SUKA BLOG INI?
Followers
Tuesday, 30 June 2009
Kenapa Ummi Mengandung?
Monday, 29 June 2009
Mayat Berhantu
Keadaan mayat tersebut memang mengerikan sebab cuma bahagian pinggang ke bawah saja yang saya dan kawan-kawan saya uruskan. Mayat yang dalam lingkungan umur 30-an itu dijumpai terapung di dalam laut selepas beberapa hari dicampak ke situ. Baunya memang busuk. Walaupun demikian sekali rupa mayat tersebut, namun ia tidak menyeramkan saya.
Sudah bermacam-macam mayat yang pernah saya uruskan yang lebih dahsyat dan lebih ngeri daripada itu. Tapi mayat yang ini lain macam sedikit. Semasa memandikan jenazah itu bulu roma saya terus tegak. Tapi saya uruskan juga sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran, khususnya ayat kursi, terus saya baca.
Berdasarkan pengalaman lepas-lepas, jika begitu perasaan yang saya alami, maknanya jenazah yang saya uruskan bukanlah dari kalangan mereka yang dicintai Allah. Apabila sudah selesai menguruskannya, kami hantar jenazah tersebut ke kawasan perkuburan.
"Encik, jangan kebumikan dulu jenazah ini, sehingga saya datang ke sini semula," pesan saya kepada penggali kubur.
Saya tidak dapat turut serta kerana saya perlu menghantar dahulu juruurus jenazah wanita yang dipanggil satu jenazah.
"Insya-Allah," jawab penggali kubur tersebut.
Saya tinggalkan dia tanpa memberitahu kepadanya bahawa mayat tersebut bermasalah. Bagi saya ini perkara aib, tak perlulah saya jelaskan kepadanya. Selepas menghantar juruurus jenazah wanita, saya balik ke kawasan perkuburan tersebut. Hajatnya untuk sama-sama mengebumikan jenazah berkenaan, namun apabila tiba di kuburnya, saya tengok ia sudah dikebumikan.
"Tak apalah ustaz. Saya dah kebumikan. Dah selesai," kata penggali kubur tersebut.
"Alhamdulillah. Tak apalah, saya balik dulu."
Namun apabila masuk sahaja ke dalam kereta, saya rasa seperti ada sesuatu yang mengekori. Seolah-olahnya mayat itu ada dalam kereta untuk mengikut saya pulang ke rumah. Perasaan seram kembali semula. Dengan serba sedikit ilmu yang saya tahu, saya cuba halau ‘benda’ itu. Namun saya tahu saya gagal dan ia mengekori hingga ke rumah kerana pada malam itu saya berperang dengannya.
Kira-kira pukul 11 malam, ketika kami sekeluarga hendak tidur, saya mula rasa lain macam. Isteri dan anak saya juga gelisah seperti ada sesuatu yang mengganggu perasaan mereka. Perasaan seram kembali datang. Bulu roma saya meremang. Satu demi satu ayat saya baca dan kemudian hembuskan hingga syaitan itu pergi meninggalkan saya. Biasanya saya gunakan surah al-Fatihah, tiga Qul, ayat Qursi, amanarrasul dan satu ayat lain yang terakhir.
Alhamdulillah saya berjaya, tapi tidak lama kemudian, gangguan itu datang kembali. Sekali lagi saya bacakan ayat-ayat tertentu dan hembuskan ke arahnya. Untuk sementara waktu, ia lari meninggalkan saya. Rupa-rupanya gangguan itu cumalah permulaan. Semakin larut malam, tindakannya semakin agresif.
Apabila saya mula hendak melelapkan mata, ia kembali semula dan mencucuk tubuh saya. Saya tersentak dan tidak jadi tidur. Saya lihat sekeliling, tapi tiada apa yang saya nampak kecuali gelap. Saya baca ayat-ayat tertentu dan gangguan itu berhenti seketika. Memikirkan gangguan itu sudah berakhir, saya cuba melelapkan mata. Namun apabila saya hampir terlena, ia datang semula dan mencucuk pusat saya. Sekali lagi tersentak.
