SUKA BLOG INI?

Followers

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Sunday, 19 May 2013

TUTTY FRUITY CREAM

Assalamualaikum semua...
Pagi2 ni dah sedia dgn bahan2 utk membuat Tutty Fruity Cream. Saja buat utk dibawa ke rumah jiran sebelah...birthday cucunya. Harap2 sedang keras dan sejuk bila dah pukul 3 nanti.

JOM!!! sapa2 nak cuba...disertakan resepinya.

******************************************

Tutty fruity cream

Bahan A
10 keping biskut oreo
10 keping biskut chipsmore
10 keping biskut cheese
Semua biskut diramas kasar
Orange fruit filling(dlm piping bag)
Buah-buahan ikut suka


Bahan B
400gm natural yogurt
200gm gula icing
500gm whipping cream

Cara2

Kacau yogurt & gula icing sebentar. Masukkan whipping cream & pukul hingga kental. Masukkan ke dlm piping bag.

Cara melapis
Paipkan sedikit adunan yogurt. Masukkan campuran biskut. Paipkan yogurt. Paipkan sedikit orange filling. Taburkan buah-buahan. Masukkan campuran biskut. Paipkan adunan yogurt. Ulang process tdi hingga habis. Perlu sejukkan semalaman dlm peti sejuk.

Selamat Mencuba!!!

"JOM Seiring Sejalan"

'When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others.'

Wednesday, 15 May 2013

Agar-Agar Mangga


Ni pulak Agar2 mangga yg nor buat minggu lepas... JOM layan....

bahan-bahan
-1pck agar2 tali
-1 liter air
-1 cwn gula
-1 cwn susu cair
-2 helai daun pandan (disimpul)
-1 biji mangga(yg dah masak)

cara-cara:
- didihkan air bersama agar2 tali dan daun pandan kacau sampai larut

-masukkan gula dan susu cair

-tunggu sampai mendidih..

-potong mangga mengikut cita rasa anda

-masukkan larutan agar2 dalam loyang dan masukkan hirisan buah mangga..

-tunagu sejuk cikit baru masukkan dalam peti...

-dah keras dan sejuk boleh lah di makan..

"JOM Seiring Sejalan"

'When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others.'

Puding Oreo


Assalamualaikum semua.... lama tak update blog nor ni... hari ni nak share resepi.... JOM kita try...mmg sedap sangat... Terima kasih pada jiran nor yg sudi share resepi ni....


Bahan-bahan
1 bungkus agar2 serbuk (10gram)
750ml air
160g gula
1 tin susu cair (400ml)
3/4 cawan milo (boleh guna vico)
satu bungkus oreo (135g) - patahkan dua2 lapisan sandwich (nor tak patahkan...)

Cara-cara
Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak hingga larut. Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih.

Asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain.Campurkan milo kacau hingga sebati.

Tuang satu cawan milo ke dalam acuan. Manakala bakinya panaskan dgn api kecil supaya tidak membeku.

Apabila mengeras sedikit, tuangkan adunan putih tadi. taburkan biskut oreo. Sejukkan sebentar sehingga mengeras sedikit kemudian tuangkan pula baki milo tadi. 

Sejukkan sekejap dgn suhu bilik kemudian masukkan peti sejuk. Potong dan Hidangkan.



"JOM Seiring Sejalan"

'When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others.'

Tuesday, 31 January 2012

NASI PAPRIKA

Alhamdulillah diberi kesempatan utk memasak lagi, hari ni rajin lak nak menulis kat blog ni, walaupun memang hari2 masa jika suami ada kat rumah...kalau tak makan simple jer.... Jamuan hari ni nor cuba masak nasi paprika... Masakan sampingan suami nak makan ikan pari masak asam pedas hari ni, semalam dia beli tempe ckit, so goreng simple jer....JOM kita masak sama.


NASI PAPRIKA

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan beras basmathi (direndam dulu selama 20 minit)
2 cawan air
Sedikit perasa cube ayam
Garam
3 sudu rempah paprika 


CARA:
Beras basmathi yg dah direndam terlebih dahulu & toskan. Masak air 2 cawan terlebih dahulu bersama rempah paprika, kuib ayam serta sedikit garam, biar mendidih dalam rice cooker. Bila dah mendidih, masukkan beras tadi. Biarkan sampai masak...

Simple kan...

 Ni dia rempah paprika...nor beli kat kedai AYAMas..kat Dengkil (nak tengok besar klik jer kat foto tuu)


 Memang sedap........mungkin kerana rempah paprika tuuu kott




 Bismillahirahmanilrahim.....apa2 pun mula makan dgn buah dulu ye..




"JOM Seiring Sejalan"

'When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others.'

