SUKA BLOG INI?

Followers

Tuesday, 29 September 2009

HAPPY BIRTHDAY ABANG

Today my hubby birthday.... Nak buat kejutan... tapi dia lak keluar dgn jiran & terus pergi service kereta... memang pagi2 dah wish dia... hadiah jer lum bagi ni...

Aizah kata tunggu dia balik sekolah dulu.... hmmmm ni dia bungkusan nye... Cuba teka apa kat dlm ni.... harap2 hubby suka ler...



"JOM Seiring Sejalan"


Sunday, 27 September 2009

BALIK...

Hari dah balik ke KL pulak..... nor naik teksi jer ke rumah, hubby kerja esok baru balik... Sedih bila pagi tadi mak hantar nor balik..... tak sedar dalam flight menitis air mata....


"JOM Seiring Sejalan"


Meronda2 bandar Miri

Sebelum ke pusara abah nor singgah dulu rumah makcik nor.... masa tuu hujan lebat.. tak bole nak keluar... bila dah reda sikit baru ler nor berangkat ke pusara abah....Lepas tuuu ronda2 kat bandar miri... itu pun nor cuma pergi kat area bandar baru jer...yg lama nor tak sempat nak ambil foto...

"JOM Seiring Sejalan"


Ke pusara ABAH...


Hari Sabtu nor menziarahi pusara abah.... memang sedih. Hujan renyai2 masa tuu... nor tak sempat nak menziarahi pusara adik popuan nor serta nenek nor...


"JOM Seiring Sejalan"


Meriah nya RAYA

Foto kenangan bersama dgn mak.... sekarang ni cucu ada 17 orang.... cicit lak seorg... Tak semua yg ada dalam foto... adik beradik nor 4 orang semuanya popuan...


Atol bersama dgn adik popuan & yg kecil tuu lelaki bongsu... hmmmm iye ke bongsu... kilang macam masih aktif jer lagi ni... kakak nor ni masih aktif lagi....
Muqtiah bersama suami & anak... kakak Atul yg dah kawin... ada seorang anak popuan... ni ler cucu pertama nor hahahah dah jadi nenek... cicit my mom ler ni...

Foto kenangan bersama kazen... sebelah mak... Dulu tinggal kat Kuching, tapi sekarang dah kerja kat miri & menetap kat sini pulak...



"JOM Seiring Sejalan"


Rumah Lama

Rumah nor ni Nazrah yg jaga.... dia dah belipun dpd nor... Nor beli rumah ni awal tahun 1995 masa tu nor masih kerja kat Bintulu.... akhir sekali tinggal kat sini pada tahun 2003, masa tu kena ikut suami kerja kat Kuching....

JOM tgk2...
Kat luar rumah....

keliling rumah penuh ditanam dgn pokok2 mangga, bunga2, jagung.... & roselle...

Bergambar bersama dgn mak, naz & anak2... suaminya masa ni lum balik kerja lagi...

Tengok ler reban ayam kat belakang rumah ni.... byk ayam2... separuh dah dikorbankan utk raya katanya... tapi nor kagum ler... bersih jer....



"JOM Seiring Sejalan"


Hari Raya Ke 4 & 5

Raya ke 4 ni relax kat rumah jer.... hubby kerja lagi hari ni. Hari ni balik agak lewat gak.... Kesempatan utk nor relax kejap & buat kek raya tempahan kawan2 lagi... lum habis.. ada yg nak selepas raya.... esok nak ambil .... sebelum nor balik ke miri pada sebelah malam nye..

Raya ke 5 nor sibuk kemas2 rumah... malam nak berangkat ke miri lak. Celcom line pulak buat hal... dah ler nor kena beli tiket kat airpot... adik2 serta kakak nor tak bole nak dihubungi... masing2 guna handphone & takde line telepon kat rumah.... terpaksa ler nor susahkan mak saudara nor.... adik abah... malam sampai dalam kul 10, dia org dah tunggu kat airport....

Raya ke 6... nor habiskan masa bersama makcik nor ni... nor panggil dia Ibu Sinah., nama penuhnya Sharifah Hasinah Habib Salleh..... dia kawin dgn Pakistani, dah hampir 23 tahun rasanya tapi tak de anak.... sempat berlajar masak2 dgn dia... hahhahaha....macam2 ilmu yg diperturunkan. Korek semua resepi2 lama2 dia, tulis.... aduh... sampai penat ler jari2 ni...

Sebelah petang baru dia hantar nor ke rumah adik nor Nazrah.... kena tunggu Ami Gulam suami nya.... kena tutup kedai ler dulu kan... dia org ni berniaga, ada kedai sendiri. Mak nor tinggal kat rumah Nazrah.... nasib baik ler mak nor ni memahami org nya.... takut gak kalau2 dia merajuk.... iye ler kan... sepatutnya jumpa dia dulu....


