SUKA BLOG INI?

Followers

Sunday, 31 May 2009

Masakan di hari minggu...

Hari ahad ni, maid i tak dtg kerja.... so kena masak ckit je.... Hari ni masak hati digoreng kering dgn kari, telur dada & sayur campur... ni dia foto2 nya... masakan org malas... hahahahah....

Telur Dada

Hati Goreng Kari

Cuaca panas, mood pun malas jer kan.... so sila2kan ler cuci mata....

Saturday, 30 May 2009

Anak yg SOLEH

Sejuk perut ibu yg mengandungkan anak2 yg soleh & solehah..... ..amin... ....

Assalamualaikum semua..
Satu kisah benar yang menarik dan berguna untuk renungan kita bersama. Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Shamsuri dalam salah satu siri-siri ceramah beliau mengenai kebajikan anak-anak yang soleh kepada ibu mereka yang telah meninggal dunia. Mungkin ada yang telah mendengarnya dan sama-samalah kita renungkan sejauh mana kebaktian kita kepada kedua-dua ibubapa kita.

Kisah menarik ini adalah tentang diri Ustaz Harun Din dan adik beradik beliau. Memang telah diketahui umum, bahawa Ustaz Harun Din dan adik beradik beliau mempunyai pegangan dan ilmu agama yang tinggi hasil didikan ibubapa mereka yang telah berjaya mencernakan roh Islam ke dalam diri anak-anak mereka hingga menjadi alim ulama, tempat rujukan umat Islam di negara ini, malah di tempat lain juga.

Diceritakan bahawa, ibu Ustaz Harun telah meninggal dunia semasa dalam solat Asar. Sebelum kematian ibu beliau, pada kebiasaannya, ibu beliau akan bersembang-sembang dengan jiran selepas solat Asar. Tetapi pada hari itu, selepas solat Asar, ibu Ustaz Harun tidak keluar ke beranda rumah untuk beramah mesra dan bertanya khabar dengan jiran-jiran. Para jiran tertanya-tanya ke manakah gerangan si ibu itu, kalau dikatakan pergi ke rumah anak-anak, tidak pula.

Setelah agak lama dengan ketiadaan si ibu itu, lalu jiran-jiran mengesyaki sesuatu telah berlaku terhadap ibu Ustaz Harun. Mereka kemudian menjenguk ke dalam rumah sambil memberi salam, tetapi tiada jawapan. Mereka kemudian memberanikan diri untuk masuk ke dalam rumah dan alangkah terperanjat para jiran itu apabila mendapati ibu Ustaz Harun telah pun meninggal dunia semasa dalam solat Asar.

Mereka terus menghubungi anak-anak allahyarhamah. Pada kebiasaannya, apabila berlaku satu-satu kematian, di mana-mana pun akan kita dapati jenazah itu diuruskan oleh orang-orang kampung atau jemaah masjid, jenazah lelaki, oleh jamaah lelaki, manakala jenazah perempuan oleh jemaah perempuan. Tetapi berlainan pula dengan jenazah ibu Ustaz Harun Din ini. Beliau sendiri beserta dengan adik beradik beliau (Ustaz Abu Hassan Din dan Ustaz Ishak Din) menguruskan jenazah ibu mereka. Dengan penuh belaian kasih sayang dan penuh hormat mereka memandikan ibu mereka, mengkafankan, serta menunaikan solat jenazah yang diimamkan sendiri oleh Ustaz Harun Din.

Walaupun diminta oleh orang-orang kampung untuk melaksanakan urusan jenazah tersebut, Ustaz Harun dan adik beradik mereka dengan penuh sopan mengatakan kepada orang-orang kampung bahawa ini adalah ibu mereka yang telah berjasa melahirkan, memberi makan minum serta mendidik mereka sehingga menjadi anak-anak yang berguna. Oleh itu, sebagai penghormatan yang terakhir dan tanda kasih sayang anak-anak terhadap ibu mereka, biarlah mereka sendiri yang menguruskan jenazah ibu mereka itu.

Maka ramailah orang-orang kampung yang mengalirkan airmata mereka, mengenangkan tentang kebaikan dan kesolehan anak-anak hasil didikan tangan si ibu yang berjaya mendidik anak-anak dengan cahaya iman.

Sehinggalah ke saat pengkebumian jenazah, urusan ini ditangani sendiri oleh Ustaz Harun adik beradik. Sungguh menarik dan mengharukan kisah ini. Tanyalah diri kita sendiri. Bagi yang masih mempunyai ibu dan bapa, bagaimana nanti peranan kita semasa jasad ibubapa kita terbujur kaku. Adakah kita juga ingin menghulurkan bakti zahir yang terakhir sebagai tanda hormat kita kepada kedua-dua ibu bapa kita? Ataukah kita hanya menyerahkan bulat-bulat urusan itu kepada orang-orang kampung atau jemaah masjid untuk menguruskan jenazah mereka, tanpa ingin mengambil peluang terakhir untuk berbakti. Inilah bakti zahir yang terakhir yang dapat kita lakukan, disamping doa dan amalan-amalan baik kita yang kita hadiahkan kepada ibubapa kita.

Bagaimana pula peranan kita sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak kita yang sedang membesar? Bagi yang telah bergelar ayah/papa/bapa/walid/baba dan ibu/mama/emak/ ummi dan sebagainya, bagaimana nanti agaknya perlakuan anak-anak kita setelah jasad kita pula terbujur kaku, menanti waktu untuk diuruskan pengkebumian? Adakah anak-anak kita akan berebut-rebut untuk menguruskan, atau bertempiaran lari kerana takut atau hina memandang jenazah kita yang telah kaku?

Sama-samalah kita renungkan ke arah mana diri kita sebagai anak dan juga sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak yang sedang memerlukan didikan agama dari kita. Kita berilah didikan agama yang sebaiknya kepada anak-anak kita agar menjadi orang-orang yang beriman dan berguna kepada agama, bangsa dan negara, seperti contoh yang telah dipertuturkan di atas tadi.

Sebenarnya ada seperkara lagi,

Apabila manusia meninggal dunia, ada empat perkara yang masih ada hubungan dengannya dan salah satunya ialah anak-anaknya. Tanggungjawab anak masih belum habis terhadap kedua-dua ibubapanya walaupun ibubapa mereka meninggal dunia, Selepas meninggal dunia, hendaklah anak-anaknya yang memandikan dan menyembahyangkannya. Dan selepas itu pula hendaklah selalu ia beramal dengan menyedekahkan pahalanya dan berdoa untuk mereka. Disamping memelihara hubungan baik dengan saudara-saudara dan sahabat-sahabatnya.

Kalau kita buat perkara-perkara yang melanggar syarak pun ibubapa kita juga mendapat habuan juga kerana dia yang mendidik kita. Jadi siapa yang ibubapa yang dah tak ada, ingatlah mereka dalam doa selepas sembahyang dan selalulah berzikir untuk mereka.

Wallahu'alam.

Friday, 29 May 2009

IKLAN THAILAND......

video

MAAFKAN ABAH, AIN....!!!!

