SUKA BLOG INI?

Followers

Saturday, 31 December 2011

EJAH


Huhuhuhuhuhu..... sedih nya cerita ni... moga ianya menjadi pengajaran utk kita semua...
Noorhodza
**********************************

Kakinya terasa sengal dan pedih. Jalur-jalur merah kebiruan di kaki masih jelas kelihatan. Sebatan tali pinggang ayah semalam masih terasa peritnya. Entahlah, mungkin ayah tidak sayang padanya. Dia selalu saja di pukul dan di herdik. Nak kata nakal tak adalah sangat. Adatlah, kanak-kanak memanglah begitu. Sedikit sebanyak ada juga nakalnya. Dia duduk melanguk di atas tangga. Kanak-kanak lain berlari-lari bermain di hadapan rumahya. Hari ini hatinya tidak pula teringin bermain bersama kawan-kawan lain."Jomlah awak. Kita main lari-lari," ajak Ani, teman sekelasnya."Tak naklah. Kita penat," jawabnya acuh tak acuh sambil menggeleng. 
"Alah jomlah. Awak tak payah lari kuat-kuat. Pelan-pelan pun boleh saja," pujuk Ani. "Tak moh lah. Awak pegilah. Kita tengok saja," jawabnya lagi. 

Akhirnya Ani mengalah dan berlari ke arah teman-teman yang lain. Dia hanya memandang kosong ke arah mereka."Ejah!" tersentak dia mendengar suara ayah dari dalam rumah. Segara dia berlari masuk. Ayah berdiri bercekak pinggang di depannya. 

 "Kau dah buat kerja sekolah belum?" tanya ayah. 

"Hari ni tak ada kerja sekolah," jawabnya perlahan. 

"habis tu tak reti nak belajar? Mentang-mentang tak ada kerja sekolah tak boleh tengok buku. Kau tu bukannya pandai sangat malas-malas nak belajar" herdik ayahnya. Dia hanya terkebil-kebil memandang ayahnya. 

"Yang berdiri terkebil tu Kenapa. Pergi baca buku," herdik ayah lagi sambil mencubit peha kirinya. 

Segera dia berlari ke biliknya. Air mata mengalir deras mambasahi pipi cengkungnya. Di dalam biliknya dia menangis dengan perlahan dan tertahan-tahan. Takut didengari ayah. Kalau ayah tahu yang dia menangis bukan belajar, tentu telapak tangan ayah hinggap di tubuh kecilnya. Tidak sanggup lagi rasanya untuk tubuh kecil itu menerima pukulan ayah. Perlahan-lahan dia membuka almari bajunya. 

Di antara baju-bajunya yang berlipat dan bersusun kemas ditarik sekeping gambar. Wanita di dalam gambar itu tersenyum manis. Nenek kata itu adalah mamanya. Dia tidak pernah berjumpa mama. Menurut nenek mama meninggal 8 tahun lalu semasa umurnya baru 5 hari. Ketumpahan darah kata nenek. Entahlah dia pun tak tahu apa maksud nenek dengan ketumpahan darah. Dia selalu berfikir, kalau mama masih ada mesti mama akan memarahi ayah yang selalu memukulnya. Mama mesti membelanya. Walaupun dia tidak pernah berjumpa mama namun dia begitu sayang kepada mama. Setiap kali papa memukulnya pasti dia akan mencari gambar mama. Kepada gambar mamalah diceritakan dengan air mata yang berlinangan betapa sakitnya dipukul ayah. 

Dia tidak ada adik-beradik yang lain, hanya kepada gambar mamalah dapat dicurahkan kesedihannya. Nak mengadu pada nenek, nenek tinggal jauh darinya. Lagipun kalau ayah tahu dia mengadu pada nenek sudah tentu lagi teruk dia dipukul. Akhirnya dia menangis sehingga tertidur. 

Hari ini dia ke sekolah seperti biasa. Begnya yang sarat dengan buku-buku digalas di bahu. Dia berjalan menuju ke bilik darjah. 

"Ejah! Tunggu kita," jerit suara kecil dari belakang. Ani berlari terkedek-kedek mengejarnya. Ejah hanya tersenyum kecil memandang Ani. 

"Awak nak datang tak rumah kita tak nanti lepas sekolah?" tanya Ani sambil mereka berjalan seiringan menuju kebilik darjah. 