"JOM Seiring Sejalan"


Hari Raya Ke Tiga

Hari Raya ke 3, sebelah pagi nya hubby dah mulai kerja tapi balik tengahari nya...giliran rumah nor pulak yg kena serang.... kazen2 & jiran2 nor dtg rumah... tak buat rumah terbuka pun... sapa2 jer bole dtg.... pintu rumah terbuka jer... sempat ler ambil foto2 ckit jer... sibuk dok sediakan makanan... almaklum ler nor ni tak de pembantu... semua buat simple2 jer...

Rancang memang nak buat jamuan raya sikit tapi tunggu hubby cuti dulu... nak gak jemput kekawan, keluarga & jiran2 yg lain... insyallah...

Tetamu balik hampir kul 12 tengah malam gak... tak sedar hari dah lewat... itu ler kan kalau lama tak berjumpa....


"JOM Seiring Sejalan"


Hari Raya KeDua

Hari raya ke 2 nor sekeluarga ke Kuala Pilah & Melaka. Kat Kuala Pilah beraya kat rumah Datuk Tiri hubby, parents ibu tiri hubby... kat sini suasana agak meriah gak....

Malam nya pulak ke Melaka rumah kazen2 hubby.... Kami tak bermalam pun, balik agak lewat... sampai rumah dah dekat kul 10 malam.... Sampai jer terus singgah rumah jiran nor yg depan rumah.... sepatutnya pergi pagi tadi tapi dia org takde kat rumah pulak... Jiran2 yg lain semua balik kampung nampak gaya nye... sunyi jer...



"JOM Seiring Sejalan"


Hari raya Pertama....

Foto2 ni semasa hari raya pertama di rumah bapa mentua nor kat selayang..... tak sempat nak ambil foto2 adik beradik hubby yg lain sebab semasa kami sampai tuu dah lewat petang, semua dah balik cuma adik hubby Fatimah jer yg ada... ni adik bongsu hubby.Foto bapa mentua nor bersama dgn ibu tiri hubby, kat bawah tuu nor bersama Fatimah.

Semasa di Batu Caves lupa lak nak ambil foto bersama dgn Kak Enon iaitu kakak hubby yg tua sekali, sama ibu tapi lain bapa... foto mak mentua pun lupa nak ambil.... sibuk bercerita... hahaha... jarang berjumpa itu ler jadinya..


"JOM Seiring Sejalan"


BERBLOGGER BALIK...

Assalamualaikum semua kekawan...

Lama benar nor tak update blog ni, sibuk beraya..... actually hari ni baru balik dpd Miri... beraya di sana selama 4 hari .. Penat pun belum hilang lagi. Sampai rumah dalam pukul 1 ptg tadi... sibuk dok membasuh semua pakaian yg tak bercuci... rumah kemas jer bila nor balik... wahh hubby rajin gak ye hehhehehe mengemas... almaklum ler dia tak ikut sebab kerja... malam ni baru balik dpd Australia... esok pagi sampai ler tu...

Nanti malam sikit nor poskan foto2 raya utk tatapan kekawan & saudara mara...

Anyway.... selamat beraya...


"JOM Seiring Sejalan"


Sunday, 20 September 2009

HARI RAYA....

Selepas subuh pagi tadi nor dah tak boleh tidor, kemas2 rumah sebab semalam jiran2 datang bertakbir dari rumah ke rumah...... ramai yg datang malam raya kali ni, hubby pulak takde kat rumah. Dia bertolak dpd Melbourne dlm kul 10:45 malam.

Selesai takbir semalam dalam kul 10:30 mlm, nor bergegas ke Sepang cari lemang... dalam hujan2 tuu jumpa ler juga... ini pesan hubby nor suruh belikan dia lemang... nor beli ler dalam 3 batang... Sebatang habis semalam anak dara nor kerja kan... dapat dia habiskan sebatang tuu... Selepas Isyak semalam nor dah masak Rendang Daging & Kari Ayam... makan ler dgn lemang & nasi empit...

Dalam pukul 7 pagi nor dah bertolak ke LCCT, ambil hubby kat airport... siap bawakan dia baju melayu... mana ler tahu flight delay ke... terus jer singgah masjid solat raya.. Hari ni tak delay ler pulak... on TIME...

So, ada masa lagi dia nak balik mandi & bersihkan diri.... ke surau utk solat aidilfitri....

