SUKA BLOG INI?

Followers

Monday, 21 May 2012

MASJID NABAWI, MADINAH


Kubur Di Kubah Masjid Nabawi sebenarnya adalah Jendela


Sila rujuk link yg nor tulis pada 5hb Ogos 2010 mengenai cerita ini. KLIK sini. Di bawah adalah kisah sebenarnya mengenai hal ini. Tidak pasti yg mana satu betul tapi hanya ALLAH swt sahaja yg maha mengetahui.


Persoalan mengenai benda yang terdapat di atas Kubah Masjid An-Nabawi. Janganlah kita menjaja lagi pendapat2 yang tidak sahih. Pendapat Imam Az-Zabidi tentang berkuburnya seorang yang ingin mencuri/memindahkan jasad Rasulullah s.a.w daripada makamnya kerana menganggapnya bida'ah dholalah adalah tidak tepat dan tidak sahih riwayatnya kerana sebahagian ulama' menganggap bahawasanya Imam Az-Zabidi Rohimahullahu Ta'ala hanya menaqalkan cerita2 masyarakat di persekitaran Madinah al-Munawwarah.


Apa yang berada di atas kubah Masjid An-Nabawi itu ialah jendela ataupun tutupan kubah yang akan di buka ketika hendak membersihkan atap kubah Masjid An-Nabawi. Dahulunya kubah ini terbuka, namun kerana dikhuatiri jikalau hujan, air dipastikan akan masuk yang nanti akan menyebabkan boleh merosakkan bahagian dalam Makam Rasulullah s.a.w dan dua sahabat Baginda s.a.w maka akhirnya ia di tutup. Jadi,cerita mengenai adanya mayat di atas kubah Masjid An-Nabawi adalah tidak benar kerana ia bukanlah mayat tetapi hanyalah jendela yang menutupi Kubah Masjid An-Nabawi.


"JOM Seiring Sejalan"

'When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others.'

Tuesday, 15 May 2012

CARA NAK BEZAKAN DAGING LEMBU & DAGING BABI

Awas....!! Ambil perhatian ini agar kita tidak mudah ditipu..


Terdapat beberapa perbezaan asas di antara daging babi dan lembu. Menurut Dr. Ir. Joko Hermanto, Dekan Jabatan Ilmu dan Teknologi Pangan IPB di Indonesia mengatakan bahawa melalui mata kasar, terdapat lima aspek yang dapat dibezakan antara daging babi dengan daging lembU iaitu warna, serat daging, jenis lemak, aroma dan tekstur. Berdasarkan perkara ini, fokus pengamatan mereka diarahkan pada lima aspek tersebut.



1. Dari segi warna
Jika dilihat, daging babi mempunyai warna yang lebih pucat dari daging lembu (lihat gambar), warna daging babi seolah-olah seperti warna daging ayam. Namun perbezaan ini tak dapat dijadikan pegangan, kerana warna pada daging babi biasanya disalut dan disebatikan dengan pelumuran darah lembu, walau sebatian ini boleh dihilangkan dengan merendam di dalam air. Selain itu, di bahagian tertentu pada daging babi, warnanya mirip sekali dengan daging lembu sehingga sangat sukar membezakannya.

2. Dari segi serat daging
Perbezaan kelihatan dengan jelas antara kedua-dua daging. Pada daging lembu, serat-serat daging kelihatan padat dan garis-garis seratnya kelihatan jelas. Sedangkan pada daging babi, serat-seratnya kelihatan samar dan sangat renggang. Perbezaan ini semakin jelas ketika kedua-dua daging direnggangkan bersama (lihat gambar).

3. Dari lemak yang kelihatan
Perbezaan terdapat pada peringkat keanjalannya. Daging babi mempunyai tekstur lemak yang lebih elastik sementara lemak lembu lebih kaku dan berbentuk. Selain itu lemak daging babi sangat basah dan sukar dilepaskan dari dagingnya sementara lemak daging agak kering dan kelihatan berserat (lihat gambar).

Namun kita harus berhati-hati pula bahawa pada bahagian tertentu seperti buah pinggang, lemak babi kelihatan hampir serupa dengan lemak lembu.