Perkenalan selama dua tahun dan setelah mengenal hati budi masing-masing akhirnya Zaleha dan Rahman bersetuju memeterai janji untuk hidup bersama dan membina mahligai impian, dengan harapan ikatan perkahwinan itu akan memberikan sinar dalam kehidupan mereka. Walaupun Rahman hanya bekerja sebagai pemandu bas kilang sahaja namun bagi Zaleha itu bukan halangan untuk menerima Rahman sebagai teman hidupnya, dia rela dan sanggup berkorban demi cinta sejati. Setahun usia perkahwinan mereka semuanya dianggap bahagia dan dengan penuh harapan menanti akan dikurniakan cahaya mata pertama supaya dapat mengukuhkan lagi kasih sayang mereka berdua.

Namun harapan tinggal harapan cahaya mata yang ditunggu-tunggu masih tidak menampakkan kemunculannya, perkahwinan yang dibina atas dasar kasih sayang mula bergoncang setelah 3 tahun hidup bersama semuanya berpunca dari ketiadaan anak.Rahman mula menuduh isterinya mandul tidak boleh memberikannya seorang anak dan mula bermain 'kayu tiga', saban hari kehidupan rumahtangga mereka dipenuhi dengan pergaduhan semuanya ingin menunjukkan ego masing-masing hingga pada satu tahap rumahtangga mereka seperti tidak boleh diselamatkan lagi. Namun Allah Maha Kaya ketika mereka hampir bercerai-berai cahaya mata yang menjadi punca segalanya akhirnya mula menampakkan tanda, kehidupan rumahtangga mereka yang semakin kelam mula menunjukkan sinarnya.

Rahman seperti tidak percaya bila dia mengetahui Zaleha telah mengandung 2 bulan, seperti 'bulan jatuh ke riba' bila dia mendengar khabar dari isterinya, hilang semua perasaan benci terhadap isterinya selama mereka 'berkonfrentasi'. Setelah menanti penuh debar selama 9 bulan 10 hari akhirnya cahaya mata yang dinanti selamat dilahirkan, alangkah gembiranya dia bila diberitahu oleh nurse yang dia mendapat anak perempuan, kini dia puas cita-citanya untuk menjadi seorang ayah termakbul jua akhirnya, anak yang comel itu dinamakan Nurul Ain.

Dia berjanji dalam dirinya untuk menjadi seorang ayah yang penyayang dan bertanggungjawab dan ingin membuang segala tabiat buruknya selama ini dan membina semula keluarganya yang hampir runtuh dahulu. Anak yang lahir ini ditatang bagaikan minyak yang penuh, segala keperluannya disediakan dan sejak kelahiran Nurul Ain dia sudah banyak berubah, sudah tidak pulang lewat lagi, tidak suka berfoya-foya di luar dan paling mengembirakan Zaleha suaminya sudah mula mengingati SuruhanNya yang selama ini sudah lama ditinggalkan.

Namun 'harapkan panas hingga ke petang tapi hujan di tengahari' itulah nasib yang menimpa keluarga kecil ini, Tuhan seperti hendak menduga keutuhan iman seseorang itu dengan menurunkan dugaanNya, 15 hari sebelum genap umur Ain setahun anak kecil ini telah di serang demam panas yang teruk, kesan dari ini otak Ain telah mengalami kerosakkan dan Doktor mengesahkan kemungkinan besar Ain akan mengalami terencat akal seumur hidup...... Berita ini bagai panahan petir bagi Rahman, seperti baru semalam dia menyambut kelahiran cahaya matanya yang comel kini semuanya seperti sudah berakhir baginya.Rahman bagaikan tidak dapat menerima hakikat keadaan anaknya itu dan sering menyalahkan dirinya sendiri ekoran apa yang terjadi pada anaknya.

Sering juga dia mengatakan pada kawannya mengapa mesti anaknya menerima nasib begitu kenapa tidak anak orang lain, dia seperti tidak dapat menerima ketentuan dari Yang Maha Esa. Dalam situasi begini anak-anak istimewa seperti Ain sepatutnya memerlukan perhatian yang lebih dari Ibu bapanya namun tidak bagi Rahman, jika dulu anak itulah yang sering ditimang, dicium, dibawa kemana-mana dia pergi dan dengan bangga memperkenalkannya kepada kawan-kawannya, namun kini dia seperti malu mahu menerima Ain sebagai anak kandungnya sendiri.

Tiada lagi kucupan mesra, senda gurau dan belaian mesra dari seorang bapa pada anaknya, Rahman seperti menjauhkan diri dari anaknya baginya tiada faedahnya melayan anak yang sudah terencat akal hanya membuang masa saja.Kekusutan fikirannya menyebabkan Rahman kembali pada hobi lamanya berfoya-foya di kelab dangdut hingga ke subuh, tinggallah Zaleha seorang diri melayan karenah anak 'istimewa'nya itu dan demi memberi tumpuan sepenuh hati pada anaknya Zaleha sanggup melepaskan jawatannya sebagai guru sekolah semuanya dilakukan untuk anaknya itu.

Sepuluh tahun sudah berlalu, Ain membesar seperti anak-anak normal yang lain, Zaleha bersyukur kepada Allah walaupun anaknya berkeadaan begitu anggota tubuhnya seperti anak-anak yang lain tiada cacat celanya, Ain boleh berjalan, berlari dan bermain cuma fikirannya saja seperti bayi dan hanya boleh bercakap sepatah dua perkataan.Pengalama n Zaleha sebagai guru digunakan sepenuhnya untuk mengajar anak perkataa-perkataan ringkas, walaupun kadang kala dia begitu kecewa dengan sikap suaminya Rahman yang seperti lepas tangan dan tidak pernah mengambil tahu mengenai hal anaknya itu, jauh sekali mahu memandikan dan memberikan makan untuk Ain semuanya dilakukan sendiri oleh Zaleha.

Sikap kurang ajar dan panas baran Rahman terhadap Ain anak kandungnya semakin ketara, saban hari ada saja benda yang menimbulkan kemarahannya terhadap Ain jika dia sudah marah maka hingaplah tangan dan kakinya di badan anak kecil ini, jika tidak kerana Zaleha mungkin lebih teruk Ain di'kerja'kan bapanya sendiri. Memanglah sikap anak istimewa seperti Ain kadang kala menimbulkan masalah seperti kencing dan berak di merata tempat dan adakalanya merosakkan barang perhiasan, namun budak seperti itu apa yang dia tahu...... Puas sudah Zaleha menasihati suaminya supaya mengubah sikapnya dan jangan sampai menyesal di kemudian hari namun maki hamun yang dilemparkan kepadanya, bukan isterinya saja yang cuba mengubah sikapnya, kawan baiknya Sahak juga pernah menasihatinya namun 'penampar jepun' yang hinggap di muka dengan amaran jangan mencampuri urusan rumahtangganya.

