SUKA BLOG INI?

Followers

Monday, 30 November 2009

Lama tak update....

Lama betul rasanya tak update blog ni.... sibuk melayan adik nor, nazrah dan anak saudara, wafi, yg datang bercuti kat sini. Nazrah baru jer balik semalam.... wafi balik bulan depan... lama ler sikit kat sini. Hmmmmm nak mula di mana ye...

Nor mulakan dgn foto2 dia orang semasa kat sini... sempat jalan2 ke Muar & Melaka. Petang tadi gi Paya Indah Wetland... tapi kecewa betul.... nor memang tak pernah pergi tempat ni, ingat saja2 ajak Aizah & Wafi... tak ler seindah namanya... Sunyi sepi jer.... Rasa2 nya kita org jer ada pada masa tuuu... yg lain pekerja2.

JOM layan foto2 dulu...

Wafi ni adik Atul.... baru jer dapat result UPSR.... dia dapat 2A 3B... tahniah ler ye... Katanya tahun depan terpilih ke Sekolah Berasrama Penuh kat Miri.. ahamdulillah.

Kat Pavilion, KL... masa ni nor tak ikut... Sementara menunggu laptop nazrah di repair kat Low Yat... dia org ronda2 kat sini....

Tengah window shopping kat Mid Valley.... Sempat tengok wayang... Aizah & Wafi tengok Christmas Carol... Nor & Nazrah lak tengok cerita New Moon....


Semasa kat Muar... mulanya nak pergi kenduri anak kazen nor iaitu Syed khail Syed Hussein, Syed Khail ni pembaca berita TV9..... tapi malangnya kami terlewat ler pulak... rombongan sepatutnya berjumpa kat Masjid Jamek kata Muar.. kami terlewat 1 jam.... pulak tuu tak tahu mana nak cari rumah pengantin... kelakar betul... Rombangan lelaki dah bertolak ke rumah pengantin perempuan... bila call my kazen dia pulak tak reti nak bagi direction...last2 semua setuju tak nak pergi... terus ke Melaka. Tak pe ler.... nanti majlis bersanding, insyallah nor akan pergi gak.... Foto Syed Khail ada dalam blog ni... sapa2 nak tgk sila klik.... SINI.


Foto ni diambil sebelum makan kat Umbai... sungai yg berhampiran...


Kat Bandar Melaka....


Ada beberapa buah chalet yg hanya akan disewa kepada umum tahun depan... Nampak tak buaya dalam tasik tuuu... dan badak. Seekor sedang termenung dan seekor lagi tengah nak mandi kat tasik tuu.... hahahahha.. cian kan badak tuu..

Kat depan kaunter penerangan & daftar masuk.... sunyi sesangat, cuma ada kami jer kat situ... katanya kerajaan dah take over....


"JOM Seiring Sejalan"


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih di atas COMMENT anda, sila singgah lagi ye....

 

Popular Posts