SUKA BLOG INI?

Followers

Thursday 30 December 2010

Kek Batik (ala2 noor's style gitu) ;)

Assalamualaikum semua....

Apa kabar ye kekawan, lama benar rasanya tak menulis kat cni...agak2 dah bersawang tak blog nor ni kakahahahah.... apa2 pun dipenghujung tahun ni, sering kali hujan membasahi bumi kita ni kan.. alahamdulillah, mungkin setengah tempat memerlukan air utk keperluan mereka.

Hari ni anak nor teringin nak makan kek batik yg dulu2 selalu nor buatkan utk dia.... so projek nor hari ni buatkan kek tuu... simple jer & mungkin semua dah tahu macam mana nak buat kan.

Apa2 pun mungkin cara org lain & cara nor pulak lain... janji sedap dimakan & senang dibuat.

Tadi tunjukkan kat aizah cara2 nak buat memandangkan dia dah besar & dah reti buat kek yg simple. JOM layannnnnnnnnnnnn......
Bahan2 utk buat kek batik ni... Butter, roti marie, jejari roti, milo, susu, almond kisar & kelapa kering

Butter dicairkan dulu.... sebanyak 2 sudu makan

Masukkan kan susu pekat sebanyak suku tin atau lebih ikut kemanisan yg anda suka...

Bila dah cair & mendidih sikit, masukkan milo & gaul rata.

Masukkan kelapa kering atau apa2 yg anda suka..

Ini pula almond kisar atau kekacang kegemaran anda.

Masukkan roti marie serta jejari roti.

Sejukkan di dalam fridge selama 30 minit...


Walahhhhhhhhhhhhh.... dah siap dalam masa 1 jam jerr... sedap, enak & crunchy...



"JOM Seiring Sejalan"

Monday 20 December 2010

Kekadang kita tak terfikir pun....Muhasabah Dirimu

1) Dari bujang -kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.

2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..

3) Badminton ----- Golf ----

4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow....

5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...

6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...

7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..

8) Dalam semua segi kita maukan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour...

9) mancing kat parit/longkang ---- sungai --- kol am (bayar punye)---- laut dalam (sewa bot mewah)....... Kalong


.....
T E T A P I...



KITA JUGA LUPA....
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN
KITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT
ADALAH
PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH
KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAAN UNTUK MATI'


Umpamanya:


1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....

2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan....

3) Bangi ---- madinah ---- mekah---

4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/

5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/masjid. ....

6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU......

7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet ----- 2 jam majalah/surat
khabar/internet & 1 j am membaca AL QURAN /selawat , zikir.

8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL
improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan
AKHIRAT slowly di ketepikan... . .


Contohnya:


Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. .......

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat &
gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Mac am mac am lagi yang kita
pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita,
jiran, rakan-rakan, DLL.
Jadi s amalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN,
BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 j am sehari, tiadalah seorang pun
yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun...

Tuhan juga memberi
kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan
dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih
kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...


......infiniti. ......


Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya
di dunia dan akhirat.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin..

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..

3.. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut
kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi
dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
misik..

7. Roh orang-orang kafir akan berada dal am neraka Sijjin, mereka
diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'


Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan r amadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.'

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wassalam .



p/s: Kalau rajin... hmmm. .kalu rajin la... Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati..




"JOM Seiring Sejalan"


JADILAH ORANG YG BERSYUKUR

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk dipertemukan jodoh dan diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal dunia terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Kajilah diri kita sendiri terlebih dahulu, baguskah kita,hebatkah kita?

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !



"JOM Seiring Sejalan"

Wednesday 10 November 2010

JUMPA GENG LAMA kat Facebook

Assalamualaikum semua,

Dalam minggu ni aje nor dah jumpa kembali kawan2 semasa belajar dahulu melalui Facebook. Kekadang bila difikirkan, bagus juga ada FB ni walaupun ada gak keburukkan nya. Nor saja nak kongsi gembira dgn kawan2 semua.... dah jumpa 2 orang lagi kawan yg nor cari selamanya.

Foto2 ni nor jumpa semasa mencari2 dia org.... 2 orang kawan yg nor dah jumpa adalah Shakila Mohd Dawood & Rohana Borhan... sekarang kami sedang menjejaki di mana yg lain pulak. Kepada sesiapa yg tahu mengenai mereka, sila hubungi nor ye..

