SUKA BLOG INI?

Followers

Monday, 27 August 2012

KEBURUKKAN MENAHAN KENCING



SEKALIPUN terpaksa menghadiri mesyuarat penting atau memandu untuk jarak yang jauh, menahan air kencing bukanlah satu tindakan yang bijak. Air yang ditahan itu hakikatnya kotoran beracun yang perlu dikeluarkan daripada badan. 

Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan. 

Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia.

“Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing.

“Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens iaitu masalah hilang kawalan untuk menahan kencing,” kata Sahabudin. 

Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran. 

Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas. 

Antara tanda-tanda seseorang itu mendapat masalah inkontinens adalah sering berasa tidak puas ketika membuang air kecil atau aliran air kencing yang lemah. 

Masalah itu boleh terjadi kepada mereka yang mengalami kerosakan ginjal, uretra yang tersumbat ataupun kerosakan saraf akibat diabetes. 

Dalam pada itu, Sahabudin menjelaskan, membuang air kecil sebanyak di antara lima hingga enam kali sehari merupakan situasi yang normal. 

Namun, mereka yang membuang air kecil melebihi lapan kali sehari menunjukkan keadaan yang sebaliknya. 

“Kencing kurang daripada lapan kali sehari merupakan keadaan yang normal. Urin mereka akan berwarna jernih seperti air paip,” ujarnya. 


Pundi kencing yang berfungsi secara normal ditunjukkan apabila seseorang membuang air kecil dalam tempoh tiga hingga empat jam sekali iaitu tidak lebih lapan kali sehari.

Mereka yang normal akan membuang air kecil hanya sekali pada waktu malam.

Jelas Sahabudin lagi, mengurangkan minum air masak bagi mengelakkan seseorang itu kerap ke tandas adalah satu tindakan yang salah.

Mereka tidak seharusnya mengurangkan pengambilan air kerana bahan tersebut penting kepada tubuh bagi mengelakkan dehidrasi.

“Jangan mengurangkan kuantiti air yang diminum. Sebaliknya pergilah berjumpa dengan doktor untuk mengatasi masalah itu.

“Jika terdapat jangkitan, pesakit perlu dirawat terutamanya mereka yang mengalami pundi kencing terlalu aktif,” katanya lagi.

Antara tanda kencing terlalu aktif adalah sukar menahan kencing, kencing tidak puas, pergi ke tandas melebihi 10 kali sehari dan berlaku kebocoran jika menahannya.

Masalah ini boleh terjadi lebih kerap dalam kalangan wanita muda. Seseorang yang menghadapi masalah ini akan membuang air lebih daripada 10 kali sehari serta tidak dapat menahan kencing.

Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu adalah senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan penggunaan ubatan.

Jelas Sahabudin, masalah tersebut sering berlaku akibat kesibukan kerja yang mengundang masalah malas ke tandas selain ketiadaan kemudahan tandas yang bersih.

Sementara itu, melakukan aktiviti seperti memandu sambil menahan air kencing boleh mengundang bahaya. Perbuatan menahan kencing didapati mempunyai kesan yang sama dengan keracunan alkohol atau tidak tidur selama 24 jam secara berterusan.

“Apabila manusia sampai kepada titik kesakitan, mereka tidak mampu berfikir dan membuat keputusan lagi. Ia sama seperti mabuk,” kata profesor neurologi di Universiti Brown di Providence , Pulau Rhode, Amerika Syarikat (AS), Peter Snyder.

Kajian Synder bersama kumpulan penyelidiknya itu memenangi kategori perubatan anugerah Ig Nobel anjuran majalah Annals of Improbable Research (AIR) di AS baru-baru ini. Ig Nobel memberikan anugerah untuk pelbagai kajian yang dianggap melucukan tetapi kemudian membuatkan orang mula berfikir.



"JOM Seiring Sejalan"

'When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others.'

Sunday, 26 August 2012

"MAK, SAYA TAKUT!!!"




