SUKA BLOG INI?

Followers

Monday 31 August 2009

SAHUR hari ke 11

Dah siap masak... sahur nanti nak makan dgn nasi jer...

Kari Ayam




"JOM Seiring Sejalan"

MENU Berbuka

Dpd sahur semalam lagi dah sound2 kat hubby... "teringin bg nak makan murtabak daging"... Dia diam jer... tak pe ler... sedih rasa di hati....

Nor siapkan cucur udang & tauhu goreng serta kuah kacangnya utk berbuka hari ni... ingat hubby tak nak beli apa yg nor ingin makan...

Tapi bila balik kerja petang tadi, lepas solat Asar, dia ajak nor gi kedai al-salam kat nilai... wahh... best nya keinginan nor ditunaikan... THANKS bang... memang selalu hubby jarang beli kat luar utk berbuka... so tadi beli ler sikit... Alhamdulillahh....


"JOM Seiring Sejalan"



PUDING GULA HANGUS

Untuk pencuci mulut waktu berbuka petang tadi nor cuba resepi yg ada kat blog Cik Akak Mimieloma.... tadi petang call dia nak confirmed something... ehhheh... wahh tengah shopping sakan ye... Dpt ke apa yg dicari tuu...

Anyway... ni dia penyediaan nak membuat Puding Gula Hangus... Baru sekarang ada masa nak update...
Gula dimasak tanpa air dalam dulang acuan... nor tak nak ler byk kerja nak transfer lagi segala... masak terus, senang cerita... ini kes tak sayang acuan ni.... tak rosak ler acuan tuu... masak gula tuu kejap jer actually kan...


Gula dah bertukar warna menjadi perang keemasan... tunggu biar sejuk sikit... kejap jer dia akan mengeras...

Terus masukkan adunan yg telah disediakan ke dalam acuan yg berisi gula hangus tadi


Tutup acuan supaya air tak masuk semasa nak mengukus nya. Kukus selama 30 minit...

Dah masak keluarkan dari periuk pengukus... wahhh panas ni...

Biarkan sejuk sekejap, kemudian disimpan di dalam fridge...

Ini ler rupanya puding gula hangus tuu...

Di bawah ni nor copy & paste resepi dpd blog Mimieloma.... Nor buat setengah dpd sukatan asal... So, sukatan dpd 10 biji telur jadi 5 biji... nor juga tak gunakan susu cair, stok takde, so nor gunakan susu kotak low fat sebab susu ni sentiasa ada kat dlm fridge.. guna jer lah kan... Tapi still enak looooooooooooooooo.... Satu lagi nor tak bagi perwarna kuning pun... tapi warna masih okay apa.... BEST sesangat... HARUS cuba... ENAK sekali... agaknya kalau guna susu cair lagi lemak kott... tapi ni pun lemak sesangat... hubby senyum sampai ke telinga... dia suka ler tuu...

Bahan2 nya (ni nor copy jer... dgn izin hehehehheh)

10 bj telur
1 tin susu pekat
1 tin air biasa
1 tin susu cair
setengah cawan gula pasir
secubit garam (optional)....saya masukkan utk die rase lemak skt....petua....
SEDIKIT ESEN VANILA(saya tambah pewarna kuning nk bg die nmpk cantik skt....)

cara2
1.masakkan gula pasir ke dlm kuali yg tak melekat....sampai die cair dan tukar warna perang (jgn tambah air ......gula sesaje)

2.bila dah perang cepat2 tutup api dan tuangkan keatas loyang dan diratakan dgn cara mengangkat loyang tu dan dipusing2kan.(baik2 loyang akan panas bila dh kena gula tu)Kena tuang cepat2 tau sbb gula ni akan mengeras dlm sekelip mata je.dan biarkan sekejap.

3.Panaskan kukusan....

4.sementara tu pukul telur 10 biji tadi hingga sebati

5.masukkan susu pekat ,air 1 tin,susu cair dan secubit garam dan di pukul lagi sehingga sebati dan sedikit esen vanila .setelah itu tuang sedikit demi sedikit secara pelan2 diatas loyang yg ade gula hangus tadi.

6.tutupkan loyang yg dh siap tu dgn aluminium foil sebelum mengukus nya.kukus lah dlm masa 20 ke 30 min.pastu boleh lah di sejukkan dulu sebelum memotong nye.(nak tau dah masak ke belum cucukkan lidi ditgh2 kuih tu.....kalau lidi tu bersih makna nye dh masak lah )


"JOM Seiring Sejalan"


HOBI MENJAHIT

Kemas mengemas bilik menjahit.... hmmmmm semua peralatan dah bubuh minyak, tunggu tuan nya nak menjahit jer... Dulu rajin benar menjahit.. sekarang ni penyakit malas dah melanda...
Mesin buruk nor ..... dah lama berjasa, org lain dok guna yg modern2, nor masih lagi guna mesin ni... Selagi dia bole jalan... gunakan jer lah ye...