Begitulah yang berlaku seterusnya. Punggung dan badan saya dicucuk apabila hendak melelapkan mata. Setelah hampir sejam diganggu, akhirnya gangguan itu terus berhenti. Saya tidur tanpa sebarang gangguan lagi.
Alhamdulillah, itulah sekali saya diganggu oleh syaitan daripada mayat berkenaan. Telahan saya bahawa gangguan tersebut berpunca daripada mayat yang saya uruskan pada siang harinya memang berasas. Sebabnya ialah tidak berapa lama kemudian saya mendapat berita bahawa penggali kubur itu telah sakit selama sebulan. Sejak mengebumikan mayat tersebut, hidup penggali kubur itu mula tidak tenteram kerana diekori oleh ‘mayat’ berkenaan.
Apabila dia masuk saja ke pejabat, dilihatnya mayat itu berada di dalam pejabatnya. Apabila dia masuk bilik mandi, di situ juga ada mayat. Pendeknya ke mana sahaja dia pergi, di bilik tidur, di ruang tamu, di bawah pokok atau di mana sekalipun, pasti dia akan ternampak mayat itu. Akibatnya dia sakit selama sebulan dan meracau yang bukan-bukan. Selepas puas berubat, akhirnya dia sembuh seperti sedia kala.
Mungkin ada yang mengatakan cerita saya ini karut, atau sengaja direka, tapi percayalah, ia memang benar-benar terjadi. Bagaimanapun, alhamdulillah, kejadian itu memberi iktibar yang besar kepada saya. Dari segi syarak, gangguan yang kami alami itu dilakukan oleh iblis menyerupai mayat untuk menakutkan kita supaya kita berhenti daripada menguruskan jenazah. Gangguan seperti ini jangan dilayan kerana menguruskan jenazah adalah ibadah.
Saya yakin gangguan yang kami lalui berpunca daripada ilmu hitam yang diamalkan oleh lelaki tersebut. Menurut pendapat sesetengah orang, gangguan seperti itu berlaku kerana lelaki berkenaan membela jin dan syaitan untuk dijadikan khadam melindunginya. Bagi yang menuntut ilmu kebal, salah satu cara untuk membunuhnya ialah dengan membuang separuh mayatnya ke dalam sungai atau laut dan separuh lagi dibuang di darat. Itulah syaratnya kerana kalau kedua-dua bahagian tubuh itu dibuang di darat, atau kedua-duanya dibuang ke dalam air, ia akan bercantum dan mayat tersebut akan hidup semula.
Itulah cerita yang saya dengar, betul atau tidak wallahuaklam. Nasihat saya, janganlah dituntut ilmu yang bukan-bukan, yang bersahabat dengan syaitan. Dalam syarak, apa ilmu kita tuntut pun kita tak boleh kebal. Malah nabi yang hafaz al-Quran, rasul, tapi dia juga cedera semasa perang. Sebenarnya kita bukannya kebal, tapi dilindungi oleh jin.
Ingatlah, jika kita berkehendakkan sesuatu, bermohonlah kepada Allah. Janganlah salah guna ayat al-Quran. Dan apabila berdoa, jangan berwasilahkan kepada yang lain daripada nabi.
Cerita asal : Ustaz Haron Ibrahim
Bila Maut Tiba
Sunday, 28 June 2009
Anakku sayang....
Friday, 26 June 2009
Foto2 Kenangan
Hari ni satu hari tidor jer sebab ambil ubat pain killer dpd doktor semalam... mmg mengantuk betul, selama ni nor jarang betul tidor siang hari.... tangan & kaki pun dah tak sakit sangat.. Alhamdulillah....
How to Prevent a Sore Throat from Progressing to a COLD
What Most Doctors Won't Tell You About Colds and Flu
You just won't get this information on why colds and flu can help you stay healthy over the long run from medical textbooks and mainstream media - please consider sharing it with family and friends.
Although experiencing a cold or the flu once in a while can help rid your body of your weakest cells, I'm willing to bet that there are times when you would really prefer to delay such a period of cleansing and malaise.
Here's how you can stand a good chance of preventing a cold from developing:
As soon as you experience that sore, tickly feeling in your throat that precedes a full-blown cold, gargle with warm salt water.
