SUKA BLOG INI?

Followers

Sunday, 14 June 2009

ADAB MENERIMA TETAMU



Sesiapa pun tetamu kita, hitamkah, putih, cantik atau tidak. Kita memang wajib melayan tetamu kita dengan wajah yang manis dan perbualan yang ramah tamah. Kecualilah tetamu kita itu perompak atau pencuri, memang wajib dinyah dari rumah kita dan dipanggil polis untuk menangkapnyakan..he.he..

Saya teringat seorang ustaz pernah berkata. Tetamu adalah pembawa rezeki, orang yang tidak meriakan tetamu akan ditutup pintu rezekinya.

Maksud tetamu:
Orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain sama ada dijemput atau tidak dijemput

Konsep melayan tetamu:
Menerima dan melayan tetamu merupakan sikap dan amalan yang amat digalakkan. Keimanan dan kemuliaan seseorang dapat dilihat melalui cara menerima dan melayan tetamu.

Maksud Sabda Rasulullah saw;
- Tempoh layanan sebagai tetamu hendaklah dalm masa 3 hari
- Layanan istimewa selama sehari semalam mengikut kemampuantuan rumah
- Pada hari kedua dan ketiga layanan yang diberi sama seperti yang diberikan kepada keluarga sendiri dan ianya dianggap sebagai sedekah


BAGAIMANA KITA HARUS MELAYAN TETAMU
Memberikan layanan yang baik:
Menyambut tetamu dimuka pintu/di halaman rumah, janganlah apabila tetamu datang muka kita masam mencuka seolah-olah menunjukan kita memang tidak suka akan kehadirannya.

Menjawab salam dan berjabat tangan dengan mesra, janganlah menjabat tangan hanya dihujung jari sahaja.

Mempersilakan tetamu masuk dengan mesra, lebar-lebarkan senyuman tersebut. Bukan rugipun senyumkan. Orang kalau tidak cantik sekalipun, kalau selalu tersenyum pasti wajahnya akan berseri.

Sediakan tempat duduk yang selesa dan bersih

Bersifat ikhlas dan berlapang dada:
Gembira dan berlapang dada atas kedatangan tetamu, ramai dikalangan kita berasa terganggu dengan kedatang tetamu. Kenapa kita harus bersikap begini? Sesungguhnya kita harus bersyukur kerana masih ada orang yang sudi datang menziarahi ke rumah kita.

Menunjukkan muka yang manis
Sentiasa tersenyum dgn muka yang manis. Aduh saya pernah melihat orang bermasam muka apabila tetamu datang, bahkan menghempaskan pintu. Kenapa perlu begitu?
Berbual bertanya khabar sama tentang diri atau keluarga, pernahkah anda melihat tetamu terkial-kial seorag diri tetapi tuan rumah duduk di dalam bilik. Ini benar-benar biadap. Kalau anda jadi tetamu apa perasaan anda?
Jaga tutur kata supaya tidak mengikut perasaan

Menyediakan jamuan mengikut kemampuan
Makanan yg terbaik mengikut kemmapuan
Menjemput tetamu makan
Makan bersama-sama tetamu
Menghulurkan makanan kepada tetamu
Jangan mengemas hidangan sebelum tetamu selesai makan

Menyediakan kemudahan yang baik kepada tetamu
Layanan yang baik sebagai tetamu

Keperluan tandas dan bilik air yang bersih

Memberi keselisaan seperti kipas angin/bilik tempat berehat apabila tetamu ingin berehat
Jika tetamu membawa hadiah untuk kita, perlulah kita menerima dengan kedua-dua tangan, sambil mengucapkan terima kasih serta berwajah manis supaya dapat menyenangkan hati tetamu kita.

Kebaikan meraikan tetamu.
1. Murah rezeki, mendapat rahmat dan berkat drpd Allah swt
2. Bertambah kasih sayang antara tetamu dan tuan rumah yang dikunungi
3. Mendapat ganjaran pahala dan keampunan Allah swt
4. Menarik perhatian orang bukan Islam terhadap keindahan Islam

Entry nor ni tidak ada kena mengena dengan hidup atau yang mati tetapi kalau ada yang terasa tu, cepat-cepatlah perbaiki diri. Ini hanyalah ingatan untuk kawan-kawan termasuklah diri nor sendiri.....

