Assalamualaikum,
Hanya ingin mengingatkan diri sendiri dan juga semua sahabat
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali....
1. Aku rumah yg terpencil, maka kamu akan senang dgn selalu membaca Al-Quran
2. Aku rumah yg gelap, maka terangilah aku dgn selalu solat malam
3. Aku rumah penuh dgn tanah dan debu, bawalah amal soleh yg menjadi hamparan
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah aamalan Bismillah sebagai penawar
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan " Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya
1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya
2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya
3. Perkataan yg sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
Ada 4 dipandang sebagai ibu, iaitu:
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA
4. Ibu dari segala CITA-CITA adalah SABAR
Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh - Dijauhkan cahaya muka yg bersinar
Zohor - Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar - Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib - Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya
Isyak - Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya
Tujuh Kalimat
Sabda Rasulullah S.A.W.
"Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia dipandang mulia di sisi ALLAH dan MALAIKAT serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut"
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yg tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini
6. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi sesuatu dan menerima musibah
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jika bisa, kerana sudah biasa.
Alhamdulillah, perkongsian yg bagus sekali. Selamat beramal dan beristiqamah. Ins'allah.
ReplyDelete