And when I say gargle, I mean really gargle; take in a mouthful of warm salt water, look up at the ceiling, and gargle aggressively. You may want to tap at your throat (the Adam's apple region) with your fingers while you gargle to encourage the warm salt water to trickle deeply into your throat.
Gargle like this several times with a glass of warm salt water, and repeat as often as possible throughout the day.
Warm salt water can remove viruses from the tonsils and adenoids that line the back of your throat region. Viruses that cause colds and flu typically get caught by your tonsils and adenoids before they spread through your body. Your tonsils and adenoids are important parts of your immune system because they are located near the entrance of your breathing passages, and they serve as a first line of defense against undesirable airborne microorganisms and substances.
Cold salt water may also help to remove viruses from your tonsils and adenoids, but warm salt water tends to be more effective. Warm water may help to melt the fatty coating that protects viruses that cause the cold and flu.
What if you gargle for all you're worth but still end up developing a full-blown cold?
Get lots of rest, drink plenty of fluids, and take comfort in knowing that countless viruses are at work destroying your weakest cells. And don't forget to blow your nose as often as it runs; help your body get rid of what it wants to get rid of.
Thursday, 25 June 2009
CT balik Miri...
Tuesday, 23 June 2009
Dah balik dah mereka....
Monday, 22 June 2009
Saturday, 20 June 2009
RELAX.....
Bila seorg2 kat rumah ni, masa utk melawat blog2 kawan2 lebih ckit.... selalu sekejap2 jer, takde masa nak baca2 sgt.... bak kata org, kekadang kita perlukan masa utk bersendirian kan....
Terima kasih ler pada kawan2 yg sudi singgah dan ada masa nak baca blog nor ni....
Ronda2 Putrajaya & Melaka
Wednesday, 17 June 2009
Rahsia Jenis Darah Dan Peribadi
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.
P/S: Betul atau tidak anda nilai sendiri
Tuesday, 16 June 2009
Ronda2 KL
5 DON'TS before sleeping
Sunday, 14 June 2009
Minum Petang
Siap utk dimakan
Masa di hujung minggu...
Tengah minum petang, rehat kejap..... cian dia penat
Imran tengah mengecat..........
Nak siapkan benda ni lerr..... kayu tuu diselang2... utk gantung bunga...
Popular Posts
-
A. CIRI CIRI KOSMETIK BERMERKURI TIPS MEMBEDAKAN KRIM MERKURI BAGI PENGGUNA KOSMETIK Selain dengan Pemeriksaan LABORATORIUM untuk menget...
-
Assalamualaikum semua... Pagi2 ni dah sedia dgn bahan2 utk membuat Tutty Fruity Cream. Saja buat utk dibawa ke rumah jiran sebelah...birth...
-
Bila menggunakan jari utk menghitung tasbih, tahmid dan takbir .. dan kaitan angka 33 dengan sendi sendi di jari kita. Sebelum itu, mari ki...
-
Pagi2 lagi bangun sediakan acuan kek... nor ada lebih kurang dalam 10 biji acuan kek ke semuanya... ni sebahagian jer... Ada pelbagai size.....
-
Bahan2 nya Bahan A 1 inci halia 1 inci kunyit hidup 1 inci lengkuas 5 biji cili merah 1 kuib maggi ikan bilis 1 mangkuk kelapa parut 3 ekor ...
-
Ni pulak Agar2 mangga yg nor buat minggu lepas... JOM layan.... bahan-bahan -1pck agar2 tali -1 liter air -1 cwn gula -1 cwn ...
-
Mulakan hari anda dengan lemon dan air suam Rutin pagi seseorang dilihat amat penting dalam meneruskan hari mereka sebelum pergi ke ker...
-
BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN - semasa duduk antara dua sujud.. Dalam tidak sedar. Setiap hari kita memohon di dalam solat kita...
-
Assalamualaikum semua.... lama tak update blog nor ni... hari ni nak share resepi.... JOM kita try...mmg sedap sangat... Terima kasih pa...
-
Assalamualaikum semua.... Rasanya dah lama benar tak singgah dan menulis kat blog ni. Tiba2 hari ni teringin lak nak menulis lagi.... RIND...