SUKA BLOG INI?

Followers

Showing posts with label DESSERTS. Show all posts
Showing posts with label DESSERTS. Show all posts

Wednesday, 5 January 2011

Puding Roti Oreo

Biarkan selama 10 minit agar adunan kastard meresap kat roti & biskut oreo.

Dibakar selama 30 minit atau lebih ikut besar acuan yg digunakan.

Puding Roti Oreo dah masak....


Foto agak kabur ckit... focus tak betul ;)


Bahan2
5 keping roti
6 atau lebih biskut oreo
3 sudu makan susu manis
1 cawan tepung kastard
2 gelas air
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
Coklat chip kalau suka (nor masukkan sekali)

Cara:
Roti dipotong empat & disusun di dalam acuan berselang seli dgn biskut oreo. Boleh tambah coklat chip kalau suka. Telur dipukul sedikit bersama susu manis dan esen vanila. Masukkan tepung kastard & air, kemudian digaul rata. Tuang adunan tadi di atas roti. Biarkan selama 10 minit kemudian baru bakar. Suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.

Sedap dimakan panas2 atau sejuk.

p/s - kalau suka bole tambah gula tapi nor tak gunakan gula disini sebab biskut oreo & coklat chip dah manis. Boleh juga tukarkan susu manis kepada susu segar.

"JOM Seiring Sejalan"

"If you focus on results, you will never change.If you focus on change, you will get results"

Wednesday, 31 March 2010

CHEESE KEK LAGI... hmmmmm

Dah lama nor nak cuba resepi yg kazen nor bagi ni, ni baru ler ada peluang nak mencuba... saltcheese biskut ni memang takde dijual di Semenanjung ni... puas ler nor mencari... Kebetulan adik nor datang KL sebab ada course 2 hari, nor suruh dia bawakan direct from Sarawak... wahh dpd Miri lagi biskut ni...

Hmmmm jangan tak tahu.... memang sedap kek ni, ... tapi kek ni kena sentiasa di dalam peti sejuk... mcm aiskrim kek gitu... meleleh ye air liur... hheheheheh.... Anyway, thanks Qaddar (my kazen) for the resepi ye...

JOM tengok macam mana rupanya...


Adunan yg dah siap kena simpan dalam fridge dulu selama 1 jam baru boleh dipotong & makan.

Dah siap... hmmm sedap tau..



"JOM Seiring Sejalan"




"If you focus on results, you will never change.
If you focus on change, you will get results"

Monday, 30 November 2009

Strawberry Coklat...

Ni pemintaan anak dara nor.... dia teringin, so nor buatkan ler utk dia... cairkan coklat bersama sedikit susu segar...

JOM makan sama2...



"JOM Seiring Sejalan"


Tuesday, 24 November 2009

JOM MAKAN BUAH DULU

Ronda2 blog Ijan semalam, tertengok dia makan orange bersama coklat.... heheheheh teringin dan terliur... jomm.... hmmmmm something different.... sedap gak. Sebelum makan tengahari tuuu, selalunya kita org makan buah2an dahulu....





"JOM Seiring Sejalan"


Saturday, 21 November 2009

PUDING TELUR


Projek nor malam tadi ....... projet Puding TELUR heheehehhe

Ronda2 blog kawan2.... terjumpa lak resepi Puding Telur ni lama dah tapi nor belum ada masa nak mencubanya.... so malam tadi nor cuba ler buat sebab dpd resepi tu nampak senang jer.. lagipun bahan2 semua dah ada kat dalam kabinet...

Nor tak ingat ler pulak nor COPY kat blog mana, pada sesiapa yg punya resepi ni nor nak ucapkan terima kasih ye & maaf nor tulis kat sini... Selalunya bila nor jumpa resepi yg mudah nor juz copy jerr kat kertas, so tak ingat ler pulak nak tulis blog address tuu..

Apa2 pun, kat sini nor tulis balik ler ye resepinya...


Bahan:
1 tin susu cair
4 biji telur
3 sudu besar gula
1 sudu teh essen vanila
sedikit garam
1 sudu besar tepung kastard (tapi nor guna 2 sudu sebab nak cuba hilangkan rasa telurnya)
Karamel (gula hangus)


Cara :
Bancuh susu cair bersama tepung kastard, gula, garam dan esen vanila hingga sebati.

Pukul telur dalam bekas lain, jangan kembang sangat dan kemudian masukkan dalam bancuhan susu cair tadi dan kacau hingga sebati Masukkan karamel dalam loyang dan tuangkan bancuhan tadi. Kukus dalam 15 minit. Kalau nak puding ada rongga kukus lama sikit.

Lepas keluarkan dari kukusan, biarkan sejuk dan terbalikkan atas pinggan. Sedia untuk dihidangkan.

P/s : Karamel: Panaskan gula hingga cair dan bertukar warna perang gelap, kemudian masukkan air panas dan teruskan kacau hingga jadi karamel. Air tu terpulang banyak mana, kalau nak pekat karamel tu letak sikit saja.



