SUKA BLOG INI?

Followers

Saturday 22 August 2009

SELERA BERSAHOR

Sahor pagi ni nor buat Bubur pedas. Bubur pedas ni salah satu masakan tradisi sarawak. Rempah nya agak special sikit. Rempah yg nor guna ni mak nor sendiri yg buat.... dah lama dia bagi tapi nor jarang guna. Rempah ni tahan lama tau... nor sendiri tak berapa tahu apa kandungannya, tapi yg pasti ada beras yg dibakar & ditumbuk. Ada juga campur kunyit kering & pelbagai rempah2 lain... nak kena belajar dpd mak ni... nanti resepi hilang begitu saja... Semua bahan2 ni kena dijemur kering2 kemudian ditumbuk halus.. Susah gak membuatnya... pernah nor tgk mak buat dulu... tapi tahu ler kan kita ni muda sangat waktu tuu... tgk2 macam tu jer ler... Mak memang buat rempah ni & dijual dgn harga RM5 satu plastik, rasanya bole buat 2 kali masakan... So sesiapa nak merasa bagaimana bubur pedas ni, boleh order dpd nor...

Bahan2 utk buat bubur pedas ni selain dpd rempah dia, nor guna kan banyak sayur2an & kekacang. Ambil masa gak membuat nya sebab nak bagi beras tuu betul2 masak. Selepas berjemaah terawih semalam nor terus buat....

JOM masak bubur pedas....

Bahan2
1/2 pkt rempah bubur pedas
200g daging
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
Kacang kuda
Kacang buncis
Daun bawang
Daun Singkir
Daun kunyit
Boleh dicampur dgn sayuran lain jugak ikut kesukaan

Cara:

  • Sayuran dipotong kecil2
  • kacang kuda direbus hingga lembut
  • Tumis bawang putih & merah yg telah dimayang hingga wangi
  • Masukkan daging yg dipotong kecil2, masak hingga daging lembut.
  • Kemudian masukkan rempah bubur pedas, biar betul2 masak berasnya.
  • Masukkan kacang kuda & sayuran tadi
  • Tambahkan garam secukup rasa. Biarkan hingga sayuran betul2 masak & layu.
  • Masak hingga pekat sedikit
Rempah bubur pedas

Kacang kuda yg telah dimasak

Daun Bawang

Sayur bayam

Daun Singkir (Benih daun ni nor ambil dpd miri... ehheheh nor ambil batangnya, cucuk ke tanah, terus jadi... Nor tak tahu apa org sini panggil daun ni... sesiapa yg tahu tolong bagitahu kat nor ye

Kacang buncis & daun kunyit

Bubur yg telah masak

Rasanya sedap sekali.... macam bubur lambok kat sini tapi bezanya... bubur ni penuh dgn sayur-sayuran... bubur lambok guna nasi, tapi bubur ni guna beras bakar yg memang dah dicampur bersama rempah.



"JOM Seiring Sejalan"


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih di atas COMMENT anda, sila singgah lagi ye....

 

Popular Posts