"Boleh ke? Mak dengan ayah awak tak marah ke?" tanyanya ragu-ragu. 

"Buat apa nak marah. Kita boleh belajar sama-sama. Kan minggu depan ada ujian matematik," jawab Ani sambil tersengeh. 

Ani memang selalu begitu. Dia sentiasa kelihatan riang. Dia suka berkawan dengan Ani. Ani baik. Selepas sekolah Ejah ke rumah Ani. Emak Ani tersenyum mesra semasa mereka sampai. 

"Marilah makan dulu Ejah. Lepas makan baru belajar," pelawa Emak Ani sambil tersenyum. Ejah hanya tersenyum malu. Baiknya emak Ani. Kalau mama Ejah masih hidup tentu mama pun baik macam ni. 

Mereka makan bersama-sama. Ikan masak lemak cili api, daun ubi bercecah sambal belacan, ikan kering sepat. Memang enak. Pandai emak Ani masak. Dalam segan-segan habis dua pinggan nasi dimakan Ejah. 

"Makan banyak-banyak sikit Ejah. Kamu tu kurus sangat," kata emak Ani sambil menyenduk nasi ke pinggannya. Ejah hanya mengangguk malu.

"Jangan makan banyak sangat pula, nanti kamu jadi macam si Ani ni ha, tembam" usik ayah Ani pula. Ani hanya menjelir lidah pada ayahnya. Ketawa berderai. Tak pernah ayahnya berjenaka begitu dengannya. Untung Ani dapat keluarga yang baik. Bila terkenangkan ayahnya Ejah mula terasa sedih. Air matanya di tahan. Malulah kalau menangis ada depan orang. Ejah dan Ani belajar bersama. 

Ayah Ani telah pergi semula ke tempat kerja. Emak Ani sibuk menghidangkan mereka air milo dan biskut untuk mereka. Ejah menerangkan kepada Ani beberapa masalah matematik. Ejah sememangnya lebih pandai dari Ani. Bukan kerana dia rajin belajar tetapi kerana dia mudah menerima ilmu. Sekali di ajar sudah tentu difahami dan dihafalnya. 

Masa begitu cepat berlalu. Sedar tak sedar sudah hampir ke pukul 4 petang. Ejah panik. Ayah mesti marah kalau dia sampai lambat ke rumah. Segera dia mengemas buku-bukunya. Ejah bergegas pulang. Berlari-lari anak dia pulang rumah. 

Sewaktu menaiki tangga rumah hatinya berdebar-debar. Terbayang wajah ayah yang menyinga. Kecut perutnya apabila membayangkan tali pinggang ayah menghinggapi belakangnya. Sebaik sahaja dia sampai di pintu langkahnya terhenti. Terdengar suara perempuan bercakap dengan ayah. Nenek!!! 

"Biarlah saya bawa Ejah pulang ke rumah saya Jusoh. Di sini pun bukan ada siapa yang menjaganya, kasihan saya tengok dia tu, makan pakai tak terurus" 

"Tak payahlah mak. Tahulah saya menjaganya," ayah bersuara acuh tak acuh. "Janganlah kamu berdegil Jusoh. Mak bukan nak pisahkan kamu dari darah daging kamu sendiri. Cuma mak kasihan dengan Ejah tu saja," nenek cuba memujuk ayah.

"Mak ingat mak boleh menjaga si Ejah itu. Dia tu degil. Kalau mak berlembut sangat dengan dia mulalah dia naik kepala. Tengoklah ni, dah petang-petang gini pun masih tak balik-balik lagi. Ke mana agaknya merayap tak tentu hala. Kalau balik siaplah dia nanti. Kalau tak kena penangan memang sajalah," terdengar nada marah di suara ayah. Ejah hanya diam berdiri ada belakang pintu. Menggigil ketakutan. 

 "Ejah tu taklah sejahat mana. Budak-budak. Adatlah nakalnya pun. Kau ingat mak tak tahu yang kau selalu memukul dia?" 

"Oh, dia dah pandai mengadu pula sekarang ni ye. Anak tak sedar di untung. Dahlah emaknya mati kerana dia. Kalau tak kerana nak melahirkan dia sudah tentu Maria masih hidup lagi," jerkah ayah. 

