Umrah & Haji : Ikhtiar Melambatkan Haid Sementara Waktu
Bagi mereka yang mahu mengerjakan umrah & haji dijangka akan haid semasa berada disana, sebaiknya cubalah amalan yang diajar kepada saya semasa mengerjakan haji disana oleh seorang rakan sebilik. Sayang sekali sekiranya kita tak dapat beramal semasa berada di sana.
Allah tempat kita meminta, Allah tempat kita mengadu, lalu dengan panduan dari mereka yang berilmu, sebaiknya kita cuba berikhtiar dengan apa yang di cadangkan ini. Semoga kita dapat memaksimumkan masa kita di Tanah Suci dengan beribadat kepada Allah.
Amalan ini boleh diamalkan semasa dalam ihram atau selepas haid. Jika mereka yang mahu mengerjakan umrah, sebaiknya selepas haid terakhir sebelum tarikh yang dijadualkan untuk bertolak. Noor amalkan setiap kali solat fardu, insyallah amalkan lah...
Caranya:
1. Diamalkan selepas haid yang terakhir.
2. Baca lepas setiap kali solat 5 waktu (elok ditiupkan doa ini ke dalam air kemudian diminum.)
3. Apabila membaca ayat no 2, 3 dan 4 hendaklah menekan lidah ke langit-langit dan menahan nafas 5 saat kemudian hembus di air.
InsyaAllah semoga mujarab. Harus sentiasa ingat bahawa segalanya berlaku dengan izin Allah lalu memohonlah dengan hati yang ikhlas dan bersungguh-sungguh.
Selepas habis ibadah, untuk membukanya, bacalah doa dalam ayat 80 Surah Isyrak.
"JOM Seiring Sejalan"