Mesin jahit tepi, kecil jer... tapi dah lama gak nor guna... nampak dah uzur sangat, elok lagi ni...


Meja untuk acara potong memotong & buat pola baju...


Ini baju adik nor... tak siap2 lagi... sorry Naz... insyallah, siap ler tuu nanti.. SABAR jer ler ye..


"JOM Seiring Sejalan"


SEMPAT KE NAK JAHIT

Ingat hari ni nak buat kek lagi 4 acuan.... hmmm tak jadi, cik abg kata dia balik awal hari ni... oooohhh tak boleh ler.. nanti dia balik, kek tak siap lagi... bising pulak dia hehhee.. So, nor kemas2 bilik menjahit nor... lama tak tak singgah kat bilik tuu... kasihan mesin jahit tuu ye, lama betul tak aktif... nak kena bubuh minyak, takut nanti time nak menjahit, tak berfungsi lak dia..

Sambil2 berkemas tuuu... aduhhh... terlihat ler kain2 yg nor beli... suka beli2 jer, tapi nak menjahitnya pulak ikut mood. Bila keluarkan dpd plastiknya... sedar tak sedar, byk rupanya kain2 yg belum berjahit... itu belum termasuk kain2 yg adik suruh jahit & buat baju... hmmm macam takde mood jer menjahit sejak akhir2 ni.

Sebenarnya nor nak pilih kain mana nak jahit dulu ni.... kain2 ni termasuk utk nor & aizah. Hubby punya... dia jarang nak baju baru utk raya, pakai apa yg ada jer katanya... nanti dah jemu baru buat yg baru...

JOM tolong nor pilih kain yg mana satu nak buat baju dulu.... nak jahit insyallah seminggu sebelum raya... nor bole siapkan 2 - 3 helai baju 1 hari... itupun kalau takde gangguan....



"JOM Seiring Sejalan"


BERSAHUR CARA RASULULLAH

oleh Mohd Yaakub Mohd YunuS
SUMBER:AL-KHAADEM


Rasulullah s.a.w amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat keberkatan pada waktu itu. Sabda baginda s.a.w:

“Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan.” - Hadis riwayat al-Bukhari no: 1923.

Maksud kerberkatan di sini ialah wujudnya ganjaran serta pahala yang besar di dalam ibadah sahur tersebut. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h: “Keberkatan sahur itu diperolehi melalui beberapa segi, iaitu mengikuti sunnah, menyelisihi ahli kitab, menambah kekuatan dan semangat untuk beribadah, menghindari tabiat buruk yang timbul akibat lapar, menjadi sebab untuk bersedekah kepada orang yang meminta saat itu, menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada waktu yang mustajab dan memberi kesempatan untuk berniat bagi mereka yang belum sempat berniat puasa sebelum tidur.” – Rujuk Fathul Baari, Jil.11, ms. 120.

Antara hikmah disyariatkan bersahur adalah untuk membezakan antara ibadah puasa orang Islam dengan ibadah puasa orang Yahudi dan Kristian (ahli kitab).
Sabda Rasulullah s.a.w:

“Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur.” - Hadis riwayat al-Tirmizi.no: 643

Ibadah sahur adalah ibadah yang begitu agung sehinggakan Allah melimpahkan rahmat dan malaikat-Nya memohon keampunan bagi orang-orang yang makan sahur. Oleh itu, Nabi s.a.w amat menitik beratkan umatnya untuk bersahur walaupun dengan hanya meminum seteguk air.
Sabda baginda s.a.w :

“Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur.” - Hadis riwayat Ahmad. no: 10664.

Sebenarnya, kita dibenarkan bersahur sehingga fajar terbit, iaitu sehingga azan solat Subuh dilaungkan.
Sabda Rasulullah s.a.w:

“Kamu semua boleh makan dan minum sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan azan kerana sesungguhnya dia tidak akan melaungkan azan (melainkan) hingga fajar sodiq benar-benar telah terbit.” - Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1919.