"Bukan dia yang mengadu Jusoh. saya ni bukan buta. Birat-birat badan budak tu kau kerjakan. Sudah-sudahlah kamu menyalahkan dia diatas kematian emaknya. Kamu ni bercakap macam orang tak beragama. Hidup mati tu kan di tangan Tuhan," 

"Tak payahlah mak nak berkhutbah kat sini. Dia anak saya, pandailah saya menjaganya," Ejah membuka pintu perlahan-lahan. Dua pasang mata tertumpu ke arahnya. 

"Nenek," jeritnya sambil berlari ke arah nenek. Tangan nenek di cium hormat. "Dah besar dah cucu nenek ni," ujar nenek. Ada nada sayu yang terselindung. Pipi Ejah dicium lembut 

"Kau ke mana ha Ejah?" herdik ayah. Tersentak Ejah. Ejah tunduk memandang lantai. Nenek mengusap lembut rambutnya. 

"Kamu ni Jusoh. Budak tu baru balik. Bukan nak tanya dah makan ke belum. Terus-terus nak marah saja," nenek membelanya. 

"Tak payahlah mak mengajar saya cara nak menjaga anak. Mak membelanya macam ni memanglah dia suka. Mulalah besar kepala," marah ayah. 

"Ejah, pergi tukar baju sekolah tu. Kotor nanti," ujar nenek lembut padanya. "Baiklah nek," terus dia berlalu ke biliknya. 

Dari dalam bilik dapat di dengar ayah dan nenek bertengkar. Dia hanya diam membisu di atas katilnya. Hatinya sedih. Tak sangka dia yang menyebabkan mamanya mati. Dia benci dirinya di saat itu. Patutlah ayah selalu marah padanya. Patutlah ayah benci dirinya. Ejah terus menangis tersedu-sedu. 

Tangisnya terhenti bila terdengar pintu berdentum. Nenek telah pulang. Pintu biliknya terkuak. Ayah melangkah masuk dengan wajah menyinga. 

"Ke mana kau marayap hah?" jerkah ayah. Dia hanya diam sambil air mata mengalir ke pipi. 
 
"Jawab!" tengking ayah. Tersentak dia. Tubuhnya terhenjut-henjut menahan tangis. 

"Orang pergi rumah Ani," jawabnya perlahan dan terketar-ketar sambik menahan sendu. 

"Kenapa? Kau dah tak ada rumah?" marah ayah lagi. Ejah hanya diam membisu. Ayah menampar pipinya. Perit. Ejah terjatuh dari birai katil. Tangisnya semakin kuat. 

"Kau tak dengar saya tanya? Kau dah tak ada rumah sendiri nak merempat ke rumah orang?" tengking ayah sambil menarik rambut Ejah. Dia hanya mampu mengikut tarikan tangan ayah. 

"E..ejah, Ejah pergi belajar kat rumah Ani," jawabnya tersedu-sedu. 

"Ooh, belajar. Kat rumah ni tak boleh belajar? Kenapa? Apa kurangnya rumah ni? Dah pandai nak memilih pulak. Anak tak sedar diri," jerit ayah lebih kuat. 

Sekali lagi pipi si kecil menjadi sasaran tangan ayah. Terpelanting tubuh kecil itu ke lantai. Ejah merintih kesakitan. Terasa cecair hangat mengalir dari hidungnya. Darah. Ayah tidak berhenti disitu. Tubuh kecil Ejah disepak. Ejah merintih penuh kesakitan. Tapi Ejah tidak melawan. Langsung tidak merayu agar ayahnya berhenti. Dia merasakan yang dia memang layak dipukul. Semuanya kerana apa yang berlaku pada mama. Biarlah ayah pukul dia. Dia rela asalkan mama memaafkannya. Ejah rasa berdosa pada mama. 

Ayah menarik rambut Ejah lagi dan sekali lagi penampar papa hinggap di pipinya. Ejah tercampak ke dinding. Ayah terus menggila. Ejah yang kecil itu terus menjadi sasaran tangan dan kakinya. Pandangan Ejah mula kabur. Dia tidak lagi bergerak. Semuanya bertukar gelap... Ejah terjaga. Dia masih lagi terbaring di atas lantai. Kepalanya terasa berat. Pipinya perit, dadanya terasa bagai dihempap batu besar dan seluruh badannya sengal. Dia terdengar suara ayah memanggilnya dari luar bilik. 

"Ejah! Ejah! Bangun! Kau dah tak nak sekolah," garang suara ayah. Ejah cuba bangun tetapi tubuhnya terasa amat berat. Penangan ayah semalam masih terasa. Tubuhnya terasa begitu lemah. Pintu biliknya dibuka. Ayah melangkah masuk. 

