SUKA BLOG INI?

Followers

Wednesday, 28 October 2009

JEJAK KASIH

UPDATED:

Nor seronok betul daripada semalam bila dapat tahu org yg nor cari2 dah jumpa seorang... hmhhmmm iaitu Zuraidah Alias. Nor dapat tahu dia kerja bahagian Accounts, satu company dgn Kak Ham.... TQ ler kak, sebab berkerja sama dalam hal ni.

Tak sabar actually nor nak call dia, so pagi tadi nor cuba gak.... mula2 takut salah org... rupa2 nya betul. Lagi rasa gembira bila dia bagitahu nobor telepon seorg lagi rakan belajar nor dulu iaitu Zuraidah Jamaluddin... Itu ler bagusnya dunia IT ni kan. Syukur Alhamdulillah...

Noorhodza


TUESDAY, 27 OCTOBER 2009

Assalamualaikum semua....

N3 kali ni nor nak jejak kasih... hhehehe... nor rindu kat kawan2 nor ni.... dah lama berpisah, tak tahu macam mana cerita dia org.... Dulu year 1987, kita org rapat sesangat... sama2 belajar 1 kolej. Harap2 sesiapa yg mengenali dia org ni boleh hubungi nor..

Kawan2 yg nor cari adalah

1) Zaribah Mohd Shariff - Nor panggil dia Kak Eba.... orang Johor, tinggal kat area kampung Majidi kalau tak silap nor... Kali terakhir nor dapat kad jemputan kahwin dpd dia iaitu tahun 1994 (kalau tak silap).... Dia kawin dgn cina converted to muslim.

2) Norhayati Yahya - Nor panggil dia Yatie jer.... yatie ni org nya kecil jer & cute. Pernah bercuti kat rumah dia, masa tuu dia dah kawin (1991). Masa belajar dulu pernah gak cuti2 kat rumah parents dia... Ayah nya bisnessman... ada company bas sendiri.

3) Norazimah Yusuf - Panggilan manja nya Azie... Pernah gak bercuti masa belajar dulu ke Kota Bharu, Kelantan... Rumah dia kat Jalan Hospital.... masih simpan alamat rumahnya... Tapi sukar utk dijejaki. Rasanya dia dah kawin & beranak pinak.

4) Shakila Mohd Dawood - Yang nor tahu tentang Shakila ni, bapa nya mempunyai kedai buku kat Ampang point/park, ntah ada ke tak lagi.... Dia tinggal kat Tudor Court Ampang... blok berapa nor tak ingat tapi dulu kalau ke KL selalu lepak kat rumah dia. Dia ni India Muslim, Mak nya cina & bapa nya Indian.

5) Zuraida Alias - Aida ni pulak nor rapat gak masa belajar, tapi lepas graduation.... terus hilang tanpa berita.... ntah mana ler dia...

Kat sini nor sertakan foto2 mereka.... mana ler tahu ada yg mengenali mereka..

Kak Ebah & Azie.... foto ni diambil kat dalam bilik sewa kita org.... Ni jer foto kak Eba yg ada dalam simpanan nor... yg lain tak clear sgt sebab foto jarak jauh.

Foto ini diambil masa graduation's day.... Alahai... rindu nya kat dia org.. Yg pakai spek tuu nor ler... masa tuu muda lagi, baru 19 tahun..... hahahah masa dulu2 org pakai spek besar2... aduhhh bila tgk nak ketawa....


Masa ni kita org cuti2 kat Genting Highland... kat staff cafe... kenal dgn pekerja2 kat Genting tuu... hahahah bila ingat2 kisah2 ni... mesti nor ketawa sendiri... ada perkara lucu berlaku.


Ni foto yatie & hubby, kalau tak silap nor foto ni diambil pada tahu 1992, masa tuu nor masih lagi menghubungi beliau... pernah cuti kat rumah yatie kat Kluang, Johor. Masa tuu anak lelaki dia bernama Alif berumur 2 tahun kalau tak silap.

Ramai lagi kawan2 nor pada masa tuu... foto ada, tapi nak mengorek nya tuu yg payah... So, sesiapa yg mengenali nor pada masa tuu... tolong hubungi nor balik ye... Nama2 yang masih nor ingat.... Elaine, Hazlina, Rohana, Khaw Lin, Kannage, Norita, Mariam, Suhaiba, Sheena, Saidatul Haida, Zalizah, Zanariah, Shaharatol Aini, Tang Mooi, Jayslyn Tan... hmmm ramai ler...


"JOM Seiring Sejalan"


8 comments:

  1. minta2 n3 jejak kasi nie.. berkesan kan.. boleh jumpe sahabat handai yg lamer2..

    ReplyDelete
  2. Wish KakNoor will meet all ur lost frens ya! ;) Slmt berjua kembali! hihi :)

    ReplyDelete
  3. Moga kalian disatukan...Amin!

    Hahaha..cermin mata tepung talam...zaman tu.... akak pun ada jugak !!!

    ReplyDelete
  4. semoga jejak kasih kak noor berhasil!!! best le nanti dok gader2!

    ReplyDelete
  5. Wow kak, I'm so happy for U there! Mmg seronok klu dah dpt jejak lost frens kan! ;) Have a great time with ya frens! :)

    ReplyDelete
  6. Salam Nor....
    Akak ni mencari teman2 sekolah dulu, masih tak dpt smpai skg sb akak takde gmbr dia org. Kalau ada pun kecik je.....

    Best kan dpt jumpa......boleh borak2 kisah lama, nak2 masa belum kawin.

    ReplyDelete
  7. Salam Puan Nor,
    Memang seronok kalau dapat jumpa member-2 lama. Insyaallah kami geng Bilik 401 Kolej Kenanga 3 tahun 1987 akan jumpa masa majlis kenduri kahwin member pada Nov 7 ini..

    ReplyDelete
  8. bestnyer tengok pic lelama..

    cam duduk era 90 an jap..heheheh..

    ReplyDelete

Terima Kasih di atas COMMENT anda, sila singgah lagi ye....

 

Popular Posts