Untuk lunch nor masak satu lauk jer sebab petang nanti ada Open House kat rumah jiran nor.... hubby pun balik petang ni dalam pukul 4:30 mcm tuu... kena ambil dia dulu ler kat airport.
Nor nak share resepi Sambal Daging ni... JOM salin
500 gm daging (dihiris nipis & kecil)
1 labu bawang besar (dipotong nipis)
3 sudu besar tomato puree
1 biji terung panjang (dipotong nipis)
2 batang serai (diketuk)
2 helai daun limau purut
3 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil gula
Garam secukupnya
Bahan Kisar
20 tangkai cili kering
10 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
Cara:
Panaskan minyak & tumiskan serai bersama bahan yg dikisar hingga wangi & naik minyak. Masukkan daging, masak hingga daging lembut. Tambahkan air jika perlu. Apabila dah betul2 lembut baru lah masukkan tomato puree, garam & gula. Kemudian kacau rata.
Masukkan bawang besar, daun limau purut & terung panjang. Kacau rata & biarkan terung masak. Sedia utk dihidangkan...
JOM makan sama2... hmmmmm harum jer baunya...
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih di atas COMMENT anda, sila singgah lagi ye....