SUKA BLOG INI?

Followers

Sunday, 23 August 2009

MENU petang ni...

Hubby kerja hari ni dan balik malam nanti dalam pukul 9, so nor berbuka dgn aiza jer.. Nak cari idea apa nak makan masa berbuka tadi susah gak... Mula2 nor nak goreng jer nasi, tapi aiza tak nak pulak, so nor cuba buat berbola nasi..... Nasi dicampur dgn crab stick yg dipotong kecil2...


Crab stick yg telah dipotong kecil2, digaul bersama nasi. Campurkan juga garam, lada sulah, tepung jagung sedikit serta telur sebiji. Gaul biar sebati kemudian dibulat2 kan macm buat pegedil... Agak susah sikit nak cantum tak butil2 nasi tuu... tapi nak mudah... bulat2 kan jer, kemudian masukkan ke dalam microwave selama 5 minit

Bola2 nasi yg telah dibulat2 kan

Dah masuk microwave... jadi bercantum senang, nasi melekat dgn elok

Kemudia digoreng biar garing sedikit... Garing di luar tapi lembut di dalam...

Sedia untuk dimakan semasa berbuka nanti.... tentu sedap kan....

Air barley yg nor buat sendiri.... barley direbus dgn air & gula sedikit. Rebus hingga barley lembut & kembang....

SELAMAT BERBUKA


"JOM Seiring Sejalan"


2 comments:

  1. kretif betullah akak. mesti sedap!!!

    ReplyDelete
  2. Sedap Ain... cuba ler, dpd nasi terbuang jer.. Nasi ni lebihan sahur semalam, selalu makan nasi waktu sahur jerrr... kalau tunggu sahur esok nya tentu nasi dah basi... sayang... org kata jgn membazir

    ReplyDelete

Terima Kasih di atas COMMENT anda, sila singgah lagi ye....

 

Popular Posts