"Tidur lagi!" jerkah ayah. "Ee..ejah rasa tak sihat ayah," jawabnya dengan suara yang dengar tak dengar. 

"Sudah, jangan nak mengada-ngada," marah ayah sambil menarik tangannya. Seluruh tubuhnya terasa hendak tercabut. Dia gagahkan juga untuk berdiri.

"pergi mandi," ayah menolaknya ke bilik mandi. 

Setelah selesai mandi dan bersiap dia ke sekolah berjalan kaki seperti biasa. Tubuhnya masih lemah tetapi di kuatkan juga. Dia tidak mahu menaikkan darah ayah lagi. Sampai di sekolah di rasakan mata-mata memandangnya dengan penuh kehairanan. Dia hanya membiarkan mereka memandangnya. Dia terlalu sibuk menahan sakit. 

"Nurfaizah," terdengar suara Cikgu Linda memanggilnya. Dia memandang Cikgu Linda kosong. 

"Siapa yang buat kamu macam ni?" tanya Cikgu Linda sambil mengusap rambutnya. Ejah hanya diam membisu. Kepalanya terasa bertambah berat, dia mula terasa sukar untuk bernafas. Pandangan mula kabur. Ejah merasakan kaki begitu lemah dan tidak lagi mampu menahan berat tubuhnya. Dia jatuh terjelepuk di lantai. Dalam kabur-kabur dia mendengar Cikgu Linda memanggil namanya. Akhirnya semua bertukar gelap dan sunyi. Sekelilingnya putih dan berbau ubat. Kepalanya tidak terasa berat atas berdenyut. 

Dia membuka matanya perlahan. Ada ayah, ada nenek dan Mak Usu. Nenek menangis. Ayah pun menangis. Tidak pernah dia nampak ayah menangis. Ayah usap-usap rambutnya perlahan. Tak pernah ayah buat begitu padanya. Tiada tanda-tanda kemarahan dan kebencian di wajah ayah. 

"Maafkan ayah nak," suara ayah sayu dan tersekat-sekat. Ejah tak faham Kenapa ayah dan nenek sedih. Kenapa semua orang sedih," tanya Ejah dengan kepayahan. "Janganlah sedih. Ejah cuma nak pergi jumpa mama. Ejah nak minta maaf pada mama. Ejah rindu mama," Ejah bersuara perlahan. 

"Oh Ejah! Maafkan ayah! Ayah menyesal! Jangan tinggalkan ayah!" ayah merayu. Air mata mengalir di pipi ayah. Ejah merasakan tubuhnya semakin ringan. Dia tersenyum memandang nenek, kemudian ayah dan akhirnya ke arah mak usu. Pernafasan Ejah mula tersekat-sekat dan akhir dada si kecil terhenti berombak. Senyuman Ejah masih lagi di bibirnya yang pucat itu. Dia terbaring kaku. Wajahnya kelihatan tenang. Ayah meraung menyesali perbuatannya. 

Menurut doktor, Ejah mengalami pendarahan dalam otak kerana hantukkan yang kuat. Ejah juga kepatahan beberapa tulang rusuknya dan mengakibatkan kecederaan pada paru-parunya. 

Ayah masih lagi meraung. Meraung, menangisi pemergian insan kecil yang tak pernah dihargai selama hayatnya...Insan kecil bernama EJAH... 




"JOM Seiring Sejalan"




SEBAGAI INGATAN BERSAMA

Assalamualaikum,

Hanya ingin mengingatkan diri sendiri dan juga semua sahabat

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali....
1.  Aku rumah yg terpencil, maka kamu akan senang dgn selalu membaca Al-Quran
2.  Aku rumah yg gelap, maka terangilah aku dgn selalu solat malam
3. Aku rumah penuh dgn tanah dan debu, bawalah amal soleh yg menjadi hamparan
4.  Aku rumah ular berbisa, maka bawalah aamalan Bismillah sebagai penawar
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan " Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya
1.  Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya
2.  Harta itu racun, zakat itu ubatnya
3.  Perkataan yg sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya
4.  Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya
5.  Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
Ada 4 dipandang sebagai ibu, iaitu:
1.  Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN
2.  Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA
3.  Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA
4.  Ibu dari segala CITA-CITA adalah SABAR

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh - Dijauhkan cahaya muka yg bersinar
Zohor - Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar - Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib - Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya
Isyak - Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Tujuh Kalimat
Sabda Rasulullah S.A.W.
"Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia dipandang mulia di sisi ALLAH dan MALAIKAT serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut"
1.  Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu
2.  Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu
3.  Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yg tidak patut
4.  Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok
5.  Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini
6.  Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi sesuatu dan menerima musibah
7.  Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jika bisa, kerana sudah biasa.

