SUKA BLOG INI?

Followers

Sunday, 25 December 2011

12 Foods of Prophet Muhammad (SAW)


(Arranged Alphabetically)
Barley:
Good in fever, while use in a soup form.
Dates:
The Prophet (SAW) said that a house without dates has no food. It should also be eaten at the time of childbirth.
Figs:
It is a fruit from paradise and a cure for piles.
Grapes:
The Prophet (SAW) was very fond of grapes - it purifies the blood, provides vigour and health, strengthens the kidneys and clears the bowels.
Honey:
Considered the best remedy for diarrhoea when mixed in hot water. It is the food of foods, drink of drinks and drug of drugs. It is used for creating appetite, strengthening the stomach, eliminating phlegm; as a meat preservative, hair conditioner, eye soother and mouthwash. It is extremely beneficial in the morning in warm water.
Melon:
The Prophet (SAW) said: "None of your women who are pregnant and eat of water melon will fail to produce off spring that is good in countenance and good in character."
Milk:
The Prophet (SAW) said that milk wipes away heat from the heart just as the finger wipes away sweat from the brow. It strengthens the back, improved the brain, renews vision and drives away forgetfulness.
Mushroom:
The Prophet (SAW) said that mushroom is a good cure for the eyes; it also serves as a form of birth control and arrests paralysis.
Olive Oil:
Excellent treatment for skin and hair, delays old age, and treats inflammation of the stomach.
Pomegranate:
The Prophet (SAW) said it cleanses you of Satan and evil aspirations for 40 days.
 Vinegar:
A food Prophet Muhammad (SAW) used to eat with olive oil. [That's now a fashion in elite Italian Restaurants]
 Water:
The Prophet (SAW) said the best drink in this world is water,when you are thirsty drink it by sips and not gulps, gulping produces sickness of the liver.
So "darood" and praise be upon our beloved Prophet Muhammad (SAW) who related us with marvelous knowledge, which dazzles the wisest minds. May this information be beneficial to all of us.InsyaAllah.




"JOM Seiring Sejalan"

'When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others.'


KHASIAT DAUN KARI

Email yg nor dapat daripada kawan mengenai daun kari.... JOM sama2 kita baca




Pokok kari adalah tumbuhan tropika hingga sub-tropika, yang berasal India. Tumbuhan renek ini yang adalah daripada spesies murraya koeniggi dalam keluarga rutaceae yang mengeluarkan daun-daun kecil berwarna hijau dan berbunga putih. Tumbuhan ini agak lasak walaupun sebenarnya ia menyukai tanah yang subur dan kaya dengan mineral. Nama spesies herba murraya koenigii yang diambil sempena memperingati ahli botani Johann König.

Pokok kari juga dikenali sebagai 'kariveppilai' dalam bahasa Tamil, juga dikenali sebagai karipulei, kari-kari, veppu-neem dan daun ilai. Dalam bahasa Kannada, ia dipanggil ‘neem hitam’, kerana daunnya mirip dengan pohon neem yang pahit, walaupun ia tiada kaitan langsung dengan pokok neem. Pokok kari juga tiada berkaitan dengan daun salam (bay leaf) dan daun kemangi (basil leaf) iaitu daun yang aromatik dari Mediterranean.



Pokok kari

Pokok kari boleh tumbuh sehingga ketinggian antara 4 hingga 6 meter, dengan ukur lilit batang yang boleh membesar sehingga 40cm. Daunnya menyirip dengan 11-21 helaian pada satu-satu sirip atau lebaran, setiap helaian daun berukuran antara 2-4 cm panjang dan 1-2 cm lebar. Daun kari sangat aromatik.

Pokok kari biasanya ditanam di halaman rumah kerana kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari. Daun kari mempunyai aroma yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit. Ia disebut daun kari kerana digunakan untuk membuat kari dan ia digunakan secara meluas dalam kebanyakan masakan di Tamil Nadu di selatan India. Ia tidak hanya digunakan dalam masakan kari tetapi dalam masakan lain seperti rasam, vada, thoran, chutney, kadhi, murukku dan lain-lain lagi.



