hari ni cat tuu dah kering... kemas2 mengemas dpd pagi tadi sampai ke petang tak abis2 lagi... kejap2 nak relax. Alahai anak seorg ni bila ler nak siapnya... Ni dia tgh relax tgk cerita Awan Dania kat bawah.... nor gi ler tgk apa dah jadi dgn bilik dia....

Ya Allah, ya rabbi... terkejut besar nor... dgn katil yg berselerak dgn segala harta benda dia... macam mana nak tidor malam nanti ni.... hmmmm nak tahu apa jawapnya... tidur bilik mummy ler... kebetulan hubby lak outstation.... suruh tidor bilik tetamu, tak nak lak dia...

Jom tgk apa dah jadi... teruk lah nor ni kan... lama tak update blog... tiba2 cerita pasal anak dara yg seorang ni pulak. Memang jarang aizah ni nak kemas bilik secara besar2an ni... ntah mimpi apa dia hari ni...

JOM layannnnnnn!!!!!

Tengok ler selerak nya bilik & katil ni....

Meja ni asalnya kaler grey... tengok dah tukar jadi pink & kuning ler pulak... Apa ler selera anak dara ni... macam2 jer... ni dia spray sendiri petang semalam.... Sebenarnya dia dah guna meja ni sejak dia Darjah 2 lagi, masa tuu tinggal kat Kuching... hubby nak belikan dia meja baru, dia tak nak ler pulak...


"JOM Seiring Sejalan"


Saturday 30 January 2010

Petua Hapuskan Bau Badan

Ambil beberapa batang serai dan buah limau kasturi, rebus hingga mendidih, Kemudian campurkan dengan air mandian. Mandilah setiap pagi dan petang selama seminggu.

Ambil sebiji timun muda. Kupas kulitnya dan dibasuh dengan bersih. Sapukan mentimun pada bahagian badan yang mudah berpeluh. Lakukan berulang kali selama beberapa hari setiap kali selepas mandi. Lama kelamaan bau badan anda akan hilang.

Ambil limau purut, limau nipis ataupun limau kasturi. Dibelah 2. Sebelum mandi sapukan limau ke seluruh badan ataupun pada tempat-tempat berbau seperti ketiak. Biar 5 minit sebelum dibilas dengan air atau mandi. Insyaallah bau badan akan hilang.

Minum air rebusan daun sirih atau daun nenas muda yang telah dicampurkan dengan garam. Amalkan sekurang-kurangnya selama seminggu.

Potong pendek batang pokok kantan segar dan tumbuk hingga lumat. Rebus kantan yang ditumbuk itu hingga mendidih kemudian angkat dan biarkan sejuk. Jadikan air rebusan itu sebagai mandian. Gunakan air biasa untuk bilasan yang terakhir.


Rebus secekak serai wangi, daun jambu, daun lengkuas dan daun pandan. Campurkan air rebusan tadi dengan sebaldi air biasa. Amalkan mandian ini tiga kali seminggu.

Selepas mandi gosokkan seketul tawas pada bahagian-bahagian badan tertentu terutamannya di ketiak.

Goreng segenggam beras tanpa minyak sehingga hangus. Ramas hingga hancur dan bancuh bersama air asam jawa. Gosokkan di bahagian yang mudah berpeluh. Biarkan selama 10 minit sebelum mandi. Lakukan sekerap mungkin.

Campurkan tawas yang telah dijadikan serbuk dengan sedikit beras. Gaulkan kedua-duanya dan disapu ke seluruh badan yang mudah berpeluh. Lakukan setiap malam sebelum tidur.

Lumurkan hampas kelapa ke seluruh badan. Biarkan selama 45 minit sebelum dibilas dengan air bersih.

Gosokkan hampas teh yang telah digunakan pada seluruh badan terutama di ketiak selama 15 minit sebelum mandi. Amalkannya dua kali seminggu.