Zaleha hanya mampu menangis melihat keadaan tubuh Ain yang lembab-lembab setiap kali Rahman membelasah anaknya pernah sekali kerana tidak tahan melihat perangai suaminya mendera Ain dia meluru ke dapur mengambil pisau dan menyerahkanya pada Rahman supaya bunuh saja Ain kalau betul dia bencikan sangat anaknya sendiri jangan lagi di sakitinya lagi, zaleha seperti tidak mampu lagi menanggung derita setiap kali anaknya didera.Jiran sebelah menyebelah hanya mampu melihat saja untuk masuk campur takut parang panjang menunggu di depan pintu dan pernah sekali jiran sebelahnya melihat Ain di lempar keluar oleh Rahman melalui tingkap rumahnya namun dia hanya mampu melihat saja untuk menolong jauh sekali takut dengan sikap panas baran Rahman.Ada juga jiran yang mahu melaporkan kepada polis hal ini namnu bila mengenangkan kebaikkan Zaleha pada mereka tidak sampai hati untuk mereka melaporkannya.

Namun Tuhan Maha Kaya dosa yang kita lakukan di dunia adalakanya dibayar 'cash' didunia juga........ . Malam itu hujan turun dengan lebat dan setelah balik dari menghantar pekerja pukul 12 malam Rahman pulang dengan kepenatan namun bila sampai saja di muka pintu kakinya terpijak najis di depan pintu, dia tahu kalau tak 'si terencat akal' ini tiada orang lain yang buat, dengan hati yang panas Rahman meluru ke bilik anaknya dan menariknya keluar dengan paksa dan terus dicampaknya keluar rumah " Tidur kau di luar situ" teriak Rahman sambil mengunci pintu.

Zaleha cuba meminta simpati dari suaminya supaya anaknya dibenarkan masuk namun tak diendahkan oleh Rahman....menangisl ah anak kecil itu di luar rumah sambil mengetuk pintu dengan keadaan hujan yang lebat, apa yang mampu dilakukan oleh anak kecl ini hanya menangis saja........ ......Zaleha tidak mampu berkata apa-apa lagi hanya pilu mendengar tangisan anaknya di luar dan tinggallah anak kecil itu keseorangan di luar...... Seperti biasa Rahman akan keluar seawal pukul 6 pagi untuk mengambil pekerja ke kilang dan ketika keluar dari rumah matanya melilau sekeliling untuk melihat dimana anaknya berada namun dia tak menjumpainya, biarkanlah saja tahulah dia masuk ke rumah pagi nanti fikirnya.

Ketika bas yang dipandunya mula bergerak dia merasakan seperti tayar belakang bas melanggar sesuatu, dia memberhentikan bas dan turun untuk memeriksanya sambil menyumpah baru pagi semalam dia mencuci basnya. Bila dia menyuluh di bawah bas alangkah terperanjatnya dia bila melihat sekujur tubuh kecil berlumuran darah terbaring di celah tayar belakang basnya. Dia seperti sudah dapat mengagak tubuh kecil itu milik anak yang sangat dibencinya lain dan tak bukan...Ain. Tubuhnya mula mengigil perasaan bersalah, takut dan cemas mula menular dalam fikirannya, dia cuba memerhatikan kembali...Ya Allah anakku!!!..dengan pantas dia menarik tubuh kecil itu keluar dari bawah bas...Rahman meraung bila melihat tubuh anaknya berlumuran darah, dia cuba mengerakkan tubuh anaknya dengan harapan anaknya masih bernyawa...namun semuanya sudah terlambat anaknya sudah kembali rahmatullah.

Di subuh yang hening itu dapat dilihat oleh alam terlerainya ego seorang ayah, sambil memeluk sekujur tubuh yang selama ini menjadi bahan 'santapanya' terpancar kembali dosa-dosa yang pernah dilakukan terhadap anaknya, timbul perasaan kesal yang amat mendalam dalam sanubarinya. .namun semuanya sudah terlambat, tubuh kecil yang tidak bernyawa itu di peluk erat sambil teresak-esak. ...Suara raungan dan tangisan Rahman memecah kesunyian subuh itu membangkitkan Zaleha dari lena, bila dia melihat saja keadaan suaminya memeluk anaknya di tengah jalan dia sudah tahu apa yang telah terjadi pada anak kesayangannya itu, bagaikan halilintar menyambar tubuhnya bila dia melihat tubuh anaknya berlumuran darah, lemah terus tubuhnya hanya air mata mengalir deras dari kelopak mata....

Pagi itu gempar seluruh penduduk kawasan itu bila mendengar berita Rahman melanggar anaknya sendiri, jiran-jiran mula mengerumuni di tempat kejadian melihat bagaimana keadaan kekesalan seorang lelaki bernama ayah enggan menyerahkan tubuh anaknya untuk diuruskan pengkebumiannya. Sudah lebih 3 jam jiran-jiran memujuk dan menasihati Rahman supaya dia tabah menghadapi dugaan Allah dan melepaskan dakapannya namun semuanya sia-sia belaka, Rahman seperti tidak mahu berpisah dengan anak yang selama ini menjadikannya lupa tanggungjawabnya sebagai seorang ayah, dibelai dan dicium tubuh kecil yang semakin kebiruan itu, namun setelah dipujuk oleh ibu dan ayahnya akhirnya Rahman melepaskan dakapan erat terhadap tubuh anaknya.

Akhirnya jenazah Nurul Ain sempat dikebumikan petang itu juga dan berakhirlah penderitaan seorang anak istimewa yang tidak mengerti apa yang telah dilakukan oleh ayahnyanya sendiri. Dari perbualan jiran-jiran setelah 'dicampakkan' oleh ayahnya di luar dan mungkin kerana keadaan hujan lebat pada masa itu dan kerana kesejukkan Ain telah berlindung di bawah bas dan mungkin kerana kesejukkan dan kepenatan Ain tidak sedar dari tidur bila Rahman mula mengerakkan basnya pada pagi itu dan terjadilah peritiswa yang menyedihkan. itu,mayat anak kecil itu remuk di bahagian dada dan kakinya kerana digilis tayar bas yang dipandu ayahnya. Setelah kejadian ini sikap dan perangai Rahman mula berubah dia hanya mengasing diri dan sering termenung sendirian hingga pada satu tahap dia seperti tidak dapat mengawal perasaannya menangis dan bercakap seorang diri sambil memeluk bantal milik arwah anaknya.

Sudah puas Zaleha dan bapa dan ibu mertuanya mencari bomoh untuk cuba mengubatinya penyakit suaminya namun masih gagal, walaupun suaminya berkeadaan begitu Zaleha masih tetap setia pada suaminya tidak terlintas dalam fikirannya untuk meminta cerai. Sudah dua sejak kematian Nurul Ain namun Rahman masih tidak berubah malah semakin bertambah teruk seperti sudah hilang ingatan malahan makan, mandi dan membuang najis juga perlu diuruskan oleh ibunya sikap dan perangainya tidak ubah seperti arwah anaknya dulu....

Kerana mengalami tekanan dan desakkan dari kedua ibu bapa serta mertuanya akhirnya Zaleha merelakan perpisahan dengan suami tercinta dan kini berbahagia bersama suami barunya, sedangkan Rahman akan melalui hari-hari suramnya bersama kenangan yang tidak akan dilupakanya. ....

