SUKA BLOG INI?

Followers

Wednesday 2 September 2009

ROTI DAGING

Berbuka hari ni dengan Roti Daging.. kat sini nor tunjukkan cara2 nak buat... Jom share resepi...


Bahan:

3 keping roti
2 cawan susu segar
1 cawan tepung
1 biji telur
200g daging cincang
2 biji ubi kentang
Cili giling
2 ulas bawang putih - ditumbuk
2 ulas bawang merah - ditumbuk
3 sudu tomato puree
Garam secukup rasa
Keju Parut

Cara2:

Tumis bawang merah & putih hingga wangi, masukkan cili & tomato puree... Kemudian masukkan daging cincang bersama ubi kentang yg telah dipotong dadu. Tambah sedikit air... goreng hingga masak & kering airnya. Masukkan garam ikut suka.

Susu dicampur dgn tepung & telur. Dipukul hingga sebati. Kemudian rendam roti dengan sedikit adunan susu tadi dalam bekas pembakar sekejap. Bila dah meresap, tuangkan daging yg telah digoreng tadi di atas nya. Tabur keju yg telah diparut diatas daging tadi. Susun lagi keping roti di atas sekali. Tuang kan campuran susu yg tinggal tadi di atas roti, biarkan meresap sekejap, baru lah ditabur dgn keju lagi. Bakar di dalam over selama 30 minit.

SELAMAT MENCUBA....


"JOM Seiring Sejalan"


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih di atas COMMENT anda, sila singgah lagi ye....

 

Popular Posts