SUKA BLOG INI?

Followers

Friday 7 January 2011

Custard Cheese Kek

Bahan2 :

2 biji telur
500 gm cream cheese
2 sudu makan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastard
Roti marie & cream krackers
4 sudu butter
1 tin susu cair
1 gelas gula

Cara:

Cairkan butter, kemudian campurkan ke dalam roti marie & cream kracker yg telah dikisar sederhana halus. Gaul biar sebati. Leperkan ke dalam acuan yg bawahnya boleh dibuka. Bakar dalam oven 200 C selama 10 minit atau hingga garing. Ketepikan dulu biar sejuk.

Pukul telur & gula hingga sebati, masukkan cream cheese & gaul lagi. Tambahkan tepung gandum & tepung kastard, gaul lagi. Akhir sekali masukkan susu cair.

Masukkan adunan cheese tadi ke atas adunan roti. Bakar selama 20 minit di dalam oven 200 C. Letakkan acuan yg berisi air di bawah acuan adunan tadi supaya bawah roti tak hangus.

Selamat mencuba!!!

Butter dicairkan
Campuran biskut marie & krim krackers
Ratakan adunan roti tadi.

Sebelum dibakar.

Roti tadi garing bila dah dibakar selama 10 atau lebih.
Adunan cheese digaul rata bersama tepung.

Dibakar dgn cara begini, acuan berisi air di bawa supaya roti tak hangus.

Sudah pun masak, sejukkan dulu di dalam fridge.




"JOM Seiring Sejalan"

2 comments:

  1. sedapnyerrr..... kalu takdak acuan boleh buka kat bawah tu orait tak?

    ReplyDelete
  2. susah ckit ler mamawana, sbb lapisan atas tuu agak lembut..kalau guna acuan biasa kena terbalikkan pulak. Guna acuan ni juz tolak dpd bawah. Beli ler satu, bole guna utk buat kek lain gak.

    ReplyDelete

Terima Kasih di atas COMMENT anda, sila singgah lagi ye....

 

Popular Posts