JOM share foto2 lagi...


Klik sini utk cerita sebelumnya...

Thanks

"JOM Seiring Sejalan"

"If you focus on results, you will never change.If you focus on change, you will get results"

Saturday 6 November 2010

DOA ANAK

Pada suatu malam, seorang ayah mendengar anaknya berdoa. "Ya, tuhanku,selamatkanlah Mak, Ayah, Nenek. Selamat tinggal, Datuk".

Si ayah
kurang pasti akan maksud doa tersebut, tetapi keesokan harinya si datuk ditemui mati kerana sakit jantung.

Pada malam itu, si ayah mendengar anaknya berdoa lagi. "Ya, tuhanku,selamatkanlah Mak dan Ayah. Selamat tinggal, Nenek".


Si ayah terasa amat risau. Keesokan paginya, si nenek pula ditemui mati,juga kerana sakit jantung.

Si ayah yang ketakutan mendengar anaknya berdoa lagi malam itu. "Ya,tuhanku, selamatkanlah Mak. Selamat tinggal, Ayah".


Si ayah panik sepanik-paniknya. Dia berjaga sepanjang malam dan pagi-pagi lagi sudah pergi bertemu dengan doktor untuk memastikan bahawa dia sihat.

Bila dia pulang ke rumah, isterinya menunggu di depan pintu. "Bang, abang pergi mana, kalau abang ada pagi tadi boleh jugak tolong tolong, kecoh pagi tadi tau!"

Si ayah yang hairan bertanya, "apa yang terjadi pagi tadi?"

Isterinya (dengan muka sedih) menjawab "Tukang kebun kita, Pak Mat mati sakit jantung pagi tadi ..."

Si ayah... ?@!%^#=+??


p/s: anak saper sebenarnya budak nih?


"JOM Seiring Sejalan"

"If you focus on results, you will never change.If you focus on change, you will get results"

Thursday 21 October 2010

KEK PISANG KARAMEL

Assalamualaikum semua....

Selalunya bila nor bangun pagi, nor akan kemas dapur... cari apa2 yg bole dibuat utk breakfast. Pagi tadi breakfast dgn roti & telur jer. Terjumpa pisang dalam peti sejuk, wahhh dah masak betul pisang ni... Daripada dibuang gitu jer, nor cuba ler resepi yg ada dalam majalah SEDAP... cuma nor harap sedap ler ye...

JOM share resepi..

Bahan-bahannya:
300gm gula pasir
300 ml air panas
150 gm pisang emas, lecek halus
6 biji telur ayam
1/4 sudu teh garam
150 gm tepung gandum
85 gm tepung jagung
1 sudu teh serbuk rempah kuih
1 sudu teh soda bikarbonat
100 gm marjerin, cairkan
150 susu pekat

CARA:

Goreng tanpa minyak gula pasir. Masukkan air. Kacau sehingga larut. Sejukkan. Sukat sebanyak 400 ml. Masukkan pisang yang sudah di lecek tadi. Gaul hingga rata.

Pukul ringan telur dan garam. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, rempah kuih dan soda bikarbonat sambil diayak dan dikacau rata berselang seli dengan karamel.

Masukkan marjerin cair (nor gunakan butter) dan susu pekat manis. Kacau rata.

Tuangkan ke dalam loyang berukuran 6" x 6" yang telah disapu marjerin dan ditabur tepung gandum... tapi nor lapik jer dgn kertas minyak kat bawahnya.

Bakar selama 45 minit dengan suhu ketuhar 150 C sehingga masak.


SELAMAT MENCUBA


"JOM Seiring Sejalan"

"If you focus on results, you will never change.If you focus on change, you will get results"

RAHSIA BUNYI HON

Assalamualaikum semua,

Lama betul nor tak update blog ni yee.... dah bersawang ler agaknya. JOM kita share sesuatu...


******************************


Inilah al-kisah tentang bunyi ‘hon’…


Kalau korang semua ingat hanya kuntuman bunga jer yang ada maksud disebaliknya, korang silap!!!

