SUKA BLOG INI?

Followers

Sunday 6 September 2009

UMAI


Seperti yg pernah dijanjikan sebelum ni... nor tulis kat sini cara2 nak buat UMAI...

Bahan2
1 ekor ikan tenggiri atau kalau nak senang guna jer ikan dory fillet (tak de tulang)
3 biji cili merah
2 biji cili padi
1 biji bawang besar
6 biji limau kasturi
1 biji limau nipis
Sedikit garam

CARA:

Terlebih dahulu asingkan isi ikan dpd tulang nye... nor lupa nak snap foto masa mengasingkan tulang tuu...buat mcm fillet. lebihan tulang tuu bole direbus buat sup... sayang kan.. hehehehh. Lepas tuu... isi ikan tadi dihiris nipis2... ikut besar mana nak. Bagi nor, suka nipis2... Cuci bersih & toskan.

Tumbuk cili merah & cili padi, jangan terlalu halus. Manakala bawang besar dimayang nipis. Campurkan ke dalam isi ikan tadi. Perah air limau kasturi & limau nipis ke atasnya. Jangan lupa pulak bubuh garam... gaul rata2. Nanti masa mengaul, akan nampak isi ikan tuu menjadi putih, jadi masak gitu... Masukkan ke dalam fridge biar sejuk.

Selalu nya nor suka campurkan sekali lobak yg dijual dalam tin... lobak masin. Memang sedap.
Lebih sedap lagi kalau pedas2... Selamat mencuba resepi yg tak seberapa ni.


"JOM Seiring Sejalan"


4 comments:

  1. makan mentah2 je kak ekh..???mcm kerabu lah ni!!!

    ReplyDelete
  2. makanan tradisi org2 sarawak, sedap tuh!!!umai ikan n umai udang memang peberet kmk!! nyaman nar juak upa umai yaa!!..

    ReplyDelete
  3. Makan dgn nasi ler ain... nk mkn macam tuu aje pun bole gak. Kalau kat sarawak kita org makan dgn Sagu bakar atau ambuyat... Kat cni mana nak cari benda2 gitu..

    Dgn nasi pun sedap... betul kan suri... heheheheh sedap... tak caya, cuba... actually dah masak disebabkan oleh air limau tuu

    ReplyDelete
  4. noor..bila ada kelapangan nak trylah..tq

    ReplyDelete

Terima Kasih di atas COMMENT anda, sila singgah lagi ye....

 

Popular Posts