Selalunya bila petang kalau suami tak kerja, kami sekeluarga mesti gi jogging sama2 kecuali hari anak sekolah, cuma berdua jer dgn suami... Tempat yg selalu kami pergi adalah kat area salak tinggi, berdekatan dgn komplek kerajaaan & dekat kawasan boling padang. Walaupun keadaan nya tidak dijaga dengan betul... tapi ramai gak org ke sini petang2. Agak menyedihkan kenapa tasik sebegini tak dijaga seperti sepatutnya. Ada jambatan yg dah runtuh sebulan yg lalu pun tak ada sesiapa yg nak baiki. Siapa yg bertanggungjawap ke atas kawasan ini.... hmmm tak siapa yg tahu..... yg pasti mesti ler pihak bandaran.
Keadaan Tasik yg tak terjaga, kotor & air tak mengalir...
Ramai yg suka lepak2 ler dpd buat senaman, may b itu cara dia org menghabiskan hari minggu mereka. Namum begitu, hari2 biasa pun ramai gak yg lebih suka duduk2 sambil bersembang dpd buat senaman. Hanya tempat ni jer yg boleh dikunjungi di kawasan ini agaknya. Dulu tempat mainan ini ada sebatang pokok telah jatuh menimpa salah satu dpd kelengkapan mainan di sini... seminggu gak ler baru dialihkan.... sedih betul kan.
Apa2 pun anak i seronok main buaian ini tiap kali lepas jogging.... Harap pihak yg berkenan dpt memperbaiki tempat ni dgn lebih elok lagi. Jangan biarkan tanpa jagaan rapi. Kemudahan seperti ni selalunya nak membuatnya memang senang jer... tapi nak buat jagaan yg sepatutnya..... hmmm ntah ler. Cukup berbeza dgn tempat yg selalu kami pergi masa berjogging kat Kuching, Sarawak. Tiap2 hari sampah & daun2 kering mesti dibersihkan. Mungkin cara org sini menjaga taman2 permainan seperti ni agak berbeza.
Sesiapa yg berada berdekatan dgn kawasan ni, bole datang & tengok sendiri keadaannya. Tepuk dada, tanya lah selera......
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih di atas COMMENT anda, sila singgah lagi ye....