"Mama, boleh tak temankan Azim ke dapur? Laparlah."
Malam sudah larut. Jam di dinding menandakan tepat pukul 11.30 malam.
Ibu Azim mengeluh di dalam hati. Mungkin tidak menjadi keberatan untuk menemani si Azim ke dapur jika anaknya masih kecil lagi. Tetapi yang menjadikan si ibu kehairanan, anaknya ini sudah berusia 12 tahun. Wajarkah untuk meminta ditemani hanya untuk ke sebuah ruang lain di dalam rumah sendiri yang semua pintu dan tingkap sudah berkunci rapat dan dikira selamat?
Takut yang tidak dibendung boleh bertukar menjadi fobia. Umpamanya takut untuk tidur dalam gelap di mana semua lampu dipadamkan. Atau takut berucap di hadapan khalayak ramai. Atau takut dengan air di kolam renang kerana pernah hampir lemas sewaktu kecil.
Emosi takut Allah jadikan ada hikmahnya. Makhluk bernama insan perlukan perasaan takut sebagai salah satu cara untuk melindungi dirinya daripada terperangkap dalam situasi yang membahayakan. Takut yang munasabah atau rasional termasuk: takut untuk berjalan seorang diri di lorong sunyi terutama pada waktu larut malam. Atau enggan memberi butir-butir peribadi kepada seseorang yang tidak dikenali kerana takut ditipu. Atau takut untuk memanjat tangga yang amat tinggi kerana bimbang tergelincir.
TAHAP UMUR DAN EMOSI TAKUT
Sama ada emosi takut yang menyelinap ke dalam lubuk jiwa seorang kanak-kanak itu wajar ataupun tidak ada kaitannya dengan peringkat umur dan perkembangan kanak-kanak tersebut.
Adalah normal untuk kanak-kanak yang baru bertatih merasa takut untuk dipisahkan daripada ibu bapa atau pengasuhnya. Juga normal untuk kanak-kanak sekecil ini jika merasa takut untuk ke bilik air sendiri atau tidur sendirian atau takut dengan binatang atau serangga.

Kanak-kanak tadika pula mungkin takut dengan situasi baru umpamanya sekolah baru di mana segala-galanya baru untuknya.

Kanak-kanak yang sudah mula bersekolah sudah diajar takut dengan kemungkinan dirompak di tengah jalan, umpamanya. Mereka juga mula memahami konsep perhubungan manusia. Contohnya, kanak-kanak sekecil ini sudah mula terjejas emosinya dengan rasa takut apabila perhubungan ibu bapanya tidak baik. Bermakna, takut akan menyelinap di jiwanya setiap kali ibu bapanya bertelingkah. Ini kerana, kanak-kanak pada usia ini sudah mula peka dengan corak dan rentak perhubungan sesama insan.

Anak-anak remaja pula mungkin takut jika tidak ada kawan atau dipulau oleh kawan. Mereka juga merasa takut dengan pelbagai perkara yang disebut di atas tadi, termasuk perceraian ibu bapa.
Perkara yang ditakuti juga berubah sesuai dengan meningkatnya usia seseorang anak. Umpamanya, anak yang takut pada ular pada usia dua tahun mungkin tidak kisah menyentuh atau memegang ular sawa bila dibawa ke zoo pada umur belasan tahun. Jadi kalau anak kecil takut dengan sesuatu, anda tidak perlu bimbang. Kemungkinan rasa takut ini dengan sendirinya akan hilang apabila dia besar nanti.
TAKUT BOLEH JADI FOBIA
Meskipun emosi takut pada sesuatu adalah normal pada lingkungan usia tertentu, ibu bapa yang bijak akan membimbing anaknya dari kecil lagi supaya pandai menangani emosi ini. Tujuannya agar tidak menjadi satu fobia seperti Azim di atas. Fobia ialah apabila takut yang kuat berterusan di dalam jiwa seorang insan sehingga boleh menjejaskan kehidupannya sehari-hari.
Bayangkanlah:
Jika takut untuk tidur dalam gelap, bila sudah berumahtangga boleh menimbulkan perbalahan antara suami isteri kerana seorang berkeras mahu tidur dengan lampu terang benderang dan seorang lagi langsung tidak boleh tidur bila ada cahaya berhampiran.
Jika takut untuk menyampaikan idea di hadapan umum, boleh menjejaskan peluang kerjaya cemerlang kerana sebaik manapun idea, mustahil boleh disebarkan dan dimanfaatkan umat manusia andai tidak dikongsi dengan orang lain.
JIKA ANAK MENGADU TAKUT
Jika anak anda ketakutan, jangan sekali-kali dimarahi atau diperkecilkan emosi ini. Sebaliknya, ajar dia beberapa langkah yang boleh dia lakukan sendiri untuk mengurangkan rasa takut. Bantu dia untuk menenangkan perasaan:
1.    Ajar dia tarik nafas panjang dan lambat-lambat. Ini adalah strategi paling mudah untuk mengawal pernafasan sekaligus meredakan ketegangan. Kaedah pernafasan begini akan memulihkan tahap oksigen dalam darah. Buat bersamanya jadi dia lihat sendiri bagaimana anda melakukannya. Katakan: "Jom, kita tarik nafas lambat-lambat, ya sayang. Satu, dua, tiga ..." Lepaskan pernafasan perlahan-lahan. Ulangi beberapa kali sehingga kelihatan dia agak tenang.

