SUKA BLOG INI?

Followers

Sunday, 3 May 2009

Makan kat Cyberjaya

Mlm semalam kami sekeluarga ke Cyberjaya Street Mall. Kali ni ni cuba makan kat QThai Restaurant kat sana. Bila masuk je ke dlm restaurant, rasa2 macam berada kat negeri dia org lak, mana tak nya.... dgn hiasan gajah2 kecil kat tepi2 cermin. Dulu masa bercuti kat Bangkok, pernah gak makan restaurant yg hiasan dalaman nya begini.

Makanan bole dikatakan amat lazat & difahami tukang masaknya berasal dpd negara Thailand. Restaurant ni HALAL tau... Kami order set dinner nya utk seorang actually, tapi bole makan berdua... utk side order kami makan Butter Prawn & nasi goreng nenas, sedap sungguh!!! Set dinner dia ada chicken pandan, salad mangga & seafood tom yam. Anak i mmg tak nak share dia punya tom yam, so dia order tom yam ayam utk dia seorg jer....

Satu jer kelainan pada tom yam dia, kalau nak order tak payah lagi order nasi sbb tom yam nya mmg dicampur dgn mee hoon. Makan macam tuu jer dah cukup.

Kalau nak cuba, boleh ler pergi kat Cyberjaya..... restaurant yg mmg menyelerakan & sedap!!!
Ni nobor telepon nya kalau tak pasti kat mana lokasi nya... 03-83189099.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih di atas COMMENT anda, sila singgah lagi ye....

 

Popular Posts