Hubby nor sedang mengalami problem prostat ni... so mari ler kita sama2 membaca apa itu sebenarnya Prostat.....
----Noorhodza-----
Penuaan bermaksud kualiti kesihatan yang merosot. Satu daripadanya adalah masalah kelenjar prostat yang membengkak dikenali sebagai benign prostatic hyperplasia (BPH).Walaupun sebab khusus BPH tidak diketahui tetapi ia kerap dikaitkan dengan faktor penuaan. Sememangnya ia masalah biasa lelaki, terutamanya yang berusia 50 tahun ke atas.
Bagaimanapun, BPH bukan masalah yang tidak boleh dikawal. Mengalami BPH sangat memberi tekanan dan sepatutnya tidak dipandang ringan. Bayangkan, apabila anda terpaksa kerap berulang alik ke bilik air dan bangun malam hanya untuk membuang air kecil.
Menurut pakar, jika tidak dirawat, BPH akan menyebabkan komplikasi pada masa depan dan mungkin memerlukan pembedahan bagi mengembalikan kualiti hidup.
Apa Itu Prostat
Prostat ialah organ bersaiz sebesar kacang walnut yang terletak di dalam pundi kencing di hadapan rektum. Ia dikelilingi urat (fibrous tissue) disebut kapsul prostat. Salur kencing pula melalui prostat untuk ke pangkal pundi kencing. Tisu prostat menghasilkan antigen prostat khas dan enzim bersusu yang bergabung dengan air mani bagi membentuk air mani.
Apabila BPH terjadi, saiz prostat yang membengkak akan menekan salur kencing. Ia menghalang perjalanan urin daripada pundi kencing dan menyebabkan urin kembali ke pundi kencing. Keadaan ini menyebabkan seseorang itu mengalami masalah kencing.
Rawatan setiap pesakit itu berbeza kerana ia bergantung kepada keseriusan simptom yang anda alami dan bagaimana simptom itu boleh menjejaskan kehidupan harian anda.
Punca BPH
Tiada sebab tepat tetapi kerana penuaan, perubahan dalam nisbah hormon testosterone dan estrogen pada seorang lelaki itu menyebabkan prostat distimulasikan. Selain itu, penuaan menyebabkan kelenjar prostat menjadi lebih sensitif kepada penurunan hormon testosterone.
Kelenjar darah dalam kelenjar prostat pula menurun menyebabkan aliran darah menjadi abnormal dan kekurangan oksigen yang menyebabkan pertumbuhan sel distimulasi.
Komplikasi BPH
~Masalah membuang air kecil akut - akan timbul rasa sakit untuk membuang air kecil. Bagaimanapun, bukan semua masalah ini disebabkan BPH.
~Masalah jangkitan pundi kencing - menyebabkan salur kencing menjadi radang dan proses membuang air kecil sangat sakit. Ada kalanya mereka yang mengalami BPH perlu dibedah.
~Batu karang - lebihan mineral yang boleh menyebabkan jangkitan, masalah pundi kencing, darah dalam air kencing atau halangan aliran air kencing.
~Kerosakan pundi kencing - biasanya terjadi dalam masa yang lama kerana pundi kencing tidak dikosongkan secara sempurna. Dinding otot pada pundi kencing mengembang, lemah dan tidak boleh mengecut secara sempurna.
~Kerosakan buah pinggang - boleh terjadi kerana kekerapan jangkitan dan masalah membuang air kencing yang akut.
Selain itu, BPH mungkin menyebabkan bengkak pada struktur pengumpulan air kencing (hydronephrosis) pada satu atau kedua-dua buah pinggang kerana urin bertakung di dalam buah pinggang.
Rawatan BPH
Pemerhatian - memerlukan pemeriksaan yang kerap bagi memantau masalah yang dihidapi. Ubat-ubatan misalnya ubat penyekat (alpha blocker) boleh diambil secara oral dan bertindak merehatkan otot dalam prostat. Pembedahan perlu dilakukan jika ubat tidak berkesan. Ada lima jenis pembedahan dan doktor akan menasihatkan jenis pembedahan yang sesuai mengikut keadaan pesakit.

Simptom BPH
* Aliran urin yang lemah
* Susah untuk membuang air kecil
* Kencing yang tersekat-sekat
* Kerap membuang air kecil
* Kekerapan membuang air kencing pada waktu malam
* Terasa terdesak untuk kencing
* Tidak boleh mengosongkan pundi kencing secara sempurna
* Darah dalam air kencing
* Masalah jangkitan pundi kencing
Tumpang sedih dengan keadaan suami noor, semoga cepat sembuh ya...
ReplyDeleteTQ izan sbb sama2 mendoakan... result tadi semua okay, normal prostat. Tunggu doktor panggil dalam 2 3 hari ni.... rawatan lanjut akan diberitahu nanti..
ReplyDelete