2.    Jangan sekali-kali menggelar anak sebagai "Penakut" sama ada di hadapan orang lain atau di hadapannya sendiri. Gelaran ini, meskipun disebut sekali sekala, hanya tambah menguatkan kepercayaan anak tersebut bahawa dia sememangnya seorang penakut.

3.    Awasi apa yang ditonton atau dilihat oleh anak anda, terutama anak yang masih kecil, di kaca televisyen, akhbar atau media lain. Imej-imej yang terlalu mengerikan boleh meninggalkan kesan negatif yang mendalam ke atas jiwa kanak-kanak.

4.    Anak-anak belajar daripada ibu bapa cara bagaimana menangani emosi takut. Jika dia melihat ibu bapa dan siapa sahaja yang mendidiknya sentiasa berkeadaan tenang meskipun situasi tegang dan menggusarkan, dia juga akan belajar berlapang dada.

5.    Paling penting, ajar anak supaya berdoa apabila dia merasa takut atau risau untuk mententeramkan perasaan yang berkecamuk. Ada pelbagai doa yang boleh diamalkan untuk tujuan ini, iaitu mengingatkan anak anda yang Allah sentiasa di sisi dan melindunginya dalam apa jua keadaan. Salah satunya saya petik daripada laman webwww.doaharian.blogspot.com yang bermaksud:

"Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku."
INGATLAH WAHAI IBU BAPA
Kasih sayang tidak memadai
Doa tidak mencukupi
Ilmu keibu-bapaan tidak datang dengan sendiri
Timbalah ia bersungguh-sungguh seikhlas hati
Agar anak menjadi insan yang hebat dan pandai berdikari
[NOTA : Artikel ini adalah sebahagian daripada siri "RAHSIA MEMBENTUK ANAK HEBAT" yang ditulis khusus untuk melengkapkan diri anda dengan asas-asas ilmu mendidik anak untuk membina keluarga bahagia dan berjaya.]




"JOM Seiring Sejalan"

'When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others.'

Sunday, 3 June 2012

JOM SHOPPING....



Assalamualaikum semua,


Nak miliki beg2 menarik seperti ini.... JOM klik kat laman web ini  BAGS, kalau berkenan boleh sms/call/pm nor ye.


Terima kasih di atas sokongan anda.



"JOM Seiring Sejalan"

'When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others.'

Monday, 21 May 2012

MASJID NABAWI, MADINAH


Kubur Di Kubah Masjid Nabawi sebenarnya adalah Jendela


Sila rujuk link yg nor tulis pada 5hb Ogos 2010 mengenai cerita ini. KLIK sini. Di bawah adalah kisah sebenarnya mengenai hal ini. Tidak pasti yg mana satu betul tapi hanya ALLAH swt sahaja yg maha mengetahui.


Persoalan mengenai benda yang terdapat di atas Kubah Masjid An-Nabawi. Janganlah kita menjaja lagi pendapat2 yang tidak sahih. Pendapat Imam Az-Zabidi tentang berkuburnya seorang yang ingin mencuri/memindahkan jasad Rasulullah s.a.w daripada makamnya kerana menganggapnya bida'ah dholalah adalah tidak tepat dan tidak sahih riwayatnya kerana sebahagian ulama' menganggap bahawasanya Imam Az-Zabidi Rohimahullahu Ta'ala hanya menaqalkan cerita2 masyarakat di persekitaran Madinah al-Munawwarah.