Maaf jika cerita ini terlalu panjang dan biarlah cerita ini menjadi iktibar dan pedoman kepada semua insan yang bergelar Ayah/Bapa/Abah supaya menjadi seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab. kepada mereka yang menpunyai anak-anak istimewa tahniah diucapkan jika anda menpunyai bersikap sabar, punya rasa tanggungjawab dan sanggup berkorban ketika menjaga anak-anak ini. Mereka juga manusia biasa yang memerlukan belai mesra dan kasih sayang dari kedua Ibu bapa........ Fikir-fikirkanlah.....


Penulis Asal: Mohd Yusry Ruhaini

Surat Sayang (PERINGATAN) Dari ALLAH swt

Saat kau bangun pagi hari, AKU memandangmu dan berharap engkau akan berbicara kepada KU, walaupun hanya sepatah kata meminta pendapatKU atau bersyukur kepada KU atas sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmu hari ini atau kelmarin ......

Tetapi AKU melihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri untuk pergi bekerja .......AKU kembali menanti saat engkau sedang bersiap, AKU tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapaKU, tetapi engkau terlalu sibuk .........

Disatu tempat, engkau duduk disebuah kerusi selama lima belas minit tanpa melakukan apapun. Kemudian AKU melihat engkau menggerakkan kakimu. AKU berfikir engkau akan berbicara kepadaKU tetapi engkau berlari ke telephone dan menghubungi seorang teman untuk mendengarkan kabar terbaru.

AKU melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan AKU menanti dengan sabar sepanjang hari. Dengan semua kegiatanmu AKU berfikir engkau terlalu sibuk mengucapkan sesuatu kepadaKU. Sebelum makan siang AKU melihatmu memandang sekeliling, mungkin engkau merasa malu untuk berbicara kepadaKU, itulah sebabnya mengapa engkau tidak menundukkan kepalamu.

Engkau memandang tiga atau empat meja sekitarmu dan melihat beberapa temanmu berbicara dan menyebut namaKU dengan sebelum menyantap rezeki yang AKU berikan, tetapi engkau tidak melakukannya ......... masih ada waktu yang tersisa dan AKU berharap engkau akan berbicara kepadaKU, meskipun saat engkau pulang kerumah kelihatannya seakan-akan banyak hal yang harus kau kerjakan.

Setelah tugasmu selesai, engkau menyalakan TV, engkau menghabiskan banyak waktu setiap hari didepannya, tanpa memikirkan apapun dan hanya menikmati acara yg ditampilkan. Kemudian AKU menanti dengan sabar saat engkau menonton TV dan menikmati makananmu tetapi kembali kau tidak berbicara kepadaKU .........

Saat tidur, KU pikir kau merasa terlalu lelah. Setelah mengucapkan selamat malam kepada keluargamu, kau melompat ketempat tidur dan tertidur tanpa sepatahpun namaKU, kau sebut. Engkau menyadari bahwa AKU selalu hadir untukmu. AKU telah bersabar lebih lama dari yang kau sadari.

AKU bahkan ingin mengajarkan bagaimana bersabar terhadap orang lain. AKU sangat menyayangimu, setiap hari AKU menantikan sepatah kata, do'a, pikiran atau syukur dari hatimu.

Keesokan harinya ...... engkau bangun kembali dan kembali AKU menanti dengan penuh kasih bahwa hari ini kau akan memberiku sedikit waktu untuk menyapaKU .......Tapi yang KU tunggu........ tak kunjung tiba ...... tak juga kau menyapaKU.

Subuh ........ Dzuhur ....... Ashyar ..........Magrib ......... Isyak dan Subuh kembali, kau masih mengacuhkan AKU.... tak ada sepatah kata, tak ada seucap do'a, dan tak ada rasa, tak ada harapan dan keinginan untuk bersujud kepadaKU .........

Apa salahKU padamu ...... wahai HAMBAKU????? Rezeki yang KU limpahkan, kesihatan yang KU berikan, harta yang KU relakan, makanan yang KU hidangkan, anak-anak yang KUrahmatkan, apakah hal itu tidak membuatmu ingat KepadaKU............!!!!!!!

Percayalah AKU selalu mengasihimu, dan AKU tetap berharap suatu saat engkau akan menyapa KU, memohon perlindungan KU, bersujud menghadap KU ...... Yang selalu menyertaimu setiap saat ........

Thursday, 28 May 2009

Why do we read Quran, even if we can't understand a single Arabic word ?

Some might have read this but no harm to sharing again…I must agree it’s a beautiful story to share with the young ones but must add in today’s world we do have translations….the beauty is the how Allah swt understands hamba hamba and if one starts with the niat to read the quran, the blessing from HIM starts there…even though one does not understand…

********************************************
This is a beautiful story

An old man lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Qur'an. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.

One day the grandson asked, 'Grandpa! I try to read the Qur'an just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur'an do?'

The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, 'Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water.

'The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, 'You'll have to move a little faster next time,' and sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead. The old man said, 'I don't want a bucket of water; I want a basket of water. You're just not trying hard enough,' and he went out the door to watch the boy try again.

At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would Leak out before he got back to the house.

The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, 'See Grandpa, it's useless!' 'So you think it is useless?'

The old man said, 'Look at the basket.'The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out.

'Son, that's what happens when you read the Qur'an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives.'

Special bumper, AWAS!!

video

Khasiat Air Liur Basi....

Hmmmmm..... bunyinya macam pelik, tapi renung2kan lah ye... Petua ini pernah disampaikan oleh org2 tua dulu2... tapi ramai ke yg sanggup mengamalkan nye...

***********************************************

Air liur basi berkhasiat cerna sistem tubuh manusia. Air liur basi yang diminum bersama air biasa ketika bangun awal pagi adalah penawar semula jadi paling mujarab dalam membentuk kesihatan seseorang insan. Air liur basi yang dipandang jijik menyimpan khasiat khusus bagi mencerna sistem dalam tubuh manusia. Keberkesanan air liur basi bagaimanapun hanya untuk keperluan tubuh badan individu itu sendiri dan bukan untuk dikongsi dengan orang lain.

Cara amalannya pula hanya berkesan jika seseorang itu bangun dari tidur dengan terus meminum air putih biasa tanpa perlu mencuci muka, berkumur-kumur atau membersihkan badan. Sistem rawatan tersebut telah menjadi amalan Rasulullah S.A.W dalam kehidupan harian baginda dan telah dikesan kemujarabannya oleh pakar sains perubatan moden. Nabi Muhammad semasa hayatnya akan meneguk air putih biasa terlebih dahulu sebelumbaginda bersugi dan berwuduk menunaikan solat subuh setiap pagi. Malah fungsi sumber semula jadi pada diri seseorang termasuk air liurbasi turut disebut dalam al-Quran serta hadis-hadis Nabi.

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

Kalau rajin. Tolong sebarkan kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Allahuakbar!
Wallahua'lam bisshawab

Tuesday, 26 May 2009

Masak cincai2 jer hari ni

Bangun agak lewat hari ni, breakfast nasi goreng.... masak pun lewat gak tapi terkejar2 gak sebab nak kena ada sebelum anak gi sekolah kul 12:30 nnti. Masak cincai2 jer hari ni...



1) Sayur Sawi Goreng
2) Siakap Pedas Kicap
3) Ulam2 spt biasa....