Hadis ini secara tidak langsung membantah pendapat sesetengah pihak yang tidak membenarkan makan dan minum apabila telah masuk waktu imsak. Apatah lagi Allah sendiri telah menegaskan bahawa dibenarkan makan dan minum sehingga terbit fajar, iaitu apabila azan Subuh dilaungkan.
Firman Allah S.W.T:

“Makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).” - Surah al-Baqarah:187

Adalah disunnahkan juga untuk dilewatkan sahur sehingga hampir terbit fajar. Sahal bin Sa’ad r.a berkata:

“Aku makan sahur bersama keluargaku, kemudian akupun tergesa-gesa untuk mendapatkan sujud bersama Rasulullah s.a.w.” - Hadis riwayat al-Bukhari, no:1920.

Qadi Iyadh r.h berkata: “Tujuan Sahal terburu-buru makan sahur adalah kerana waktunya sangat dekat dengan terbitnya fajar.” - Dinukil dari Fathul Baari, jil. 11,ms. 114.

Waktu yang terbaik untuk makan sahur adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat subuh dikumandangkan. Menurut Anas r.a, Zaid bin Thabit r.a berkata:

“Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w , kemudian baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: Berapa lama antara azan dan sahur?” Beliau menjawab: “Kira kira (membaca) lima puluh ayat.” - Hadis riwayat al-Bukhari no: 1921.

Hadis ini telah digunakan oleh mereka yang berpendapat bahawa waktu imsak itu adalah sepuluh minit sebelum terbit fajar. Apabila masuk waktu imsak maka seseorang tidak lagi diperbolehkan makan dan minum. Namun tafsiran yang benar terhadap hadis tersebut adalah Rasulullah s.a.w langsung mendirikan solat subuh setelah baginda makan sahur. Kadar membaca 50 ayat al-Quran antara azan subuh dan sahur bukan waktu imsak seperti yang disangka oleh mereka, tetapi ia adalah kadar waktu Nabi s.a.w memulakan dan mengakhirkan sahur baginda.

Antara hikmah mengakhirkan sahur adalah:
1. Sekiranya seseorang bangun awal untuk sahur, tentu sekali setelah selesai bersahur dia akan kembali ke tempat tidur. Hal ini memungkinkan seseorang itu meninggalkan solat Subuh.

2. Mengakhirkan sahur juga boleh menambahkan kekuatan bagi orang yang berpuasa. Sekiranya seseorang bersahur terlalu awal maka ia akan menyebabkan seseorang itu cepat merasa lapar, dahaga dan keletihan pada siang harinya.


"JOM Seiring Sejalan"


KESILAPAN/KETIDAK SEMPURNAAN DALAM IBADAT & AMALAN

Sejak sekolah rendah hinggalah sekarang, penceramah yg paling diminati dan dikagumi ialah Dato' Ismail Kamus..tak pernah jemu mendengar ceramah beliau..

Berikut adalah bahagian ke-3 himpunan kesilapan / ketidak kesempurnaan dalam ibadat yg dipetik daripada ceramah2 beliau:


1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak makan kenduri, kita akan menolak..dengan alasan kita sedang berpuasa..sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa penuh..Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan utk kita bukak puasa dan pergi kenduri ersebut..kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut...hmmm, bukak puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan tak nak?

2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja..hukum solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya.. tetapi hukum2 yg lain langsung tak mau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Islam itu syumul (menyeluruh).

3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan Subuh) dan dilaungkan kuat2 speaker tu sampai satu kampung dengar...kadang2 sejam atau setengah jam sebelum azan dah bunyi dah..HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak2 baru lahir, orang sakit, orang yg tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb...buat apa nak kacau mereka tidur? Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja..kalau nak baca al-Quran pun baca sorang2 cukup..tak payah bagi sekampung dengar...rasa2 macam dapat pahala, rupa2nya dapat bala...Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran sorang2, tiba2 kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran sebab menghormati orang yg sedang tidur itu..inikan pulak sekampung?? Kalau nak bertarhim kuat2 pun agak2 dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan tu cukuplah..tak payah lama2...sempat la orang nk bangun bersiap2 utk ke masjid..Kalau ada AJK masjid yg baca ni, please advise..

4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba2 hidangan makanan dah disediakan, makanlah dulu..ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalam sembahyang nanti..begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu baru sembahyang.. tapi dengan syarat masih di awal waktu lah..

5. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul ihram.. kadang2 angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk niat jugak..itu cumalah gangguan syaitan sahaja..memang ada syaitan yg tugasnya khas hanya utk mengacau orang yg sedang bertakbiratul iham sahaja.. pedulikan bisikan syaitan itu, yakin dengan diri sendiri...Berkenaan dengan niat pula; niat itu bukannya dibaca dlm hati, tapi hanya lintasan dalam hati sahaja..jika dibaca, itu yg menyebabkan susah nak masuk sebab panjang sgt nak dibaca..Apa yg dikhuatiri adalah berikut: Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia sudah sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu2 lantas anda turun semula dan takbir utk kali kedua..Takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat anda menerusi takbir pertama tadi terbatal..dan jika anda meneruskan solat dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan solat yang terbatal..Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga..J adi kesimpulannya, make yourself firm & confident ketika takbir seelok-eloknya dapat pada takbir pertama & jgn peduli dengan bisikan syaitan..

6. Terdapat segelintir imam yg berdoa selepas solat akan memulakan doa dengan "Hamdan hamidin", "Hamdan zakirin", atau "Hamdan syakirin".. Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya salah...ini kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan tersebut.. Jadi yg sebetulnya harus disebut begini: "Hamdal-hamidin" , "Hamdaz-zakirin" dan " Hamdasy-syakirin" . (p/s: huruf z adalah huruf zal).

7. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua2 tapak tangan, kedua2 lutut dan kedua2 PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja)..yang nak ditekankan di sini adalah berkenaan perut ibu jari kaki, bermakna ibu jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh mencecah tanah..terdapat ramai orang yg kakinya menegak sahaja tanpa dilentikkan. Ketika sujud..tak sah solat kalau macam tu..lagi satu yg selalu mesti diperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yg dah standby siap2 dah kakinya disilangkan seperti tak sabar2 hendak duduk tahiyat akhir..itu pun tak sah juga solatnya..berjaga2. .jangan disebabkan hal yg kita anggap remeh camni menyebabkan solat kita tak diterima oleh Allah..

8. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih2 atau juadah2 ke rumah jiran..memang bagus sekali..tapi silapnya di mana? Orang kita selalu mengharapkan dibalas juadah tadi..itulah silapnya..niat dah lari..Kalau menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana Allah..jangan mengharapkan dibalas..kalau dibalas itu rezeki lah..

9. Apabila kita bersolat di tempat yg limited space tapi ramai orang, contohnya di surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya, sesudah kita solat, terus aje bangun utk bagi ruang kpd orang lain utk solat..tak payah nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat ba'diah la, ape la..sebab lebih utama utk kita bagi orang lain peluang utk solat, menunaikan perkara wajib berbanding kita nak buat perkara2 sunat..lebih2 lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek..kat R&R ramai orang camni..

10. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita..tetapi kita kena pandai menyusun keutamaan..contohny a jika kita dah cukup duit nak pergi haji tahun ni, tiba2 ada saudara kita yg jatuh sakit memerlukan kos perubatan yg tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu..guna duit tu utk membantu saudara kita..itu yg dituntut dalam Islam..

11. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba2 ada tetamu datang rumah, kita kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu..itu yg lebih utama..contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat ba'diah, tiba2 ada tetamu datang..tangguhkan solat ba'diah tu dan pergi layan tetamu dulu..selepas dah selesai baru buat solat ba'diah.. dan jika dah tak sempat, solat ba'diah zohor boleh diqada selepas solat asar..walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika utk qada solat ba'diah zohor boleh..kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi..tapi itu pun jika ada hal yg tak dapat dielakkan..kalau saja2 nak qada tak boleh..


Sebagai kesimpulan kepada point2 di atas, kita hendaklah pandai menyusun keutamaan dalam beribadat..utamakan yg lebih utama..jika kita gagal mengutamakan yg lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita sia2 sahaja, malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula.. Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tak dihebohkan utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa.....

Renung-renungkanlah ..


Never love a love that hurts...
never hurt a love that loves !!!


"JOM Seiring Sejalan"



Update Foto Kek

Lepas masak lauk utk sahur pagi esok, nor keluarkan semua kek2 lapis yg nor buat semalam & pagi tadi... esok nak buat lagi 4 jenis... heheeeheh peluang, sebab hubby kerja awal pagi, lepas subuh dah kena keluar.... Kalau hubby ada nor susah sikit nak buat kek ni.... ada saja gangguan... ada jer yg dimintanya... biasa ler kan, dah kita ni isteri, kena ler layan suami... BETUL tak.... betullllll!!! heeheheh jawap ler sendiri..

Anyway, nor dah potong2 kan kek ni apa yg patut.... nak hantar esok atau lusa... ikut bila nor rasa free sikit...