Pernah tak masa driving, kadang-kadang kita dengar kereta yang berselisih atau kereta di belakang kita membunyikan hon?

Percaya atau tidak…


Tahukah anda bahawa setiap bunyi hon itu ada maksud tertentu disebaliknya.

Saya bongkarkan maksud disebalik bunyi-bunyi hon tersebut untuk anda sekarang. Please take note yer! hehe

1 x HON PENDEK
- pemandu tu nak cakap “HAI”
2 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI”
3 x HON PENDEK - pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan)

1 x HON PANJANG - pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan

2 x HON PANJANG - pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH XDER OTAK KE”
4 X atau lebih HON PENDEK - pemandu tu cakap ;


>

>

>

>

>

>

>

>

>

TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”



SENYUM SELALU..... jangan marah yeee...


"JOM Seiring Sejalan"

"If you focus on results, you will never change.If you focus on change, you will get results"

Friday 6 August 2010

Something about THE WINNER

The Winner and The Loser

The Winner is always part of the answer;
The Loser is always part of the problem.

The Winner always has a program;
The Loser always has an excuse.

The Winner says,"Let me do it for you;
The Loser says;" That is not my job."

The Winner sees an answer for every problem;
The Loser sees a problem for every answer.

The Winner says," It may be difficult but it is possible";
The Loser says,"It may be possible but it is too difficult."

When a Winner makes a mistake,he says," I was wrong";
When a Loser makes a mistake, he says," It wasn't my fault."

A Winner makes commitments;
A Loser makes promises.

Winners have dreams;
Loser have schemes.

Winners say," I must do something";
Losers say,"Something must be done."

Winners are a part of the team;
Losers are apart from the team.

Winners see the gain;
Losers see the pain.

Winners see possibilities;
Losers see problems.

Winners believe in win/win;
Losers believe for them to win someone has to lose.

Winners see the potential;

Winners are like a thermostat;
Losers are like thermometers.

Winners choose what they say;
Losers say what they choose.

Winners use hard arguments but soft words;
Losers use soft arguments but hard words.

Winners stand firm on values but compromise on petty things;
Losers stand firm on petty things but compromise on values.

Winners follow the philosophy of empathy: "Don't do to others what you would not want them to do to you";
Losers follow the philosophy, "Do it to others before they do it to you."

Winners make it happen;
Losers let it happen.




"JOM Seiring Sejalan"
"If you focus on results, you will never change.If you focus on change, you will get results"

Thursday 5 August 2010

Rabbighfirli Warhamni

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN - semasa duduk antara dua sujud.. Dalam tidak sedar.

Setiap hari kita memohon di dalam solat kita.. tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut di bibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak,

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil.

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah.

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan.. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup.. Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini.. sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu.


"JOM Seiring Sejalan"
"If you focus on results, you will never change.If you focus on change, you will get results"

Ada kubur diatas kubah Masjid Nabawi

Baru hari ini tahu yang ada benda diatas kubah masjid Nabawi di Madinah itu. Rasanya ramai orang yang mengunjungi dan beribadat di masjid tersebut tidak tahu ada benda ini !


SUBHANALLAH, ini adalah sebuah keajaiban yang terjadi sekitar 90 tahun yang lalu.


Diriwayatkan oleh Sheikh Al-Zubaidi:

Ada seseorang mencoba untuk menghancurkan Kubah Nabi Muhammad SAW-- kubah warna hijau di Masjid Al Nabawi (Gumbad-e-Khizra) Madinah, yang juga menjadi tanda tepat di bawahnya terdapat makam Rasulullah SAW--. Namun, ketika sang pelaku mencoba memanjat kubah tersebut untuk memulai menghancurkannya, tiba-tiba petir kilat datang menghantamnya. Pendaki yang berniat jahat tersebut pun tewas di tempat. Anehnya tidak ada seorang pun yang mampu menghilangkan tubuhnya dari atas Kubah tersebut!

Ia juga mengatakan bahwa seorang yang saleh dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya, bahwa tidak ada yang dapat mengambil mayat dari atas kubah itu dan bahwa ia harus dikuburkan di sana sebagai peringatan dan pelajaran bagi orang-orang yang mungkin memikirkan berusaha untuk menghancurkan kubah itu di masa depan!

