SUKA BLOG INI?

Followers

Showing posts with label Catatan Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Catatan Kehidupan. Show all posts

Thursday, 5 January 2012

MELAPIS

Assalamualaikum kekawan.... 

Hampir seminggu tak update blog ni kan, sibuk sesangat. Anyway, hari ni nor melapis lagi setelah sekian lama bercuti... Alhamdulillah dah siap dah. Dapur nor agak sesak sikit sebab sebelum raya dah menambah peralatan dapur.... terpaksa ler nor angkat oven tu ke luar, berangin jer masa melapis... sambil2 tunggu kek masak sempat ler membaca gak. Sambil menyelam sambil minum air.


Oven kat belakang..... tapi best lah, sedap jer angin bertiup.



2 biji kek lapis india dah siap.... tunggu tuannya datang ambil.



"JOM Seiring Sejalan"

'When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others.'

Tuesday, 8 February 2011

DAPAT SAGUHATI GA!!!!




Syukur Alhamdulillahhh... walaupun tak jadi juara... dpt saguhati pun dah puas hati... Terima kasih kepada ATIE. Moga persahabatan yg baru ini berpanjangan hendaknya. AMIN.

Tahniah juga kepada PEMENANG nye...



"JOM Seiring Sejalan"

"If you focus on results, you will never change.If you focus on change, you will get results"

Sunday, 9 January 2011

RONDA2 ke KL

Bila dengar aje ada SALE mesti teringin nak tahu apa barang yg nak dilelong pada masa itu... hahahaha... betul ke.. tapi sebenarnya bagi nor tak ler begitu. Kebetulan dah lama tak shopping2 ni dan pada masa yg sama sahabat karib nor ni nak jalan2 ke KL.

Di kesempatan itu nor ambil peluang juga nak shopping sikit... ikut kemampuan nor lah kan... takde ler shopping sakan org kata. Hari ni shopping kat SOGO jer. Sebagai kenangan nor abadikan foto2 semasa nak balik dpd KL tuu... masa kat sana tak sempat nak ambil foto sebab org terlalu ler ramainya.

JOMMMMMM ronda2 KL..

"JOM Seiring Sejalan"



Friday, 16 April 2010

Pertemuan dgn teman2

Assalamualaikum & hello hello utk semua yg singgah kat blog nor ni. Sejak akhir2 ni mood menulis dah kurang... blog pun jarang update, nape ler terlalu malas nak buka blog ye... hehehehhe... sorry ler bukan apa, nor dah jarang guna desktop kat atas ni.... hubby dok jeling2 jer... so selalu guna laptop dia bila dia ada kat rumah, kalau dia travelling lak baru ler guna computer kat atas ni.

Anyway, nor sekadar nak update pertemuan dgn rakan2 lama & rakan blogger. Kawan karib nor Hasmah datang kl baru2 ni, tinggal kat rumah nor 2 hari. Memang dah lama tak berjumpa dgn dia, rindu ler pulak. Di hari dia balik ke Bintulu, bertemu lak dgn rakan lama masa bertugas di Bintulu dulu... wahhh rasanya last sekali berjumpa dgn Asyura pada tahun 1995... dah hampir 15 tahun tak berjumpa.... tak sangka berjumpa lak di LCCT. Asyura pun dah menetap di Shah Alam.... tapi memang susah nak berjumpa.

Di hari persandingan anak mamakiter (Kak Anita) nor bertemu lak dgn Kak Intan, Kak Hamsiah & Kak Mimieloma... walaupun pertemuan yg begitu singkat tapi penuh dgn kemesraan... insyallah kita jumpa lagi nanti yeee... Nor cuma terkilan tak dpt nak ambil foto bersama dgn mamakiter.... cian mamakiter ni.... sibuk dia melayan tetamu yg begitu ramai. Apa2 pun terima kasih kerana sudi menjemput nor sekeluarga.

Ok..... jom kita tengok foto lak.... LAYANNNNNNNN!!!!

Bersama kawan karib nor.... Hasmah

Hasmah & Asyura
Pertemuan di LCCT....

Ibu modern.... :) Sweet jerrr...

Para ibu tengah berposting..... bersama dgn kak intan, kak ham & kak mimieloma.



"JOM Seiring Sejalan"




"If you focus on results, you will never change.
If you focus on change, you will get results"

Wednesday, 31 March 2010

Alahai apa dah jadi?