Tuesday, 20 December 2011

VADEI

Assalamualaikum semua,

Pagi tadi nor buat kueh vadei ni, dah rendam kacang dal semalaman. Bila pagi kacang tuu dah kembang. Nor belajar buat kuih ni masa menetap kat Kuching... dah lama dah, sering gak buat tapi lupa nak share kat blog ni. Mungkin ada resepinya kat internet ni, nor tak pasti. JOM share resepi.

Sukatan nor ni main agak2 jer... semalam rasanya rendam dalam 2 cawan kacang dal gitu.... resepi ni bila dah selalu buat semua main agak2 jer... sesedap rasa org kata.

Bahan2
2 cawan kacang dal - direndam semalaman sehingga kembang
1 sudu jintan manis
2 biji cili merah
1 biji bawang besar
sedikit garam
3 sudu tepung gandum
1 atau 2 tangkai daun kari

Cara:
Terlebih dahulu kacang dal dikisar kasar separuh & separuh lagi biarkan gitu jer. (Boleh dikisar semua kalau x suka kacang yg kasar2). Bawang besar dimayang, cili dipotong bulat2. Campur kacang dal tadi bersama tepung, bawang, cili. daun kari serta jintan manis. Kemudian boleh tambah garam ikut suka. Sebenarnya bila rasa, adunan ni agak pahit sikit tapi jangan risau, bila dah digoreng nanti, rasa pahit tuu akan hilang.

Sepatutnya bila nak goreng tuu kena bulat2 kan dgn tangan, tapi nor lebih suka guna sudu, boleh goreng ikut size yg kita suka... nak besar, nak kecil...ikut muat mulut masing-masing. untuk rasa yg lebih enak boleh tambah serbuk kari sedikit jer.

Goreng hingga garing atau kekuning-kuningan. 

Selamat mencuba










"JOM Seiring Sejalan"

'When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others.'

Thursday, 21 October 2010

KEK PISANG KARAMEL

Assalamualaikum semua....

Selalunya bila nor bangun pagi, nor akan kemas dapur... cari apa2 yg bole dibuat utk breakfast. Pagi tadi breakfast dgn roti & telur jer. Terjumpa pisang dalam peti sejuk, wahhh dah masak betul pisang ni... Daripada dibuang gitu jer, nor cuba ler resepi yg ada dalam majalah SEDAP... cuma nor harap sedap ler ye...

JOM share resepi..

Bahan-bahannya:
300gm gula pasir
300 ml air panas
150 gm pisang emas, lecek halus
6 biji telur ayam
1/4 sudu teh garam
150 gm tepung gandum
85 gm tepung jagung
1 sudu teh serbuk rempah kuih
1 sudu teh soda bikarbonat
100 gm marjerin, cairkan
150 susu pekat

CARA:

Goreng tanpa minyak gula pasir. Masukkan air. Kacau sehingga larut. Sejukkan. Sukat sebanyak 400 ml. Masukkan pisang yang sudah di lecek tadi. Gaul hingga rata.

Pukul ringan telur dan garam. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, rempah kuih dan soda bikarbonat sambil diayak dan dikacau rata berselang seli dengan karamel.

Masukkan marjerin cair (nor gunakan butter) dan susu pekat manis. Kacau rata.

Tuangkan ke dalam loyang berukuran 6" x 6" yang telah disapu marjerin dan ditabur tepung gandum... tapi nor lapik jer dgn kertas minyak kat bawahnya.

Bakar selama 45 minit dengan suhu ketuhar 150 C sehingga masak.


SELAMAT MENCUBA


"JOM Seiring Sejalan"

"If you focus on results, you will never change.If you focus on change, you will get results"

Thursday, 12 November 2009

AGAR2 Kelapa Laut Bersantan

Projek mega nor pada hari ni... wahh rasa lama lak tak update blog ni. Bukan apa, penyakit MALAS dah melanda diriku ini... sebenarnya kesibukkan dgn tugas2 harian yg membuat nor takde masa ler pulak nak update. Almaklum ler... segala alat-alatan selepas raya tempoh hari tak sempat2 nak dikemas... masa tuu habis kat situ. Bila terluang sikit, relax pulak dgn membaca novel2..... apa2 pun, bukan nya lupa tapi saja2 nak relax2 dulu.

Oklah.... hari ni hujan punya ler lebat, selebat2nya.... nor teringin lak nak makan agar2. Bahan2 memang dah sedia ada, sentiasa ada actually dalam kabinet dapur nor ni... tinggal rajin dgn malas jer kan.... hari ni terlebih rajin ler pulak hehehhe.kali ni nor buat agar2 dgn menggunakan isi kelapa laut yg dalam tin tuuu.... ada 2 tin besar ni dalam kabinet.... Anyway, jom tengok hasilnya ye...

