SUKA BLOG INI?

Followers

Monday, 11 May 2009

Kek Pisang

As requested by my best friend Hasmah yg berada kat Sibu, Sarawak.... ni dia resepi nya.

Bahan2:

Buah Pisang ikut suka.. lagi byk lagi sedap
Tepung 1 gelas
2 biji telur
1/2 sudu teh baking powder
1 gelas gula (bole kurangkan atau tambah ikut selera)
4 sudu butter
2 slice cheese
1 gelas air

Cara:

Pukul gula bersama telur, jgn sampai kembang. Pisang dilecek2 di tempat lain, kemudian dicampur sekali bersama adunan telur tadi. Tepung gandum diayak bersama baking powder. Masukkan ke dlm adunan telur tadi, gaul hingga sebati dan tambahkan air supaya tepungnya sebati. Slice cheese (dipotong kecil2) digaul bersama adunan tadi. Tuang adunan ke dlm acuan dan akhir sekali, butter di letak di atas adunan tadi di tiap sudut adunan. Adunan ini agak pekat sedikit. Nak lebihkan cheese pun bole... lagi sedap.

Bakar dalam oven selama 35 minit dgn suhu 200 C.

Selamat mencuba..!!!!

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih di atas COMMENT anda, sila singgah lagi ye....

 

Popular Posts