Pagi tadi nor ada ambil foto2 taman nor yg sebelah kanan & belakang rumah... dah tanam rumput. Area ni nor cuma tanam pokok daun kari, limau purut, limau kasturi, daun pandan, pokok daun singkir, serai, pokok mangga & ada sedikit bunga2. Pokok daun kunyit lak kat dalam pasu... belum alihkan ke tanah lagi, takut tak menjadi.... nor tengok dalam pasu lebat jer daunnya, sayang lak nak alihkan. Dulu ada tanam daun kesum gak, tapi tak menjadi ler... tak tahu ler kenapa, nanti nor nak cuba tanam lagi... Bukan apa, senang kalau ada semua ni... tak payah nak beli kan... ambil jer kat kebun, lagi pun kita nak guna sedikit jer.
Pakcik nor sempat ambil benih pokok2 bunga yg dia minat.... ambil anak2 pokok yg baru tumbuh, katanya nak tanam kat laman rumah nya.
JOM layan....
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih di atas COMMENT anda, sila singgah lagi ye....