SUKA BLOG INI?

Followers

Wednesday, 5 January 2011

Puding Roti Oreo

Biarkan selama 10 minit agar adunan kastard meresap kat roti & biskut oreo.

Dibakar selama 30 minit atau lebih ikut besar acuan yg digunakan.

Puding Roti Oreo dah masak....


Foto agak kabur ckit... focus tak betul ;)


Bahan2
5 keping roti
6 atau lebih biskut oreo
3 sudu makan susu manis
1 cawan tepung kastard
2 gelas air
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
Coklat chip kalau suka (nor masukkan sekali)

Cara:
Roti dipotong empat & disusun di dalam acuan berselang seli dgn biskut oreo. Boleh tambah coklat chip kalau suka. Telur dipukul sedikit bersama susu manis dan esen vanila. Masukkan tepung kastard & air, kemudian digaul rata. Tuang adunan tadi di atas roti. Biarkan selama 10 minit kemudian baru bakar. Suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.

Sedap dimakan panas2 atau sejuk.

p/s - kalau suka bole tambah gula tapi nor tak gunakan gula disini sebab biskut oreo & coklat chip dah manis. Boleh juga tukarkan susu manis kepada susu segar.

"JOM Seiring Sejalan"

"If you focus on results, you will never change.If you focus on change, you will get results"

1 comment:

  1. wah nor ni nmpk lain pada yg lain .....nti akk nk try taruk oreo pulak laaaaaa..nmpk cam sedaaaap je.

    ReplyDelete

Terima Kasih di atas COMMENT anda, sila singgah lagi ye....

 

Popular Posts