Terima Kasih kerana sudi membaca,

Saturday, 13 June 2009

My niece

Semalam my niece (Rabiahtul Awdauwiah) dtg bercuti di sini bersama 3 org rakan2 nya yg sama2 belajar kat Polyteknik Kuching. ATOOL itu nickname dia, belajar ambil jurusan Accountancy.... Dia ni anak kakak nor (KERTINI) yg nobor 2, yg sulung dah kawin, ada 3 org lagi adik & seorg lagi lum keluar hehehhe.. insyallah hujung June ni akak nor ni akan bersalin. Atool & 2 org kawan nya ikut flight direct dpd Miri, manakala yg seorg lagi ikut flight dpd Kuching. Sampai LCCT pukul 11:30 malam tadi.....

Disebabkan anak2 dara ni tak makan lagi, makan ler tgh2 malam.... nasib baik ada lebihan lauk... Tidor pun lewat..... Nor happy sebab Atool belikan mak saudara dia ni sayur2 yg dipesan.... hmmm bole ler masak. Anyway, TQ Atool..... :) Pagi ni hantar Atool & rakan2nya ke station komuter Nilai... aiza jadi tour guide dia org... hmmmm retikan anak nor ni... ntah ler... bagi dia peluang....

Sepatutnya aiza ada kelas piano hari ni, terpaksa nor batalkan sebab dia nak ikut sangat anak2 dara semua ni gi jalan2 kl... Cadangnya nak gi KLCC & Times Square... bagi dia org panduan ala kadar, tak tahu call atau sms jer...
Aizah & Atool

Ni dia anak2 dara, dah bersedia utk ronda2 kl....


Salam Mesra,

Cafe Old Town White Coffee

Email dpd rakan.... sama2 kita fikirkan...


*****************************************
Salam,

Saya dan rakan2 sering ke cafe Old Town White Coffee duduk minum dan bincang hal business. Bila melihatkan kemajuan perniagaan mereka ada keinginan utk memulakan perniagaan ala franchise seperti syarikat Old Town White Coffee. Rakan kami telah berhubung dan berjumpa dengan pengusaha Old Town White Coffee untuk mendapatkan peluang franchisee daripada syarikat mereka dengan modal sendiri di rumah kedai yg kami miliki di lokasi strategik.

Alangkah terkejutnya kami ialah jawapan dari pihak pengusaha franchise tersebut adalah "KAMI TIDAK BERI PELUANG INI KEPADA ORANG MELAYU ISLAM UNTUK BERNIAGA"

Walhal yang memenuhkan tempat dan saling berkunjung untuk makam minum di cafe ini rata rata kami lihat adalah orang Melayu Islam kita.Kita sering dengar kesama-rataan peluang yang di berikan oleh pihak kerajaan dan sering di tuntut hak mereka oleh bangsa Cina di Malaysia.Dari apa yang kami alami dapat di buat kesimpulan bahawa apa yang bangsa asing pentingkan adalah perniagaan mereka dan monopoli bidang dan menidakan peluang kepada orang Melayu Islam tetapi menuntut hak sama dan membuat untung dari orang Melayu.Lihat lah pekerja mereka semuanya pekerja asing dari Myanmar yang bukan Islam dan tiada pekerja bangsa Melayu Islam di Old Town White CoffeeNasihat kami wahai orang Melayu Islam dan kami sendiri hindarilah dari berkunjung ke Old Town White Coffee kerana mereka bukan memikirkan kejayaan sama bangsa Malaysia tetepi mereka Anti Islam.

Fikir-fikir lah...


Salam
"Bersama Kembalikan Hak Dan Maruah Dengan Bijaksana"

Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Tel : 03-42566618 / 42577222
Faks : 03-42566617

Friday, 12 June 2009

Santapan hari ni....

Makan berdua je dgn aiza... lauk hari ni nor masak Umai Ikan Tenggiri, Ikan Bilis Goreng Garing & Lala Masak Halia. Lama betul tak makan umai, tadi kat pasar borong beli ikan tenggiri yg fresh... hmmm sedap tau... hehheheeh.... Ikan Bilis tuu pun fresh, buang kepala dia & goreng garing2.. hmmmm


JOM ler makan sekali.......


Salam Mesra,

Ke Pasar Borong

Lauk2 kat rumah dah habis, so pagi2 lagi dah ajak aizah gi pasar borong..... dia tolong tolak trolly jerr... itu pun paksa dia ikut sekali, selalunya pergi dgn hubby. Kena beli lauk hari ni sbb malam nanti anak saudara (anak kakak nor) akan dtg ke sini dpd Miri.... Esok pulak hubby balik. Memang ikan2, daging serta ayam kat sini murah ler ckit dan banyak pilihan.... sayur2 pun segar2 dan pelbagai... Pagi ni belum ramai org lagi yg datang, so selesa ler membeli belah, kalau tak selalu kalau gi lewat ckit mesti ramai punya...

Jalan menuju ke Pasar Borong

Pasar Borong dpd depan bangunan




Salam Mesra,

 

Popular Posts