SUKA BLOG INI?

Followers

Friday 31 July 2009

LUNCH TIME!!!!

SOTONG TUMIS CILI


BAHAN2
4 ekor Sotong sedang besar
4 biji cili merah (kalau nak pedas, tambah cili padi)
2 ulas bawang merah
3 biji limau kasturi
sedikit garam & gula

CARA:
Sotong digoreng dalam kuali tanpa minyak... bila air sotong dah keluar & sotong sedang2 masak (jangan terlalu lama, nanti sotongnya keras). Angkat & biarkan dulu. Cili merah, bawang merah ditumbuk sedikit, jangan terlalu hancur & campurkan air limau kasturi.... Panaskan minyak sedikit saja... tumis cili tumbuk tadi hingga keluar bau, masukkan air sedikit bersama gula. Biarkan mendidih sekejap sampai air sedikit kering, baru masukkan sotong tadi... Tumis ala kadar saja, jangan terlalu lama.... last .... masukkan garam ikut suka ler kan... OK dah siap sotong kita... SELAMAT MENCUBA...

SAYUR LOBAK PUTIH

"JUST SHARING..... NO HEART FEELING"


COVER LINE.... hehehhh




"JUST SHARING..... NO HEART FEELING"






SARAPAN Pagi...

Mee Goreng Jeerr...


"JUST SHARING..... NO HEART FEELING"




TENGOK2 BUNGA

Petang semalam, membuat lawatan ke nursery kat area Cyberjaya-Putrajaya Highway.... Hubby ajak Sarina sekali sebab nak pinjam kereta besar dia.... nak mengangkut pokok2 bunga ler tuu... hai Abg.... tak cukup lagi ke yg kat rumah tuu...???? JOM cuci matan kat kebun bunga..




Nor suka foto ni..... cute jer Farhana kat sini... ni anak jiran nor Sarina... dgn gaya model nya..


Pokok2 yg hubby beli... ni separuh dpd nya... Penuh gak ler kereta Sarina tuuu... TQ Sarina.. nanti ada masa kita gi Seremban 2 lak ye....


"JUST SHARING..... NO HEART FEELING"


LEGA RASANYA

Lega ler rasanya kek2 semua dah siap... Hari ni insyallah nor nak buat pudding labu lak ... itu pun kalau hubby takde rancangan lain...

Kek Lapis India yg dah masak & telahpun nor keluarkan dpd acuannya.... hmmmm sedap, tapi sebab dah biasa makan kek ni, nor buatkan cukup2 2 acuan. Nak makan sendiri nanti nor buat kemudian....




Masukkan ke dalam peti sejuk, biar coklatnya keras ckit... ada org suka makan ketika coklatnya beku... ada org suka biar dia lembik sikit.... lain org lain seleranya.


"JUST SHARING..... NO HEART FEELING"




Three things in life,once gone never come back....
Words, Opportunity, Time...

Thursday 30 July 2009

MAKAN MALAM

Masa berbuka nor cuma minum air & makan buah kurma jer... Lepas solat magrib nor masak ala kadar... Petang tadi tak sempat nak masak sebab hubby ajak ke nursery tengok pokok2 bunga... Nor masak ikan sardin bercili & sayur campur...


Lepas makan malam, hubby suruh buat jus Detox... heheheehh jus ni kalau minum, sure esok pagi mudah jer buang air besar.... JOM share resepi...

1 batang lobak merah
1 batang salery
1 biji orange
1 biji apple hijau
1/2 batang timun dibuang bijinya
Sedikit gula atau madu
2 gelas air atau lebih
Semua bahan2 ni diblender sampai hancur... jus ni agak pekat, boleh ditambah air nya kalau suka... Tak payah ditapis, diminum terus jer...


"JUST SHARING..... NO HEART FEELING"




Three things in life,once gone never come back....
Words, Opportunity, Time...

KOLAM IKAN DAH BERSIH...

Kolam ikan dah bersih, ikan2 semua nya dah sihat... dah bagi ubat & chemical yg khas... hanya 7 ekor ikan koi yg mati.... semuanya yg besar2 ....sedihnya...

Semalam 29/7/2009... semua ikan2 dilepaskan semula ke dalam kolam.... wahhh happy jer ikan2 tuuu berenang... melompat2 jer... Nor pula tak sempat nak update... sibuk dok buat kek lapis... masa dia org lepaskan ikan2 tuuu, nor keluar jer kejap tgk...





"JUST SHARING..... NO HEART FEELING"




Three things in life,once gone never come back....
Words, Opportunity, Time...

Wednesday 29 July 2009

Santapan Malam

Nor berbuka dengan air sejuk saja tdi... lepas solat magrib baru makan malam bersama aizah... Ni lauk kita malam ni.... Ketam Goreng Sos Tiram, Sayur Campur & Telur Mata Kerbau...