"JOM Seiring Sejalan"

'When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others.'

Friday, 30 December 2011

CIRI WANITA DIMINATI LELAKI

BENARLAH kata-kata sikap lelaki memang sukar ditelah. Perangai mereka ada kalanya memeningkan kepala wanita terutama yang mencintainya. 

Sesanda perlu menunjukkan rasa kasih mendalam terhadapnya demi meraih cintanya. Walaupun pada dasarnya cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan, anda harus memberi sebahagian hati untuk membuat dia tertawan. 

Untuk merasai lebih dicintai, anda sendiri harus mengetahui apa yang disukai lelaki pilihan anda itu. Jika lelaki sukakan wanita yang memenuhi cita rasanya, cubalah belajar mengenali hati lelaki. 

Mana tahu sikap anda yang pandai mengambil hati, tidak mementingkan diri sendiri selain boleh bertolak ansur menjadi faktor lelaki itu memuja anda suatu hari nanti. 

Lelaki juga tidak suka wanita yang mengada-ngada selain wanita yang agak ‘ganas’ dalam bergaul. 

Untuk itu, tatacara pergaulan perlu dijaga supaya anda menjadi wanita yang lemah-lembut dan berhemah sepanjang pergaulan. Ia penting kerana anda tidak terlalu menampakkan sikap yang membuatkan lelaki cepat muak atau meluat. 

Mungkin anda boleh mencuba petua ini, mana tahu persahabatan yang disemai berakhir dengan ikatan suci. 

Jadi pendengar setia 
Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang. 

Suka dimanja. 
Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik. 

Tarikan derapan kasut 
Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki. 

Jangan bersolek tebal 
Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal. 

Ingat hari pentingnya 
Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu. 

Hormatinya 
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya. 

Jangan terlalu kebudak-budakan 
Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan. 

Agresif 
Lelaki suka sikap wanita yang agresif. 

Jangan terlalu seronok 
Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama. 

Jangan ganas 
Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan. 

Jangan terlalu baik 
Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna. 

Jangan perasan 
Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita. 

Sikap sederhana 
Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan. 

Sikap keibuan 
Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan. 

Lemah-lembut 
Sentiasa bercakap lembut dengan mereka. 

Sensitif 
Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis. 

Kenali dirinya 
Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat. 

Jaga kecantikan 
Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu! 

Gaya kemas 
Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas. 

Jangan kuno 
Jangan bersikap terlalu kuno. 

Sering tanya khabar 
Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya. 

Jujur dalam tingkah laku 
Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun. 

Suka yang beragama 
Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim. 

Tidak mudah dipermainkan 
Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada. 

Jangan tunjuk lemah 
Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati. 

Tunjuk matang 
Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.


"JOM Seiring Sejalan"

'When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others.'

KENALI HATI, CINTA LELAKI

BENARKAH sukar mengenali hati lelaki? Menelah dan menggauli hati budi mereka sebenarnya tidak semudah yang disangka.

Berikut diperturunkan 14 perkara yang bersangkutan dengan golongan Adam supaya anda lebih peka mengenai beberapa perkara mengenali mereka.

Jika ia sesuai dijadikan panduan, terimalah ia dengan hati terbuka. Jika sebaliknya, anggaplah ia sebagai pengisi bahan bacaan anda di masa terluang.

1. Jika anda bertanya lelaki: “Adakah anda cintakan saya?” selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab “Ya, saya cintakan awak”. Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti A. “Ya, rasa-rasanyalah” B. “Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?” C. “Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak” D. “Penting sangatkah?” dan E. “Siapa, saya?” 

2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis paling menarik di dunia ini. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata. 

3. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan. 

4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah. 

5. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan. 

6. Setiap kali anda marah atau naik angin dengan si dia, dalam fikirannya lebih cenderung memikirkan: “Oh, dia ini pasti datang bulan.” sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi kerana perangai atau tingkah lakunya sendiri yang menyakitkan hati. 

7. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan. Beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa. 

8. Ada tiga perkara yang boleh membuat lelaki tertekan iaitu duit, kuasa dan seks. 

9. Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj nama baiknya. 

10. Lelaki cuma suka lafazkan ‘I love you’ pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita. 

11. Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana katanya “Awak yang kuat melayan”. 

12. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motosikal, topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka. 

13. Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel rambut atau menyikat rambut. 

14. Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan keluarga atau sahabat handai anda, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya. 



"JOM Seiring Sejalan"

'When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others.'


Thursday, 29 December 2011

HEALTHY JUICES


mail by: alpha-Q group 
Carrot + Ginger + Apple  -
 Boost and cleanse our system. 

mail by: alpha-Q group
Apple + Cucumber + Celery -  
 Prevent cancer, reduce cholesterol, and improve stomach upset and headache.   
mail by: alpha-Q

 group
Tomato + Carrot + Apple 
-
 Improve skin complexion and bad breath.   

mail by: alpha-Q group 
Bitter gourd + Apple + Milk
 -  Avoid bad breath and reduce internal body heat.   
mail by: alpha-Q group 
Orange
 + Ginger + Cucumber - Improve Skin texture and moisture and reduce body heat.   

mail by: alpha-Q group 
Pineapple + Apple + Watermelon 
-
 To dispel excess salts, nourishes the bladder and kidney.   
mail by: alpha-Q group
Apple + Cucumber + Kiwi 
-
 To improve skin complexion.   
mail
 by: alpha-Q group
Pear & Banana
 -   regulates sugar content.   
mail by: alpha-Q group 
Carrot + Apple + Pear + Mango 
-
 Clear body heat, counteracts toxicity, decreased blood pressure and fight oxidization   
mail by: alpha-Q group 
Honeydew + Grape + Watermelon + Milk
 - Rich in vitamin C + Vitamin B2 that increase cell activity and strengthen body immunity.   

mail by: alpha-Q group
Papaya + Pineapple + Milk 
-
 Rich in vitamin C, E, Iron. Improve skin complexion and metabolism.   

mail by: alpha-Q group
Banana + Pineapple + Milk 
-
 Rich in vitamin with nutritious and prevent constipation. 
  
 
"JOM Seiring Sejalan"

'When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others.'


Tuesday, 27 December 2011

LANGSING CARA SIHAT



SiHAT : Langsing dengan makanan berwarna


Tahukah anda, pengambilan buah dan sayur pelbagai warna dalam diet amat baik untuk kesihatan? Bagi yang sedang giat menjalankan program pengendalian berat badan, tidak kira sama ada program bersama pusat-pusat pelangsingan mahupun mengendalikannya sendiri, pengambilan makanan amat penting dalam menentukan keberhasilan program pelangsingan. Ini termasuk dalam pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Kita wajar bersyukur kerana negara kita cukup kaya dengan sayur-sayuran dan buah-buahan yang begitu variasi.

Pelbagai warna boleh didapati, sedar ataupun tidak, warna-warna makanan melambangkan kandungan nutrisi tertentu di dalamnya. Lebih menarik lagi, pengambilan pelbagai makanan berwarna (yang semulajadilah, ya!) sebegini dikatakan dapat melangsingkan badan. Menurut David Heber dalam buku What Color Is Your Diet? , semakin pekat atau ketara warna buah-buahan dan sayur-sayuran yang dimakan, semakin tinggi kandungan nutrisi yang terdapat di dalamnya.

Menurut Eric Breverman dalam bukunya, The Younger (Thinnner) You Diet pula, kunci menurunkan berat badan sekaligus mempertahankannya adalah dengan menggantikan sel-sel otak yang hilang, menyeimbangkan zat kimia otak dan menciptakan kembali otak yang lebih muda dan aktif. Setiap kali sel-sel otak anda tumbuh, anda bukan sahaja bertambah pintar tetapi juga boleh mempercepatkan metabolisme. Ia juga bertujuan untuk mencerdaskan otak serta menguruskan badan, seiring dengan pertambahan usia.

Berikut disenaraikan beberapa jenis makanan berwarna yang boleh anda jadikan panduan dalam menyusun pola pemakanan dengan lebih baik dan membantu kita menambahkan sel-sel otak.