Akhirnya, mereka memutuskan untuk menguburkan orang itu di sana , di atas kubah dan menutupi tubuhnya dengan kotak hijau sehingga tidak akan terlihat oleh orang.

"Bila ALLAH makbulkan d0amu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan d0amu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan d0amu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan...kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya" Wallahua'lam.







"JOM Seiring Sejalan"
"If you focus on results, you will never change.If you focus on change, you will get results"

SALAM RAMADHAN

Sebelum Tiba Ramadhan ini nor menyusun 10 jari memohon keampunan dan kemaafan jika ada tersalah cakap dan terlanjur kata dan bicara sehingga menimbulkan kemarahan dan ketidaksenangan hati dan perasaan di kalangan kawan-kawan nor semua… Di harap di bulan yang mulia ini akan menjadikan kita semua seorang insan yang mulia… AMIN…

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Dan Menjalani Ibadah Puasa….




Seribu
senyuman
belum tentu
menawan hati

satu jelingan sudah cukup
menimbulkan rasa
benci
membina
mengambil masa
meruntuh
sekelip masa

Selamat Menyambut

Ramadhan
.

Maaf Zahir dan Batin

Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina

Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan, yang menyinggung perasaan saudara saudari dan atas segala kesilapan yang telah berlaku disepanjang perkenalan kita selama ini.


Sekian, terima kasih




"JOM Seiring Sejalan"
"If you focus on results, you will never change.If you focus on change, you will get results"

Thursday 29 July 2010

LAUK BERBUKA

Assalamualaikum semua,

Rasanya dah lama benar nor tak update blog ni kan... hmmmm hari ni ter-rajin ler pulak. Sementara menunggu panggilan dpd cik abg nor, katanya sampai Malaysia dalam kul 6:45 gitu ler.....sempat ler lagi nak menulis. Hari ni nor teman kan Aizah qada puasa dia, dari hari ke hari nor suruh tapi disebabkan dia asyik uzur jer, hari ni baru ada kesempatan... nor pulak dah habiskan ganti puasa, skrg ni puasa sunat lak.

Kejap lagi nak gi ambil cik abg kat airport, so berbuka dalam kereta ler nor nanti... tak pe lah kan ... demi tugas, almaklum ler kita ni kan driver dia... heheheh. Dah sediakan air serta buah kurma utk berbuka nanti... cukup ler kan utk alas perut.

Anyway, tadi nor masak ler ala kadar untuk berbuka, aizah bila balik sekolah nanti boleh terus berbuka... nor makan kemudian ler nampak gayanya. JOM tengok apa yg telah nor sediakan utk berbuka nanti.... JOM LAYANNNN.....

Ayam Goreng Lemak Cili Padi


Sambal Telur

Sayur Terung bersama Cendawan


"JOM Seiring Sejalan"

"If you focus on results, you will never change.If you focus on change, you will get results"

Wednesday 30 June 2010

Eat Less Rice ! Why ??

The human body was never meant to consume rice! You see, our genes have hardly changed in more than 30,000 years. However, our food choices and lifestyle have changed dramatically. The caveman would hardly recognise our food or way of life.

Caveman food was never cooked as fire was not yet tamed. Thus, he ate only those foods that you can eat without treatment with or by fire. He ate fruits, vegetables, fish (sushi anyone?), eggs, nuts and meat. Yes, even meat! You can even eat meat raw if you were starving in the forest. You have the necessary enzymes to digest meat.

However, rice, like wheat and corn, cannot be eaten raw. It must be cooked. Even if you were starving in the desert, you cannot eat rice in the raw form.. This is because we do not have the system of enzymes to break rice down. You were never meant to eat rice. To make matters worse, you not only eat rice, but also make it the bulk of your food.

In some parts of Asia , rice forms up to 85% of the plate. Even if you take rice, keep it to a minimum. Remember, it is only for your tongue - not your body. Actually, rice and other grains like wheat and corn are actually worse than sugar. There are many reasons:

Rice becomes sugar - lots of it!
This is a fact that no nutritionist can deny: rice is chemically no different from sugar. One bowl of cooked rice is the caloric equal of 10 teaspoons of sugar. This does not matter whether it is white, brown or herbal rice. Brown rice is richer in fibre, some B vitamins and minerals but it is still the caloric equal of 10 teaspoons of sugar. To get the same 10 teaspoons of sugar, you need to consume lots of kangkong-10 bowls of it.

