Pagi2 lagi kami bertolak ke Melaka utk masjid perkahwinan anak kawan suami. Sebelum ke Melaka singgah kat PD sbb nak gi sama2 dgn Abg Rahmat & 2 org anak dara dia sekali. Masa dlm perjalanan tdi highway sesak betul dgn kenderaan... ada beberapa kemalangan jalanraya berlaku kat depan..
Dekat 1 jam gak terkandas kat highway ni, lepas tol Nilai nak menuju ke Seremban..
Dekat 1 jam gak terkandas kat highway ni, lepas tol Nilai nak menuju ke Seremban..
Kawan suami kat Melaka ni kenalan lama dia masa bujang2 dulu, tak jumpa sejak berumur 19 tahun lagi.... semua anak2 dah besar. Hubby jadi tumpuan sbb mmg dia seorg jer yg jarang jumpa kawan2 lama dia ni... travelling sana sini, bila dah tua baru berpeluang jumpa... riuh rendah dgn cerita2 lama dia org..... Rombangan sebelah perempuan iaitu anak kawan suami ni serba serbi warna hijau.... daripada pengantin sehingga ler penyambut tetamu yg terdiri dpd kanak2 lelaki & perempuan... seronok melihat kemeriahan begini.. Makanan pun sedap2.....
Aizah dgn anak Abg Rahmat, mereka berdua ni twin tau tapi tak serupa, seorg tuu tinggi & kurus, seorg lain berisi ckit.... baru lepas SPM. Masa dlm perjalanan yg seorg tuu mabuk... muntah2 lak... bapa dia bawa laju sgt...... Emaknya tak ikut sebab kena berkerja hari ni...
Hubby kena serang oleh kawan2 lama dia, riuh rendah dia org.... kelakar pulak, macam artis lak, masing2 minta alamat & nobor telepon... Tak jumpa dgn hubby sejak umur 19 tahun lagi... hubby kata semua dah lain & dia ingat2 lupa nama2 mereka... apa2 pun hubby seronok dpt jumpa kawan2 nya semula....
Lepas jer kenduri rumah tuu, gi lak ke rumah seorg lagi rakan lama dia... saja2 singgah & kebetulan adik isteri dia kahwin gak hari ni... 2 org sekali, wahh cukup meriah... Sekeluarga pakai serba pink... perempuan pakai baju kurung pink, mana kala lelaki nya pulak guna T-shirt warna pink yg ada tercatat nama keluarga. Cukup menarik...
Setelah selesai semua masjid, Abg Rahmat bertolak balik ke PD dgn anak2 dia. Kami pulak terus ke Muar, ronda2 kat sana. Tujuan sebenar nak cari Nursery yg jual bunga2 kat sini... pulak kedai tuu tutup, hari sabtu tak buka.... so, kami bertolak semula ke Melaka dlm kul 4 ptg tuu...
Muar...... terkejut gak bila sampai jer kat Muar, ramai betul org2 bangla tgh lepak2 kat area station bas & taman2 yg terdapat kat sini... agaknya hari ni hari cuti utk dia org gi shopping2...
Ronda2 & shopping kat Banda Hilir, Melaka..... mlm nya singgah makan kat Tesco Melaka. Perut sebenarnya tak lapar sangat, makan malam pun agak lewat dlm kul 10 mlm. Masa kami nak bertolak dari Tesco tuu jam dah kul 11 mlm....
Sampai rumah dah dekat kul 12:30 tgh malam, penat sgt....... kemas2 rumah ala kadar & sediakan baju utk kenduri lagi esok kat Putrajaya......tdo pun tak pasti kul berapa tapi masa masuk bilik tuu dah kul 3 pagi....
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih di atas COMMENT anda, sila singgah lagi ye....