Bunga pokok kari

Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan mempunyai aroma yang sangat harum. Buahnya kecil, sebesar terung pipit, berwarna hijau ketika muda dan bertukar ke ungu berkilau setelah matang. Buahnya boleh dimakan, tetapi biji benihnya dikatakan beracun. Agaknya, sebab itulah buahnya yang ranum ini tidak diganggu serangga atau burung...

Pokok kari boleh membiak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya. Selain ditanam di halaman rumah kerana daunnya ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan.

Hasil kajian mendapati daun kari mengandungi:
66.3% kelembapan
6.1% protein
1.0% lemak
16.0% karbohidrat
6.4% fiber

Daun kari juga mengandungi mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus, zat besi, asid nikotinik dan vitamin C. Ia juga mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid yang dipanggil koenigiin.

Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan Ayurveda di India. Daun kari mempunyai nilai sebagai antioksidan, anti-diabetes, antimikrob, anti-inflamasi, Hepatoprotektor, anti-hiperkolesterolemia dan lain-lain lagi. Daun kari juga dikatakan baik untuk penjagaan rambut yang panjang dan sihat. Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban. Kulit pokok, daun dan akar pokok daun kari digunakan sebagai tonik. Pucuk daun muda juga boleh dibuat ulam.

Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir.

Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan. Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea (gonorrhea), menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung.

Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.


Buah kari 


Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa. Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit.

Daun kari juga berkesan menyembuhkan penyakit cirit-birit dan penyakit berak darah yang juga disebut disentri. Daun kari dan akarnya juga dikatakan baik untuk peredaran darah dan boleh bertindak sebagai sedatif.

Walaupun terdapat pelbagai kegunaan tumbuhan ini, namun penggunaannnya perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan untuk mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.



"JOM Seiring Sejalan"

'When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others.'

Saturday, 24 December 2011

The winner of the Berlin short film festival: Chicken-a-la- Carte

Nor dapat video ni dah lama (2009) dah tapi tak reti nak share pada masa tu. JOM kita tengok sama & jadikan pengajaran buat kita semua




"JOM Seiring Sejalan"

'When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others.'

TANAM BUNGA KANTAN

Tadi baru lepas tanam benih bunga kantan yg nor terima dpd Kak Asiah, terima kasih sangat2. Satu nor tanam dalam pasu, satu lagi kat kawasan lapang belakang rumah. Tak sabar2 tanam dalam hujan2 pulak tuuu....(hmmmm subur ler kau kantan). Harap2 menjadi gak yang ni.



Benih bunga kantan, baru terima lepas zohor tadi, alhamdulillah... selamat kau sampai Sepang ye.. ;)


Ya allah ya rabbi.... jadikan hasil tanaman nor ni subur dan menjadi.... AMINNNNNN

"JOM Seiring Sejalan"

'When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others.'

LAWATAN KE KEBUN KECIL

Pagi2 dah hujan kan.... alhamdulillahh. Selepas breakfast bersama suami pagi tadi, nor keluar buat lawatan ke kebun kecil belakang rumah hahahhaah.... JOM JALAN2


Daun cekur dah besar2, subur jer ... alhamdulillah... tadi ambil ckit utk buat kerabu cekur campur dgn bunga kantan ckit. Lauk tengahari suami nor.....





Sireh ni pun dah hidup segar, daun2 yg besar2 dengan hijau muda dan tua, agaknya ada 2 jenis sireh kott....


Pokok limau purut dah nun tinggi.... di puncak sana buah2 yg dah besar & ada yg baru nak membesar. Sebenarnya pokok nya buah dia tak pernah putus sebelum nor pergi haji lagi, bila balik masih lagi berbuah walaupun tiap2 hari ambil utk mandi. Segar tau badan mandi dgn air limau purut ni.


Dah berbunga honeydew ni.... harap2 dapat makan hasilnya kan. Agak2 berapa lama ye. First time nor tanam ni... berbelit2 dengan pokok serai. Alahai..... 

"JOM Seiring Sejalan"

'When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others.'

 

Popular Posts