"JUST SHARING..... NO HEART FEELING"




Three things in life,once gone never come back....
Words, Opportunity, Time...

KEK LAPIS KOPI

UPDATE

Kek yg dah masak.... yg ni pun nor tak boleh nak potong2... orang punya tempahan.... lapisan kek tak berapa nampak.... potong karang terkurang ler pulak kan... SILA kan...



BAHAN2

  • 12 biji telur
  • 250g butter
  • 1/2 gelas gula
  • 1 tin kecil kaya
  • 1 sudu makan ovalett
  • 1 sudu teh vanila
  • 1 sudu teh paste kopi
  • 1 pkt serbuk kopi (instant kopi yg 3 in 1)
  • 4 sudu besar horlick
  • 2 sudu madu
  • 2 gelas tepung hongkong atau bluekey superfine
  • 1 sudu teh perwarna kuning
CARA:

Butter, gula, ovalett, susu, kaya dan madu dipukul hingga kembang atau sebati. Masukkan telur yg telah dicampur dgn esen vanila satu persatu, pukul lagi hingga kembang. Kemudian, masukkan horlick & gaul lagi rata2. Bila dah sebati, baru masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Gaul lagi hingga rata.

Adunan dibahagi kepada 2 bahagian...
  • Bahagian 1 - dicampur dgn paste kopi & instant kopi 3 in 1
  • Bahagian 2 - dicampur dgn perwarna kuning
Ambil 5 sudu makan adunan kuning, masukkan ke dalam acuan, ratakan & dibakar. Bila dah masak, tekan2 kek tdi dgn alat khas yg nor tunjukkan dalam entry sebelumnya. Kemudian masukkan lagi 5 sudu adunan. Bakar lagi, buat serupa sebanyak 3 lapis. Kemudian baru lapiskan dgn adunan kopi, buat 2 lapisan... Maknanya 3 lapisan adunan asal, 2 lapisan adunan kopi.... Buat begitu sehingga adunan habis.

Petua:
  1. Telur - supaya telur cepat kembangnya, telur hendaklah dipecahkan & sejukkan selama 30 minit dalam peti sejuk.
  2. Untuk mengelakan kek mengelembung, tekan kek yg dah masak menggunakan alat khas, kalau takde... bole gunakan senduk atau sudu.
  3. Jangan keluarkan dulu kek dpd acuannya bila dah masak.... tunggu, kalau bole biar 5 - 6 jam.
  4. Gunakan sukatan yg sama utk tiap2 lapisan, supaya kek nampak kemas.
  5. Semasa membakar, gunakan api atas sahaja.
  6. Bila dah masak.... keringkan kek selama 5 minit dgn menggunakan api atas & bawah.
Kek yg dah masak, nanti nor klipkan fotonya.... tunggu....!!!!

SELAMAT MENCUBA.....


"JUST SHARING..... NO HEART FEELING"




Three things in life,once gone never come back....
Words, Opportunity, Time...

THIS IS HOW WE MISS OUT SOMETHING CALLED 'LIFE'

A boy was born to a couple after eleven years of marriage. They were a loving couple and the boy was the gem of their eyes. When the boy was around two years old, one morning the husband saw a medicine bottle open.

He was late for office so he asked his wife to cap the bottle and keep it in the cupboard. His wife, preoccupied in the kitchen totally forgot the matter. The boy saw the bottle and playfully went to the bottle fascinated by its color and drank it all. It happened to be a poisonous medicine meant for adults in small dosages. When the child collapsed the mother hurried him to the hospital, where he died. The mother was stunned. She was terrified how to face her husband. When the distraught father came to the hospital and saw the dead child, he looked at his wife and uttered just five words.


QUESTIONS :
1. What were the five words ?
2. What is the implication of this story?


ANSWER :
The husband just said ' I am with you Darling '

The husband's totally unexpected reaction is a proactive behavior. The child is dead. He can never be brought back to life. There is no point in finding fault with the mother. Besides, if only he had taken time to keep the bottle away, this would not have happened. No one is to be blamed. She had also lost her only child. What she needed at that moment was consolation and sympathy from the husband. That is what he gave her.

If everyone can look at life with this kind of perspective, there would be much fewer problems in the world. ' A journey of a thousand miles begins with a single step ' . Take off all your envies, jealousies,
unforgiveness, selfishness, and fears. And you will find things are actually not as difficult as you think.


MORAL OF THE STORY:

This story is really worth reading. ...... Sometimes we spend time in asking who is responsible or whom to blame, whether in a relationship, in a job or with the people we know. By this way we miss out something called L.I.F.E ..