Peristiwa ni nor rakam lepas hujan petang tadi, masa tuu nak hantar adik nor Nazrah ke station KLIA transit... macam mana ler kereta ni boleh terbang ke sini lak... kereta ni tersangkut kat pokok2 bunga yg ditanam kat depan traffic light ni... Laju sangat ke dia bawa kereta atau memang dia tak nampak ke? Sepatutnya kat area ni kena drive slow betul tak?

Mari kita sama2 fikir2kan....




"JOM Seiring Sejalan"




"If you focus on results, you will never change.
If you focus on change, you will get results"

Sunday, 28 March 2010

KEJAYAAN ANAKKU....

Semestinya menjadi kebanggaan ibubapa melihat anak2nya berjaya dgn cemerlang... semalam, acara penyampaian anugerah kecemerlangan untuk pelajar2 di sekolah Aizah. Aizah salah seorang yg menerima anugerah tersebut.... Nor berdoa agar dia akan mendapat kejayaan yg berterusan di masa2 mendatang... AMIN.



"JOM Seiring Sejalan"




"If you focus on results, you will never change.
If you focus on change, you will get results"

BMW X5

Kereta idaman suamiku.... aduuhhhh, ni dia kereta dah sampai 5 hari yg lepas. Kepada teman2 blogger semua, kalau ada sesiapa yg nak beli kereta Kia Sorento boleh hubungi nor ye... foto2 semua ada dalam facebook nor... boleh klik kat sini... Noorhodza Facebook

Setelah 4 hari, baru ler nor diberi kepercayaan utk drive sendiri kereta ni.... hmmmm seronoknya, memang memuaskan hati.... 5 star utk kereta ni.

JOM tengok2 kereta idaman semelaya.....


Depan rumah dah penuh sesak dgn kereta....


"JOM Seiring Sejalan"




"If you focus on results, you will never change.
If you focus on change, you will get results"

Sunday, 31 January 2010

BILA ANAK DARA TGH MENGEMAS......

Projek anak dara nor semalam & hari ni... tak abis2 lagi. Semalam dia minta hubby nor belikan cat spray... nak tukarkan kaler meja study dia yg pada asalnya warna grey.... Hari ni cat tuu dah kering... kemas2 mengemas dpd pagi tadi sampai ke petang tak abis2 lagi... kejap2 nak relax. Alahai anak seorg ni bila ler nak siapnya... Ni dia tgh relax tgk cerita Awan Dania kat bawah.... nor gi ler tgk apa dah jadi dgn bilik dia....

Ya Allah, ya rabbi... terkejut besar nor... dgn katil yg berselerak dgn segala harta benda dia... macam mana nak tidor malam nanti ni.... hmmmm nak tahu apa jawapnya... tidur bilik mummy ler... kebetulan hubby lak outstation.... suruh tidor bilik tetamu, tak nak lak dia...

Jom tgk apa dah jadi... teruk lah nor ni kan... lama tak update blog... tiba2 cerita pasal anak dara yg seorang ni pulak. Memang jarang aizah ni nak kemas bilik secara besar2an ni... ntah mimpi apa dia hari ni...

JOM layannnnnnn!!!!!

Tengok ler selerak nya bilik & katil ni....

Meja ni asalnya kaler grey... tengok dah tukar jadi pink & kuning ler pulak... Apa ler selera anak dara ni... macam2 jer... ni dia spray sendiri petang semalam.... Sebenarnya dia dah guna meja ni sejak dia Darjah 2 lagi, masa tuu tinggal kat Kuching... hubby nak belikan dia meja baru, dia tak nak ler pulak...


"JOM Seiring Sejalan"


Tuesday, 19 January 2010

APARTMENT KAT PENANG

Assalamualaikum kekawan semua... lama benar nor tak update blog ni. Kesibukan yg sukar utk dielakkan... selepas MIL meninggal, macam2 yg perlu diuruskan... Sebenarnya nor nak cari apartment hotel kat area penang, hubby nak ajak berehat hujung minggu ni. Selalu kita org tinggal kat Vistana Hotel & Apartment.... kali ni nak tukar selera lak.

Kepada rakan2 kat Penang atau sesiapa yg pernah stay apartment kat sana, tolong bagitahu kat nor ye... kalau boleh nak nobor telepon sekali... hehheheeh lebih2 lak nor ni kan. Tak pe bagi nama pun tak pe nanti nor carikan nobornya.