Rasanya semua reti buat agar2 ni kan... nak nor tuliskan resepinye ke... seperti bahan2 dalam foto tuu... itu ler yg nor guna utk buat agar2 ni. Jom nak salin resepi boleh ambil kat bawah ni... Simple jerr... tak tahu ler sedap ke tak... tapi bagi nor boleh ler tahan... resepi campak2 jer ... tak ikut resepi... Kalau nak cuba silakan ler ye...

Bahan2nya
20g Agar2
3 sudu natural sour cream
1 kotak kecil pati santan
1 blok kecil gula melaka
1 senduk gula
1 sudu kecil garam
Sedikit buah kelapa laut dlm tin

Cara:

Terlebih dulu cairkan gula melaka dgn 1 gelas air. Bila dah cair tapiskan dulu, mana ler tahu ada makluk2 asing kat dalam tuu kan... tau2 jer lah ye. Didihkan agar2 hingga hancur ditempat lain bersama 1 senduk gula. Bila dah larut agar2nya. Ambil dalam 4 senduk & panaskan kat dalam periuk lain bersama dgn air gula melaka tadi. Bila dah sebati, masukkan ke dalam acuan.

Lebihan agar2 tadi dimasak lagi bersama dgn pati santan yg telah digaul terlebih dahulu dgn sour cream. Biarkan hingga mendidih sedikit, kemudian masukkan garam utk melemakkan lagi santan tuu. Oh yee.... lupa ler pulak, aduan gula melaka tadi.... acuan nya terlebih dahulu susun buah kelapa laut sedikit atau banyak ikut suka... nor letak sedikit jer sbb buah ni agak manis.

Masukkan adunan santan di atas adunan gula melaka tadi.... hmmm gitu jer. Siap dah.... tunggu sejuk dulu ye sebelum masuk ke dalam fridge.

Agar2 ni rasanya lemak2 manis.... sedap, acuan size kecil jer...

Masih panas lagi ni.... tunggu sejuk sikit baru boleh masukkan dalam fridge

Agar2 yg dah beku & sejuk sedia utk dihidangkan.... hmmm hubby takde hari ni so, nor makan dgn aizah jer dulu.....


SELAMAT MENCUBA...


"JOM Seiring Sejalan"


Monday, 2 November 2009

PUDING ROTI MARBLE

Projek pepagi nor hari ni adalah buat Puding Roti Marble... dok meronda2 kat blog si Ana ... teringin ler pulak.... tapi nor ubah ckit resepi ni... Ana & Hana nor C & P ok.. TQ

Ada balance roti 3 keping, nor nak cuba ler gak buat tapi nor ubah ckit.... dpd guna koko, nor cairkan coklat yg banyak kat dalam fridge ni... guna coklat yg ada kacang almond... cairkan jer dgn microware, tapi tambahkan air dlm 2 sudu gitu... nanti coklatnya jadi lain lak hehehehe...

Nor buat 3 warna macam Ana buat, warna coklat, warna pink (yg ni nor guna pati jus roselle) & juga warna asal. Pati jus roselle tuu nor tambah perwarna merah ckit. Memang sedap, lemak jer... TQ for sharing resepi..

Ni dia puding dah siap, aizah sempat makan sebelum ke sekolah tengahari tadi... alhamdulillah, dia pun suka sangat... Sure hubby senyum lagi bila rasa esok...


Ni resepi nya... nor copy & paste jer... Sesiapa nak cuba... cuba ler, memang sedap sesangat....

Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!


"JOM Seiring Sejalan"


Sunday, 1 November 2009

OTAK-OTAK IKAN KEMBUNG

Bahan2 nya

Bahan A
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
5 biji cili merah
1 kuib maggi ikan bilis
1 mangkuk kelapa parut

3 ekor ikan kembung
3 sudu besar tepung jagung
sedikit air
sedikit garam
Daun Kunyit
Daun Singkir

Cara:
Rebus ikan kembung dgn sedikit air. Bila dah masak, asingkan tulangnya. Ikan dikisar bersama dgn bahan A, kemudian campurkan tepung jagung dan garam. Gaul rata. Masukkan sedikit air utk melarutkan tepungnya.

Bungkus bahan2 yg telah digaul tadi diatas daun kunyit & daun singkir (kalau takde daun ni pun tak pe). Apabila nak membakar bungkus lagi dgn kertas aluminum foil. Bakar selama 20 minit.

Daun kunyit & daun singkir yg telah disusun di dalam bekas.
Otak-Otak yg dah masak... sedia utk dihidang...

"JOM Seiring Sejalan"


Saturday, 24 October 2009

LUNCH simple

Hari ni menu simple jer.... kueh tiaw goreng putih....

Sapa2 nak salin resepi bole jer.... jom buat sama2...

