Cadangan hari ni nak buat something simple tapi mengenyangkan, tak nak makan nasi itu kata Aizah pagi tadi..... "buat kentang ler mummy". So, nor dok fikir2 apa yg nak dimasak hari ni yg menggunakan ubi kentang. Buka fridge tengok2 & fikir2.... hmmmm okay dah dpt idea.
Nor buat Baked Patato jerr... campuran ayam dan udang... selalu nor buat gunakan daging cincang, tapi kali ni ubah selera ler pulak kan. JOM kita buat sama2........
Bahan2:
11 biji ubi kentang
2 biji telur
100 gm udang sederhana besar - dipotong kecil2
200 gm atau lebih ayam/daging dicincang
100 gm atau lebih cream cheese
1 sudu cili giling
Garam & lada sulah
1 cawan susu segar
Cara:
Rebus 7 biji ubi kentang hingga empok/masak. 2 biji lagi dipotong dadu, 1 biji di potong nipis serta sebiji lagi dipotong memanjang nipis2.
Udang, ayam, cili giling serta ubi kentang yg dipotong dadu tadi digaul bersama telur serta 1/2 cawan susu segar. Tambahkan perasa - garam. Gaul rata dan masukkan ke dalam acuan yg telah disapu mentega sedikit. Susun kentang yg telah dipotong bulat2 di atasnya. Bakar selama 15 mint dgn suhu 180 C.
Ubi kentang yg direbus tadi dibuang kulitnya, dihancur bersama cream cheese, garam serta serbuk lada sedikit. Tambahkan 1/2 cawan susu segar serta digaul lagi. Kentang ni juga boleh dijadikan kentang putar dan dimakan begitu sahaja kalau suka. Selalunya begini ler cara nor buat homemade kentang putar... nak lazat lagi tambahkan sedikit madu. hmmmmm sedap. Tapi kali ni nor nak bakar....
Adunan kentang diletak di atas adunan ayam serta udang yg telah masak tadi. Ratakan biar menutupi adunan itu. Setelah itu taburkan kentang yg dipotong halus di atasnya. Jangan lupa taburkan garam sedikit di atas kentang itu supaya bila masak ianya garing sedikit.
Bakar selama 20 minit dgn suhur 150C.... hmmmm senang kan. JOM kita rasa pulak..

LAYAN foto2nya ye....
Campuran ayam, udang, telur, cili giling serta susu segar...
Campuran ayam serta udang yg sedia utk dibakar.
Campuran cream cheese, garam, serbuk lada serta susu segar.
Adunan kentang putar, nor saja tak hancurkan sangat, kalau nak buat kentang putar boleh haluskan sedikit dan ditambah madu.
Adunan ayam serta udang yg telah masak, nanti kat atas diletakkan adunan kentang pulak.
Adunan yg telah ditabur kentang nipis diatasnya siap utk dibakar.
"JOM Seiring Sejalan"