SUKA BLOG INI?

Followers

Thursday 30 December 2010

Kek Batik (ala2 noor's style gitu) ;)

Assalamualaikum semua....

Apa kabar ye kekawan, lama benar rasanya tak menulis kat cni...agak2 dah bersawang tak blog nor ni kakahahahah.... apa2 pun dipenghujung tahun ni, sering kali hujan membasahi bumi kita ni kan.. alahamdulillah, mungkin setengah tempat memerlukan air utk keperluan mereka.

Hari ni anak nor teringin nak makan kek batik yg dulu2 selalu nor buatkan utk dia.... so projek nor hari ni buatkan kek tuu... simple jer & mungkin semua dah tahu macam mana nak buat kan.

Apa2 pun mungkin cara org lain & cara nor pulak lain... janji sedap dimakan & senang dibuat.

Tadi tunjukkan kat aizah cara2 nak buat memandangkan dia dah besar & dah reti buat kek yg simple. JOM layannnnnnnnnnnnn......
Bahan2 utk buat kek batik ni... Butter, roti marie, jejari roti, milo, susu, almond kisar & kelapa kering

Butter dicairkan dulu.... sebanyak 2 sudu makan

Masukkan kan susu pekat sebanyak suku tin atau lebih ikut kemanisan yg anda suka...

Bila dah cair & mendidih sikit, masukkan milo & gaul rata.

Masukkan kelapa kering atau apa2 yg anda suka..

Ini pula almond kisar atau kekacang kegemaran anda.

Masukkan roti marie serta jejari roti.

Sejukkan di dalam fridge selama 30 minit...


Walahhhhhhhhhhhhh.... dah siap dalam masa 1 jam jerr... sedap, enak & crunchy...



"JOM Seiring Sejalan"

1 comment:

Terima Kasih di atas COMMENT anda, sila singgah lagi ye....

 

Popular Posts