SUKA BLOG INI?

Followers

Thursday, 25 June 2009

CT balik Miri...

Pagi tadi hantar CT Fatimah balik miri guna MAS... naik KLIA Transit dpd Salak Tinggi.... aizah ikut sekali temankan nor.. Sampai jer KLIA terus check in, gi beli barang ckit... Kelakar betul, bila CT dah masuk, dia call... kamera dia aiza bawa, nasib baik ler lum lagi keluar dpd KLIA, dia pun lum jauh jalan nak ke Gate B4.... kalau ler tak perasan, kena ler hantar aiza ke miri... hahahah. Flight dia ni singgah Kuching 30 minit.... harap anak dara seorg ni selamat ler sampai ke destinasi nya.

Kat rumah my maid dah sampai, hubby monitor kan dia..... Ajak hubby beli barang2 dapur.... gi Mydin Putrajaya jer, ingat nak gi pasar borong tapi hubby pulak kelaparan nak makan something. Singgah ler kat P9 makan soto ayam & mee rebus. Siap bungkus lagi lauk lain sbb sure bila balik rumah ni dah lewat.... dan tak sempat nak masak utk lunch.

Aduh!!!! hari ni nak jadikan cerita, nor terjatuh lak kat belakang rumah.... tgh dok mencuci baju, my maid ni cuci kat luar tuuu... basah, licin.... terjatuh ler pulak.... bengkak jari kaki & tangan sebelah kanan dah sakit semacam, tak leh nak gerak ckit.... nak angkat barang pun tak dapat... Masa baru2 jatuh tuu tak ler pulak rasa apa2.... bila dah petang tuu sakit dia menjadi2 lak, bole tahan ler ckit. Hubby lak ajak gi office kat LCCT ambil CD Training dia... Balik rumah tolong dia install program HTC device & training program dia.

Malam ni lepas Isyak, nak ke klinik jumpa doktor... takut ler kan... ada tulang patah ke atau apa2.... sakit makin parah pulak ni.... ni tgh tunggu hubby balik dpd masjid... nanti sambung lagi lepas gi jumpa doktor....

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih di atas COMMENT anda, sila singgah lagi ye....

 

Popular Posts