Apa yang berada di atas kubah Masjid An-Nabawi itu ialah jendela ataupun tutupan kubah yang akan di buka ketika hendak membersihkan atap kubah Masjid An-Nabawi. Dahulunya kubah ini terbuka, namun kerana dikhuatiri jikalau hujan, air dipastikan akan masuk yang nanti akan menyebabkan boleh merosakkan bahagian dalam Makam Rasulullah s.a.w dan dua sahabat Baginda s.a.w maka akhirnya ia di tutup. Jadi,cerita mengenai adanya mayat di atas kubah Masjid An-Nabawi adalah tidak benar kerana ia bukanlah mayat tetapi hanyalah jendela yang menutupi Kubah Masjid An-Nabawi.


"JOM Seiring Sejalan"

'When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others.'

Tuesday, 15 May 2012

CARA NAK BEZAKAN DAGING LEMBU & DAGING BABI

Awas....!! Ambil perhatian ini agar kita tidak mudah ditipu..


Terdapat beberapa perbezaan asas di antara daging babi dan lembu. Menurut Dr. Ir. Joko Hermanto, Dekan Jabatan Ilmu dan Teknologi Pangan IPB di Indonesia mengatakan bahawa melalui mata kasar, terdapat lima aspek yang dapat dibezakan antara daging babi dengan daging lembU iaitu warna, serat daging, jenis lemak, aroma dan tekstur. Berdasarkan perkara ini, fokus pengamatan mereka diarahkan pada lima aspek tersebut.



1. Dari segi warna
Jika dilihat, daging babi mempunyai warna yang lebih pucat dari daging lembu (lihat gambar), warna daging babi seolah-olah seperti warna daging ayam. Namun perbezaan ini tak dapat dijadikan pegangan, kerana warna pada daging babi biasanya disalut dan disebatikan dengan pelumuran darah lembu, walau sebatian ini boleh dihilangkan dengan merendam di dalam air. Selain itu, di bahagian tertentu pada daging babi, warnanya mirip sekali dengan daging lembu sehingga sangat sukar membezakannya.

2. Dari segi serat daging
Perbezaan kelihatan dengan jelas antara kedua-dua daging. Pada daging lembu, serat-serat daging kelihatan padat dan garis-garis seratnya kelihatan jelas. Sedangkan pada daging babi, serat-seratnya kelihatan samar dan sangat renggang. Perbezaan ini semakin jelas ketika kedua-dua daging direnggangkan bersama (lihat gambar).

3. Dari lemak yang kelihatan
Perbezaan terdapat pada peringkat keanjalannya. Daging babi mempunyai tekstur lemak yang lebih elastik sementara lemak lembu lebih kaku dan berbentuk. Selain itu lemak daging babi sangat basah dan sukar dilepaskan dari dagingnya sementara lemak daging agak kering dan kelihatan berserat (lihat gambar).

Namun kita harus berhati-hati pula bahawa pada bahagian tertentu seperti buah pinggang, lemak babi kelihatan hampir serupa dengan lemak lembu.

4. Dari segi tekstur
Daging lembu mempunyai tekstur yang lebih kaku dan padat berbanding dengan daging babi yang lembik dan mudah diregangkan (lihat gambar). Melalui perbezaan ini sebenarnya ketika kita memegangnya pun sudah terasa perbezaan yang nyata antara keduanya kerana dapat dirasakan daging babi lebih kenyal dan mudah direnggangkan. Sementara daging lembu terasa solid dan keras sehingga cukup sukar untuk diregangkan

5. Dari segi aroma
Terdapat sedikit perbezaan antara keduanya. Daging babi mempunyai aroma khas tersendiri, sementara aroma daging lembu adalah hanyir seperti yang telah kita ketahui. Dari segi bau inilah sebenarnya perkara paling penting untuk membezakan antara kedua-dua daging ini. Kerana walaupun warna telah ditukar dan dicampur antara keduanya, namun aroma kedua-dua daging ini masih boleh dibezakan. Sayangnya kemampuan untuk membezakan melalui aromanya ini memerlukan latihan yang berulang-ulang kerana memang perbezaannya tidak terlalu ketara.

6. Ciri-ciri secara Umum
Secara amnya, bentuk daging babi yang diternak dan babi hutan sangat mirip satu sama lain, sementara daging babi mempunyai perbezaan yang cukup banyak dengan daging lembu. Namun ketika kedua-dua jenis daging tersebut telah dicampurkan, apatah lagi setelah disebatikan dengan darah lembu, kedua-duanya (daging babi dan lembu) menjadi sangat sukar untuk dibezakan.

IF YOU CARE, DON'T FORGET TO SHARE



"JOM Seiring Sejalan"

'When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others.'

 

Popular Posts