Sejukkan dulu, baru masukkan ke dalam fridge...

Pagi ni keluarkan dpd acuannya.... hmmmm memang sedap & berlemak... rasanya lebih kurang sama dgn Puding Gula Hangus, tapi puding telur resepi yg ni memang takde rasa sangat telurnya.... sedap sesangat...Lemak berkrim....



"JOM Seiring Sejalan"


Thursday, 12 November 2009

AGAR2 Kelapa Laut Bersantan

Projek mega nor pada hari ni... wahh rasa lama lak tak update blog ni. Bukan apa, penyakit MALAS dah melanda diriku ini... sebenarnya kesibukkan dgn tugas2 harian yg membuat nor takde masa ler pulak nak update. Almaklum ler... segala alat-alatan selepas raya tempoh hari tak sempat2 nak dikemas... masa tuu habis kat situ. Bila terluang sikit, relax pulak dgn membaca novel2..... apa2 pun, bukan nya lupa tapi saja2 nak relax2 dulu.

Oklah.... hari ni hujan punya ler lebat, selebat2nya.... nor teringin lak nak makan agar2. Bahan2 memang dah sedia ada, sentiasa ada actually dalam kabinet dapur nor ni... tinggal rajin dgn malas jer kan.... hari ni terlebih rajin ler pulak hehehhe.kali ni nor buat agar2 dgn menggunakan isi kelapa laut yg dalam tin tuuu.... ada 2 tin besar ni dalam kabinet.... Anyway, jom tengok hasilnya ye...

Rasanya semua reti buat agar2 ni kan... nak nor tuliskan resepinye ke... seperti bahan2 dalam foto tuu... itu ler yg nor guna utk buat agar2 ni. Jom nak salin resepi boleh ambil kat bawah ni... Simple jerr... tak tahu ler sedap ke tak... tapi bagi nor boleh ler tahan... resepi campak2 jer ... tak ikut resepi... Kalau nak cuba silakan ler ye...

Bahan2nya
20g Agar2
3 sudu natural sour cream
1 kotak kecil pati santan
1 blok kecil gula melaka
1 senduk gula
1 sudu kecil garam
Sedikit buah kelapa laut dlm tin

Cara:

Terlebih dulu cairkan gula melaka dgn 1 gelas air. Bila dah cair tapiskan dulu, mana ler tahu ada makluk2 asing kat dalam tuu kan... tau2 jer lah ye. Didihkan agar2 hingga hancur ditempat lain bersama 1 senduk gula. Bila dah larut agar2nya. Ambil dalam 4 senduk & panaskan kat dalam periuk lain bersama dgn air gula melaka tadi. Bila dah sebati, masukkan ke dalam acuan.

Lebihan agar2 tadi dimasak lagi bersama dgn pati santan yg telah digaul terlebih dahulu dgn sour cream. Biarkan hingga mendidih sedikit, kemudian masukkan garam utk melemakkan lagi santan tuu. Oh yee.... lupa ler pulak, aduan gula melaka tadi.... acuan nya terlebih dahulu susun buah kelapa laut sedikit atau banyak ikut suka... nor letak sedikit jer sbb buah ni agak manis.

Masukkan adunan santan di atas adunan gula melaka tadi.... hmmm gitu jer. Siap dah.... tunggu sejuk dulu ye sebelum masuk ke dalam fridge.

Agar2 ni rasanya lemak2 manis.... sedap, acuan size kecil jer...

Masih panas lagi ni.... tunggu sejuk sikit baru boleh masukkan dalam fridge

Agar2 yg dah beku & sejuk sedia utk dihidangkan.... hmmm hubby takde hari ni so, nor makan dgn aizah jer dulu.....


SELAMAT MENCUBA...


"JOM Seiring Sejalan"


Monday, 2 November 2009

PUDING ROTI MARBLE

Projek pepagi nor hari ni adalah buat Puding Roti Marble... dok meronda2 kat blog si Ana ... teringin ler pulak.... tapi nor ubah ckit resepi ni... Ana & Hana nor C & P ok.. TQ

Ada balance roti 3 keping, nor nak cuba ler gak buat tapi nor ubah ckit.... dpd guna koko, nor cairkan coklat yg banyak kat dalam fridge ni... guna coklat yg ada kacang almond... cairkan jer dgn microware, tapi tambahkan air dlm 2 sudu gitu... nanti coklatnya jadi lain lak hehehehe...

Nor buat 3 warna macam Ana buat, warna coklat, warna pink (yg ni nor guna pati jus roselle) & juga warna asal. Pati jus roselle tuu nor tambah perwarna merah ckit. Memang sedap, lemak jer... TQ for sharing resepi..

Ni dia puding dah siap, aizah sempat makan sebelum ke sekolah tengahari tadi... alhamdulillah, dia pun suka sangat... Sure hubby senyum lagi bila rasa esok...


Ni resepi nya... nor copy & paste jer... Sesiapa nak cuba... cuba ler, memang sedap sesangat....

Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!


"JOM Seiring Sejalan"


Friday, 30 October 2009

Makan Buah-buahan....

Petang tadi hujan ler pulak, nak gi jogging tak leh... dpd KWSP kat kajang, nor & hubby singgah kat Bangi seksyen 15... hahahha kelakar punya cerita... kisah ayam penyet..... malam ni tak sempat nak buat n3... esok insyallah nor kabarkan...

Sebelum tuuu... jom makan buah dulu....


Antara buah- buahan kegemaran family nor... limau, kiwi, strawberry, blueberry & guava. Buah ni sentiasa ada dalam fridge kat rumah... hari2 makan...







"JOM Seiring Sejalan"


Wednesday, 2 September 2009

FRUITS COCKTAIL


Bahan2:

1/2 tin fruits cocktail... buah2an pilihan sendiri
1 cawan sagu
1 cawan whipping cream
1 sudu besar susu manis
1 biji buah apple hijau/merah


CARA:

Rebus sagu biji hingga masak. Buah apple dipotong dadu.

Campur fruits cocktail, sagu & buah apple dalam bekas, kemudian masukkan susu manis dan whipping cream. Gaul rata. Sejukkan ke dalam fridge... sedap di makan sejuk2...

HARUS CUBA...


"JOM Seiring Sejalan"


Monday, 31 August 2009

PUDING GULA HANGUS

Untuk pencuci mulut waktu berbuka petang tadi nor cuba resepi yg ada kat blog Cik Akak Mimieloma.... tadi petang call dia nak confirmed something... ehhheh... wahh tengah shopping sakan ye... Dpt ke apa yg dicari tuu...

Anyway... ni dia penyediaan nak membuat Puding Gula Hangus... Baru sekarang ada masa nak update...
Gula dimasak tanpa air dalam dulang acuan... nor tak nak ler byk kerja nak transfer lagi segala... masak terus, senang cerita... ini kes tak sayang acuan ni.... tak rosak ler acuan tuu... masak gula tuu kejap jer actually kan...


Gula dah bertukar warna menjadi perang keemasan... tunggu biar sejuk sikit... kejap jer dia akan mengeras...

Terus masukkan adunan yg telah disediakan ke dalam acuan yg berisi gula hangus tadi


Tutup acuan supaya air tak masuk semasa nak mengukus nya. Kukus selama 30 minit...

Dah masak keluarkan dari periuk pengukus... wahhh panas ni...

Biarkan sejuk sekejap, kemudian disimpan di dalam fridge...

Ini ler rupanya puding gula hangus tuu...

Di bawah ni nor copy & paste resepi dpd blog Mimieloma.... Nor buat setengah dpd sukatan asal... So, sukatan dpd 10 biji telur jadi 5 biji... nor juga tak gunakan susu cair, stok takde, so nor gunakan susu kotak low fat sebab susu ni sentiasa ada kat dlm fridge.. guna jer lah kan... Tapi still enak looooooooooooooooo.... Satu lagi nor tak bagi perwarna kuning pun... tapi warna masih okay apa.... BEST sesangat... HARUS cuba... ENAK sekali... agaknya kalau guna susu cair lagi lemak kott... tapi ni pun lemak sesangat... hubby senyum sampai ke telinga... dia suka ler tuu...

Bahan2 nya (ni nor copy jer... dgn izin hehehehheh)

10 bj telur
1 tin susu pekat
1 tin air biasa
1 tin susu cair
setengah cawan gula pasir
secubit garam (optional)....saya masukkan utk die rase lemak skt....petua....
SEDIKIT ESEN VANILA(saya tambah pewarna kuning nk bg die nmpk cantik skt....)

cara2
1.masakkan gula pasir ke dlm kuali yg tak melekat....sampai die cair dan tukar warna perang (jgn tambah air ......gula sesaje)

2.bila dah perang cepat2 tutup api dan tuangkan keatas loyang dan diratakan dgn cara mengangkat loyang tu dan dipusing2kan.(baik2 loyang akan panas bila dh kena gula tu)Kena tuang cepat2 tau sbb gula ni akan mengeras dlm sekelip mata je.dan biarkan sekejap.

3.Panaskan kukusan....

4.sementara tu pukul telur 10 biji tadi hingga sebati

5.masukkan susu pekat ,air 1 tin,susu cair dan secubit garam dan di pukul lagi sehingga sebati dan sedikit esen vanila .setelah itu tuang sedikit demi sedikit secara pelan2 diatas loyang yg ade gula hangus tadi.

6.tutupkan loyang yg dh siap tu dgn aluminium foil sebelum mengukus nya.kukus lah dlm masa 20 ke 30 min.pastu boleh lah di sejukkan dulu sebelum memotong nye.(nak tau dah masak ke belum cucukkan lidi ditgh2 kuih tu.....kalau lidi tu bersih makna nye dh masak lah )


"JOM Seiring Sejalan"


 

Popular Posts