Monday, 25 May 2009

Happy Birthday Fizzah

Hari ini genap 35 tahun usia adik nor yg ke 4.... happy birthday to u... agar murah rezeki & berbahagia dgn suami serta 7 org anak2 yg cute2...

Di sebelah ptg, pergi Bank Rakyat kat Subang dulu utk hantar cheque dan terus ke Mid Vally ambil digital camera yg diservice hari tuu kat Sony Service Centre... camera dah hampir 4 tahun usia nya, takde apa yg rosak cuma tukar chip kat dalam yg masih under warranty... so tak kena bayaran apa2 pun... ni yg best beli barangan sony ni... dah 2 kali buat service camera ni.... so far free je... alhamdulillah..

Sambil2 tuu singgah kat Kamdar... beli kain ckit, nak raya kan.... heheheh kena beli awal sbb masa nak buat baju tuuu hmmmm ikut mood... kalau mood bagus, sehari bole siap sepasang baju, kalau tak kekadang satu baju seminggu baru nampak bentuk dia... hahahahah ... terlalu byk sgt aktivity2 sampingan yg menganggu hobi ni.... Beli kain utk 2 pasang baju dulu, satu utk sendiri & satu lagi utk anak.... Beli gak kain putih utk kemeja kerja hubby... dia nak buat lengan panjang, company tak bagi ...so far semua lengan pendek jer... jimat konon.... dia kata sejuk kalau travelling jauh2. Kena ler buat sendiri dgn budget sendiri.....

Dah hampir 3 minggu hubby tak kerja... so melayan dia jer ler... Training dah dah abis cuma tunggu exam jer lagi... belum tentukan tarikh nya lagi. Harap2 dalam minggu ni ler... Tension tau... hehhehehehe bukan dia jer yg tension, kita pun ikut tension gak...

Bila hubby sentiasa kat rumah jer... nak buat kerja pun serba salah... kejap2 kena panggil. Layan jer lah kan, sebagai seorg isteri kena ikut jer..... Lepas tuu tiap kali nak keluar, kena ikut sekali... jadi bodyguard.... Tak nak nnti dia paksa gak kita ikut..... alahai.... turuti jer ler kemahuan nye... Hobi menjahit pun tergendala ler sebentar kan....

25 Health Benefits of Lemons


Lemon is one of those super foods with a myriad health and cosmetic benefits. There are a few persons for whom it is an allergen, so make sure you are not allergic to this natural product, before you start enjoying the many benefits.

1. Lemon being a citrus fruit , fights against infection. It helps in production of WBC's and antibodies in blood which attacks the invading microorganism and prevents infection.

2. Lemon is an antioxidant which deactivates the free radicals preventing many dangerous diseases like stroke, cardiovascular diseases and cancers.

3. Lemon lowers blood pressure and increases the levels of HDL (good cholesterol).

4. Lemon is found to be anti-carcinogenic which lower the rates of colon, prostate, and breast cancer. They prevent faulty metabolism in the cell, which can predispose a cell to becoming carcinogenic. Also blocks the formation of nitrosamines in the gut.

5. Lemon juice is said to give a glow to the skin.

6. A few drops of lemon juice in hot water are believed to clear the digestive system and purify liver as well.

7. The skin of lemon dried under the sun and then ground to make powder can be applied to the hair for a few minutes before bath which relieves head ache and cools the body.

8. Applying lemon juice to acne dries the existing ones and prevents from getting more.

9. Lemon juice acts as a natural hair lightner and skin bleach which reduces the pigment melanin and prevents the risk of chemical allergic reactions which is common with hair dyes and bleaches.

10. Lemon juice is given to relieve gingivitis, stomatitis, and inflammation of the tongue.

11. Lemon juice is given to prevent common cold.

12. Lemon juice is given to prevent or treat urinary tract infection and gonorrhea.

13. Lemon juice is applied to the sites of bites and stings of certain insects to relieve its poison and pain.

14. Lemon juice relieves colic pain and gastric problems .

15. Lemon juice soothes the dry skin when applied with little glycerin.

16. Lemon juice used for marinating seafood or meat kills bacteria and other organisms present in them, thereby prevents many gastro-intestinal tract infections.

17. Lemon juice with a pinch of salt (warm) every morning lowers cholesterol levels and brings down your weight.

18. Lemon juice is the best drink to prevent dehydration and shock in case of diarrhea.

19. Lemon juice can also be used as a mouthwash. It removes plaque, whitens the teeth and strengthens the enamel.

20. A table spoon on thick lemon syrup everyday relieves asthma.

21. Lemon juice relieves chilblains and itchy skin.

22. Gargling lemon juice relieves throat infection and also used as a treatment for diphtheria.

23. Lemon juice is an excellent treatment for dandruff and greasy hair.

24. Lemon applied over the face removes wrinkles and keeps you young.

25. Lemon juice helps to prevent and cure osteoarthritis .

Buat blog

Hari ini semua catatan kat Omeera Store, i transfer ke blog SERIKU agar mudah untuk kawan2 terdekat serta ahli2 keluarga membaca. Di Omeera Store cuma utk jualan ONLINE sahaja......
Terima kasih kerana sudi singgah & selamat membaca....

Sunday, 24 May 2009

Tahlil kat rumah jiran

Setelah hampir setahun pindah rumah, ini kali pertama berkunjung ke rumah jiran lama. Ada bacaan tahlil utk arwah mak mentuanya. Meninggal pada pagi Sabtu & dikebumikan pada hari yang sama di Melaka. Jiran lama ni tinggal tak jauh dpd area rumah baru i, lebih kurang 1 km jer..... Moga arwahnya dicucuri rahmat & segala amalan dunianya diterima oleh ALLAH swt.. AMIN.

Jamuan start lepas solat Isyak, i pergi dgn anak sbb hubby kat masjid & terus ke sana nanti bersama org2 masjid. Bila baca yassin beramai2, teringat arwah my father yg telah meninggal dunia lebih dpd 20 tahun ..... semasa i berumur 19 tahun. Pada ketika itu, i masih belajar lagi kat KL. I sedekah kan bacaan yassin itu utk dia juga. Kenangan bersama nya tak akan luput dpd memori ingatan ini..... terlalu banyak kenangan manis bersamanya.

Kebetulan next month Hari Bapa, hmmmm lagi ler i terkenang kat dia... ya ALLAH begitu besar nya jasa abah i yg tak akan i lupakan hingga ke akhir hayat ini. Setiap kali terkenang kan nya mengalir air mata tanpa dipaksa..... Agar yg maha esa menerima segala amalan baik nya semasa hidup dulu.... AMIN...

Hari Ibu bulan ni banyak membawa rasa rindu pada emak i yg jauh nun di Miri.... kali terakhir berjumpa dgn nya 2 bulan yg lepas..... walaupun dah berusia 73 tahun tapi mak nampak sihat & awet muda sentiasa.... insyallah kalau ada kelapangan, cuti sekolah ni nak gi sana melawat dia.... selalu bertanya kabar melalui telepon jer... Selamat Hari Ibu mak.... moga sabar menghadapi segala dugaan dunia ni..... RINDU mak.... SAYANG mak.....