Bahan2 nya

3 ulas bawang putih diketuk sedikit
1 batang lobak merah dihiris kecil2
1 pkt kueh tiaw
sedikit lobak putih asing (halus)
1 biji telur
1 kuib ikan bilis maggi
Sedikit udang atau isi ayam


Cara:
Tumis bawang putih hingga garing. Masukkan udang, lobak merah, lobak asin & goreng hingga masak. Kemudian masukkan kueh tiaw, gaul rata. Masukkan kuib maggi & gaul lagi. Akhir sekali pecahkan telur & gaul lagi. Jangan lupa garam sedikit ye.. Dah siap.... Makan bersama cili kicap... yummmyyyy!!!




"JOM Seiring Sejalan"


Tuesday, 20 October 2009

LAKSA SARAWAK

Seperti yg telah dijanjikan... hari ni nor nak ajar cara2 masak laksa sarawak pulak... Dah ready kah semua?... sediakan kertas & pensil ye... hehehh mcm siaran radio sarawak pulak... dulu selalu gak salin resepi2 ni melalui radio.... kat sini ada tak siaran radio yg siarkan resepi2? hmmm lum jumpa lagi ler... cuma kat sarawak jer kott... Sekarang dah modern kan... copy & paste jer....

Anyway.... kita start dengan menyediakan sambal belacan goreng nye dulu ye...


Belacan Goreng

Bahan2
10 biji cili merah
10 biji cili padi.. kalau nak pedas bole tambah lagi ye
1 mangkuk kecil Ikan bilis
1 mangkuk Air asam jawa
5 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 sudu kecil garam
Belacan... ni ikut suka... nor suka letak ckit jer utk bau dia jer..
Minyak utk mengoreng

CARA:

Kisar semua bahan2 di atas kecuali air asam. Kisar hingga sederhana halus. Panaskan minyak & goreng semua bahan2 yg telah dikisar tadi. Tambahkan air asam jawa. Goreng hingga betul2 garing & timbul minyaknya.

Belacan goreng ni boleh disimpan dalam botol utk kegunaan lain... Sedap di makan dgn nasi panas gak... hmmmmm best!!!


Kuah Laksa Sarawak

Bahan2 nya
1 pkt paste laksa sarawak
Air rebusan Udang & Ayam
5 pkt serbuk santan/2 tin susu cair (bagi yg nak jaga kesihatan)
Garam secukup rasa

Cara:

Udang serta ayam direbus berasingan dgn sedikit garam. Toskan & asingkan airnya. Nor suka guna air rebusan udang sebab lebih sedap rasanya. Ada org dicampur air rebusan & ayam. Tapi kali ni nor cuma guna air rebusan udang jer. Masukkan ke dalam periuk bersama paste laksa sarawak tadi. Masak hingga mendidih selama 30 minit. Toskan air rebusan itu utk mengasingkan hampas2 dpd rempah laksa tersebut. Ada org suka rempah tu... utk rasa yg lebih power... tapi nor asingkan. Panaskan lagi hingga mendidih & tambah susu cair... nor guna susu cair... hmmm jaga kesihatan org kata. Cukup sekadar sekali didihan sahaja.... padam kan api... Kuah nya dah ready.

Paste laksa sarawak ni nor ada jual kat blog niaga nor... paste ni nor tak tahu lak macam mana nak membuat nya... Banyak sangat rempah2 yg dicampur... Ianya digoreng agak lama gak. Nor guna yg dah siap dijual ler ye... Senang & mudah.

Sekarang menyediakan bahan2 lain pulak

Mee Hoon direndam dgn air panas mendidih... biar kembang & lembut.

Taugeh direndam dgn air panas biar lembut. Daun ketumbar atau daun sup dipotong2 kecil. Kalau kat sarawak kita org guna daun ketumbar yg masih baby .... kat sini nor cuba cari tapi tak jumpa... so guna emak dia pulak ye hehhehe...

Limau kasturi dibelah 2. Cili merah dipotong bulat... actually kan.... cili ni tak perlu sebab dah ada sambal belacan nya... tapi disebabkan ada yg tak makan sambal belacan, nor sediakan juga cili potong ni... nanti tak pedas pulak laksanya kan.

Ayam yg direbus tadi di carik2 isinya. Udang memang nor dah buang kulit & dibersihkan pasir kat belakang udang tuu... kena buang tau... nanti makan boleh sakit perut. Di rebus... & air rebusan tu guna utk buat kuah laksa.

Telur digoreng & dipotong nipis2.Bahan tambahan - Crab stick... nor suka guna ni sebab rasa lebih sedap. Ni selera nor ler... tak nak pun tak pe.


Ambil sedikit2 bahan2 di atas, masukkan ke dalam mangkuk.... tuangkan kuahnya...


OK semua dah siap..... Makan TIME...


Selamat mencuba...


"JOM Seiring Sejalan"


 

Popular Posts