"JOM Seiring Sejalan"


Tuesday 19 January 2010

APARTMENT KAT PENANG

Assalamualaikum kekawan semua... lama benar nor tak update blog ni. Kesibukan yg sukar utk dielakkan... selepas MIL meninggal, macam2 yg perlu diuruskan... Sebenarnya nor nak cari apartment hotel kat area penang, hubby nak ajak berehat hujung minggu ni. Selalu kita org tinggal kat Vistana Hotel & Apartment.... kali ni nak tukar selera lak.

Kepada rakan2 kat Penang atau sesiapa yg pernah stay apartment kat sana, tolong bagitahu kat nor ye... kalau boleh nak nobor telepon sekali... hehheheeh lebih2 lak nor ni kan. Tak pe bagi nama pun tak pe nanti nor carikan nobornya.

Terima kasih...

"JOM Seiring Sejalan"


Thursday 7 January 2010

Mak Mentua Sakit

5 January 2009, my mother in law masuk hospital.... jari kaki luka & melarat jadi kudis yg sukar nak diubati. Mak sebenarnya ada kencing manis, bila bawa ke hospital, doktor nasihatkan supaya jari kaki tuu dipotong sebelum merebak ke jari2 yg lain. Sepatutnya malam tuu dah kena operate tapi disebabkan tekanan darah tersangat rendah & buah pinggang tak berfungsi, terpaksa ditanggungkan pada petang semalam.

Mak mentua nor ni dah 84 tahun umur dia, daya ingatan masih kuat lagi tapi ada kencing manis. Bila dah tua macam2 penyakit menyerang kan.... kalau tak mak ni seorang yg aktif ler juga. Petang semalam dah selamat menjalani operation. Kejap lagi nak gi tengok dia, tunggu cik abg nor balik dpd melawat jiran dulu. Moga cepat sembuh ye mak.... AMIN..

Kaki sebelah kiri dibalut dulu sebelum menjalani pembedahan...


"JOM Seiring Sejalan"


LUNCH

Menu hari ni nor masak awal2 lagi sebelum aizah ke sekolah & hubby pulak nak gi melawat jiran yg sakit kat hospital. Belah petang nanti lepas solat zohor, nak gi tengok mak mentua nor yg dah kena operated semalam kat hospital.

Sebelum tuu... JOM kita makan dulu...

Daging Goreng Kicap bersama kentang


Nangka Muda Masak Lemak


Kerabu lobak masin


"JOM Seiring Sejalan"


Tuesday 5 January 2010

SEKOLAH DAH MULA

Semalam tentu masing2 sibuk dah anak2 nak mula sekolah kan... seperti semua, nor pun sibuk gak & lupa nak update blog. Aizah dah naik tingkatan 2 tahun ni... seronok dia ke sekolah semula. Hari pertama nor kena hantar & ambil dia ke sekolah, itu atas permintaan dia. Kalau boleh dia nak nor hantar & ambil tiap2 hari, tapi itu ler kan kekadang nor banyak kerja nak dibuat walaupun cuma seorg surirumah jer... nor tak kisah ler nak menghantar dia tapi suami kata elok dia ikut van sekolah.... mana tahun kita ada hal kat luar, Aizah masih ada org yg mengambil & menghantar nya.

Kelang kabut juga ler nor nak mencari semalam, nasib baik ler jiran lama nor ni tolong carikan juga.... dah jumpa... Memang ler sebagai ibu, nor nak hantar sendiri & pastikan dia selamat sampai sekolah & rumah.... kekadang bila suami off, ada jer rancangan dia... petang takut lambat lak nak ambil dpd sekolah dia... tapi tak per ler kan... aizah seronok gak dpt ke sekolah bersama2 dgn rakan2 dia.

Seperti biasa, hari ni nor masak awal sikit... sebelum ke sekolah Aizah kena makan tengahari dulu sebab dia belajar sesi petang juga tahun ni..

Tadi sebelum van datang ambil, sempat ler nor ambil foto dia...

Bergaya dgn uniform pengawas dia....