Rice is digested to become sugar.
Rice cannot be digested before it is thoroughly cooked. However, when thoroughly cooked, it becomes sugar and spikes circulating blood sugar within half an hour-almost as quickly as it would if you took a sugar candy. Rice is very low in the 'rainbow of anti-oxidants. ' This complete anti-oxidant rainbow is necessary for the effective and safe utilisation of sugar. Fruits come with a sugar called fructose. However, they are not empty calories as the fruit is packed with a whole host of other nutrients that help its proper assimilation and digestion.

Rice has no fibre.
The fibre of the kangkong fills you up long before your blood sugar spikes. This is because the fibre bulks and fills up your stomach. Since white rice has no fibre, you end up eating lots of 'calorie dense' food before you get filled up. Brown rice has more fibre but still the same amount of sugar.

Rice is tasteless-sugar is sweet.
There is only so much that you can eat at one sitting. How many teaspoons of sugar can you eat before you feel like throwing up? Could you imagine eating 10 teaspoons of sugar in one seating?

Rice is always the main part of the meal.
While sugar may fill your dessert or sweeten your coffee, it will never be the main part of any meal. You could eat maybe two to three teaspoons of sugar at one meal. However, you could easily eat the equal value of two to three bowls (20-30 teaspoons) of sugar in one meal. I am always amused when I see someone eat sometimes five bowls of rice (equals 50 teaspoons of sugar) and then asks for tea tarik kurang manis!

There is no real 'built in' mechanism for us to prevent overeating of rice:
How much kangkong can you eat?
How much fried chicken can you eat?
How much steamed fish can you eat?
Think about that!

In one seating, you cannot take lots of chicken, fish or cucumber, but you can take lots of rice. Eating rice causes you to eat more salt. As rice is tasteless, you tend to consume more salt-another villain when it comes to high blood pressure. You tend to take more curry that has salt to help flavor rice. We also tend to consume more ketchup and soy sauce which are also rich in salt.

Eating rice causes you to drink less water.
The more rice you eat, the less water you will drink as there is no mechanism to prevent the overeating of rice. Rice, wheat and corn come hidden in our daily food. As rice is tasteless, it tends to end up in other foods that substitute rice like rice flour, noodles and bread. We tend to eat the hidden forms which still get digested into sugar.

Rice, even when cooked, is difficult to digest.
Can't eat raw rice? Try eating rice half cooked. Contrary to popular belief, rice is very difficult to digest. It is 'heavy stuff'. If you have problems with digestion, try skipping rice for a few days. You will be amazed at how the problem will just go away.

Rice prevents the absorption of several vitamins and minerals.
Rice when taken in bulk will reduce the absorption of vital nutrients like zinc, iron and the B vitamins.

Are you a rice addict? Going rice-less may not be easy but you can go rice-less. Eating less rice could be lot easier than you think. Here are some strategies that you can pursue in your quest to eat less rice:


Eat less rice-cut your rice by half.

Barry Sears, author of the Zone Diet, advises 'eating rice like spice'. Instead, increase your fruits and vegetables. Take more lean meats and fish. You can even take more eggs and nuts.

Have 'riceless' meals.
Take no rice or wheat at say, breakfast. Go for eggs instead.

Go on 'riceless' days.
Go 'western' once a week.

Take no rice and breads for one day every week.
That can't be too difficult. Appreciate the richness of your food. Go for taste, colours and smells. Make eating a culinary delight. Enjoy your food in the original flavours.

Avoid the salt shaker or ketchup.
You will automatically eat less rice.

Eat your fruit dessert before (Yes! No printing error) your meals.
The fibre rich fruits will 'bulk up' in your stomach. Thus, you will eat less rice and more fruits.

It's your life. Decide what you want to eat! But eat less rice!




"JOM Seiring Sejalan"

"If you focus on results, you will never change.If you focus on change, you will get results"

Thursday 20 May 2010

AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita.

Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak ' kan ? Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia.. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Beware (berhati2) apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu" .

Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak. Sahabatku, Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah. Jika ku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta. Jika ku lemah sedarkanlah agar aku berubah. Dan jika esok ku lena tanpa terjaga, iringlah lenaku dgn kalungan doa.. Berjanjilah sahabatku, ukhwah kita utk selamanya.. ~


"JOM Seiring Sejalan"
"If you focus on results, you will never change.If you focus on change, you will get results"

Wednesday 28 April 2010

ATONG DAN PAK MAT KASTAM

Atong melalui sempadan Siam menggunakan basikal. Dua beg besar tersandang di belakang Atong. Pak Mat Kastam menahan Atong dan bertanya, "Apa dalam beg tu?", "Pasir," jawab Atong.

"Turun dari basikal!, kita tengok apa betul kau bawak pasir!" Pak Mat Kastam terus mengambil beg tersebut dan dengan pantas membuka beg itu. Sementara pasir itu di ujikaji, Atong di tahan dilokap semalaman. Setelah dibuat ujikaji dan diteliti, pasir yang dibawa Atong memang pasir tulin dan tiada lain selain dari pasir semata-mata. Atong dibebaskan. Pasir kepunyaan Atong di masukkan semula ke dalam begnya dan melepaskannya melalui sempadan ke Malaysia .

Keesokannya perkara yang sama berlaku. Pak Mat Kastam tanya, "Apa yang kau bawak?" "Pasir" kata Atong. Pak Mat Kastam tak puas hati, sekali lagi dia membuat pemeriksaan, tapi beg Atong tak ada benda lain selain pasir semata-mata. Atong dibenarkan melalui sempadan dengan basikalnya.

Hal ini berlaku berulang kali setiap hari selama setahun. Pada suatu hari Atong tak muncul di sempadan. Pak Mat Kastam merasa pelik kerana Atong tak pernah tak melintas sempadan walaupun pada cuti umum. Suatu hari Pak Mat Kastam terjumpa Atong di sebuah pekan.

"Atong" tegur Pak Mat Kastam, "Aku tau kau ada seludup sesuatu. Aku tak boleh tidur memikirkannya. Ok lah antara kita berdua, kau dan aku, sebenarnya apa yang kau seludup?"


"Basikal..." jawab Atong ringkas.





"JOM Seiring Sejalan"
"If you focus on results, you will never change.If you focus on change, you will get results"

Wednesday 21 April 2010

DAPAT AWard...

Pagi tadi nor baru ambil award daripada E-na (Lovely Kitchen), lama tak dpt award... ye ler jarang dah berkunjung ke blog kawan2. Apa2 pun terima kasih E-na... ni nor tayangkan ye...



Ni pulak award yg nor dapat daripada Suri (Suri Sarawak).. nor tampal kan kat sini ye... sorry ler terlambat nak ambil... tak perasan tapi nor minta maaf sebab tak leh nak jawap soalan2 award tuuu... (dah terlambat kan... )





"JOM Seiring Sejalan"




"If you focus on results, you will never change.
If you focus on change, you will get results"

JOM CUBA

Assalamualaikum semua, apa kabar? Moga sihat2 ler selalu ye... hari ni nor rasa lega sikit, semua kerja2 rumah dah siap... boleh rehat awal sikit kan. Hubby pun dah gi kerja sejak subuh tadi dan balik nya petang.

Semalam hubby dah request nor buatkan lauk kegemaran dia.... agaknya teringin kott... dah lama tak makan. So hari ni nor buat ler apa yg diingini. Nak tahu tak hubby nak makan tempoyak goreng dgn udang.... hah, ni memang kalau dia makan berselera betul. Tempoyak ni nor buat sendiri berberapa minggu yg lepas....

JOM layan foto2 jer ye... nak cerita panjang2 pun tak guna.... sapa2 yg teringin nak cuba... cuba ler... memang sedap...

JOMMMMMMM!!!



Tempoyak goreng bersama udang


Ikan kembung goreng sambal


Sayur sawi ni goreng bila hubby dah balik nanti... makan panas2 sedap...


"JOM Seiring Sejalan"




"If you focus on results, you will never change.
If you focus on change, you will get results"

 

Popular Posts