SUKA BLOG INI?

Followers

Thursday, 28 May 2009

Khasiat Air Liur Basi....

Hmmmmm..... bunyinya macam pelik, tapi renung2kan lah ye... Petua ini pernah disampaikan oleh org2 tua dulu2... tapi ramai ke yg sanggup mengamalkan nye...

***********************************************

Air liur basi berkhasiat cerna sistem tubuh manusia. Air liur basi yang diminum bersama air biasa ketika bangun awal pagi adalah penawar semula jadi paling mujarab dalam membentuk kesihatan seseorang insan. Air liur basi yang dipandang jijik menyimpan khasiat khusus bagi mencerna sistem dalam tubuh manusia. Keberkesanan air liur basi bagaimanapun hanya untuk keperluan tubuh badan individu itu sendiri dan bukan untuk dikongsi dengan orang lain.

Cara amalannya pula hanya berkesan jika seseorang itu bangun dari tidur dengan terus meminum air putih biasa tanpa perlu mencuci muka, berkumur-kumur atau membersihkan badan. Sistem rawatan tersebut telah menjadi amalan Rasulullah S.A.W dalam kehidupan harian baginda dan telah dikesan kemujarabannya oleh pakar sains perubatan moden. Nabi Muhammad semasa hayatnya akan meneguk air putih biasa terlebih dahulu sebelumbaginda bersugi dan berwuduk menunaikan solat subuh setiap pagi. Malah fungsi sumber semula jadi pada diri seseorang termasuk air liurbasi turut disebut dalam al-Quran serta hadis-hadis Nabi.

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

Kalau rajin. Tolong sebarkan kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Allahuakbar!
Wallahua'lam bisshawab

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih di atas COMMENT anda, sila singgah lagi ye....

 

Popular Posts