Menu hari ni....

Seperti kebiasaanya, hari ahad kami sekeluarga selalu makan kat rumah aje melainkan kalau ada rancangan lain. Masak awal ckit sbb maid i dtg utk buat kerja2 dia.... Menu keluarga tengahari ni....... Ikan nya masih dalam periuk ni, belum masak.....

Ikan Panggang Berempah

UlamSambal Belacan &

Ni menu wajib suamiku.... takde ni, mesti dia tercari2, so kena sediakan almost everyday...

Sayur KobisMasak Lemak


Sambal Goreng Telur

JOM cuci mata.....

Saturday, 23 May 2009

JOM makan2

Bila dah ronda2 kl... nak balik, lalu lak kat Cyberjaya.... hubby & anak lapar ler pulak. Singgah makan kan Padi House. Jam dah hampir pukul 10 malam tapi tempat nya meriah lagi. Ramai org makan2 kat c2..... Ada gak gerai2 yg jual pelbagai barangan, dpd baju, beg, tudung.... termasuk gak cenderamata2...

Kat Padi House makan Lamb Chop & Mee Hoon Goreng Singapore Style.... ais cream gak...

Gerai2 kecil menjual pelbagai barangan ni terletak tak jauh dpd Padi House...

Makanan bole tahan sedapnya.... JOM ler berkunjung ke sana.

Ke rumah mentua..........

Hari ni ada kelas piano pada pukul 2:30 ptg, habis dalam pukul 4 ptg. Hari ni belajar G Major... bukan senang tau nak belajar main piano ni. I sekadar suka2 jer, dah hubby beli piano, tak reti main tak best ler pulak kan. Anak belajar, mak dia pun nak gak tahu....

Belajar satu lagi lagu baru... simple tapi susah gak utk mengingati nya....

Lepas solat Asar, terus kami menuju ke Selayang, rumah mentua i... Mentua dua2 kena demam. Minum petang kat sana...... goreng keropok lekor jer. Kebetulan adik ipar baru jer balik dpd mengemas rumah yg nak disewa, terus bawa mak mentua gi hospital... Bapa mentua tak nak pergi sbb tak berapa teruk sgt. Lepas Isyak kami meminta izin utk balik. Mentua ajak makan malam dulu tapi sebab tak lapar lagi.... so berundur ler dulu kan..... Ronda2 bandaraya KL kejap...

Macaroni Goreng

Hari ni i buat macaroni goreng atas pemintaan hubby & anak, tak nak makan nasi tengahari ni. Kali ni goreng macaroni dgn sedikit sotong... ada pedas ckit. Nampak simple tapi memang mengenyangkan. Jemput jamu mata sekali ye....

Friday, 22 May 2009

PISANG DAN HATI

Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain....(Hadis riwayat Al-Qudhi)

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya.Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing.. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk. Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.


Moralnya,
Jangan letak pisang dalam beg.
Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati.. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

Thursday, 21 May 2009

Ideal Husband....

Jom Makan2

Pagi tadi selepas hantar anak kelas computer terus gi breakfast dgn hubby kat Kedai Adik Abang di Salak Tinggi. Makan Mee Kari share dgn hubby. Sebelum balik nak beli makanan ikan koi perliharaan hubby, tapi kedai tuu pulak masih lum buka, awal lagi kan...so terus je ke Nilai, hubby nak beli pokok bunga ckit kat Nilai Garden & Nilai Langskap. Beli 4 jenis pokok bunga, nak ditanam dalam pasu2 yg masih kosong kat rumah.
Bila balik rumah, masak lewat ckit, makan pun sebelum hubby gi meeting kul 3 ptg. Ni dia lauk kami hari ni.....

Ikan Pari Masak Asam Pedas & Ulam Sambal Belacan

Sayur Terung... hmmm masih dalam periuk lagi ni...

Wednesday, 20 May 2009

Orkid Berbunga Dah.........

Seronok hari ni tgk orkid2 yg ditanam dah berbunga.... Ada lagi 5 jenis lum berbunga tapi dah tumbuh batang bunga dia.... may b another 1 wk... berbunga kot.... ni dia bunga2 orkid yg i ambil fotonya petang tadi...














Menu tengahari ni....

Santapan hari ni agak simple jerr, ambil foto masa tgh masak tadi... Ni dia... sila makan sekali... :)

Ikan Terubuk Panggang

Seafood Tom Yam

Okra Goreng Kari (kacang bendi)

DON'T PLAY CANDID CAMERA - In Russia

Tuesday, 19 May 2009

I LOVE YOU, MAN


Petang tadi (18/5/2009), ke mid vally hantar digital camera utk repair & service kat Sony Service Centre. Kebetulan hubby pun ada appointment kat sana, so i tak nak ler merayau2 jer. Terlintas nak tgk wayang ... Tengok cerita I Love You, Man, movie start dlm kul 4:30 ptg.. takes about 1 hr 45 minutes. I gi ler tgk seorang2, ramai org... masa beli ticket tuu last minit, dah nak mula dah, tinggal 3 seat jer lagi.... nasib baik ler seat kat belakang. Cerita ni bole ler gelak.... tapi best, utk tontonan org dewasa jer.... boleh ler release TENSION sorg2.... hahahhahah.





Synopsis

In I Love You, Man, a comedy from John Hamburg (Along Came Polly, co-writer of Meet The Parents, Meet The Fockers, Zoolander), Peter Klaven (Paul Rudd, Knocked Up The 40 Year Old Virgin) is a successful real estate agent who, upon getting engaged to the woman of his dreams, Zooey, (The Offices Rashida Jones), discovers, to his dismay and chagrin, that he has no male friend close enough to serve as his Best Man. Peter immediately sets out to rectify the situation, embarking on a series of bizarre and awkward man-dates, before meeting Sydney Fife (Jason Segel, Forgetting Sarah Marshall), a charming, opinionated man with whom he instantly bonds. But the closer the two men get, the more Peters relationship with Zooey suffers, ultimately forcing him to choose between his fiancée and his new found bro, in a story that comically explores what it truly means to be a friend.


Movie habis dlm kul 6:15 ptg macam tuu ler lebih kurang... hubby pun dah nak abis perbincangan... Gi makan dulu sebelum balik rumah..... Makan kat Kenny Rogers Roasters.

Monday, 18 May 2009

HADIAH PALING BEST UNTUK INSAN YANG DIKASIHI....

Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia.

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka sentiasa berada di dalam doa kita.


Sumber ~ Putratropika

Sunday, 17 May 2009

JOM bersenam....

Selalunya bila petang kalau suami tak kerja, kami sekeluarga mesti gi jogging sama2 kecuali hari anak sekolah, cuma berdua jer dgn suami... Tempat yg selalu kami pergi adalah kat area salak tinggi, berdekatan dgn komplek kerajaaan & dekat kawasan boling padang. Walaupun keadaan nya tidak dijaga dengan betul... tapi ramai gak org ke sini petang2. Agak menyedihkan kenapa tasik sebegini tak dijaga seperti sepatutnya. Ada jambatan yg dah runtuh sebulan yg lalu pun tak ada sesiapa yg nak baiki. Siapa yg bertanggungjawap ke atas kawasan ini.... hmmm tak siapa yg tahu..... yg pasti mesti ler pihak bandaran.



