SUKA BLOG INI?

Followers

Monday 13 July 2009

MENU Tengahari

Nor masak ikan patin masak kerisik bersama nasi empit, ikan bilis goreng tempoyak, sayur bendi goreng & utk aiza ayam goreng rempah... kena buat ayam goreng utk anak sebab dia tak makan ikan patin ni...

Ikan Patin Masak Kerisik Bersama Nasi Empit

Bahan2
Seekor ikan patin sederhana besar
10 ketul nasi empit yg telah dipotong2
1 sudu kerisik
2 sudu cili giling
2 batang serai
1 keping asam keping
Halia, bawang merah, bawang putih, lengkuas di kisar halus
Sedikit garam & perasa
Sedikit air

Cara:
Tumis bahan kisar bersama cili giling sampai harum, masukkan asam keping & serai sekali. Bila tumisan dah harum, masukkan air sedikit, biarkan mendidih... Kemudian masukkan ikan patin, masak lagi hingga kuahnya agak pekat sedikit, masukkan kerisik & nasi empit... masak lagi lebih kurang dlm 5 minit... jangan lupa masukkan garam & perasa ye.... masak hingga kuahnya agak pekat sedikit... kalau yg suka berkuah... bole tambahkan air lebih.

SELAMAT Mencuba!!!

Ayam Bersalut Rempah Tom Yam

Bahan2
Ayam ikut suka berapa byk nak
Rempah Tom Yam maggi
1 biji telur
Tepung gandum & tepung jagung
Garam
Minyak utk mengoreng

Cara:
Ayam diperap dulu bersama sedikit garam & rempah tom yam maggi... biarkan agak 1 jam. Bila dah sebati, masukkan telur, tepung gandum & tepung jagung, gaul hingga ayam disalut dgn adunan tepung. Biarkan dulu dlm 5 minit. Goreng lah hingga garing... sedap.... JOM cuba....

Ikan Bilis Goreng Tempoyak

Bahan2
Sedikit Ikan bilis... digoreng garing terlebih dahulu
Cili merah atau cili padi kalau nak pedas
Bawang besar
Bawang merah
Sedikit minyak
Garam & gula

Cara:
Goreng bawang merah bersama cili sekejap je... Masukkan tempoyak, goreng hingga tempoyak bertukar warna.... kemudian masukkan bawang besar yg telah di mayang. Tambahkan sedikit garam & gula. Akhir sekali baru masukkan ikan bilis tadi... Dah siap... senang & menyelerakan.

JOM cuba2

Sayur Bendi Goreng

Yang ni rasanya semua org dah biasa buat.... so... itu jer ler masakkan nor hari ni..

SILA2 ler Makan sekali.....


"JUST SHARING..... NO HEART FEELING"


1 comment:

  1. Sedapnya....semua sedap!

    Siapa la yg nak masakkan utk abgdin ne....huhuhu....

    ReplyDelete

Terima Kasih di atas COMMENT anda, sila singgah lagi ye....

 

Popular Posts