Terima kasih...

"JOM Seiring Sejalan"


Thursday, 7 January 2010

Mak Mentua Sakit

5 January 2009, my mother in law masuk hospital.... jari kaki luka & melarat jadi kudis yg sukar nak diubati. Mak sebenarnya ada kencing manis, bila bawa ke hospital, doktor nasihatkan supaya jari kaki tuu dipotong sebelum merebak ke jari2 yg lain. Sepatutnya malam tuu dah kena operate tapi disebabkan tekanan darah tersangat rendah & buah pinggang tak berfungsi, terpaksa ditanggungkan pada petang semalam.

Mak mentua nor ni dah 84 tahun umur dia, daya ingatan masih kuat lagi tapi ada kencing manis. Bila dah tua macam2 penyakit menyerang kan.... kalau tak mak ni seorang yg aktif ler juga. Petang semalam dah selamat menjalani operation. Kejap lagi nak gi tengok dia, tunggu cik abg nor balik dpd melawat jiran dulu. Moga cepat sembuh ye mak.... AMIN..

Kaki sebelah kiri dibalut dulu sebelum menjalani pembedahan...


"JOM Seiring Sejalan"


Tuesday, 5 January 2010

SEKOLAH DAH MULA

Semalam tentu masing2 sibuk dah anak2 nak mula sekolah kan... seperti semua, nor pun sibuk gak & lupa nak update blog. Aizah dah naik tingkatan 2 tahun ni... seronok dia ke sekolah semula. Hari pertama nor kena hantar & ambil dia ke sekolah, itu atas permintaan dia. Kalau boleh dia nak nor hantar & ambil tiap2 hari, tapi itu ler kan kekadang nor banyak kerja nak dibuat walaupun cuma seorg surirumah jer... nor tak kisah ler nak menghantar dia tapi suami kata elok dia ikut van sekolah.... mana tahun kita ada hal kat luar, Aizah masih ada org yg mengambil & menghantar nya.

Kelang kabut juga ler nor nak mencari semalam, nasib baik ler jiran lama nor ni tolong carikan juga.... dah jumpa... Memang ler sebagai ibu, nor nak hantar sendiri & pastikan dia selamat sampai sekolah & rumah.... kekadang bila suami off, ada jer rancangan dia... petang takut lambat lak nak ambil dpd sekolah dia... tapi tak per ler kan... aizah seronok gak dpt ke sekolah bersama2 dgn rakan2 dia.

Seperti biasa, hari ni nor masak awal sikit... sebelum ke sekolah Aizah kena makan tengahari dulu sebab dia belajar sesi petang juga tahun ni..

Tadi sebelum van datang ambil, sempat ler nor ambil foto dia...

Bergaya dgn uniform pengawas dia....

"JOM Seiring Sejalan"


Friday, 25 December 2009

RONDA2 Petang

Petang semalam takde apa nak buat.... boring kat rumah jer... hubby ajak gi ronda2 kat Mid Valley. Sempat ambil foto2 ni... saja2... takde apa nak update...

Jom layan jer ler ye....


"JOM Seiring Sejalan"


Tuesday, 1 December 2009

DAUN SINGKIR

Atas pemintaan Sueozana, pagi tadi sempat nor ambil foto2 pokok daun singkir yg nor tanam. Ada 2 pokok semuanya.... tanam nya senang jer, tangkainya dipotong... cucuk jer ke dalam tanah. Cepat tumbuhnya, tak payah baja2 segala... tapi nor punya pokok ni tukang kebun siap baja sekali...

Nor tak tahu apa org sini panggil... ada yg kata daun kadok... tapi ntah ler, daun kadok pun nor tak pernah tgk hehhehehe.... Daun singkir ni ... yg muda selalunya nor guna utk buat campuran dalam bubur pedas, yg dah tua ckit digunakan utk membakar ikan, ayam & sebagainya.

Apa2 pun layan... sapa2 yg tahu nama nya....tolong tinggalkan komen ye..

P/S - Sue... harap foto2nya clear ye....

Kekadang pokok singkir ni ada bunga nya... tengok foto ni... itu ler bunga2 halus yg selalu ada kalau terlalu subur...

Masa nor ambil ni, hujan dah reda sikit... daun2 pun masih basah lagi..



"JOM Seiring Sejalan"


 

Popular Posts