Keadaan Tasik yg tak terjaga, kotor & air tak mengalir...



Ramai yg suka lepak2 ler dpd buat senaman, may b itu cara dia org menghabiskan hari minggu mereka. Namum begitu, hari2 biasa pun ramai gak yg lebih suka duduk2 sambil bersembang dpd buat senaman. Hanya tempat ni jer yg boleh dikunjungi di kawasan ini agaknya. Dulu tempat mainan ini ada sebatang pokok telah jatuh menimpa salah satu dpd kelengkapan mainan di sini... seminggu gak ler baru dialihkan.... sedih betul kan.


Apa2 pun anak i seronok main buaian ini tiap kali lepas jogging.... Harap pihak yg berkenan dpt memperbaiki tempat ni dgn lebih elok lagi. Jangan biarkan tanpa jagaan rapi. Kemudahan seperti ni selalunya nak membuatnya memang senang jer... tapi nak buat jagaan yg sepatutnya..... hmmm ntah ler. Cukup berbeza dgn tempat yg selalu kami pergi masa berjogging kat Kuching, Sarawak. Tiap2 hari sampah & daun2 kering mesti dibersihkan. Mungkin cara org sini menjaga taman2 permainan seperti ni agak berbeza.

Sesiapa yg berada berdekatan dgn kawasan ni, bole datang & tengok sendiri keadaannya. Tepuk dada, tanya lah selera......

PERMULAAN YANG INDAH...


"JUST SHARING..... NO HEART FEELING"




Three things in life,once gone never come back....
Words, Opportunity, Time...

Carrot Kek

Hari ni ada my brother in law datang dengan 2 org pekerja nya. Dah hampir 1 bulan atur wiring baru kat rumah ni... Lum siap lagi.... Masak Kari Ayam, Acar Timun, Sambal Kupang, Ulam & Belacan. Tak sempat nak ambil foto, terlalu sibuk sangat dengan memasak nya, cuci baju dan sekali gus monitor maid i buat kerja.

Ptg sempat buat Carrot Kek....


Resepi:
350 gm lobak merah
100 gm Kacang Walnut
100 gm Kacang Gajus
50 gm Almond Kisar
4 biji Telur
1 gelas gula halus (bole dikurang/ditambah ikut suka)
2 gelas tepung gandum
1 sudu teh Baking powder
1 sudu teh soda bicarbonate
sedikit garam
sedikit serbuk kayu manis
1 sudu teh essence vanila
5 sudu makan minyak jagung (kalau suka campur dgn sedikit butter yg telah dicairkan... sejukkan dulu ler ye)

Cara:
Campur tepung gandum, baking powder, soda, garam & serbuk kayu manis di tempat lain. Biarkan dulu. Lobak merah dikisar dgn sedikit air. Kacang walnut & gajus dicincang jgn sampai hancur sgt. Dipanggang dlm oven selama 15 minit, suhu 150C.

Pukul telur hingga kembang. Masukkan gula & pukul lagi sehingga adunan menjadi pekat. Tambah minyak jagung & vanila essence. Campur adunan tepung tadi. Akhir sekali masukkan lobak merah & kacang tadi. Gaul hingga rata. Bakar dlm over dgn suhu 180C utk 35 - 45 minit. Adunan ni utk acuan kecil 8" x 4" seperti dlm foto di atas.

Ni dia dah siap dipotong... selamat mencuba resepi yg tak seberapa ni...

Umbai Ikan Bakar

Masa tiba kat Melaka dah nak dekat magrib, terus ke Umbai Ikan Bakar... ada surau kat situ, solat dulu...... Parking kat sini kena bayar RM1 sekali masuk.... dulu2 free jer. Tak kisah ler, yang penting nak makan ikan bakar nye. Hubby selalu gi kat Gerai No. 3 / 4... itu selera dia ler. Bagi i & anak, biasa jer, tak de yg special sangat.

Malam ni order Ikan Pari Bakar Sambal, Udang Butter... heheh kelakar butter prawn kat sini, ditabur dgn nestum... hmmmm. Lepas tuu order gak sayur Kailan Ikan Masin, Otak2, Sotong Goreng Tepung dan tentunya nasi lemak. Air.... kelapa muda. Dah lama tak makan ikan bakar kat sini, rasa sedap lak... dulu jemu gak ... kekadang tiap2 hujung minggu ke Melaka. Hubby ler suka makan ikan bakar kat sini... kita org ikut jer kan...


Ini dia ....... gerai yg menyediakan segala jenis seafood.... pilih jer yg mana nak.... JOM.. jalan2 cari makan.... Lepas ni nak ronda2 kat tempat lain lak...

Lepas makan singgah kat Mydin, saja2 buang masa.... Kemudian ke Tesco, hubby nak minum kopi & roti bakar kat Kluang Station... Anak sempat ambil foto bersahaja i....


Jalan2 ke Melaka

Semalam 16 May 2009, lepas solat Asar kami sekeluarga ke Melaka. Dah hampir 4 bulan tak ke sana.... Sebelum ke mana2... gi umbai dulu, solat & isi perut. Rindu nak merayau2.... Sempat singgah ke Mydin & Tesco Melaka, saja jalan2....


Balik ke Sepang agak lewat gak... tiba rumah lebih kurang kul 12:30 tengah malam... Selalu kalau rayau2 macam ni, memang tak pernah nak tidur mana2, apa2 pun mesti balik rumah gak... Orang kata HOME sweet HOME!!!!

Friday, 15 May 2009

Lemah Wanita Lembut Wanita


Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut

Antara lemah Dan lembut... ..besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya

Telah ditakdirkan ... kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam.....Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja


Di pejabat sebagai kerani... di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat.
celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat... di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah... bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah... bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah... terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan

Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita...
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi
Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan

Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

'KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI"

JOM....

Tengahari ni tak masak sangat, sup tulang lebihan semalam masih banyak lagi. Kemudian ada lak ckit lebihan meehoon... (org kata jangan membazir) so i buat kerabu sotong meehoon & sayur cendawan bersama baby corn jer..... Ni dia hidangan kami sekeluarga....

Sayur Cendawan & baby corn

Kerabu Sotong Meehoon

Voucher from NZ Wheels


Pagi ni terkejut dapat surat melalui Abx express. Bila buka dapat Complimentary Voucher dpd NZ Wheels... GREAT!!!!!. Bila ler nak pergi nya....

