Alhamdulillah diberi kesempatan utk memasak lagi, hari ni rajin lak nak menulis kat blog ni, walaupun memang hari2 masa jika suami ada kat rumah...kalau tak makan simple jer.... Jamuan hari ni nor cuba masak nasi paprika... Masakan sampingan suami nak makan ikan pari masak asam pedas hari ni, semalam dia beli tempe ckit, so goreng simple jer....JOM kita masak sama.
NASI PAPRIKA
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan beras basmathi (direndam dulu selama 20 minit)
2 cawan air
Sedikit perasa cube ayam
Garam
3 sudu rempah paprika
CARA:
Beras basmathi yg dah direndam terlebih dahulu & toskan. Masak air 2 cawan terlebih dahulu bersama rempah paprika, kuib ayam serta sedikit garam, biar mendidih dalam rice cooker. Bila dah mendidih, masukkan beras tadi. Biarkan sampai masak...
Simple kan...
Memang sedap........mungkin kerana rempah paprika tuuu kott
"JOM Seiring Sejalan"
Salam kak Seri,
ReplyDeleteLama saya tak dapat menjenguk akak. Harap2 akak dan famili sihat2 selalu. Saya suka tempe dan ikan pari tu. sedapnye... :)