So hari ni hubby nak makan ikan keli dia... mcm biasa nak kukus, goreng2 ni dah jarang masak.... org kata nak jaga badan. Makanan berminyak ni tak elok tapi sekali sekala tuu kena gak kan... rasa mcm tak puas jer. Resepi hari ni nor masak ikan keli kukus pedas2, sayur lak sayur kailan... hari ni hanya sempat ambil foto masa ikan keli tgh nak di masak... dibalut dgn daun singir sebelum dikukus.
Ni rupa dia bila dah masak.... sedap.... & bau daun tuu yg buat dia wangi jerr...
Maid nor dok sibuk buat kerja2 dia, hari ahad tuu dia tak dtg kerja sbb katanya lawat saudara dia yg sakit.... bagi ler dia cuti. Sambil2 masak tuuu, sempat monitor dia kejap... hmmm hairan kan dia org ni, dah hampir sebulan kerja kat rumah nor ni.... masih lagi nak kena suruh. Sepatutnya dah mahir & tahu apa tugas2 dia.... alahai, takde kerja lain ler asyik monitor2 dia jer.... Dia takde, nor lak sibuk, mcm tak cukup tangan lak... Sabar ler ye, nak buat mcm mana dah manusia, ada jer yg silapnya... terima jer ler...
Betul gak kata ustaz semalam masa nor berjemaah di masjid... sempat ler dgr ceramah agama sebelum solat isyak... Manusia ni selalu buat silap, tapi ALLAH maha pengasih kan.. setiap kali kita bertaubat & minta keampunan dpd nya, ALLAH akan maafkan..... tapi jgn pulak tak serik2.. itu dah lebih...
Ptg nanti dah plan nak gi jogging lagi, semalam jogging tempat selalu kat salak tinggi.... hari ni tak tahu lagi. Dah jadi kebiasaan lak, sehari tak bersenam rasa hari tuu tak complete...
Kalau tak ada apa2 esok lak plan nak gi Muar..... itupun selalu last minit baru ON. Sepatutnya nak gi semalam tapi gate lak buat hal, terpaksa panggil org aturkan & tempah gate baru. Rumah dah lama kan, sebelum hubby beli, dah tiga tahun rumah ni takde org tinggal....so semua serba kekurangan, kena baiki itu & ini...... Nak rumah yg elok, kena ler melabur ckit kan.
Oklah, itu aje catatan hari ni, takde apa lagi nak tulis..... esok kita buka cerita baru lak... Lagi pun nak start baca novel SETIAP JUMAAT ni.... semalam dah baca ckit, menarik gak jalan ceritanya.... jom baca.... heheheheh
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih di atas COMMENT anda, sila singgah lagi ye....