Antara voucher yg diberi adalah....
1) Complimentary Body Therapy Chopsticks Healing Body Message or Facial Therapy Rose Quartz Crystal Facial Worth RM350.00 @ Rustic Nirvana

2) Complimentary Sea Mint Seaweed Detox Ritual using Natural Therapy Worth RM200.00 @ SPA Artiyana

3) Complimentary Infra Red Thermal Sessions (# sessions) worth RM150.00 @ Zazen health Solutions

4) Complimentary Soothing Hydrating Treatment worth RM138.00 @ Dermalogica (Bellisia)

5) Complimentary Men's Active Facial Cleansing Worth Rm128.00 @ Dermalogica (Bellisia)

6) Cash Voucher Worth RM100 for Treatment of your choice @ Body Contours menara Standard Chartered (ada 3 voucher, ni boleh bawa kawan 2 org lagi.. tapi kena confirm dulu boleh ke tak)

7) Complimentary Neck Renewal Treatment Worth RM80.00 @ 128 Faubourg Salon By Sothys

8) Complimentary 45 Minutes Anti Wrinfle Full Body Scrub Worth RM80.00 @ Cha'ya SPA

9) Complimentary Treatment of your choice worth RM80.00 @ Energy Day Spa

10) Complimentary Creative SPA Manicure Worth RM58.00 @ Amante Nail SPA & Body Care

11) Complimentary Homme Shoulder & Neck Tension Release Massage Worth RM50.00 @ 128 Faubourg Salon by Sothys

I called Rustic Nirvana tadi... ye memang betul, no need to pay anything just bawa voucher tu... and enjoy the treatment... waduhhhh.... kena buat appointment dulu. Semua voucher valid until 31st December 2009. Sepanjang tahun ler buat treatment ni.... tapi, bila nak pergi ye...

Watak Melalui Rambut

JENIS-JENIS RAMBUT

1) RAMBUT LURUS
bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan

2) RAMBUT KERINTING TEBAL
kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung

3) RAMBUT KERINTING NEGRO
bijak, ego, cemburu buta, romantic, memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

4) RAMBUT IKAL MAYANG
bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS/LEMBUT
bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT
bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG
kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.

8) RAMBUT TEBAL
bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan dan pandai mengambil hati seseorang.

9) RAMBUT KUSUT
sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.
p/s: malas sikat rambut

10) RAMBUT BERUBAN
kurang bijak, suka termenung, sosial sikit,berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah diri

11)TIADA RAMBUT
xtau nak ckp apa... ... kesian (ABL)

12) RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU KEHIJAU HIJAUAN
itu rambutann... Huahuahuahua... jangan marah... gerammmm tak¿.kuangx3

Thursday, 14 May 2009

Menu malam



Ptg tadi tak sempat nak goreng nasi empit ni sebab ada kawan suami dtg.... hidangkan minum ptg... teh tarik & goreng samosa ckit. So, jadi ler hidangan malam kami .... ni dia i goreng bersama dgn tempe ckit.... bole cuba resepi ni sbb agak mudah & senang nak sediakan.

Cuma, nasi empit yg di potong dadu, tempe dipotong kecil & di goreng dulu ye... Goreng cili boh, bawang putih & merah yg dah dikisar, tomato puree & air utk basahkan dia... bila dah kering ckit, masukkan nasi empit, tambah garam, serbuk ayam maggi, tempe yg dah digoreng tadi... gaul rata2... Kalau suka bole tambahkan ikan bilis yg telah digoreng garing, akhir sekali masukkan telur sebiji... digaul sampai masak.... wallahhhhhhh....... dah siap. Actually ni resepi org malas hahhahahahah.... hari ni malas ler ckit sbb tak berapa sihat. Lagipun hubby memang suka makan nasi empit goreng ni....

Selamat mencuba...

WHEN A LIZARD CAN, WHY CAN'T WE?

This is a true story that happened in Japan.

In order to renovate the house, someone in Japan breaks open the wall. Japanese houses normally have a hollow space between the wooden walls.When tearing down the walls, he found that there was a lizard stuck there because a nail from outside hammered into one of its feet. He sees this, feels pity, and at the same time curious, as when he checked the nail, it was nailed 10 years ago when the house was first built.. !

What happened?
The lizard has survived in such position for 10 years!!!!!!!!!!

In a dark wall partition for 10 years without moving, it is impossible and mind-boggling. Then he wondered how this lizard survived for 10 years! Without moving a single step--since its foot was nailed!So he stopped his work and observed the lizard, what it has been doing, and what and how it has been eating.

Later, not knowing from where it came appears another lizard, with food in its mouth.Ah! He was stunned and touched deeply. For the lizard that was stuck by nail; another lizard has been feeding it for the past 10 years...Imagine? It has been doing that untiringly for 10 long years, without giving up hope on its partner.

Think, will u do that to your partner?Think that will you do it to your Mom, who brought you after a big struggle of nine long months? Or at least to your Dad, Friends, Co-workers, brothers and Sisters?

Imagine what a small creature can do that a creature blessed with a brilliant mind can't. As information and communication technology advances, our access to information becomes faster and faster. But the distance between human beings . .. . is it getting closer as well?

Please never abandon your loved ones
Never Say U R Busy When They Really Need You...You May Have The Entire World At Your Feet......But You Might Be The Only World To Them....

A Moment of negligence might break the very heart which loves you thru all odds....Before you say something just remember. It takes a moment to Break but an entire life to make...

To Live Use Heart and to Survive use Brains. Then Life would be a paradise Unfurling only Love Joy and Happiness....

Santapan Hari ni


Mee Hoon Sup Tulang

Oleh kerana hari ni anak & i sendiri kurang sihat, i buat meehoon sup jer utk makan tengahari.
Selesema sejak semalam lagi, badan rasa lemah ... dah lama tak demam atau kena selesema ni, setahun lebih rasanya.... hmmm bila dah kena start ler nak manja2. Makan ubat, rasa mengantuk jer

Sambil2 rehat2kan badan, i sempat rebuskan nasi empit utk goreng petang nanti. Nasi empit goreng i goreng bila hubby balik dpd training. Makan panas2 sedap....

Rebus dlm rice cooker jer, lagi panas, masukkan dlm peti sejuk biar keras ckit... dah goreng petang nanti ambil foto nye ye...


Wednesday, 13 May 2009

Menu Hari ini........

Gulai Ikan Tongkol

Sayur Terung Panjang

Kerabu Daun Cekur


Makan berdua je dgn anak hari ni, hubby dah gi training pagi2 lagi. Hari ni dia balik lewat sbb ada exam lepas training. Esok & lusa dah masuk SIM lak. Moga dia okay dengan exam hari ni. Malam tadi dia belajar sampai lewat malam, cian gak tgk.... dah tua2 pun nak exam lagi... TENSION gak dia, tapi apa bole buat dah tugas macam tuu.....

Maid i dtg kerja hari ni, monitor dia betul2 sbb i perasan dia kerja mmg cekap & cepat, tapi tak berapa bersih.... harap2 dia tak kecil hati bila i tegur dia tadi. Pendiam org nya, takut dia simpan dlm hati jer... Dah bagitahu kat dia, tak kisah kalau kerja lambat ckit asalkan bersih, dia angguk2 aje bila i tegur.... Dtg kerja kul 8 pg tadi, lepas makan tengahari, i suruh dia buat kerja ckit... lap apa2 yg belum bersih... Bila dah ditegur baru ler kerja nya bole dipuji.

Dulu semua buat seorg2 jer, bila dah ada pembantu ni, relax ler ckit. Banyak masa bole buat kerja2 lain... Siap sepasang baju kurung hari ni, alhamdulillah....

 

Popular Posts