Merah terang

Makanan seperti tomato dan tembikai merupakan antara jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai warna ini. Warna ini menandakan makanan ini mengandungi likopen, iaitu zat yang berperanan untuk memelihara kesihatan sel serta mampu mengurangkan risiko kanser.

Sebagai contoh, tomato mengandungi likopen dan vitamin C sebagai antioksidan dapat meminimumkan risiko kanser (terutama kanser pankreas) serta mencegah radang usus. Selain itu, tomato juga mencegah penyakit jantung dan memelihara tekanan darah. Bukan itu saja, vitamin lain seperti vitamin A dan C juga mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga gusi dan meningkatkan imunisasi tubuh.


Red Ruby atau merah gelap

Buah sitrus seperti grapefruit merah dengan isi buah berwarna merah ini mengandungi antioksida yang berfungsi mempertahankan kesihatan, memperbaiki fungsi memori, melindungi pembuluh darah, tulang rawan, tendon serta ligamen dari sebarang kerosakan. Selain itu, pigmen merah dalam buah ini mengurangi risiko kanser dengan cara mencegah kerosakan jaringan. Buah ini juga dikatakan boleh memperbaiki fungsi saluran kencing.

Antara buah lain yang berwarna merah dan boleh membantu adalah buah cranberries, raspberries, ceri, kacang merah dan buah delima.


Oren (jingga) terang

Lobak merah dan mangga antara makanan di dalam kelompok ini. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna oren menandakan kaya dengan kandungan alfa dan beta karotenoid di dalamnya yang mengandungi komponen anti kanser dan antioksida. Makanan ini juga boleh membantu memperbaiki daya penglihatan dan kesihatan jantung. Cuba ambil paling tidak dua hingga tiga biji makanan berwarna oren setiap hari dan jauhi produk jus buah-buahan yang kaya kalori.


Kuning terang

Makanan yang berwarna kuning diketahui mengandungi vitamin C yang baik untuk melindungi sel tubuh. Limau dan betik mengandungi banyak vitamin C dan mengandungi beta cryptoxanthin, iaitu salah satu komponen karotenoid. Dengan kandungan vitamin C dan karoteniod di dalam buah betik dapat mempertahankan tekanan darah anda dalam keadaan yang normal.

Sayuran dan buah yang berwarna kuning banyak mengandungi fitokimia karotenoid dan lavonoid (vitamin dan mineral dalam makanan yang berfungsi mengurangi peradangan) yang mempunyai komponen anti kanser dan antioksida. Terdapat sejenis enzim yang membantu menambah kepantasan reaksi di dalam tubuh. Betik juga membantu mencerna daging dan tepung sehingga melancarkan pencernaan, serta membantu memelihara daya tahan tubuh.

Makanan berwarna kuning ini juga boleh memperbaiki penglihatan dan memelihara kesihatan jantung. Cuba ambil tiga sajian makanan begini setiap hari.


Hijau gelap

Warna hijau pada sayuran menandakan kandungan sulforaphane, isothiocyanate dan indoles yang menurut Heber, ia dapat merangsang hati untuk membuat komponen yang dapat memecah unsur kimia penyebab kanser. Klorofil yang terkandung di dalam tanaman hijau mempunyai komponen anti kanser dan komponen yang berfungsi untuk proses detoksifikasi tubuh. Buah dan sayuran hijau kaya dengan zat lutein, yang kaya dengan antioksidan di dalamnya. Selain itu, sayuran hijau kaya karotenoid, vitamin serta mineral yang berfungsi peradangan secara semulajadi.

Sayuran seperti brokoli dapat meningkatkan imunisasi serta pembentukan sel dalam tubuh melalui kandungan asid foliknya yang sememangnya bermanafaat melawan kanser terutamanya kanser payudara. Brokoli juga kaya dengan chromium yang boleh membantu mengatur insulin dan gula darah dalam tubuh selain mencegah menyakit jantung.

Selain itu, banyak makanan hijau yang mengandungi kalsium yang membantu membangun tulang dan gigi yang kuat, mencegah osteoporosis serta mampu memperbaiki penglihatan. Ambil sekurang-kurangnya satu sajian sayuran seperti brokoli, kobis, sawi, bayam, kobis brussel dan sebagainya setiap hari.

Putih kehijauan

Makanan berwarna putih banyak mengandungi flavonoid yang dapat melindungi membran sel. Contoh makanan berwarna ini adalah seperti bawang putih, bawang bombai, seleri dan buah pir.