4. Dari segi tekstur
Daging lembu mempunyai tekstur yang lebih kaku dan padat berbanding dengan daging babi yang lembik dan mudah diregangkan (lihat gambar). Melalui perbezaan ini sebenarnya ketika kita memegangnya pun sudah terasa perbezaan yang nyata antara keduanya kerana dapat dirasakan daging babi lebih kenyal dan mudah direnggangkan. Sementara daging lembu terasa solid dan keras sehingga cukup sukar untuk diregangkan

5. Dari segi aroma
Terdapat sedikit perbezaan antara keduanya. Daging babi mempunyai aroma khas tersendiri, sementara aroma daging lembu adalah hanyir seperti yang telah kita ketahui. Dari segi bau inilah sebenarnya perkara paling penting untuk membezakan antara kedua-dua daging ini. Kerana walaupun warna telah ditukar dan dicampur antara keduanya, namun aroma kedua-dua daging ini masih boleh dibezakan. Sayangnya kemampuan untuk membezakan melalui aromanya ini memerlukan latihan yang berulang-ulang kerana memang perbezaannya tidak terlalu ketara.

6. Ciri-ciri secara Umum
Secara amnya, bentuk daging babi yang diternak dan babi hutan sangat mirip satu sama lain, sementara daging babi mempunyai perbezaan yang cukup banyak dengan daging lembu. Namun ketika kedua-dua jenis daging tersebut telah dicampurkan, apatah lagi setelah disebatikan dengan darah lembu, kedua-duanya (daging babi dan lembu) menjadi sangat sukar untuk dibezakan.

IF YOU CARE, DON'T FORGET TO SHARE



"JOM Seiring Sejalan"

'When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others.'

Friday, 23 March 2012

NIAGA...KLIK "LIKE" PLEASE....

Assalamualaikum kepada rakan blogger noor...


JOM ke facebook niaga noor http://www.facebook.com/noorhodza & klik LIKE. Sokongan dpd rakan2 amat noor hargai...


Terima kasih semua...


"JOM Seiring Sejalan"

'When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others.'

Thursday, 15 March 2012

Cara Tasbih Guna Jari..& Doa Mudah Bangun Untuk Bangun Buat Tahajjud

Bila menggunakan jari utk menghitung tasbih, tahmid dan takbir .. dan kaitan angka 33 dengan sendi sendi di jari kita. Sebelum itu, mari kita menghayati dua potong ayat al quran dari surah al Qiamah 

Ada juga petua utk senang bangun bertahajud dengan mengamalkan surah Al Qadr .. coba coba lah.

Firman Allah yang maksudnya 

Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)? (ayat 3) 

Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain). (ayat 4) 

Surah Al Qiamah 




Doa untuk mudah bangun tengah malam (tahajjud) 
Baru-baru ni saya ada 1 ceramah di Radio IKIM. Penceramahnya ialah seorang Syeikh dari Negara Arab. Maaf, tak berapa ingat dia punya nama.

Dalam ceramah tu, Syeikh Arab tu ada berkongsi 1 amalan yang jika diamalkan akan memudahkan kita untuk bangun malam untuk bertahajjud. 

Caranya ialah : 
Baca surah al-Qadr (Innaa anzalnaa hufii lailatul qadr…). Baca surah ini hingga habis. Dan pada ayat yang terakhir, diulang sebanyak 7 kali. Semasa ulang baca ayat terakhir tu, kena niat dalam hati, pukul berapa anda nak bangun.





Amalkan baca seperti diatas sebelum anda tidur. InsyaAllah, PASTI BERKESAN. Cubalah…Sekian, harap dapat sebar-sebarkan pada kawan-kawan yang lain untuk diamalkan… 










"JOM Seiring Sejalan"

'When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others.'

Tuesday, 6 March 2012

MENGUAP CARA ISLAM

Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud:

"Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap.


Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah!'.



Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. 

Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu.

Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. 
(Hadith Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : 

Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: 

"Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, 

kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka." 
(Riwayat Imam Muslim)

Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: 

"Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap . 

Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu." 
(Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi)

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: 

Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: 

"Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin." 
(Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi)

Pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin:

1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.

3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.

Sunat ketika bersin mengucapkan "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan "Yarhamukallah".

Sunat mengucapkan "Astaghfirullah" selepas menguap.


Wallahu a'lam



"JOM Seiring Sejalan"

'When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others.'

 

Popular Posts