SUKA BLOG INI?

Followers

Thursday, 3 September 2009

TARIAN POCO-POCO yg tersirat

Terima email ni dpd kawan... mari kita sama2 renung2kan


********************************

FIKIR LOGIK PUN BETOI GAK TARIAN INI…YA ALLAH

Salam...pada kali ini penulis ingin kongsikan kepada anda tentang sesuatu yang menggemparkan kerana penulis sendiri pernah buat(masa dalam PLKN,secara paksa rela).Iaitu tarian Poco-poco. Secara jujurnya penulis tidak pernah tahu dan ambil tahu tentang tarian ini,asal-usulnya dan motif tarian ini. Namun segalaya berubah apabila satu kiriman emel daripada sahabat penulis,membuatkan penulis tersentak dan kaget sebentar. Mari sama-sama baca emel ini

"Assalammualaikum.

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.

Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan."

Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua.
Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah Umat islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.

WALLAHUALAM. ...



"JOM Seiring Sejalan"


6 comments:

  1. tak tau pun cam ne tarian poco2 ni.

    ReplyDelete
  2. salam slmat pg nor.....ni td pas sahur jln2 umah kengkawan nie......tnmpk tajuk yg menarik nie.....

    Alhamdulillah lah saya tk berminat dgn tarian ni........ade penah kwan ajak menari poco2 ni die kate eksesais........ye lah kan sbb leh kuarkan peluh gitu.

    pas baca rtikel lagi lah sy tk minat langsung nk bljar tarian ni......tp tu lah kan ramai sgt skang orng melayu yg wat tarian ni.......mkck2 pulak tu.....

    Wallahualam lah kan.........

    ReplyDelete
  3. salam ziarah..
    setuju sgt dgn tulisan anda
    dlm entri akak yg lepas ada ditulis ttg ini
    pelik sungguh org mesia terutamanya melayu senang betol nak terikut2 ntah apa2 budaya pon yg dibawa masuk!
    kesal...

    ReplyDelete
  4. ooo..tak tau pom..
    tapi poco2 memang glamer skang nih..

    ReplyDelete
  5. saya pun baru baca tentang asal usul poco-poco ni... betol ker ni??? ramai kawan2 kita yang sampai fanatik nak menari poco2... siap masuk kelas berbayar lagi... Masyaallah...

    ReplyDelete
  6. Baru tahu arini asal usul tarian poco poco ni..selama ni dok dengar je org sebut sebut tarian poco poco.

    Alhamdulillah dapat tahu awal..sebabnya mama kiter adalah pergi class erobik, di sana ada juga di ajar tarian poco poco...tapi mama kiter belum cuba lg..konon2 lepas raya lah nak join..bila dapat tahu ni, maka tidak berminat lah nak belajar dah..

    Macam macam dan amat halus cara orang kafir hendak merosakkan orang Islam..dalam tidak sedar, orang Islam telah merestui agama mereka..Nauzubillah..Semoga Allah mengampuni kita semua..AMIN..

    TQ noor kerana paparkan info ini..

    ReplyDelete

Terima Kasih di atas COMMENT anda, sila singgah lagi ye....

 

Popular Posts