"JOM Seiring Sejalan"


Monday 4 January 2010

BENEFITS OF WALKING EXERCISE

It is said that every person has two doctors with him... his right leg & his left leg. A vigorous 5 mile walk can do more good for an unhappy but otherwise healthy man than any medicine or psychology. it is the easiest exercise for most individuals, one that can done without equipment except good shoes, in most terrains & weather & also in very old age.

What we are talking about is not just walking but brisk walking. Here are the benefits of the same--

Why walking ?

Walking is the most natural exercise known to man.

Besides this, here are the other benefits of walking

1 ) Walking improves circulation : Calf muscles are man's second heart. On walking, these muscles pump the blood to the heart with all force. This leads to greater heart exercise, increased oxygen requirement & better blood circulation.

2) Walking is good for the heart : The increased oxygen requirements lead to exercise for the heart. On a long term basis, it leads to a better circulation for the heart. Thus it reduces the chances of a heart attack.

3) Walking cuts fatigue : Once daily brisk walking has become a habit, you start reaping the benefits. Soon there is no need of any laxatives. No more low back ache. No more of that catch while bending. Above all, in shape body is not easily fatigued.

4 ) Walking improves the posture.

5 ) Psychological benefits : Many studies have shown enormous psychological benefits of walking. It has been shown that daily walking habit reduces anxiety, tension & improves mood.

What is "brisk walking"?

It has been shown that what works best is not walking but "brisk walking".. Scientifically, it correlates with the pulse rate that you should achieve for the maximum benefit. However, simply speaking, brisk walking means :

a level that's not just strolling; but not out pf breath either.


How many minutes a day should one walk briskly?

No study has established the exact time for the maximum benefit. However 45minutes to 1 hour is a good guide.

You can even incorporate it in your daily life style. That way you will automatically walk briskly to the office & for that matter anywhere. A short brisk walk is is worth two miles of ambling. That way you will easily get minimal amount of good exercise every day. And, as striding becomes a habit, you will soon get more exercise, willingly.



***************************
Jangan menampal dunia dengan mengoyakkan akhirat.

Janganlah menjadi begitu masin..sehingga orang meludahmu..
Dan janganlah pula berlaku terlampau manis, sehingga mereka menelan dirimu begitu saja...

Have a unique character like salt its presence is not felt but its absence makes things tasteless.


"JOM Seiring Sejalan"


MANDI

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress sertaberperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.



Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah... Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit : Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah.

Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan
hidung, selsema dan sembelit.



"JOM Seiring Sejalan"


Friday 1 January 2010

Makan Simple di Tahun Baru...

Alhamdulillah tahun baru ni dimulakan dgn hari Jumaat... sebelum pergi solat jumaat tadi makan bersama-sama dgn hubby. Hari ni kebetulan hubby off & petang nanti lak ada jamuan akad nikah anak jiran... masak ala kadar jer..

Sempena hari baru bulan baru ni... nor juga ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru, moga di tahun baru ni segalanya dipermudahkan oleh Allah swt. Didoakan juga semua kawan2 maju jaya dalam segala apa juga yg dilalui..... AMIN!!

JOM jamu selera di tahun baru...






"JOM Seiring Sejalan"


ROTI JOHN MINI

Assalamualaikum semua, selamat tahun baru.... ni nak tunjuk makan malam semalam.... hubby balik lewat so nor buatkan roti john jer utk alas perut. Sambil2 tengok tv tuuu... nor & aizah makan ler dulu. Sepatutnya hubby kata dia balik kul 12 tengah malam, tapi kul 11 dah call nor suruh ambil kat airport... hubby kurang sihat hari ni so dia malas nak driving gi kerja... nor ler yg menghantarnya tengahari semalam...

JOM ler tengok2 roti john yg nor buat semalam...
Roti yg takde bawang utk aizah...

Roti John ni ada bawang utk nor & hubby


"JOM Seiring Sejalan"


 

Popular Posts