Sukar benar untuk Iman (bukan nama sebenar) meluahkan apa yang dirasakannya. Terlalu berat untuk membuka kembali lebaran silam saat rumahtangganya goyah. Terbayang-bayang kekecewaan di raut wajah Aini (bukan nama sebenar), bekas isteri yang masih dikasihinya sehingga kini. Mustahil untuk dirinya diterima semula setelah apa yang dilakukan. Kerana itu, dia kini rela bersendirian dan terus menanti hingga dirinya diterima semula.
Imbas kembali ketika dirinya masih lagi bujang, Iman mengaku dirinya gemar melakukan onani. Pada awalnya, ia hanya suka-suka sahaja, tetapi disebabkan kerap kali melakukannya, ia sudah menjadi tabiat Iman. Malah, sejak mempunyai teman wanita, perlahan-lahan dia mula mengajak teman wanitanya melakukan seks oral. Zizzy, wanita yang cantik dan bergaya. Bentuk tubuhnya menggiurkan membuatkan Iman sering bermimpikan Zizzy. Mana tahu, ajakannya diterima dengan baik oleh Zizzy. Semakin lama, semakin kerap mereka melakukan seks oral. Malah, sewaktu berdua-duaan ketika keluar bersama, Iman dan Zizzy begitu leka memadu asmara. Namun begitu, kedua-duanya tidak pernah berpanjangan hingga ke bilik tidur.
Dua tahun bersama-sama, Zizzy insaf setelah hatinya diketuk oleh insan lain. Baik budi pekerti dan paling penting tidak pernah mengajar perkara yang tidak baik seperti mana yang Iman lakukan. Iman kecewa kerana kekasihnya berkahwin lain. Bukan setakat itu, kecewanya juga disebabkan dia tidak lagi dapat melakukan seks oral atau bermesra memadu asmara. Tabiatnya begitu sukar untuk dibendung dan sukar untuk dihentikan. Dia begitu ketagih untuk melakukannya.
Siang malam teringat dan terfikirkan Zizzy. Tidak lama ‘menduda’ kerana ditinggalkan kekasihnya, Iman bertemu dengan Aini, wanita yang anggun dan lemah lembut. Perkenalan dengan Aini tidak lama. Melihat personaliti Aini, ibu bapanya juga amat berkenan sehingga mengambil keputusan untuk meminang Aini. Iman bersetuju dengan cadangan kedua orang tuanya. Tambahan pula, Iman merasakan sudah sampai masanya untuk dia berumah tangga. Cintanya pada Aini, walau tidak sekuat cintanya pada Zizzy, namun dia menghargai Aini kerana kesudiannya menerima Iman sebagai suami. Malah, Iman yakin Aini mampu membahagiakannya.
Tinggal tabiat buruk selepas berkahwin
Tekad Iman, sebaik berumah tangga akan dihentikan segala tabiat buruk yang menghantui dirinya. Dia mahu membina hidup baru dan bahagia bersama dengan Aini. Dia tidak lagi mahu terjerumus ke dalam lembah hitam yang tidak berpenghujung. Hanya menambahkan dosa. Di awal perkahwinan, Iman begitu bahagia dengan Aini. Segala keperluan diri, zahir dan batinnya dipenuhi. Tiada cacat celanya Aini, sebagai isterinya. Sedikit demi sedikit, tabiatnya mula berkurangan sehingga dia sendiri tidak percaya dia tidak lagi terfikir untuk melakukannya. Fikirnya, inilah nikmat berumah tangga.
Namun, kebahagiaan yang diperolehnya tergugat. Setelah tiga tahun berumah tangga, Zizzy kembali mencari dirinya, menagih kembali kasih dan cintanya. Mulanya, Iman langsung tidak tergoda dengan kehadiran Zizzy yang menagih cintanya, tetapi lama kelamaan cinta yang pernah mekar di dalam hatinya dahulu kembali berputik. Apatah lagi apabila digoda dengan bisikan manja Zizzy sewaktu Iman kerap keluar bertugas di luar kawasan berminggu-minggu. Setiap malam panggilan Zizzy menjadi penghiburnya sehingga Iman kembali semula melakukan tabiat lamanya. Kadang-kadang, timbul kesedaran dirinya sudah berumah tangga, manakala Zizzy yang kesepian setelah kematian suaminya akibat kemalangan juga bukanlah miliknya.
Hubungan terlarang
Tetapi, godaan begitu kuat untuk ditepisnya. Teringat kembali saat-saat indah ketika sedang asyik memadu asmara dengan Zizzy. Semuanya tidak dapat dilupakan, apatah lagi sejak sering bertugas di luar kawasan, sering sahaja muncul Zizzy di situ. Kesanggupan mengikutnya ke sana ke mari akhirnya Iman tewas dengan belaian manja Zizzy. Jika hubungan dahulu tidak pernah sekalipun singgah ke bilik tidur, kini hubungan tersebut sering sahaja berakhir di bilik-bilik hotel, tempat Iman menginap ketika bekerja di luar kawasan.
Iman bahagia dan gembira sekali dengan layanan Zizzy. Aini yang setia menanti di rumah langsung tidak dihiraukan. Setahun hubungan terlarang bersama Zizzy akhirnya Iman mengambil keputusan untuk mengambil Zizzy sebagai isterinya. Atas desakan Zizzy juga, Aini diceraikan. Baginya, tiada cinta sejati antara dirinya dan Aini. Cinta sejatinya hanya pada Zizzy. Kecewa kerana ditinggalkan begitu sahaja dengan Aini redha menerima takdirnya. Tidak sesekali dia kembali pada Iman biarpun sedalam mana kesedarannya nanti atas kesilapan yang dilakukan. Angkuh menjawab kata-kata Aini, Iman berkata, tidak sesekali dia kembali merujuk Aini. Namun, Allah Maha Adil. Kata-katanya memakan diri sendiri.
Ikatan perkahwinan antara Iman dan Zizzy tidak kekal. Kecantikan Zizzy yang menggoda membuatkan ramai yang ingin mendekatinya. Cemburu Iman bertukar menjadi amarah setelah dilihat Zizzy bermesraan dengan lelaki lain. Terus diceraikan Zizzy. Sejak itu, Iman menyesali apa yang di lakukan terhadap Aini. Inilah balasan atas perbuatannya. Status duda kini disandangnya sebagai pengajaran. Aini dicari, namun sukar untuk bekas isterinya itu menerima dirinya kembali.

"JOM Seiring Sejalan"
well...padan muka!!!!
ReplyDeleteayark...moga sy tak jd mcm iman....huhuhuhu
ReplyDelete