Kandungan alicin dan selenium di dalam bawang putih dipercayai dapat membunuh parasit, bakteria dan virus. Mengambil bawang putih secara teratur dapat menghalang arteri daripada tersumbat, meningkatkan sistem imunisasi tubuh serta mengawal tekanan darah. Selain itu, ia dapat menurunkan kadar kolesterol serta mengandungi zat anti kanser serta dapat membantu menyembuhkan radang otak, sakit pada sendi serta menambah tenaga.


Biru gelap

Makanan dengan warna ini mengandungi anthocyanin dan fenolat, iaitu dua jenis fitokimia kuat yang dikatakan bermanafaat sebagai anti penuaan. Buah dan sayuran berwarna biru glep kaya antioksida. Makanan berwarna biru boleh melindungi pembuluh darah, tulang rawan, tendon serta ligamen dari sebarang kerosakan. Selain itu, makanan ini juga mengurangi risiko kanser dengan mencegah kerosakan jaringan. Makanan ini juga boleh memperbaiki fungsi memori dan kesihatan saluran kencing. Buah seperti beri biru dan anggur adalah antara contoh makanan dalam kategori ini.
Ungu gelap

Makanan yang berwarna nila dan ungu mengandungi antioksida. Makanan berwarna biru gelap dan nila mengurangi stress oksidatif iaitu salah satu penyebab utama penuaan. Selain itu, makanan ini juga kaya resveratrol yang diyakini dapat mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser. Makanan seperti terung ungu dan buah plum amat disarankan oleh Braverman.

Rujukan :
1. Eric Breverman ~ The Younger (Thinnner) You Diet
2. David Heber ~ What Color Is Your Diet? 


"JOM Seiring Sejalan"
'When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others.'



Monday, 26 December 2011

BAD BREATH



Bad Breath Remedies And Prevention

Bad breath is something that most of us are afraid of. In many cases, majority of the population do not know they suffer from bad breath. To get rid of bad breath, we have to take initial steps in preventing bad breath to occur every time you open your mouth. 

These home remedies to get rid of bad breath will be helpful for you. 

1. The best bad breath remedies is that you have to make it a habit to brush your teeth or rinse your mouth after every meal. Make it a routine to brush your teeth or rinse every night before you go to sleep. 

2. Mouth wash is readily available in any medical store. But keep in mind not to purchase a mouth wash that contains dyes and alcohol. 

3. Sunflower seeds can be helpful to get rid of bad breath. All you have to so is chew on some sunflower seeds and drink a glass of water ,mainly after you eat a non vegetarian meal. 

4. An apple a day keeps the doctor away. It is very much true. Eating an apple daily will help to remove bacteria in the mouth, the main cause of bad breath. 

5. Lemon does wonders. The lemon juice mixed with warm water can be used to gargle your mouth to help get rid of bad breath. It a one of the best home remedies for bad breath. 

6. To get an aromatic breath, cardamon is the best. Although is it pungent, it will give you good results for bad breath. It is also a mouth refreshers. 


These home remedies for bad breath will be of good use . But, in order to prevent this, we can take certain precautions to prevent bad breath. 

1. It is good if you drink plenty of water. Drinking plenty of water will help to get rid of the bacteria in the mouth. 

2. Bad breath remedies is good as it helps to kill the unwanted germs in the mouth. Although, you may brush regularly and maintain a good oral routine, it is important that when you brush your teeth, make sure to use a tongue scrapper to clean the tongue. The bacteria usually stay on the tongue causing bad breath. 

3. If these home remedies for bad breath do not work, it is advisable to see a dentist. You may be having an oral disease that needs doctor's consultancy. 

4. When you use mouthwashes, make sure that you go in for those that have ingredients of aloe vera and parsley. It is good to help get rid of bad breath. 

5. It is said, tea is one of the best bad breath remedies. Those who are addicts to coffee, it is advisable to switch to tea as coffee frames a thin coat on the tongue which blocks the oxygen supply on the tongue. 

6. Now and again, chew on sugarless gum. This will help you clean your mouth as chewing increases the saliva flow. 

Bad breath is one problem that many of us face. Follow these home remedies for bad breath and help to prevent them by taking appropriate steps 



How To Prevent Bad Breath

 we can help you prevent one of the baddest bads there is—bad breath


"JOM Seiring Sejalan"

'When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others.'


 

Popular Posts