NAK BUAT BISNESS... JOM KLIK

SUKA BLOG INI?

ONE DROP PERFUMES

Followers

Saturday, 17 December 2011

INFORMASI BERGUNA TENTANG BABI

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda bagaimana untuk kita mengenal pasti ubat-ubatan yang mengandungi sumber khinzir. Satu cara yang paling penting ialah dengan membaca label pada produk ubat tersebut.

Tapi... macam mana kita nak tahu kalau kita tak paham istilah-istilah sains yang sering digunakan pada label ubat? 

Dalam Bahasa Melayu, perkataan Babi atau Khinzir jelas menggambarkan haiwan berkaki empat ini sama ada daging babi, bulu babi ataupun kulit babi. Tetapi di dalam bahasa Inggeris, kita mungkin terkeliru dengan pelbagai istilah yang digunakan untuk menggambarkan haiwan ini. Contohnya:

1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang 50kg.

4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg. 

5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi. 

6. Boar : Babi liar 

7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan. 

8. Sow Milk : Susu Babi 

dan ada pelbagai istilah lagi... 

Daripada pelbagai istilah Bahasa Inggeris yang menggambarkan haiwan babi, istilah Porcine sering digunakan dalam bidang perubatan atau label ubat. Mungkin ramai orang Islam yang tidak mengetahui bahawa label yang bertulis "This product contain substance from porcine" bermaksud "Produk ini mengandungi bahan dari babi", atau label yang menyatakan "The source of gelatin capsule is porcine" bermaksud "Kapsul dari gelatin babi"

Contoh contoh label produk yang mengandungi babi dan apa pilihan alternatif yang ada didedahkan di dalam buku bertajuk "Ubat Daripada Sumber Babi & Pilihan Alternatif". Dengan keadaan produk ubat-ubatan kita yang banyak dicemari bahan haram maka rasanya wajib untuk anda memiliki buku ini. 

Dapatkan buku "Ubat Daripada Sumber Babi & Pilihan Alternatif" ini secara online di --- http://clicks.aweber.com/y/ct/l=HfpSA&m=Kw6MHXdQjuMQzk&b=RE.ki2bsz7dtM7YmDeBkLQ

Jangan beri alasan kita jahil lagi selepas itu. 

Harap informasi ini dapat membantu anda. 



"JOM Seiring Sejalan"


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih di atas COMMENT anda, sila singgah lagi ye....

 

Popular Posts