Selesai solat & bermaafan dgn hubby & anak.... baru ler minum & makan juadah utk raya... . kita org 3 org jer, nor masak simple jer... ptg nanti nak ke rumah bapa mentua di Selayang & mak mentua kat Batu Cave... mak mentua raya kat rumah anak popuan dia KaK Enon... kakak my hubby...

Sebelum ke sana hubby nak rehat dulu, penat terbang selama lebih dpd 8 jam....

JOM tgk apa dimasak.....

Biskut Raya


"JOM Seiring Sejalan"


Wednesday, 16 September 2009

SELAMAT HARI RAYA....

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN



DINGIN DIPERIGI WAKTU PAGI
BERKOKOK AYAM DITENGAH LAMAN

AIDIL FITHRI MENJELMA LAGI

TAMATLAH UJIAN BAGI YANG BERIMAN


KETUPAT DILETAK DI KAIN KASA

RENDANG DILETAK TEPI MAK SITI

ANDAI ADA TERSILAP BAHASA

MAAF DIPINTA MENYUSUN JARI


ADAT JAUH KATA MENGATA

ADAT DEKAT PUJI MEMUJI

KALAU ADA TERSILAP KATA

MAAF DIPINTA SEPULUH JARI


SUNGAI DISUSUR SEHARI HARI

DALAM GELAP MENANGKAP IKAN

SAYA MENYUSUN SEPULH JARI
S
ALAH DAN SILAP HARAP MAAFKAN


"JOM Seiring Sejalan"


Thursday, 10 September 2009

Terima EG Raya dpd Welly

Hari ni nor terima EG dpd Welly.... wahhh seronok dpd kad raya lagi... THANKs ye Welly..

Nor nak ucapkan tahniah pada penganjur EG Raya ni... MrsNor... bertambah ramai ler kawan2 nor... THANKS kak... next year buat lagi ye... hhehe

Ni dia untuk tatapan semua...



"JOM Seiring Sejalan"


KAD RAYA

KAD RAYA untuk SEMUA....
Kad Raya dpd Nannie... TQ
Kad Raya dpd Nuridah.... TQ
Kad Raya dpd K. Nor... TQ
Kad Raya dpd Azie... TQ
Kad Raya dpd LOVE... TQ
Kad Raya dpd Lin... TQ
Kad Raya dpd Dr. Fauziah... TQ

Kad Raya dpd Bie, Brunei... TQ
Kad Raya dpd Ana Ali... TQ
Kad Raya dpd Zana .... TQ
Kad Raya dpd Norhayati Berahim... TQ

Kad Raya dpd Affeen... TQ

Kad Raya dpd Abgdin... TQ

Kad Raya dpd Minah Kiwi.... TQ

Kad Raya dpd Umairah... TQ
Kad Raya dpd AnaWahid... TQ

Kad Raya dpd Nazreen... TQ

Kad Raya dpd Rasp .... TQ
Kad Raya dpd Masz_73.... TQ
Kad Raya dpd Qistina, Dubai.... TQKad Raya dpd Azlina.... TQ
Kad Raya dpd Moralle Singapore... TQ
Kad Raya dpd Zetty.... TQ

Kad Raya dpd Moon... TQ
Kad Raya dpd Suri Sarawak.... TQ

Kad Raya dpd Zanie... TQ
Kad Raya dpd Ijan... TQ
Kad Raya dpd Nonon.... TQ
Kad Raya dpd Monaliza... TQ
Kad Raya Kak Intan... TQ
Kad Raya dpd Welly... TQ

Kad Raya dpd Pneina ... TQ
Kad Raya dpd Ain... TQ
Kad Raya dpd Kak Watie... TQ
Kad Raya dpd Mamamin.... TQ
Kad Raya dpd Azura... TQ

Kad Raya dpd Gee... TQ

Kad Raya dpd Fae... TQ

Kad Raya dpd Inahar... TQ
Kad Raya dpd Deeja... TQ

Kad Raya dpd Ieta... TQ

Kad Raya dpd Cik Mi, TQ

Kad Raya dpd Uncle Dot.... TQ

Kad Raya dpd Ika, Bangkok.... TQ

Kad Raya dpd Fiza Nordin.... TQ

Kad Raya dpd Hasue Miri.... TQ sue

Kad Raya dpd Ayu Kuwait ... TQ

Kad Raya dpd UmmiAffaf ... Thank you...

Kad Raya dpd Saynas... Thank ya

Kad Raya dpd Maz.... Thank you

Kad Raya dpd Seri.... THANKS

Kad dpd Lyana... TQ

Kad raya dpd Mimieloma, THANKS....

Kad raya dpd Maria Sabah, TQ....


"JOM Seiring Sejalan"




 

Popular Posts