Kali ni nor cuma nak tunjukkan kek masam manis jerr, kek lapis india dah selalu sangat kan.. Kek ni walaupun dibakar tapi memang moist... tak kering, macam kena kukus pulak. Actually ni resepi nor sendiri, resepi orang lain nor tak pasti macam mana... Nanti bila nor free2 sikit, taip resepi tuu kat sini yee... Cik Mimieloma.... kek ni moist macam kek koko buah yg nor suruh u rasa tempoh hari...

Semasa nor kat Kuching dulu, haw flakes nya empat segi, memang dijual khas utk buat kek lapis masam manis ni, kat sini puas nor mencari.... tak jumpa... Kalau ada pun jual ikut berat... kat sana jual 1 bungkus gitu... harga pun murah jer.... hmm ada bahan2 utk buat kek lapis susah nak jumpa kat sini. So, nor terpaksa ler guna haw flakes yg bulat2 ni.. Nampak haw flake dia tak rata...


Ni kek2 yg sedia utk dihantar kepada tuan nye... kek lapis india satu Zara punya, kena hantar ke Penang... dia nak rasa sebelum raya... Zara, selasa akak pos kan ye... Sabar...




"JOM Seiring Sejalan"


Sahur hari ke 10

Lauk sahur pagi esok.... Sup Tulang, Paru goreng berlada & sayur kangkung (yg ni belum goreng lagi... pagi2 esok bangun baru goreng....).



"JOM Seiring Sejalan"


Sunday 30 August 2009

Menu Berbuka - SIARAN ULANGAN.....

Hari ni goreng nasi empit lagi.... ada lagi balance 3 ketul kecil nasi empit yg hari tuuu... elok lagi, simpan dalam fridge kan... Jangan membazir... Semalam ada lagi muffin, so utk berbuka hari ni gak...
Nasi Empit goreng telur... Siap utk dimakan masa berbuka nanti....


"JOM Seiring Sejalan"


DAPAT AWARD


Kali ni dpt award dpd Moon... TQ ye...



"JOM Seiring Sejalan"


Sahur hari ke 9

Lauk sahur kali ni cuma nasi kerabu.... itu pun nor beli masa pergi solat terawih semalam. Disebankan pasar malam kat sini awal tutup nye, nor beli dulu sebelum ke masjid... Simpan dalam peti sejuk, beli dah sahur baru panaskan. Nor cuma beli lauk daging ckit bersama telur masin....

Syukur alhamdulillah, walaupun tak selazat mana, tapi allah bagikan peluang utk nor & aiza menikmati makanan pada pagi sahur ni.... itu ler gamatnya kalau malas nak masak... bukan apa, nor penat buat kek semalam... tak pe ler sekali sekala kan... Beli satu bungkus, share dgn aizah...


Never love a love that hurts...
never hurt a love that loves !!!


"JOM Seiring Sejalan"


Saturday 29 August 2009

JOM BERBUKA....

Disebabkan nor sibuk di dapur, so tak dpt ler nak menyediakan sangat makanan utk berbuka nanti. Setelah selesai buat kek, nor ajak aiza ke pasar malam kat perumahan sini... Nak beli kuih sikit... selain dpd berbuka dgn muffin kurma nanti kan, tak kenyang ler pulak... nanti nak solat terawih.... berbunyi lak perut... heheheh kena ada something utk alas perut ler kan...

Beli ler kuih 2 ketul ni & kebab ayam utk anak dara nor... moga2 kenyang ler ye...


"JOM Seiring Sejalan"


MUFFIN KURMA

Tadi masa buat adunan utk kek, nor saja lebihkan sikit campuran nya... nak buat muffin kurma utk berbuka nanti...
Sebelum dibakar, adunan dimasukkan dalam papercup ni...


Hahhhhhh.... ni dia dah masak... apa ler rasanya ye... nor cuma campurkan buah kurma yg telah dihiris2 ke dalam adunan tadi..

Sedia utk dimakan waktu berbuka nanti...


"JOM Seiring Sejalan"

Peralatan Membuat kek...

Pagi2 lagi bangun sediakan acuan kek... nor ada lebih kurang dalam 10 biji acuan kek ke semuanya... ni sebahagian jer... Ada pelbagai size... JOM tengok2




Esen Vanila nor beli yg botol besar punya... boleh digunakan utk membuat lebih dpd 30 biji kek..



Ini pula buttercup 3.8 kg berat nya... banyak kek boleh buat menggunakan nya.



"JOM Seiring Sejalan"


SAHUR KE 8

Ayam Goreng Tepung

Telur Goreng


"JOM Seiring Sejalan"


 

Popular Posts