For all my Dear Friends,
Many of times, we are too focus in blaming others, and often neglected others' feelings..



"JUST SHARING..... NO HEART FEELING"




Three things in life,once gone never come back....
Words, Opportunity, Time...

JAWAP TAG DPD AZURA...



Hari ni terima TAG lak dpd AZURA... http://ohhindahnya.blogspot.com/ Nor cuba jawap ye... moga puas hati...

1. Anda sudah mempunyai berapa org anak & nyatakan Girl Or Boy?
JAWAPAN : Seorg jer... GIRL


2. Bila perancangan anda untuk menambah anak?
JAWAPAN : Tak merancang pun..

3. Nyatakan nama anak anda & apa makna nama anak anda dlm Islam??
JAWAPAN : Aizah Omeera - Aizah ertinya MULIA, Omeera ertinya KEMERAH2AH atau PEMIMPIN PEREMPUAN

4. Siapakah yg memberikan nama anak anda??
JAWAPAN : Ayahnya

5. Dari mana tercetusnya idea memberikan nama anak anda??
JAWAPAN : Semasa aizah lahir, kulitnya berwarna pink... Omeera... Aizah pula... nama RATU cantik Filipina.... tahun berapa akak tak ingat...

6. Sekiranya anda dikurniakan seorang lagi cahaya mata...apakah nama yg akan anda beri?
JAWAPAN : Sekiranya ada rezeki.... yg akak rasa tak mungkin.... & belum terfikir pun ... tapi akak pernah terfikirkan nak anak lelaki.... nama nya... biar ler RAHSIA..


7. Berapakah perancangan anak yg anda mahu & nyatakan berapa girl & berapa boy???
JAWAPAN : Tak pernah terfikir pun.... itu kena tanya hubby dulu.... nak ANAK ke tak hehehehehh

8. Bagi yg mempunyai anak lebih dari seorg...nyatakan jaraknya beza umur anak anda?
JAWAPAN : Aizah sekarang berusia 13 tahun bulan november nanti...

9. Untuk kelahiran anak anda yg akan datang..anda nak Girl @ Boy?? Nyatakan sebabnya??
JAWAPAN : Kalau ler akak terberanak lagi.... rasa2nya nak BOY... sebab nak sepasang...

10. Apa ciri2 persamaan anda & anak anda??
JAWAPAN : Kaki Bisness.... hhahaha... kecil2 dah pandai berniaga.. dpd jual kertas kat sekolah hingga ler fotocopy latihan atau nota.... pernah gak buat something & dijual pada kawan2 sekolah nya.... bila semua habis... minta modal dpd maknya..... Duit untung, masuk tabung sendiri....

11. Upload gambar anak anda untuk tontonan semua rakan blogger..


HAH... sekarang giliran nor lak nak TAG rakan blogger.... ni dia list nor... 1st TIME gak nak TAG org ni... actually ramai nak di TAGkan... tapi biar ler yg ni dulu ye...

i) Kak Intan http://jariintanku.blogspot.com/

ii) Kak Mimieloma http://mimieloma.blogspot.com/

iii) Mama kiter http://anita-marzuki.blogspot.com/

iv) Juwita http://juwitafariz.blogspot.com/

v) Doktor Ina http://myinahar67.blogspot.com/


Kepada yg kena TAG.... sorry ler ye.... tolong ler jawap semua soalan tuu.... hehehh JANGAN MARAH...


"JUST SHARING..... NO HEART FEELING"





Three things in life,once gone never come back....
Words, Opportunity, Time...

Tuesday 28 July 2009

AIZAH DEMAM PANAS

Sebelum hantar hubby ke airport malam tadi, nor bergegas bawa Aiza ke klinik Raman... dia kena serang demam panas lepas solat isyak tadi... dah ler hubby nak pergi kerja jauh... dia lak sakit lagi.... hubby dah risau, macam2 pesanan yg ditinggalkan kalau ada kecemasan nnti..

Apa2 pun lepas makan ubat.... dia terus tidur... tak bole pakai aircond atau kipas... biar dia berpeluh... Suhu badan panas tapi dia rasa sejuk.... kena angin dah mengigil.... Doktor bagi MC 2 hari tak leh gi sekolah, biar betul2 sihat dulu.... tpi kalau esok dia dah ok.... bole ler sekolah... dia pun kata dia nak sekolah.... alahai anak nor ni.... sakit macam mana pun.... sekolah tetap pergi gak....


Daripada klinik terus hantar hubby ke airport... flight dia malam ni kul 12 tgh malam... nor doakan moga selamat pergi & selamat kembali... ya ALLAH, lindungilah suami ku... AMIN...


"JUST SHARING..... NO HEART FEELING"





Three things in life,once gone never come back....
Words, Opportunity, Time...

 

Popular Posts