SUKA BLOG INI?

Followers

Saturday 21 November 2009

PUDING TELUR


Projek nor malam tadi ....... projet Puding TELUR heheehehhe

Ronda2 blog kawan2.... terjumpa lak resepi Puding Telur ni lama dah tapi nor belum ada masa nak mencubanya.... so malam tadi nor cuba ler buat sebab dpd resepi tu nampak senang jer.. lagipun bahan2 semua dah ada kat dalam kabinet...

Nor tak ingat ler pulak nor COPY kat blog mana, pada sesiapa yg punya resepi ni nor nak ucapkan terima kasih ye & maaf nor tulis kat sini... Selalunya bila nor jumpa resepi yg mudah nor juz copy jerr kat kertas, so tak ingat ler pulak nak tulis blog address tuu..

Apa2 pun, kat sini nor tulis balik ler ye resepinya...


Bahan:
1 tin susu cair
4 biji telur
3 sudu besar gula
1 sudu teh essen vanila
sedikit garam
1 sudu besar tepung kastard (tapi nor guna 2 sudu sebab nak cuba hilangkan rasa telurnya)
Karamel (gula hangus)


Cara :
Bancuh susu cair bersama tepung kastard, gula, garam dan esen vanila hingga sebati.

Pukul telur dalam bekas lain, jangan kembang sangat dan kemudian masukkan dalam bancuhan susu cair tadi dan kacau hingga sebati Masukkan karamel dalam loyang dan tuangkan bancuhan tadi. Kukus dalam 15 minit. Kalau nak puding ada rongga kukus lama sikit.

Lepas keluarkan dari kukusan, biarkan sejuk dan terbalikkan atas pinggan. Sedia untuk dihidangkan.

P/s : Karamel: Panaskan gula hingga cair dan bertukar warna perang gelap, kemudian masukkan air panas dan teruskan kacau hingga jadi karamel. Air tu terpulang banyak mana, kalau nak pekat karamel tu letak sikit saja.



Sejukkan dulu, baru masukkan ke dalam fridge...

Pagi ni keluarkan dpd acuannya.... hmmmm memang sedap & berlemak... rasanya lebih kurang sama dgn Puding Gula Hangus, tapi puding telur resepi yg ni memang takde rasa sangat telurnya.... sedap sesangat...Lemak berkrim....



"JOM Seiring Sejalan"


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih di atas COMMENT anda, sila singgah lagi ye....

 

Popular Posts